Peniaga telefon bimbit cedera parah ditembak di dalam rumahnya
KULIM: Seorang peniaga telefon bimbit cedera parah selepas ditembak lelaki yang menyerbu masuk ke rumahnya di Taman Pondok Labu, di sini, malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Soo Song berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam selepas beberapa minit lelaki berusia 26 tahun itu sampai ke rumahnya.
"Dua lelaki memakai topi keledar tiba-tiba menyerbu masuk ke dalam rumah lalu melepaskan sedas tembakan yang mengenai bahagian belakang bahu kiri peniaga itu," kata Chin ketika dihubungi BERNAMA, hari ini.
Katanya kedua-dua penyerang itu kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.
Beliau berkata, semasa kejadian terdapat enam anggota keluarga peniaga itu di dalam rumah dan mereka menghantarnya ke Hospital Kulim dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Inspektor Mohd Anuar Mohd Noor di talian 04-4906222 atau mana-mana balai polis untuk membantu siasatan.
WELL DONE MALAYSIA!!!!Sebuah negara yang cukup AMAN di dalam dunia!!!Kita sepatutnya bersyukur dan rasa bertuah kerana mempunyai menteri dalam negeri dan polis yang paling cekap dan fokus dalam dunia!!!
BalasPadamSaya pun bangga!!! Hampir setiap hari pasti ada kes menembak. Persoalannya dari mana mereka dapat senjata api?
BalasPadam