22 Mac 2013

TERHANGAT ! AKHIRNYA PARLIMEN AKAN DIBUBARKAN HARI INI......

Sumber BN mengatakan mesyuarat kabinet minggu ini yang dijalankan pada Rabu mungkin yang terakhir dan Najib akan membubarkan parlimen seawal-awalnya pada hari ini atau selewat-lewatnya pada Isnin depan.

Beliau dijadualkan untuk menamatkan jelajah Janji Ditepti esok di kerusi parlimen Pekan dimana ribuan dijangka menyambutnya.




LAYAN DULU.......




NAJIB TIRU KEMPEN ALA OBAMA

Menjelang PRU13, bertemu pengundi secara terus dengan ‘Kit Tindakan’


Najib menghadiri perhimpunan “Pilihan Rakyat” Barisan Nasional di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Kapar, Klang, pada 17 Mac 2013. 

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Mengambil contoh dari kempen pertama Barack Obama untuk pilihan raya presiden 2008, Datuk Seri Najib Razak merayu secara langsung pengundi kali pertama Malaysia dengan “Kit Tindakan” untuk membantu beliau memenangi Pilihan Raya 2013.

Selain daripada peralatan seperti buku, pen, kolar-pin dan pelekat, blog peribadi perdana menteri juga diisi dengan klip video menjelaskan Pendapatan Negara Kasar (PNK), Pelaburan Asing Langsung (FDI) dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang telah menunjukkan peningkatan sejak beliau mengambil alih jawatan pada 2009.

Sumber dari Barisan Nasional (BN) memberitahu lebih kurang 3.3 juta pengundi baru akan menjadi kunci kepada pencapaian gabungan pemerintah itu dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13.

“Pengundi kali pertama masih belum membuat keputusan lagi dan itulah sebabnya strategi internet sangat penting, seperti yang ditunjukkan oleh Obama pada 2008 apabila menang dengan bergaya menggunakan laman sesawang,” kata sumber BN kepada The Malaysian Insider.

“Lagipun, pengundi muda ini bergantung dengan maklumat dari laman sesawang lebih daripada media arus perdana. Jadi kita perlu sampai kepada mereka dengan mana-mana cara yang kita boleh,” tambah beliau.


Dalam blog 1Malaysia, presiden Umno menjauhi rujukan kepada partinya atau gabungan pemerintah tetapi memberi tumpuan kepada pengundi kali pertama dengan meminta mereka untuk “Jom Bertindak Sekarang” dengan mendaftar untuk mendapatkan kit tindakan.

“Kit Tindakan ini mempunyai peralatan asas untuk anda bersiap sedia bagi Pilihan Raya Umum akan datang. Sebuah buku berguna menyediakan tip-tip mudah tentang bagaimana mengundi bagi pengundi kali pertama dan mereka yang ingin menyegarkan memori mereka, pin kolar, pen dan beberapa pelekat,” kata mesej di blog Najib.

Kit terpampang dengan grafik “Jom Bertindak” dan baying orang biru dan merah dengan orang merah muncul menjadi Najib, dan mesej di bawah yang mengatakan “Kami menyokong Najib Razak”.


Contoh kempen “action” Obama.Kempen gaya presiden Najib menjelang PRU13 selari dengan ucapan ala “State of Union” Selasa lalu apabila beliau mengumumkan kad laporan pentadbirannya dan pencapaian di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Inisiatif perdana menteri itu telah menyebabkan beliau lebih popular berbanding partinya dan kerajaan, dengan tinjauan terbaru Merdeka Center menunjukkan kadar sokongan terhadap Najib adalah 61 peratus bulan lepas turun sedikit dari 63 peratus pada Disember.

Kedua-dua kerajaan dan partinya hanya mendapat kelulusan di atas 40 peratus dalam tinjauan sama, memperlihatkan pentingnya Najib dalam usaha BN untuk mendapatkan kembali majoriti tradisi dua pertiga yang mereka hilang pada Pilihan Raya 2008.

Najib telah mengatakan beliau mahu mendapatkan mandat peribadinya selepas mengumumkan kad laporan akan tetapi beliau masih lagi belum membubarkan parlimen walaupun PRU terakhir lebih lima tahun lalu pada 8 Mac, 2008.

Beliau dan pemimpin parti komponen BN telah muktamadkan senarai calon-calon mereka bagi 222 kerusi parlimen dan 505 Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dimenangi pada pilihan raya akan datang. Sarawak sudah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.

Sumber BN mengatakan mesyuarat kabinet minggu ini yang dijalankan pada Rabu mungkin yang terakhir dan Najib akan membubarkan parlimen seawal-awalnya pada hari ini atau selewat-lewatnya pada Isnin depan.

Beliau dijadualkan untuk menamatkan jelajah Janji Diteapti esok di kerusi parlimen Pekan dimana ribuan dijangka menyambutnya.

PRU berkemungkinan besar berlangsung pada pertengahan April dimana 13.3 juta pengundi layak untuk membung undi mereka. Kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat (PR) telah melahirkan keyakinan mereka untuk menang pilihan raya akan tetapi penganalisis mengatakan gabungan pemerintah itu akan berjaya mempertahankan Putrajaya.~tmi

Kedahkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan