07 Jun 2013

TERKINI ! TRAGEDI JAMBATAN KEDUA : MAYAT BERJAYA DIBAWA KELUAR


Tragedi jambatan kedua: Mayat berjaya dibawa keluar

Georgetown: Mayat mangsa yang terperangkap dalam runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang berjaya dibawa keluar kira-kira jam 8.45 malam ini.

Mayat dibawa dengan menaiki kenderaan polis ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.
Mangsa runtuhan susur jambatan kedua Pulau Pinang berjaya dikeluarkan  dalam operasi yang mengambil masa lebih 24 jam.

Mangsa berketurunan melayu mati dalam insiden itu.

Turut berada di tempat kejadian semasa jenazah mangsa dikeluarkan ialah abang mangsa.Beliau pengsan setelah gagal menahan sebak.

Pihak bomba kini sedang mengesahkan sama ada masih ada mangsa lain yang berada di bawah runtuhan.


Harian Metro ‏@hmetromy16 minit -by twitter

Pasukan penyelamat terus cari mangsa dikhuatiri terperangkap susulan laporan ternampak mangsa lain - Timbalan Ketua Polis P Pinang




Gambar ini merupakan keadaan mangsa runtuhan jambatan kedua yang telah di temui oleh pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus mengesan mangsa sejak petang semalam.

Mayat Tajuddin bin Zainal Abidin telah sampai di GH. Post mortem malam ini 11.30pm


Isteri Mangsa kemalangan dan keluarganya

Gambar yang diambil pukul 3.00 petang semalam sebelum kejadian dilapurkan 7.15 malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan