07 Jun 2013

TERPANAS! Laporan forensik sahkan P Karuna dipukul !!!


Protes di hadapan IPD Tampin, Negeri Sembilan

Bekas jurutera, P Karuna Nithi, yang mati di lokap IPD Tampin disahkan dipukul berdasarkan laporan pakar forensik, Dr Sharifah Safoorah Syed Alwee Al-Aidrus dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.


Ia bercanggah dengan kenyataan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh kononnya kematian mangsa tiada kaitan dengan pukulan atau penderaan, kata Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Undang-undang KEADILAN, S Jayathas.


“Bedah siasat juga mendapati seluruh anggota badannya di depan dan belakang penuh dengan kesan lebam selain beberapa kecederaan dalaman,” katanya.


“Balai polis yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk rakyat tidak pula berlaku ekoran kematian demi kematian yang berlaku sebelum ini,” tegas Jayathas.

Terdahulu, pada 3 Jun, kira-kira 60 orang menyertai protes dihadapan IPD Tampin bagi membantah insiden kematian dalam tahanan melibatkan P Karuna Nithi.

Satu upacara keaagamaan Hindu turut dibuat di hadapan IPD Tampin sebagai simbolik memohon kezaliman dihentikan dan keadilan kepada mangsa yang terkorban diberikan pembelaan.

Hadir sama Adun Port Dickson, Ravi Munusamy; Adun Nilai, J. Arul Kumar; Adun Senawang, P. Gunasekaran dan penyokong Pakatan Rakyat.
P Karuna Nithi, 42, yang menunggu proses ikat jamin bagi satu kes ditemui mati di lokap Balai Polis Tampin 2 Jun lalu.

Kejadian itu yang ketiga dalam sebelas hari selepas kematian N Dharmendran di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, 21 Mei lalu dan R Jamesh Rao di lokap Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang pada 26 Mei.


Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan