08 Disember 2013

63,281 MANGSA BANJIR , 199 PUSAT PEMINDAHAN SEHINGGA PETANG INI

17,383 keluarga, 63,281 mangsa

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir Pahang dan Terengganu masih berlegar sekitar 60,000 daripada 17,383 keluarga yang ditempatkan di 199 pusat pemindahan biarpun terdapat sedikit penurunan di Pahang, lewat petang ini.

Mengikut rekod Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, jumlah mangsa keseluruhan di Pahang adalah 40,399 iaitu turun daripada 40,819 yang dicatatkan pada awal pagi tadi.

Mengikut perangkaan, sejumlah 11,746 keluarga kini berada di 149 pusat pemindahan seluruh Pahang selain 162 kampung turut terbabit.

Di KUANTAN, jumlah mangsa banjir adalah 34,090 dengan 10,369 keluarga di 42 pusat pemindahan.


NUR Aziemah Zainal, 14, termenung melihat keadaan banjir ketika berada di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Temai. Terdapat lebih 95 mangsa di pusat berkenaan.

Di PEKAN, jumlah mangsa banjir 3,385 dengan 809 keluarga di 31 pusat pemindahan selain membabitkan 53 kampung.

Di MARAN, jumlah mangsa banjir adalah 921 daripada 233 keluarga yang berada di 19 pusat pemindahan.

Di ROMPIN, jumlah mangsa banjir adalah 36 daripada 11 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan.

Di JERANTUT, jumlah mangsa banjir adalah 505 daripada 117 keluarga yang berada di 11 pusat pemindahan.

Di LIPIS, jumlah mangsa banjir hanya 49 daripada 10 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan.

Di TEMERLOH, jumlah mangsa banjir mencecah 1,007 daripada 224 keluarga yang berada di 22 pusat pemindahan.

Di BERA, Jumlah mangsa banjir adalah 193 daripada 40 keluarga di tujuh pusat pemindahan.

Di RAUB, jumlah mangsa banjir adalah 213 daripada 59 keluarga di 10 pusat pemindahan.

Sementara itu, laluan di tutup bagi Pahang adalah KM72 Jalan Kuantan-Segamat.-(hanya untuk ke kenderaan ringan) dan Jalan Jerantut-Kuala Lipis(Kampung Sepial)

TERENGGANU pula mencatatkan kenaikan sedikit jumlah mangsa banjir kepada 22,882 yang direkodkan pada sekitar 5 petang ini, berbanding 22,391 awal pagi tadi.

Jumlah keluarga terbabit pula adalah 5,637 yang kini ditempatkan di 50 pusat pemindahan seluruh Terengganu.

Di DUNGUN, jumlah mangsa adalah 2,984, daripada 727 keluarga yang kini ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.

Di KEMAMAN, jumlah mangsa 18,816 daripada 5,594 keluarga yang berada di 39 pusat pemindahan.

Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa hanya enam daripada satu keluarga yang ditempatkan di satu pusat pemindahan.

Di MARANG, jumlah mangsa adalah 23 daripada lapan keluarga yang ditempatkan di satu pusat pemindahan.

Sementara itu, pusat pemindahan di Hulu Terengganu ditutup.

Jalan ditutup buat Terengganu adalah Jalan Mak Lagam- Cheneh, Kemaman (dibuka untuk kenderaan berat), Jalan Cukai-Air Putih (Kg Sungai Pinang) dan Jalan Durian Mentagau, Dungun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan