16 Julai 2013

Perisik US Mohon Suaka di Russia


Pembocor rahsia risikan mohon suaka di Russia

"Saya mengumumkan hari ini penerimaan rasmi terhadap semua tawaran sokongan atau suaka yang diberikan kepada saya dan semua tawaran lain kepada saya pada masa depan."
Turut hadir pada sidang itu ialah wakil kumpulan Human Rights Watch (HRW) dan Amnesty International.



TEMUI WAKIL HAK ASASI: Encik Edward Snowden mengadakan sidang dengan wakil kumpulan hak asasi di lapangan terbang Sheremetyevo di Moscow, awal semalam untuk meminta suaka di Russia. Gambar tidak bertarikh ini turut disiarkan di televisyen negara itu. - Foto REUTERS

MOSCOW: Pembocor rahsia risikan Amerika Syarikat, Encik Edward Snowden, berkata beliau mahu menuntut suaka di Russia sehingga boleh berlepas ke Amerika Latin, di mana beberapa negara menawarkannya perlindungan.

Ditemui buat kali pertama di khalayak awam sejak terkandas di lapangan terbang Sheremetyevo di Moscow tiga minggu lalu, Encik Snowden, 30 tahun, bertemu para aktivis dan peguam hak asasi Russia.
Beliau masih mencari tempat yang selamat daripada percubaan Amerika mahu mengekstradisinya bagi menghadapi tuduhan pengintipan kerana mendedahkan kegiatan risikan meluas negara adikuasa dunia itu.

Washington, bagaimanapun, terus memberi tekanan kepada Moscow kerana memberi izin Encik Snowden tinggal di negara itu dan meneruskan pendedahan yang memalukan Amerika. Presiden Barack Obama, malah menguhubungi pemimpin Russia, Encik Vladimir Putin, menerusi telefon semalam, seperti yang dijadualkan.

Tidak ada butir didedahkan tetapi Rumah Putih pernah berkata bahawa isu Snowden akan dibincangkan.
Encik Obama dijangka melawat Moscow pada September ini bagi satu sidang dengan Encik Putin sebelum menuju ke sidang puncak Kumpulan 20 (G-20) di St Petersburg.

"Menyediakan platform propaganda bagi Snowden adalah bertentangan dengan perisytiharan pemerintah Russia mengenai sikap neutral Russia sebelum ini," kata jurucakap Rumah Putih, Encik Jay Carney.
"Ia juga bertentangan dengan jaminan Russia bahawa mereka tidak mahu Snowden merosakkan kepentingan Amerika," tegasnya sambil mengulangi gesaan agar Encik Snowden diserahkan kepada Amerika untuk dibicarakan kerana membocorkan rahsia keselamatan negaranya.

Satu klip video amatur di televisyen menunjukkan Encik Snowden yang memakai kemeja kelabu dengan tenang membaca kenyataannya:


"Saya mengumumkan hari ini penerimaan rasmi terhadap semua tawaran sokongan atau suaka yang diberikan kepada saya dan semua tawaran lain kepada saya pada masa depan."Turut hadir pada sidang itu ialah wakil kumpulan Human Rights Watch (HRW) dan Amnesty International.
Encik Snowden, yang tidak ada dokumen perjalanan rasmi dan mengakui tidak menyesali tindakannya itu, berharap Russia akan membaharui suakanya supaya beliau dapat berlepas secara sah dari negara itu ke Amerika Latin, di mana Bolivia dan Nicaragua bersedia menerimanya. - AFP.

"Dalam beberapa minggu kebelakangan ini kita telah menyaksikan kempen yang menyalahi undang-undang oleh pegawai-pegawai dalam Kerajaan Amerika Syarikat untuk menafikan hak saya untuk mencari dan menikmati suaka ini di bawah Perkara 14 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat," Snowden menulis awal kepada kumpulan hak asasi.

Sementara itu, pemimpin-pemimpin dari blok Amerika Latin, MERCOSUR, mesyuarat di Montevideo di Uruguay, dijangka untuk menghantar mesej  untuk Washington atas dakwaan AS mengintip di rantau ini dan untuk mempertahankan hak mereka untuk menawarkan perlindungan kepada Snowden.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan