23 Mac 2013

TAIB MAHMUD MENGAMUK SAKAN....MAI TENGOK SAPA JADI MANGSA.... ( + VIDEO )





Taib Serang Anwar Untuk Lepas Tengkuk Sendiri....

Fuyoo, sudah kantoi mantoi terpaksa alih meriam kepada musuh politik!

Panik dengan pendedahan bersiri terhadap skandal yang membelenggu dirinya, ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud kini bagaikan cacing kepanasan!

Dengan menyerang Anwar Ibrahim, Taib kini tidak lebih umpama pelairan politik walau harta kekayaan menimbun hingga USD25 bilion (RM64.3 bilion) sekalipun!

Ketika berucap merasmikan dewan serbaguna baharu Kampung Lintang, Petra Jaya berharga RM1 juta di Kuching sebentar tadi, Taib berkata rakyat yang cintakan negara tidak akan memburukkan negara sendiri, namun sebaliknya berlaku kepada pemimpin pembangkang itu. 


“Kita tidak mahu dipengaruhi pihak luar lagi, kita tidak mahu terus bersama satu golongan yang bawa orang luar, dan cuba cetuskan kekecohan ala ‘Arab Spring’, itu semua kita tidak mahu. Kita mahu negeri maju, dan rakyat mahu kerajaan yang telah bawa banyak kemajuan,” katanya.

Kononnya Anwar kini sudah menjadi ejen asing untuk menghancurkan negara padahal Najib  lebih bahaya kerana sanggup mengupah penasihat Israel, APCO Worldwide yang ternyata membahayakan keselamatam negara.

Sebenarnya, kenyataan Taib dilihat penganalisis politik bertujuan untuk mengalih perhatian seluruh negara terhadap skandal yang kini sudah menjadi buah mulut antarabangsa hinggakan Penguasa Kewangan Singapura, Monetary Authority of Singapore (MAS) terpaksa mengeluarkan kenyataan menafikan mereka mempunyai kaitan dengan kegiatan Taib.

Malah kenyataan Taib itu kini seakan makan tuan kerana penafian yang dibuat hanyalah menambah syak bahawa ada sesuatu yang disembunyikan dari rakyat negeri ini yang sudah tidak tahan dengan penindasan dan pencerobohan tanah adat yang semakin lama semakin terhakis.

Persoalannya mengapa Taib sanggup menyerang Anwar padahal pendedahan yang dilakukan NGO berpusat di London, Global Witness mensasarkan diri Taib sendiri dan secara tidak langsung perdana menteri, Najib .


Apakah Taib kini sudah terdesak mahu mempertahankan kuasa di sebalik tekanan berterusan rakyat supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Taib tanpa pilih bulu?

Mengapa mahu menyalahkan Anwar atas pendedahan yang sepatutnya sudah lama dilakukan sedangkan Najib Altantuya terus berdiam seolah-olah bertepuk tangan dengan kedudukan Taib sendiri?

Jangan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar kerana bila nyamuk mula menggigit, sudah tidak berguna lagi walau harta sebanyak Firaun sekalipun!

Sumber memberitahu Taib kini sudah tidak boleh mempercayai sesiapun termasuk dari kalangan ahli keluarganya sendiri setelah video pertama didedahkan Selasa lalu dan video kedua kelmarin.


Ini sekaligus membuktikan Taib kini semakin hampir menuju karier politiknya dan inilah yang paling menggembirakan Najib kerana apabila Taib sudah berundur, langkah Umno untuk merompak kekayaan negeri terbesar di Malaysia ini ternganga luas!

TERKINI ! LAPORAN OPS DAULAT - 23HB. MAC SABTU - MENTERI PERTAHANAN K'SULTANAN SULU RAKYAT TEMPATAN DITAHAN - SAKSIKAN GAMBAR MENARIK


Komander pengganas dan isteri ditahan pada jam 1.30 pagi di Kawasan Paya berdekatan Semporna ,Komander Talibarut tersebut ditahan lewat tengah malam tadi di Kg. Tungku Bertaraf Menteri Pertahanan Kesultanan Sulu


Tertangkapnya Datu Amir Baha@Datuk Bahang yang dianggap seorang Jeneral Perang dan Menteri Pertahanan Sulu kononnya, akan memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan yang dilakukan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara ini.

Inilah wajah pengganas yang mahu berunding dengan pihak Malaysia tempohari dan menjanjikan tidak akan berlaku keganasan, berbincang cara baik dan berjanji akan meletakkan senjata mereka. Namun rupa-rupanya mulut manis mereka menyebabkan nyawa anggota keselamatan kita melayang.



Gambar: KENYATAAN MEDIA : OPS DAULAT 
TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA 
23 MAC 2013

KEADAAN KESELAMATAN DI DAERAH LAHAD DATU ADALAH TERKAWAL DAN SELAMAT.

Pihak pasukan keselamatan telah berjaya menangkap dua orang pemimpin pengganas. Tangkapan pertama berlaku pada lewat malam tadi dan tangkapan kedua pada awal pagi ini. salah seorangnya adalah merupakan ‘local coordinator’ yang menyediakan kemudahan-kemudahan seperti makanan, perubatan dan keperluan logistik kepada kumpulan pengganas. Manakala tangkapan kedua merupakan ‘military commander’ sulu yang menjadi perancang gerakan di kawasan ini.

Lewat malam tadi, Pasukan Keselamatan telah berjaya menangkap seorang pengganas sulu yg merupakan rakyat tempatan yg berperanan mengatur makan minum serta transportasi pengganas itu kesini. 

 Lewat pagi tadi pula, seorang lagi pengganas berjaya ditangkap, yg merupakan orang penting dalam 'Tentera Sulu'. Dengan ini, dijangka pemberontakan pengganas sulu sudah semakin lumpuh - Tim IGP.


 Kg. Tanduo 100% "DIAMBIL-ALIH" ATM.

"Sebagai permulaan penempatan itu akan dilakukan dalam tempoh seminggu atau dua minggu dan tempoh itu sedia dipanjangkan bergantung kepada keadaan semasa".


Anggota tentera akan mendiami Kampung Tanduo sebagai jaminan bahawa kampung yang menjadi lokasi pendaratan penceroboh militan itu bebas daripada ancaman pengganas, kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memastikan penduduk yang mendiami 12 rumah di kampung itu kembali yakin dan bersedia untuk menjalani rutin harian mereka.




Seorang Pengganas Sulu Ditangkap Hidup-Hidup khamis 21/3/13



Anggota tentera melakukan rondaan di Kampung Tanjung Batu bagi mencari saki baki pengganas bersenjata dari Selatan Filipina yang masih bersembunyi di Kampung Tanjung Batu di Lahad Datu pada Jumaat



MILITAN SULU KETIKA DI LAHAD DATU......





TERHOT ! MENGAPA KPN MENGAMUK...DALAM SIDANG MEDIA..!!!




IGP BERANG TERHADAP HARRIS SALLEH

KETUA Polis Negara Tan Sri Ismail Omar Ismail Omar yang biasanya tenang hari ini kelihatan berang apabila ditanya tentang dakwaan bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.

"Saya tak akan layan cakap-cakap mengarut... Saya tiada masa untuk dakwaan liar - sama ada mereka main politik atau tidak.

"Kalau kamu tuduh macam itu, bawalah bukti pada saya," katanya kepada pemberita semasa sesi wawancara khas media di Bukit Aman hari ini.


Ketika mengulas lanjut, suaranya semakin lantang dan tidak dapat mengawal marah sehingga menepuk meja.

"Saya sudah diam lama, tetapi biar saya beritahu sekarang! Saya tak layan cakap-cakap mengarut. Kita menghadapi keadaan di mana orang saya mati (di Lahad Datu).


"Sekarang mereka di barisan depan menggadai nyawa. Kamu ingat ini main-main? Katanya, membuatkan wartawan terdiam seketika. ~ sk






GEMPAR ! RAKYAT MALAYSIA SELUDUP KELUAR AZZIMUDIE KE FILIPINA !! [ VIDEO PENGAKUAN ]


VIDEO Rakyat Malaysia MENGAKU Seludup Keluar Pengganas Dipercayai Azzimudie Ke Filipina!!!!



Seorang lelaki yang membantu rakyat Filipina untuk pulang ke Sulu selepas insiden pencerobohan ke atas Sabah gusar untuk kembali ke tanahair kerana bimbang bakal menghadapi tindakan oleh penguatkuasa undang- undang menurut laporan akhbar online, ABN News


Sekiranya tidak dapat melihat video di atas, anda boleh terus ke link youtube ini : http://youtu.be/MbwZIQMxyxo




Terkini ! Kiram dakwa lapan ‘pemberontak Sulu’ adalah rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Keluarga Kiram mendakwa lapan yang dihadapkan ke mahkamah kerana menceroboh Sabah adalah rakyat Malaysia dan bukan rakyat Filipina, mengatakan dua daripadanya sudah maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Abraham Idjirani, jurucakap kepada lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu Jamalul Kiram III memberitahu media Filipina kesultanan tahu mengenai “lelaki gugur” itu dari sumber di Sabah.



“Apakah Malaysia menghidupkan semuala dua lelaki RSF itu?” soal Idjirani merujuk kepada “Tentera Di Raja” kepada kesultanan Sulu.

“Asas kami untuk mengatakan mereka bukan rakyat Filipina berdasarkan dari sumber kami di Sabah yang menelefon untuk mengatakan mereka adalah rakyat Malaysia. Mereka bukan rakyat Filipina,” kata beliau dipetik dari Philippine Daily Inquirer.

“Untuk mengesahkan ini, mereka (pihak berkuasa Malaysia) perlu mendedahkan di mana mereka ditangkap,” katanya. “Jika mereka ditangkap di luar Lahad Datu, mereka adalah orang awam [Malaysia].

“Mereka cuba untuk membuat rakyat Filipina takut, kerana pasukan keselamatan Malaysia telah menjadi kasar kerana akta keselamatan dalaman negeri mereka,” tambah Idjirani.

Beliau mengenalpasti dua yang didakwa mati dalam rekodnya dikenali sebagai Holland (dieja “Holan: oleh Idjirani) Kalbi dan Lin Mad Salleh (dieja “Ling Mad Salli” oleh Idjirani).

Idjirani mengatakan Kalbi dan Salleh adalah diantara pengikut Jamalul yang terbunuh dalam serangan di kampung Tanduo di bandar Lahad Datu pada 1 Mac.


Beliau merujuk kepada serangan polis terhadap kumpulan Agbimuddin di mana 18, bukan 10, pengikut Jamalul terbunuh.

Akan tetapi akhbar Filipina melaporkan Syarulnizam Sallah, pengerusi jabatan hak asasi manusia Persatuan Peguam Sabah (SLA) mengatakan lapan yang didakwa melancarkan aksi militan dan melancarkan perang adalah rakyat Filipina.

Salleh memberitahu akhbar tersebut beliau mengetahui mengenai kerakyatan lapan lelaki itu semasa mesyuaratnya dengan Peguam Negara Malaysia Tan Sri Abdul Gani Patail pada Khamis malam.

Walau bagaimanapun, SLA memuatnaik di laman sesawang meraka pihak berkuasa Malaysia bukan sahaja menahan rakyat Filipina tetapi juga rakyat Malaysia dalam operasi keselamatan untuk menamatkan pencerobohan kumpulan yang mendakwa diri mereka memegang takhta kesultanan Sulu.

Pihak berkuasa Malaysia telah menahan 108 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Sulu yang diketuai oleh adik Jamalul, Agbimuddin Kiram.

Lapan yang dituduh sebagai pengikut Sultan Jamalul dihadapkan dihadapan Hakim P Ravinthran di Mahkamah Tinggi Tawau pada Khamis untuk menghadapi pendakwaan dibawa oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap mereka sehari sebelum itu.

Kalbi, Salleh, Habil Suhaili dan Timhar Hadir didakwa melancarkan keganasan di Sabah. Jika didapati bersalah, mereka akan dipenjarakan seumur hidup.

Atik Hussein Abu Bakar dan Basad H juga didakwa kerana keganasan dan juga melancarkan perang terhadap Yang Di Pertuan Agong. Jika didapati bersalah, mereka akan dihukum mati.

Kadir Uyung dan Tiong Lating dituduh melindungi kumpulan pengganas, dan menghadapi hukuman penjara seumur hidup. Mereka telah ditangkap atas tuduhan itu di Tanjung Labian pada 4 Mac, sehari sebelum tentera Malaysia melancarkan operasi udara dan tanah untuk menghancurkan kumpulan Agbimuddin.

Tiada pengakuan dicatatkan bagi lapan tertuduh berikutan permohonan oleh Abdul Gani, yang mengetuai pasukan pendakwa. Kes itu akan bermula pada 12 April.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur mengatakan mereka mengalu-alukan jaminan Gani lapan rakyat Filipina akan diberikan bantuan guaman.

Kedutaan dan Salleh dari SLA mengatakan mereka bekerjasama untuk peguam bagi yang didakwa. ~tmi



22 Mac 2013

TERHANGAT ! SKANDAL TAIB MAHMUD TERBONGKAR LAGI.. GW KELUARKAN VIDEO KEDUA !!




Global Witness (GW) mengeluarkan satu lagi video menunjukkan seorang peguam mengatakan Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud akan meluluskan perjanjian tanah di negeri tersebut.

Taib, walau bagaimanapun mengatakan pada Selasa lalu bahawa mereka yang dipaparkan dalam video pertama kumpulan alam sekitar global itu, juga dikeluarkan Selasa lepas, cuba mempromosikan diri mereka untuk menjadi agennya demi kepentingan peribadi masing-masing.

“Ia telah mendapat pelepasan, kelulusan, secara lisan, dari ketua menteri kita. Beliau merupakan menteri untuk perancangan sumber, dia boleh membuat keputusan melalui lembaga menteri,” kata Huang Lung Ong memberitahu penyiasat GW, yang menyamar sebagai pelabur asing, dalam video bertajuk “Outtakes — Inside Malaysia’s Shadow State”.

“Sebaik sahaja kami dapat nama, kami hantar. Kami akan mendapat kelulusan. Ini adalah sebahagian daripada syarat awal bagi transaksi itu,” tambah peguam dari Huang & Company Advocates, dirakam dalam video pertama GW sebagai cubaan untuk menjual tanah bapa saudaranya, Hii Yii Peng, yang merupakan seorang ahli perniagaan terkemuka di Sibu.

GW mengeluarkan video sepanjang 2.5 minit di Youtube hari ini sebagai membalas kenyataan Huang, yang dipetik oleh The Malay Mail Rabu lalu sebagai berkata: “Kenapa perlu saya bercakap mengenai ketua menteri?”
Huang juga dilaporkan berkata beliau tertekan dan beliau mengeluarkan kenyataan kerena kecewa penyiasat GW terus menerus menyoal beliau.

Video kedua GW walau bagaimanapun, menunjukkan Huang berada semasa berbual dengan penyiasat GW di bilik hotel.

Dalam video pertama, Huang dirakamkan berkata sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga jualan akan diberikan kepada Taib sebagai komisen.
Huang, walau bagaimanapun dipetik berkata kepada The Malay Mail, perbualannya dengan penyiasat GW merupakan perbualan kedai kopi.

Peguam tersebut juga sebelum ini memberitahu GW, beliau tidak pernah dilantik oleh Hii.

GW, organisasi berpengkalan di United Kingdom, mengeluarkan bukti video mengenai urusan jual beli haram tanah di Sarawak yang dilihat untuk mengaitkan ketua menteri dan keluarganya dimana turut dikeluarkan oleh media antarabangsa Al-Jazeera dan The Huffington Post.

Dalam penyiasatan rahsia, Global Witness (GW) merakamkan video mengenai urusan sepupu Taib dan beberapa lagi rakan rapat dalam mendapatkan ribuan hektar tanah hutan yang didakwa oleh aktivis berpengkalan di London itu sebagai rasuah sistematik di negeri terbesar Malaysia.

Dalam klip video selama 16 minit, penyiasat GW, yang menyamar menjadi pelabur asing, merakamkan perbualan mereka dengan sepupu dan peguam Taib, yang membeli tanah dengan keuntungan tinggi dan bakal mengakibatkan ribuan orang asli kehilangan tempat tinggal.

Taib, 76 telah menjadi ketua menteri selama 32 tahun semenjak 1981.

Kekayaan peribadinya telah menimbulkan kontroversi dengan pengkritiknya menuduh beliau memperolehinya dengan cara salah.

Persatuan Peguambela Sarawak (AAS) telah membuat laporan polis terhadap Huang dan Alvin Chong, seorang lagi peguam dalam video pertama GW.

AAS juga berkata akan membawa dua peguam tersebut ke Badan Inkuiri untuk siasatan.


VIDEO KEDUA (JUMAAT 22 MAC 2013)




VIDEO PERTAMA (SELASA 19 MAC 2013)


LAHAD DATU: KG.SINAKUT DIPERCAYAI JADI PINTU MASUK MILITAN SULU...?




Berikut adalah penduduk Kg Sinakut, sebelah Kg Tandao di mana sekumpulan tentera Sulu mendarat, membuat tuntutan terhadap Sabah yang membawa kepada konfrontasi dengan keselamatan Malaysia. Kg Sinakut adalah di mana lokasi terakhir yang dicadangkan bagi loji kuasa arang batu tetapi telah dibatalkan kerana bantahan awam.

Orang tempatan sangat berbeza di sekeliling mereka kerana ia adalah hanya bot dari zon konflik di midanao mana MNLF atau MILF peringkat pergerakan derhaka mereka untuk mendapatkan autonomi atau bebas dari manila. Tempat ini juga berkongsi beberapa kejadian menakutkan mana lelaki bersenjata datang dan menculik orang tempatan dan asing untuk tebusan.

Mereka yang kami temui dan engan bercakap terutamanya yang mencurigakan terhadap orang luar dan pihak  tentera. Ia adalah persekitaran yang sukar untuk hidup di mana semua keperluan asas seperti air dan elektrik adalah tidak wujud dan 1 km di resort terdekat dipanggil Sahabat Resort di mana ia hanya seperti dunia lain berbanding dengan yang lain. sumber


Inilah Surau Lokasi Pertama Pendaratan Pengganas Sulu

Surau yang anda lihat ini terletak berhampiran Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah
Untuk pengetahuan anda, difahamkan di sinilah para pengganas militan Sulu mendarat di hari pertama insiden pencerobohan itu.




Mereka telah menggunakan surau ini untuk berehat dan pada masa yang sama dipercayai merancang strategi dalam usaha menawan kawasan tersebut.


Ketika ini kampung itu telah dibersihkan daripada pengganas berkenaan tetapi penduduk masih lagi belum dibenarkan untuk kembali ke rumah masing-masing atas faktor keselamatan.
Sekali lagi agama telah diperalatkan untuk kepentingan peribadi, surau yang sepatutnya menjadi medium untuk beribadat dan menyebarkan dakwah telah disalahgunakan untuk tujuan menyerang dan membunuh mereka yang tidak berdosa.

Hasil risikan keselamatan juga mengesahkan ada di antara pengganas yang menyamar sebagai jemaah tabligh untuk menjalankan aktiviti subversif mereka seperti mana dalam insiden di Kampung Senalang Lama, Semporna.

Ternyata demi matlamat untuk menjayakan nafsu rakus pemimpin mereka, Jamalul Kiram III, para pengikutnya telah MENGHALALKAN segala cara termasuk menggunakan rumah Allah seperti yang dilihat dalam gambar di atas.

Surau di Kampung Tanduo ini kini rosak akibat pertempuran puak pengganas ini dengan pasukan keselamatan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika ditemui secara eksklusif oleh Mynewshub.my menyatakan kekesalan dengan apa yang berlaku sewaktu tinjauannya ke kawasan tersebut petang tadi.

” Sayang sekali…kawasan kampung itu sangat cantik dan indah, tetapi disebabkan kerakusan puak penceroboh ini, segalanya telah musnah,” katanya.
Apalagi nak dikata…



HARAM JADAH PUNYA SPR...LAGI 7,745 PENGUNDI BERMASALAH DITEMUI....




DAP bongkar jumlah terbaru pemegang IC “bermasalah” di Sabah

 DAP menemui 7,475 lagi pengundi meragukan di Sabah membabitkan pemilik Kad Pengenalan Merah dan Kad Pengenalan Hijau yang diberi taraf warganegara dalam satu siasatan yang dilakukan terhadap senarai daftar pemilih terkini suku keempat 2012.

Penemuan itu adalah pembongkaran terbaru setelah pendedahan mengejutkan wujudnya 60,000 pengundi, pemegang kad pengenalan ‘bermasalah’ oleh Penolong Pegawai Pendaftaran, Jabatan Pendaftaran Negara, Bahagian Kad Pengenalan Sabah dan Sarawak yang didedahkan dalam RCI Sabah.


Menurut Pakar Strategik Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming, kehadiran senarai panjang pengundi meragukan itu memburukkan lagi keadaan untuk melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil.

“Saya menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan satu siasatan bersama bagi memastikan pemegang Kad Pengenalan Merah dan Kad Pengenalan Hijau yang mendapat taraf warganegara dan layak mengundi melalui proses yang betul.


“Kalau mereka didapati mendapat taraf warganegara melalui proses yang meragukan, kita desak SPR keluarkan mereka daripada senarai daftar pemilih,” katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Kian Ming, kebanyakan pengundi “Merah” dan “Hijau” yang mendapat taraf warganegara dan layak mendaftar sebagai pemilih ditempatkan di kerusi yang mempunyai ramai pemegang kad pengenalan “bermasalah”.

“Antara kawasan yang mempunyai peratus teramai pemegang kad pengenalan “bermasalah” ialah di Parlimen Silam (P188) sebanyak 12.1 peratus, Parlimen Tawau (P191) 17.7 peratus dan Parlimen Kalabakan (P191) mencatatkan 22.8 peratus,” jelasnya. – Roketkini.com




LAGI CONTOH KEPINCANGAN SPR..SATU PERANCANGAN PENIPUAN TERANG-TERANG.....

IC Polis/Tentera Boleh Dimanipulasi dan Sistem Dakwat Kekal ‘Terbalik’ Membantu Penipuan Pilihanraya


Kenyataan Terbuka

22 Mac 2012

IC Polis/Tentera Boleh Dimanipulasi dan Sistem Dakwat Kekal ‘Terbalik’ Membantu Penipuan Pilihanraya

Berikutan pendedahan sensasi di media apabila seorang anggota trafik yang juga seorang blogger pro-Umno boleh mengundi dua lokaliti, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan semua pihak bahawa terdapat sindiket terancang yang ‘dibiarkan’ berlaku demi untuk Umno terus berkuasa.

Ini bukan kes terpencil, ia boleh berlaku di kalangan semua anggota polis dan tentera khususnya yang telah tamat perkhidmatan dan berhenti. Dengan dua pengenalan diri, ‘IC tentera’ dan juga ‘IC awam’ digunakan untuk mengundi lebih dari sekali dan kes blogger pro-Umno ini adalah bukti yang jelas.

Berapa ramai jumlah anggota tentera dan polis yang sudah tamat perkhidmatan yang berisiko menafikan sistem demokrasi dengan menjadi pengundi hantu? Ia juga menunjukkan betapa SPR tidak pernah serius membersihkan senarai pengundi lantas menjadi salah satu jalan penipuan pilihanraya.

Di atas sebab yang sama, majoriti rakyat hari ini menuntut penggunaan dakwat kekal bagi mengekang pengundian lebih dari sekali oleh individu sama.

Namun difahamkan sistem dakwat kekal yang akan dilaksanakan pada PRU-13 kelak adalah berbeza dari kebiasaan. Hanya mereka yang sudah dicalit dakwat akan diberikan ballot (kertas) mengundi. Ia juga bermakna, setiap mereka yang sudah dicalit dakwat kekal boleh mengundi lebih dari sekali dengan sistem ‘terbalik’ ini.

Justeru itu, SAMM mendesak supaya penggunaan celupan dakwat kekal harus dilaksanakan dengan sistem yang lebih berkesan iaitu dengan meletakkan syarat hanya jari yang bersih tanpa dakwat kekal sahaja layak mendapat ballot mengundi.

Jika SPR terus menggunakan sistem yang serba pincang, ia jelas bermakna pelaksanaan penggunaan dakwat kekal yang diumum hanya untuk mengkaburi mata rakyat. Malah ia menjadi satu cara untuk terus menipu dalam pilihanraya. Demokrasi terus dinafikan secara terselindung!

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda

PANAS ! GAMBAR SNIPER SULU WANITA DITAHAN.... DIPERCAYAI KEBAL ....?


Sniper Sulu wanita... kawan cerita, waktu diserbu perempuan ni dalam rumah, komando tembak pakai HK11 mau 2 magazine tapi dia tak mati. Rumah pondok macam nak roboh jak kena tembakan, tapi dia tak apa-apa malah senyum sinis lagi masa kena tahan. ada senjata military sniper ngan dia

#boleh tahan muka... agak scary di waktu malam....


oleh : amRF info dari LVK 

Pengganas Wanita Sulu Yang Berjaya Diberkas Itu? Dikatakan Tidak Mati Ditembak?

DALAM sidang akhbar semalam, kita semua dimaklumkan yang pasukan keselamatan berjaya menembak mati seorang pengganas ketika operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu pada kira-kira 1.30 tengah hari Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut 63 orang.

Seorang militan wanita berusia lewat 40-an serta tidak bersenjata turut ditahan dalam operasi itu.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kejadian itu susulan daripada pertempuran yang tercetus pada 11.30 pagi yang menyebabkan seorang anggota tentera cedera di jari kiri akibat terkena serpihan peluru.

“Susulan itu, pasukan keselamatan terus menjejaki musuh dan berlaku pertempuran di mana pasukan kita telah membunuh seorang daripada mereka serta menahan seorang wanita,” katanya.

Ketika ini di Lahad Datu heboh diperkatakan mengenai sekeping gambar yang didakwa pengganas wanita tersebut.

Tubuhnya kelihatan kurus dan tidak bermaya, pucat serta ketakutan.

Sehingga berita ini ditulis, belum ada mana-mana pihak yang mengesah atau menafikan perkara itu.

Difahamkan, pengganas wanita yang diberkas semalam juga dipercayai kuat mengamalkan ilmu hitam seperti mana rakan-rakannya yang lain.

Apapun tak kira sama ada pengganas itu secantik Siti Nurhaliza atau seseksi Angelina Jolie, atau berpenampilan seperti Mak Lampir sekalipun, yang penting dia telah diberkas!

TERHANGAT ! AKHIRNYA PARLIMEN AKAN DIBUBARKAN HARI INI......

Sumber BN mengatakan mesyuarat kabinet minggu ini yang dijalankan pada Rabu mungkin yang terakhir dan Najib akan membubarkan parlimen seawal-awalnya pada hari ini atau selewat-lewatnya pada Isnin depan.

Beliau dijadualkan untuk menamatkan jelajah Janji Ditepti esok di kerusi parlimen Pekan dimana ribuan dijangka menyambutnya.




LAYAN DULU.......




NAJIB TIRU KEMPEN ALA OBAMA

Menjelang PRU13, bertemu pengundi secara terus dengan ‘Kit Tindakan’


Najib menghadiri perhimpunan “Pilihan Rakyat” Barisan Nasional di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Kapar, Klang, pada 17 Mac 2013. 

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Mengambil contoh dari kempen pertama Barack Obama untuk pilihan raya presiden 2008, Datuk Seri Najib Razak merayu secara langsung pengundi kali pertama Malaysia dengan “Kit Tindakan” untuk membantu beliau memenangi Pilihan Raya 2013.

Selain daripada peralatan seperti buku, pen, kolar-pin dan pelekat, blog peribadi perdana menteri juga diisi dengan klip video menjelaskan Pendapatan Negara Kasar (PNK), Pelaburan Asing Langsung (FDI) dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang telah menunjukkan peningkatan sejak beliau mengambil alih jawatan pada 2009.

Sumber dari Barisan Nasional (BN) memberitahu lebih kurang 3.3 juta pengundi baru akan menjadi kunci kepada pencapaian gabungan pemerintah itu dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13.

“Pengundi kali pertama masih belum membuat keputusan lagi dan itulah sebabnya strategi internet sangat penting, seperti yang ditunjukkan oleh Obama pada 2008 apabila menang dengan bergaya menggunakan laman sesawang,” kata sumber BN kepada The Malaysian Insider.

“Lagipun, pengundi muda ini bergantung dengan maklumat dari laman sesawang lebih daripada media arus perdana. Jadi kita perlu sampai kepada mereka dengan mana-mana cara yang kita boleh,” tambah beliau.


Dalam blog 1Malaysia, presiden Umno menjauhi rujukan kepada partinya atau gabungan pemerintah tetapi memberi tumpuan kepada pengundi kali pertama dengan meminta mereka untuk “Jom Bertindak Sekarang” dengan mendaftar untuk mendapatkan kit tindakan.

“Kit Tindakan ini mempunyai peralatan asas untuk anda bersiap sedia bagi Pilihan Raya Umum akan datang. Sebuah buku berguna menyediakan tip-tip mudah tentang bagaimana mengundi bagi pengundi kali pertama dan mereka yang ingin menyegarkan memori mereka, pin kolar, pen dan beberapa pelekat,” kata mesej di blog Najib.

Kit terpampang dengan grafik “Jom Bertindak” dan baying orang biru dan merah dengan orang merah muncul menjadi Najib, dan mesej di bawah yang mengatakan “Kami menyokong Najib Razak”.


Contoh kempen “action” Obama.Kempen gaya presiden Najib menjelang PRU13 selari dengan ucapan ala “State of Union” Selasa lalu apabila beliau mengumumkan kad laporan pentadbirannya dan pencapaian di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Inisiatif perdana menteri itu telah menyebabkan beliau lebih popular berbanding partinya dan kerajaan, dengan tinjauan terbaru Merdeka Center menunjukkan kadar sokongan terhadap Najib adalah 61 peratus bulan lepas turun sedikit dari 63 peratus pada Disember.

Kedua-dua kerajaan dan partinya hanya mendapat kelulusan di atas 40 peratus dalam tinjauan sama, memperlihatkan pentingnya Najib dalam usaha BN untuk mendapatkan kembali majoriti tradisi dua pertiga yang mereka hilang pada Pilihan Raya 2008.

Najib telah mengatakan beliau mahu mendapatkan mandat peribadinya selepas mengumumkan kad laporan akan tetapi beliau masih lagi belum membubarkan parlimen walaupun PRU terakhir lebih lima tahun lalu pada 8 Mac, 2008.

Beliau dan pemimpin parti komponen BN telah muktamadkan senarai calon-calon mereka bagi 222 kerusi parlimen dan 505 Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dimenangi pada pilihan raya akan datang. Sarawak sudah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.

Sumber BN mengatakan mesyuarat kabinet minggu ini yang dijalankan pada Rabu mungkin yang terakhir dan Najib akan membubarkan parlimen seawal-awalnya pada hari ini atau selewat-lewatnya pada Isnin depan.

Beliau dijadualkan untuk menamatkan jelajah Janji Diteapti esok di kerusi parlimen Pekan dimana ribuan dijangka menyambutnya.

PRU berkemungkinan besar berlangsung pada pertengahan April dimana 13.3 juta pengundi layak untuk membung undi mereka. Kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat (PR) telah melahirkan keyakinan mereka untuk menang pilihan raya akan tetapi penganalisis mengatakan gabungan pemerintah itu akan berjaya mempertahankan Putrajaya.~tmi

Kedahkini

TERHOT !! Video Liwat Tulin Papagomo Kini Tersebar! saksikan!

Akhirnya! Video yang bakal meningkatkan sokongan kepada UMNO di sebar oleh PAPAGOMO (blogger UMNO tegar)

Kata papagomo video ini tulen, dan insyaallah esok lepas Asar beliau akan buat solat hajat dan sumpah laknat. kiki


Tonton video liwat papagomo terbaru dibawah.......
Maaf audio kurang memuaskan kerana perakam video ada masalah sedikit. kehkehkeh


Kuala Lumpur - by @tiewnama -EP

Seluruh malaysia malahan 1 dunia menantikan tindakan bloger pencacai Barisan Nasional yang berura ura mahu mendedahkan videonya terbaru, kononnya ianya adalah anwar,


setelah tim EP menunggu dengan begitu lama, akhirnya sebuah video berdurasi 1 minit muncul dari bloger fitnah tajaan umno ini..

video ini, audionya kurang jelas dan agak kabur sedikit, harap maaf kerana kamera yang di gunakan tidak mendapat ISO majlis filem lucah amerika.. video ini juga di akui adalah video liwat dari simpanan papagomo kerana beliau telah bersumpah lahanat menjunjung kitab load red di atas kepalanya,

dakwa penyokong umno, di dalam video di bawah, mereka melihat dalam video ini 15 hingga 20 kali kejadian liwat berlaku,

saksikan video lucah dari papagomo ini..
ianya 18sx dan tidak sesuai untuk tontonan umum.
ianya sangat lucah. kah3


Dalam kurungan, wan azri a.k.a gomo, Pengamal filem lucah 1Malaysia.
berdiri di hadapannya pengetua parti lucah malaya,
di sebelah kiri memakai songkok, bapak amah 1malaysia. kah3
Video di bawah lebih jelas sistem audio nye.. tonton dengan tenang.. kahkahkah

21 Mac 2013

PANAS ! MENGAPA BEKAS PENGARAH SIASATAN JENAYAH TEGUR PEGUAM NEGARA

SULU


Lahad Datu : Bekas Pengarah Siasatan Jenayah tegur Peguam Negara

'Penceroboh patut dianggap lancar perang sejak awal'


Kelmarin, rakyat dihidangkan dengan satu lagi episod baru dibintangi oleh Tan Sri Abdul Gani Patail, anak kelahiran Sabah, yang dilaporkan mengepalai pendakwaan seramai 8 orang daripada penceroboh bersenjata di Lahad Datu, kerana kesalahan keganasan dan melancarkan perang terhadap SPB Yang Di-Pertuan Agong.

Gani sepatutnya sedar hakikatnya, bahawa pertuduhan melancarkan perang terhadap YDP Agong yang dikenakan keatas tertuduh itu, bukan membuktikan keberanian, kecekapan atau kepintaran beliau sebagai peguam negara.

Sebaliknya, pertuduhan yang dikenakan setelah 10 orang anggota keselamatan kita terkorban, hanya menyerlahkan kelemahan, kecuaian dan keangkuhan Gani Patail sendiri, yang sepatutnya telah bertindak melaksanakan tanggungjawab utama beliau semenjak pencerobohan bersenjata itu dikesan lagi.

Adalah menjadi tanggungjawab utama peguam negara untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong atau jemaah menteri, berkaitan perkara undang-undang, sepertimana yang ditetapkan dalam perlembagaan persekutuan.

Sekiranya sejak dari hari pertama lagi Peguam Negara telah menasihatkan YDP Agong bahawa tindakan lebih dari 150 orang bersenjata menceroboh masuk ke Lahad Datu itu boleh diklasifikasikan mengikut undang-undang sebagai perbuatan melancarkan perang terhadap Seri Paduka Baginda, maka nescaya Baginda, selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Malaysia, tidak akan teragak-agak untuk mengerahkan bala tentera dan pasukan keselamatan Negara untuk melancarkan tindak balas yang sewajarnya bagi menyelamatkan Negara dan rakyat Baginda.


Maklumat pertama yang diterima mengenai pencerobohan ini, dari segi bilangan penceroboh, asal usul mereka, jumlah senjata dan yang penting, tujuan kedatangan mereka ke Sabah itu, adalah lebih dari mencukupi untuk tanpa ragu menjeniskan pencerobohan itu, sebagai melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan bukan kesalahan lain.

Sekiranya pendekatan menangani pencerobohan bersenjata itu dilaksanakan mengikut titah YDP Agong sejak dari awal lagi, kemungkinannya besar 10 orang anggota keselamatan yang malang itu tidak akan menjadi korban, jauh sekali untuk beberapa orang dari mereka ditawan dan diseksa sebelum dibunuh.

Dalam satu rencana saya yang disiarkan selama beberapa hari pada 18 Februari 2013, dua minggu sebelum berlakunya pertempuran pertama di Kampong Tanduo lagi, bertajuk 'Full weight of law must fall on Lahad Datu intruders', saya menekankan tanggungjawab Gani Patail untuk menasihatkan YDP Agong dan Perdana Menteri, supaya pencerobohan tersebut diklasifikasikan sebagai “melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong”, mengikut peruntukan Kanun Keseksaan, sepertimana yang dikenakan terhadap kumpulan Al-Maunah dalam peristiwa Sauk.

Perbuatan derhaka

Kecuaian yang disengajakan oleh Gani Patail dalam memberikan nasihat yang betul kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Jemaah Menteri dalam peristiwa ini bukan sahaja boleh dianggap sebagai perbuatan yang tidak bertanggung jawab, malahan ianya boleh disifatkan sebagai perbuatan derhaka terhadap YDP Agong.

Ini bukan kali pertama Gani menyembunyikan fakta sebenar daripada YDP Agong, malah perbuatan sebegini seolah-olah menjadi kebiasaan kepada beliau seperti yang telah didedahkan kepada umum beberapa kali sebelum ini.

Namun, Perdana Menteri yang memiliki segala keterangan terhadap Gani Patail, masih enggan mengenakan apa-apa tindakan terhadap Peguam Negara itu, di atas sebab-sebab yang hanya PM Najib lebih mengetahui.

Dalam perkara pencerobohan bersenjata di Lahad Datu ini, setelah penjenisan serta pengesahan insiden tersebut disifatkan sebagai melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong, maka Perdana Menteri tidak ada pilihan, melainkan untuk menasihatkan Baginda YDP Agong, untuk menubuhkan Tribunal bagi meneliti kelakuan Gani Patail, kerana didapati gagal melaksanakan fungsi jawatan beliau sebagai Peguam Negara, sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Nasihat guaman kepada waris
Sebagai seorang pesara polis, saya turut merasa sedih dan insaf di atas apa yang telah menimpa anggota-anggota keselamatan kita di Lahad Datu dan Semporna, lebih-lebih lagi terdapat di kalangan mereka yang saya pernah kenali secara peribadi, ketika masih dalam tugas.

Seperti rakyat lain juga, saya turut menghargai segala bantuan dan sumbangan yang telah dihulurkan oleh semua pihak kepada balu, keluarga dan waris anggota yang terkorban itu, khasnya yang datang daripada orang perseorangan yang tidak mempunyai kepentingan atau agenda tersembunyi.

Namun begitu saya terpaksa menyatakan, bahawa sebanyak mana pun sumbangan atau anugerah yang diberikan atau dijanjikan, ianya tidak sama sekali boleh membersihkan mana-mana pihak, daripada dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kecuaian, kesilapan membuat keputusan, menyembunyikan maklumat keadaan yang sebenar dan lain-lain ketinggalan yang disengajakan, hingga menyebabkan 10 anggota pasukan keselamatan kita itu terkorban.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkaitan situasi medan di peringkat awal juga, mungkin telah mempengaruhi tahap kewaspadaan dan kesediaan bertempur anggota pasukan yang mengepung Kampong Tanduo, yang menyebabkan dua anggota komando kita menjadi korban pertama.

Jika penceroboh yang ditangkap dijanjikan hak mereka untuk pendengaran yang adil, maka begitu juga dengan hak waris anggota yang terkorban.


Adalah menjadi tanggung jawab Bukit Aman khasnya, antaranya untuk menjelaskan kepada waris anggota kita yang malang itu, akan hak mereka untuk mendapatkan nasihat guaman yang betul, serta hak mereka untuk mengambil atau memulakan tindakan guaman sama ada sivil atau jenayah, terhadap mana-mana pihak sekalipun yang telah melakukan kecuaian dan ketinggalan, seperti yang dijelaskan di atas.

Waris yang terlibat dan juga rakyat berhak mendesak kerajaan untuk menghantar notis rasmi serta merta kepada kerajaan Filipina untuk tindakan mengekstradisi kedua-dua Jamalul Kiram dan Agbimuddin @ Azzimudie Kiram kerana kerajaan telahpun mengenalpasti mereka sebagai penjenayah terlibat secara langsung dalam pembunuhan 10 anggota keselamatan kita, dan melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong.

Sebarang kegagalan Kerajaan untuk mengheret mereka berdua kemuka pengadilan negara kita di atas apa yang mereka telah lakukan, akan dianggap sebagai melindungi orang-orang yang telah melakukan atau bersubahat melakukan pembunuhan serta melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong kita.


MAT ZAIN IBRAHIM merupakan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur. Tulisan ini adalah surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

TERHOT ! UMNO DIBELAKANG FITNAH LUCAH BLOGGER BN....


KEADILAN: Fitnah lucah blogger BN papar wajah sebenar Umno

(Oleh Arif Juhani)

KUALA LUMPUR 21 MAC: KEADILAN menempelak pentadbiran Perdana Menteri menyebar fitnah jahat menggunakan blogger upahan bagi menjatuhkan lawan politik mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden, N Surendran percaya, serangan itu kerana Umno BN sedar mereka gagal meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya.

“Umno BN memperalat blogger mereka untuk sebar fitnah seperti dilakukan Papa Gomo terhadap Anwar dengan harapan sokongan kepada Pakatan Rakyat dapat disekat.

“Saya yakin, blogger fitnah ini mendapat kedudukan istimewa daripada Umno BN untuk melakukan perkara keji kerana sehingga hari ini belum ada apa-apa tindakan undang-undang diambil ke atas beliau,” kata Surendran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Sidang media tersebut selepas peguam Anwar itu memfailkan saman fitnah Ketua Umum KEADILAN berjumlah RM100 juta ke atas blogger Papa Gomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Saman itu setelah notis 48 jam untuknya memohon maaf dan menarik balik gambar fitnah lucah menyerupai Anwar dari blog itu gagal dilakukan.


Surendran berkata, antara bukti Umno BN begitu mesra dengan blogger tersebut apabila berpeluang menaiki kapal selam KD Tun Razak pada Disember 2011.


“Kita harus tahu bahawa bukan semua orang dibenarkan menaiki kapal selam kerana kaitannya dengan aspek rahsia keselamatan negara.

“Pemilihan blogger itu untuk menaiki kapal selam tersebut menunjukkan keselamatan negara ketika ini boleh dikompromi dengan mudah,” kata Surendran.

Dalam samannya, Anwar yang turut diwakili peguam Latheefa Koya menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

Tegas Surendran, nilai saman yang difailkan sebenarnya ditanggung Umno BN kerana segala fitnah Papa Gomo itu direstui Umno BN. 


Rupanya si Papagomo ni pernah kena penjara dan dibuang dari Polis sebab rasuah RM1000.

Pangkalan Data Pesalah Rasuah
No Pengenalan Diri:RF 142863
Nama:Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
No Kes:B-06B-68-2011
Mahkamah:
Hakim:Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
Pendakwaan:TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
PeguamBela:Samsul Sulaiman
Kesalahan:Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Jantina:Lelaki
Warganegara:Malaysia
Negeri:Selangor
Kategori:Penjawat Awam
Majikan:Polis Di Raja Malaysia
Jawatan:Koperal
Tarikh sabitan:06/09/2012
Pertuduhan:"Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. "
Hukuman:"Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak"

SUMBER SPRM SINI

TERKINI ! LAPORAN OPS DAULAT - 21HB.MAC KHAMIS - GAMBAR2 OP - KEMENTERIAN PERTAHANAN

Menyusul Lagi....

update 7.30 Mlm.

Agbimuddin tinggalkan Sabah 11 Mac, sembunyi di selatan Filipina, kata Jeneral


Hasil risikan pasukan keselamatan yang antara lain mendapati Azzimudie meninggalkan pengikutnya di Sabah lalu menyembunyikan diri dan bergerak dari satu pulau ke pulau lain di selatan Filipina.

Lahad datu - Ketua pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Feb lepas, Azzimudie atau Agbimuddin Kiram telah meninggalkan negara ini sejak 11 Mac dan kini bersembunyi di pulau-pulau kecil di selatan Filipina.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata perkara itu disahkan hasil risikan pasukan keselamatan yang antara lain mendapati Azzimudie meninggalkan pengikutnya di Sabah lalu menyembunyikan diri dan bergerak dari satu pulau ke pulau lain di selatan Filipina.

“Azzimudie bertindak sedemikian dipercayai kerana tidak mahu kedudukannya diketahui Bangsamoro dan kerana takut ditangkap pihak berkuasa Filipina,” katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan terbaru sebuah blog bahawa Azzimudie Kiram mati ditembak pengawalnya sendiri dan mayatnya dikatakan ditanam di sebuah kubur kecil yang hanya diketahui pengikut elitnya.

Kepada soalan sama ada pasukan keselamatan mengekori dan menjejaki kelibat Azzimudie ke Filipina, Zulkifeli berkata itu di luar bidang kuasa mereka.

Beliau percaya tindakan lanjut boleh diambil melalui hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Azzimudie Kiram mengetuai insiden pencerobohan bersama kira-kira 200 militan bersenjata dari selatan Filipina pada 12 Feb lepas yang menyaksikan 63 militan terbunuh termasuk seorang yang ditembak mati pagi semalam manakala di pihak Malaysia 10 anggota keselamatan gugur











Sumber-Kementerian Pertahanan


SIDANG MEDIA YBHG. PANGLIMA ANGKATAN TENTERA DAN YDH TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

Keadaan keselamatan di Daerah Lahad Datu adalah terkawal dan selamat.

Statistik terkini jumlah tangkapan yang disiasat di bawah Security Offences (Special Measures) Act 2012, (SOSMA) adalah seramai 108 tangkapan manakala tangkapan kes-kes lain seramai 268 orang.

Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 30 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati adalah seramai 63 orang.

Jumlah pegawai/anggota pasukan keselamatan yang meninggal seramai 9 orang manakala jumlah cedera juga seramai 9 orang.

Pada 20 Mac 2013, seramai 8 orang pengganas telah di tuduh di bawah Akta Security Offences (Special Measures) Act 2012, (SOSMA) di Mahkamah Majistret Sementera Lahad Datu dan pada 21 Mac 2013, lapan orang pengganas ini telah dituduh di Mahkamah Tinggi Tawau.

Operasi pembersihan/penggeledahan di kawasan Kampung Tanjung Batu masih diteruskan. Semasa proses pembersihan/penggeledahan sedang dilakukan kelmarin.

11.30 pagi telah berlaku tembak menembak menyebabkan seorang lagi pengganas mati ditembak dan seorang pengganas wanita berjaya di tangkap. Dalam pertempuran ini, seorang pasukan keselamatan telah mengalami kecederaan



8 Pengganas Didakwa, 2 Daripadanya Berdepan Hukuman Mati

SULU

TAWAU – Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan ketika prosiding di hadapan Hakim P. Ravinthran berlangsung dan mereka hanya dibacakan pertuduhan untuk mencatatkan sama ada memahaminya atau tidak.

Ravinthran membuat keputusan untuk tidak merekod pengakuan setelah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai barisan pendakwaan memohon supaya perkara itu dilakukan setelah kesemua tertuduh diwakili peguam masing-masing.

Pertuduhan dalam bahasa Melayu itu diterjemah ke bahasa Bajau serta Suluk oleh jurubahasa mahkamah.

Atik Hussin Abu Bakar dan Basad Manuel ialah dua individu yang dituduh atas pertuduhan melancarkan perang dan mereka turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas.