updated : Empat dipercayai mati dalam runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang
GEORGE TOWN, 6 Jun — Empat orang dipercayai terbunuh apabila sebahagian daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan di Batu Maung di sini, runtuh menghempap kenderaan mereka lebih kurang pukul 7.00 malam.
Polis telah menerima panggilan lebih kurang pukul 7.05 malam mengenai runtuhan itu dan bergegas ke tempat kejadian pada pukul 7.15 malam.
Menurut jurucakap polis, sebahagian daripada Penyambung Batu Maung menghubungkan jambatan ke Tun Dr Lim Chong Eu telah runtuh menghempap kenderaan yang melalui berdekatan dengan struktur itu.
Penyiasatan awal menunjukkan keempat-empat orang di dalam kenderaan dipercayai terbunuh serta merta.
Bahagian runtuh merupakan sebahagian daripada jejambat yang menghubungkan lebuh raya ke jambatan di antara dua rusuk konkrit.
Pihak polis telah menutup kawasan tersebut kepada lalu lintas.
Kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menemui kenderaan yang dihempap dan kini kerja-kerja sedang dijalankan untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaan hancur.
Terdahulu, timbalan pengurus jabatan perhubungan awam dan komunikasi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Azizi Azizan mengesahkan seksyen Pakej 3A projek Kedua Jambatan Pulau Pinang telah runtuh.
"Itu adalah bahagian yang menghubungkan jambatan kepada lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu," kata beliau kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual telefon.
Seksyen ini masih dalam pembinaan dan kontraktor sepatutnya melengkapkan dan menyerahkan bahagian yang selesai bulan depan, katanya.
"Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan apabila ia berlaku tetapi kita telah mengarahkan dihentikan serta-merta ke atas semua kerja-kerja pembinaan berikutan kejadian itu," katanya.
Ia masih terlalu awal untuk menentukan punca keruntuhan tetapi JKSB akan menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.
JKSB juga akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai kejadian itu esok.

Struktur pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung runtuh kira-kira jam 7 petang tadi
Struktur rasuk Palang( beam ) sepanjang 30 meter di jambatan kedua pulau pinang runtuh,dimaklumkan telah menghempap 2 buah kereta.
Setakat ini 2 pekerja warga asing dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang kerana mengalami kecederaan parah. Pasukan keselamatan Bomba sedang berusaha mencari mangsa lain yang kemungkinan turut terperangkap.
2 buah kereta orang awam mungkin terperangkap bawah runtuhan di Batu Maung. Usaha mencari sukar kerana ditimbus sisa konkrit dan struktur besi.
Struktur yang runtuh dipercayai penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan. Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung.
BERITA DIPETIK DARI ASTRO:
Runtuhan struktur binaan di Jambatan P.Pinang kedua
BATU MAUNG: Sebahagian dari struktur jambatan kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi.
Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung.
Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah.
Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui samada terdapat mangsa yang terperangkap atau tidak.
Sebuah kren juga digunakan bagi mengangkat batang konkrit tersebut. Menurut Shoki, pihak bomba juga dikejarkan ke lokasi sebaik sahaja kejadian itu berlaku.
Difahamkan juga, kerja-kerja pembinaan juga dihentikan buat sementara namun pembinaan pada bahagian lainnya tidak terjejas.
Sehingga setakat ini, punca sebenar kejadian masih tidak dapat diketahui.
Sementara itu, ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin yang berada di lokasi juga mengesahkan melalui laman Twitternya bahawa struktur sepanjang 30 meter itu telah runtuh.

Menurutnya Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah memberitahu lebih kurang satu atau dua kereta telah remuk akibat runtuhan.
Katanya lagi, pihak bomba juga sedang memulakan operasi menyelamat.
Menyusul lagi......
Kedahkini

admin... aku repost dlm blog aku. credit pada admin.
BalasPadamMohon exchange link atas kesudian admin. TQ
Mohon share dalam blog jugak :)
BalasPadamruntuh lagi??? sampai 4 orang awam jadi korban. asyik runtuh je projek kerajaan persekutuan (Be-End) ni. lepas ni ape la pulak yg runtuh yer? inilah jadinya bila banyak sangat rasuah dan pentingkan kroni. sprm mesti siasat segera.
BalasPadambila dah siap dan dibuka untuk laluan nanti adakah jambatan ini dijamin 100% selamat untuk digunakan? dalam pembinaan pun boleh runtuh.
BalasPadammohon share yer dlm blog
BalasPadamtakde gambar teknikal ke?
BalasPadambahagian mana yang gagal?
jenis precast ke?
dah buat prestessed blm?
jangan main sembang kalau jahil.