Kelmarin, rakyat dihidangkan dengan satu lagi episod baru dibintangi oleh Tan Sri Abdul Gani Patail, anak kelahiran Sabah, yang dilaporkan mengepalai pendakwaan seramai 8 orang daripada penceroboh bersenjata di Lahad Datu, kerana kesalahan keganasan dan melancarkan perang terhadap SPB Yang Di-Pertuan Agong.
Gani sepatutnya sedar hakikatnya, bahawa pertuduhan melancarkan perang terhadap YDP Agong yang dikenakan keatas tertuduh itu, bukan membuktikan keberanian, kecekapan atau kepintaran beliau sebagai peguam negara.
Sebaliknya, pertuduhan yang dikenakan setelah 10 orang anggota keselamatan kita terkorban, hanya menyerlahkan kelemahan, kecuaian dan keangkuhan Gani Patail sendiri, yang sepatutnya telah bertindak melaksanakan tanggungjawab utama beliau semenjak pencerobohan bersenjata itu dikesan lagi.
Adalah menjadi tanggungjawab utama peguam negara untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong atau jemaah menteri, berkaitan perkara undang-undang, sepertimana yang ditetapkan dalam perlembagaan persekutuan.
Sekiranya sejak dari hari pertama lagi Peguam Negara telah menasihatkan YDP Agong bahawa tindakan lebih dari 150 orang bersenjata menceroboh masuk ke Lahad Datu itu boleh diklasifikasikan mengikut undang-undang sebagai perbuatan melancarkan perang terhadap Seri Paduka Baginda, maka nescaya Baginda, selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Malaysia, tidak akan teragak-agak untuk mengerahkan bala tentera dan pasukan keselamatan Negara untuk melancarkan tindak balas yang sewajarnya bagi menyelamatkan Negara dan rakyat Baginda.
Maklumat pertama yang diterima mengenai pencerobohan ini, dari segi bilangan penceroboh, asal usul mereka, jumlah senjata dan yang penting, tujuan kedatangan mereka ke Sabah itu, adalah lebih dari mencukupi untuk tanpa ragu menjeniskan pencerobohan itu, sebagai melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan bukan kesalahan lain.

Sekiranya pendekatan menangani pencerobohan bersenjata itu dilaksanakan mengikut titah YDP Agong sejak dari awal lagi, kemungkinannya besar 10 orang anggota keselamatan yang malang itu tidak akan menjadi korban, jauh sekali untuk beberapa orang dari mereka ditawan dan diseksa sebelum dibunuh.
Dalam satu rencana saya yang disiarkan selama beberapa hari pada 18 Februari 2013, dua minggu sebelum berlakunya pertempuran pertama di Kampong Tanduo lagi, bertajuk 'Full weight of law must fall on Lahad Datu intruders', saya menekankan tanggungjawab Gani Patail untuk menasihatkan YDP Agong dan Perdana Menteri, supaya pencerobohan tersebut diklasifikasikan sebagai “melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong”, mengikut peruntukan Kanun Keseksaan, sepertimana yang dikenakan terhadap kumpulan Al-Maunah dalam peristiwa Sauk.
Perbuatan derhaka
Kecuaian yang disengajakan oleh Gani Patail dalam memberikan nasihat yang betul kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Jemaah Menteri dalam peristiwa ini bukan sahaja boleh dianggap sebagai perbuatan yang tidak bertanggung jawab, malahan ianya boleh disifatkan sebagai perbuatan derhaka terhadap YDP Agong.
Ini bukan kali pertama Gani menyembunyikan fakta sebenar daripada YDP Agong, malah perbuatan sebegini seolah-olah menjadi kebiasaan kepada beliau seperti yang telah didedahkan kepada umum beberapa kali sebelum ini.

Namun, Perdana Menteri yang memiliki segala keterangan terhadap Gani Patail, masih enggan mengenakan apa-apa tindakan terhadap Peguam Negara itu, di atas sebab-sebab yang hanya PM Najib lebih mengetahui.
Dalam perkara pencerobohan bersenjata di Lahad Datu ini, setelah penjenisan serta pengesahan insiden tersebut disifatkan sebagai melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong, maka Perdana Menteri tidak ada pilihan, melainkan untuk menasihatkan Baginda YDP Agong, untuk menubuhkan Tribunal bagi meneliti kelakuan Gani Patail, kerana didapati gagal melaksanakan fungsi jawatan beliau sebagai Peguam Negara, sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Nasihat guaman kepada waris
Sebagai seorang pesara polis, saya turut merasa sedih dan insaf di atas apa yang telah menimpa anggota-anggota keselamatan kita di Lahad Datu dan Semporna, lebih-lebih lagi terdapat di kalangan mereka yang saya pernah kenali secara peribadi, ketika masih dalam tugas.
Seperti rakyat lain juga, saya turut menghargai segala bantuan dan sumbangan yang telah dihulurkan oleh semua pihak kepada balu, keluarga dan waris anggota yang terkorban itu, khasnya yang datang daripada orang perseorangan yang tidak mempunyai kepentingan atau agenda tersembunyi.

Namun begitu saya terpaksa menyatakan, bahawa sebanyak mana pun sumbangan atau anugerah yang diberikan atau dijanjikan, ianya tidak sama sekali boleh membersihkan mana-mana pihak, daripada dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kecuaian, kesilapan membuat keputusan, menyembunyikan maklumat keadaan yang sebenar dan lain-lain ketinggalan yang disengajakan, hingga menyebabkan 10 anggota pasukan keselamatan kita itu terkorban.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkaitan situasi medan di peringkat awal juga, mungkin telah mempengaruhi tahap kewaspadaan dan kesediaan bertempur anggota pasukan yang mengepung Kampong Tanduo, yang menyebabkan dua anggota komando kita menjadi korban pertama.
Jika penceroboh yang ditangkap dijanjikan hak mereka untuk pendengaran yang adil, maka begitu juga dengan hak waris anggota yang terkorban.

Adalah menjadi tanggung jawab Bukit Aman khasnya, antaranya untuk menjelaskan kepada waris anggota kita yang malang itu, akan hak mereka untuk mendapatkan nasihat guaman yang betul, serta hak mereka untuk mengambil atau memulakan tindakan guaman sama ada sivil atau jenayah, terhadap mana-mana pihak sekalipun yang telah melakukan kecuaian dan ketinggalan, seperti yang dijelaskan di atas.
Waris yang terlibat dan juga rakyat berhak mendesak kerajaan untuk menghantar notis rasmi serta merta kepada kerajaan Filipina untuk tindakan mengekstradisi kedua-dua Jamalul Kiram dan Agbimuddin @ Azzimudie Kiram kerana kerajaan telahpun mengenalpasti mereka sebagai penjenayah terlibat secara langsung dalam pembunuhan 10 anggota keselamatan kita, dan melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong.
Sebarang kegagalan Kerajaan untuk mengheret mereka berdua kemuka pengadilan negara kita di atas apa yang mereka telah lakukan, akan dianggap sebagai melindungi orang-orang yang telah melakukan atau bersubahat melakukan pembunuhan serta melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong kita.
MAT ZAIN IBRAHIM merupakan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur. Tulisan ini adalah surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Inilah bahana yg menimpa bangsa bila pemimpin terdiri mereka yg tidak amanah Dan tiada pegangan agama yg kuat.
BalasPadammerepek la
BalasPadamMAT ZAIN IBRAHIM merupakan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.
BalasPadamipk takdak pengarah la bro!