PETALING JAYA: Pakatan Rakyat perlu membentuk sebuah pusat strategi bagi menyelaraskan hala tuju pakatan pembangkang itu lebih mantap dalam menghadapi ilihan raya umum ke 14 kelak.
Apa yang berlaku dalam pilihan raya umum ke 13 pada 5 Mei lalu ialah parti dalam Pakatan Rakyat membawa haluan masing-masing, kata Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow.
“Pusat strategi ini sangat penting, oleh kerana itu ia mesti dimulakan sekarang,” kata beliau lagi.
Menurutnya, beliau akan mewujudkannya di Johor kerana berkeyakinan Pakatan Rakyat mempunyai masa depan yang cerah di negeri nitu.
Pusat strategi mempunyai banyak fungsi, antaranya sebagai mengumpul dana bagi membiayai operasi dan calon dalam pilihan raya umum akan datang, kata Hu.
Sementara itu, beliau turut mencadangkan kepada Pakatan Rakyat tiga negeri yang diperintah mengambil negeri lain sebagai anak angkat sebagai satu usaha merampas negeri yang belum ditawan Pakatan.
Selangor menjadikan Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor; Pulau Pinang mengambil Perlis, Kedah dan Perak, manakala Kelantan mengambil Terengganu sebagai negeri angkat.
“Untuk Sabah dan Sarawak diurus langsung oleh ketiga-tiga negeri yang kini diperintah Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor,” tambah Hu lagi.
Bagaimanapun, di setiap negeri mesti ada pegawai-pegawai yang membabitkan ketiga-tiga parti tersebut yang membabitkan semua kaum.
Saya sedia membantu untuk menjayakan program tersebut,” tambah beliau.
- fmt

Idea yg sgt bernas.. ayuh teruskan semangat muafakat dan setia kawan demi rakyat.. rakyat dah muak dgn bn.. ayuh ubah..takbir!!!
BalasPadam