07 Ogos 2013

APA LAGI SINGAPURA MAHU? LEE KUAN YEW DEDAH KEBODOHAN MALAYSIA....?!!!!!

Kita lihat bagaimana kebijakan singapura mengurus dan mentadbir negaranya ,mereka menggunakan 40% tenaga kerja asing dari Malaysia, ini bermakna mereka mencari makan disana.

Paling menyedihkan kita sudah Hilang Punca dalam daya saing, tak berguna kita menafikan dengan ugutan kasar kepada Singapura dengan helah ahli politik, media menghala kemarahan jangan campur tangan hal ehwal negara kita.....

Buktinya KDNK Singapura per kapita 5 kali ganda daripada Malaysia.

Impian najib untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju hanyalah syok sendiri sedangkan 85% rakyat negara kita masih tidak layak dikenakan cukai pendapatan.


Baca dibawah tulisan TMI tentang pandangan Lee Kuan Yew tentang ekonomi Malaysia.......



Malaysia kehilangan bakat besar kerana dominasi kaum, kata Kuan Yew

Malaysia telah bersedia kehilangan bakat besar apabila polisi berasaskan kaum diamalkan bagi menjaga kelangsungan bangsa tertentu, kata Lee Kuan Yew dalam buku barunya yang dilancarkan malam tadi di Singapura.

Meskipun Malaysia menyedari akan hal ini dan cuba membawa pulang pakar dari luar negara, usaha ini sudah terlambat, katanya.

“Ini faktor yang melemahkan negara. Ia seakan menafikan peluang bagi pembentukan bakat besar yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

“Mereka sudah bersedia kehilangan bakat muda bagi mengekalkan dominasi bangsa tertentu,” katanya menerusi buku 400 muka surat itu yang bertajuk “One’s Man View of the World” (Pandangan Terhadap Dunia Luar).

Buku tersebut memuatkan perbualan di antara Lee dan idolanya, Helmut Schmidt, bekas pemimpin Jerman Barat. Mereka membincangkan tentang hal sedunia sewaktu Schmidt melawat Singapura tahun lalu.

Dalam buku itu juga, Lee menerangkan Malaysia kehilangan punca dan memberikan negara lain peluang bersaing dalam persekitaran bebas.

Kira-kira 400,000 daripada satu juta rakyat Malaysia bekerja di Singapura, menurut rekod Bank Dunia.

Sewaktu mengumumkan pelan ekonomi lima tahun Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata di Parlimen pada 2011, kerajaan akan menubuhkan Talent Corporation bagi memanggil pulang sebilangan 700,000 rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara.

Lee memberitahu dalam bukunya, perubahan demografi Malaysia bakal melihatkan jurang besar dalam keistimewaan orang Melayu kelak.

Beliau memberi contoh semasa tamatnya Dasar Ekonomi Baru, pecahan populasi bangsa Cina dan India menurun dengan mendadak.

“Kaum Cina berjumlah 35.6 peratus daripada keseluruhan populasi pada 1970, berkurang kepada 24.6 peratus pada bancian 2010. Dalam tempoh sama, jumlah kaum India mengecil dari 10.8 peratus kepada 7.3 peratus,” katanya.

Beliau menambah, “40 peratus pendatang asing adalah dari Malaysia.

“Beberapa tahun kebelakangan ini, kaum Cina dan India gemar berhijrah ke Eropah, Amerika dan Australia. Ada di antara mereka menjadi individu hebat seperti Penny Wong yang merupakan Menteri Kewangan Australia. Ada juga yang memilih untuk masih tinggal di Malaysia, sesetengah mereka tidak berhajat untuk berhijrah dan ada di antara mereka berjaya melalui perniagaan meskipun terbeban dengan polisi diskriminasi.

“Kebanyakan kelompok kelas kelas kedua ini menjalinkan hubungan dengan orang Melayu bagi meneguhkan kedudukan mereka," katanya.

Data Bank Dunia pada 2012 menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Singapura mencecah $AS51,709 berbanding Malaysia dengan $AS10,381.

Namun Najib menjelaskan Malaysia bakal menjadi negara maju berpendapatan tinggi pada 2018, dua tahun lebih awal dari sasaran menjelang tahun 2020.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan