Kawat sumbang 50 khemah untuk mangsa banjir
DUNGUN - Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) turut tampil memberi sumbangan kepada mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan di sini dengan menyediakan 50 buah khemah.
Presidennya, Ayob Mamat berkata pihaknya berasa terpanggil memberi bantuan khemah itu memandangkan ia keperluan mendesak ramai mangsa banjir terutama wanita dan warga emas di pusat pemindahan.
"Kami menghulurkan sumbangan ini sejak tiga hari lepas dan maklum balas yang diterima sangat baik kerana mangsa banjir sangat memerlukan khemah ketika ini bagi memastikan keselesaan terutama untuk tidur di waktu malam.
"Keutamaan diberi kepada keluarga yang mempunyai anak perempuan, ibu menyusu, bayi dan warga emas," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan khemah di pusat pemindahan Gong Pasir di sini hari ini.
Sebanyak 1,087 mangsa daripada 267 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan itu sejak 4 Disember lepas.
Ayob berkata bantuan khemah itu adalah hasil sumbangan beberapa pihak dengan kerjasama Kawat, yang prihatin dengan nasib mangsa banjir dan berharap lebih banyak pihak tampil menghulurkan bantuan.
Sementara itu, penerima sumbangan, Marzaiasra Mohd Rohmi, 25, berkata dengan adanya khemah itu, beliau dapat menyusukan anaknya Nor Masha Emelda yang berusia lapan bulan dengan lebih selesa.
"Sebelum ni, saya kena lindung dengan kain...malu juga, tapi nak buat macam mana, saya cuba susukan anak sembunyi-sembunyi di sebalik kain yang dibuat tirai.
"Namun, saya gembira bila dapat khemah ni, nak tidur pun selesa dan berharap lebih ramai mangsa banjir mendapat khemah," katanya yang tinggal di sini sejak Rabu lepas.
Noor Afiza Sahak, 35, berkata beliau gembira mendapat sumbangan khemah itu kerana memudahkannya menjaga batas aurat sepanjang berada di pusat pemindahan itu.
"Lega sikit sebab kita ni kalau tidur memang tak selesa kalau di tempat terbuka begini, jadi dah pasang khemah ni boleh tidur selesa sikit," kata ibu kepada tiga anak itu. - Bernama
Mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan banjir Dewan Majlis Sukan Negara (MSN) Dungun mengambil inisiatif mengeluarkan belanja sendiri membeli khemah pada harga antara RM40 hingga RM250.-
KEMAMAN – Cadangan segelintir mangsa banjir agar kerajaan menyediakan khemah di pusat pemindahan untuk setiap keluarga terutama bagi ibu yang menyusu bayi akan dipertimbangkan.
Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagaimanapun berkata, langkah membekalkan khemah kepada setiap keluarga seperti yang dipraktikkan di Jepun kepada mangsa gempa bumi agak tidak praktikal di negara ini yang berbeza iklim dengan negara matahari terbit itu.
Katanya, sekiranya mangsa banjir perlu tinggal lebih lama di pusat pemindahan mungkin tilam yang lebih selesa perlu dibekalkan berbanding penyediaan khemah.
“Ramai yang suruh kerajaan bekalkan khemah kepada setiap keluarga tapi kalau beri khemah mungkin disuruh pasang pendingin hawa pula kerana suhu di negara ini panas berbeza dengan Jepun yang suhunya sejuk.
“Jika pasang khemah, mungkin orang ramai boleh duduk selama sejam sahaja paling lama kerana panas,” katanya ditemui di pusat pemindahan SK Seri Geliga Kemaman selepas makan bersama mangsa banjir di situ semalam.
Menteri Komunikasi dan Multimedia ini berkata, di Jepun bila berlaku gempa bumi, mangsa terpaksa tinggal berbulan-bulan di pusat pemindahan dan ia berbeza dengan keadaan di negara ini khasnya di Kemaman kerana mangsa banjir kalau pindah di pusat pemindahan pun tidak melebihi lima hari.
“Cuma kita lihat situasi banjir selalunya orang berpindah tak lebih lima hari jadi apakah kita nak gembleng tenaga dan menyediakan khemah atau tilam empuk?
“Jadi saya rasa apa yang kita perlukan mungkin tikar atau tilam yang nipis.
"Kalau tilam yang tebal nak kendalikan susah.
"Sekarang kita ada 18,000 mangsa banjir jadi nak kendalikan 18,000 tilam untuk dihantar ia memerlukan beratus trak selain masalah logistik lain,” katanya.
Dalam pada itu, beliau meminta mangsa banjir di Kemaman kekal berada di pusat pemindahan kerana pada malam ini (malam semalam) akan berlaku fenomena air laut pasang.
“Saya harap mangsa banjir bersabar dan kita akan berusaha untuk menghantar bekalan makanan dan keperluan lain ke pusat pemindahan,” katanya.

DS ASC - memberi kenyataan bodoh dan bangang, tidak menggambarkan keimanan langsung.
BalasPadamDi pusat pemindahan terdapat ramai wanita & gadis, maka jika ada kemah terpeliahralah aurat mereka dalam keaddan darurat.
Kalau kemah tu tak sesuai dengan iklim kita kenapa jaul disisni?
Inilah hakikatnya apa bila pihak bertanggung jawab menyediakan 1001 ALASAN UNTUK TIDAK MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN SEMPURNA...
dari yang TERBAIK DI DUNIA hingga TAK SESUAI keran iklim.
Nak buat kerja amal pun TUNGGU MAJLIS PELEPASAN OLEH PM.
BODOH BIN BAHLOL PUAK-PUAK NI.
Begitu ramai yang memungut derma dan berarak tabung, setetengahnya tak tau dari NGO mana. Mengguna kotak kertas dan plastik berperekat TABUNG KEMANUSIAN MANGSA BANJIR pemuda ini merayap dikalanganpengunjung pasar raya dan pasar malam membawa tabung ini.
BalasPadamSiapa mereka ini?
Berbilion ada duit BaitulMal si perap simpan. Menteri agama, pengurusan dan Pegawai PPZ dan BaitulMal seolah-olah PEKAK, TULI, BUTA & BISI diamseribu bahasa.... RASANYA inilah masanya duit BaitulMar boleh digunakan. Atau ada hukum yang melarang yang tokwan tak tau. Mohon pencerahan.
Tokwan Perak.