07 Jun 2013

PECAH BERITA ! SAMAN KORPORAT TERBESAR HALIM SAAD , AKAN DEDAH UMNO MENCIPTA MESIN MEMBUAT WANG POLITIK !!!

Halim Saad saman kerajaan melibatkan perjanjian Renong yang tidak termeterai




KUALA LUMPUR, 7 Jun — Jutawan Tan Sri Halim Saad mengambil tindakan undang-undang serius terhadap kerajaan bagi menuntut penyelesaian penuh perjanjian bernilai lebih RM2 bilion yang memaksa beliau melepaskan pegangan dalam Renong Bhd sedekad lalu.

Menurut majalah perniagaan The Edge Review, Halim, suatu ketika dahulu yang merupakan satu-satunya penama korporat pemerintah Umno, mendakwa telah ditawarkan wang tunai berjumlah RM1.3 bilion, hartanah serta kawalan ke atas syarikat swasta pengurusan sisa sebagai pertukaran ke atas pelupusan Renong seperti yang dijanjikan pada 2001.


Disamping memetik individu lain yang menyamai seperti saman Halim, majalah itu melaporkan ahli perniagaan itu hanya menerima RM165 juta walaupun telah menyerahkan empayar perniagaannya dan akan menuntut bakinya.
Halim cuba memberi tekanan kepada kerajaan untuk mendapatkan penyelesaian penuh, menurut majalah tersebut, tetapi pada tahun 2010, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) berkata kepadanya perjanjian itu tidak akan dipenuhi.

“Halim mengadakan beberapa mesyuarat dengan Dr Mahathir — walaupun selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada bulan November 2003 — dan juga Nor Mohamed bagi menuntut penyelesaian penuh tetap beberapa kali telah ditolak,” tulis artikel itu lagi.

“Pada bulan April 2010, Halim bertemu dengan Dr Mahathir cuba untuk mencari jalan penyelesaian tetapi beliau diberitahu kerajaan tidak akan menunaikan perjanjian itu.

“Ahli perniagaan yang pernah berhadapan dengan keadaan itu mengatakan Dr Mahathir memberitahu Halim bahawa beliau telah dimaklumkan oleh Nor Mohamed, aset yang diambil alih oleh Khazanah adalah milik Umno,” katanya.


The Edge Review berkata Halim kemudian bertemu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam Unit Perancang Ekonomi untuk mengesahkan kata-kata Dr Mahathir.


Menurut majalah tersebut dan StarBiz hari ini, Nor Mohamed, kerajaan Malaysia dan dana pelaburan strategik milik kerajaan Khazanah Nasional Bhd telah dinamakan sebagai defendan di dalam saman berbilion ringgit yang telah difailkan April tahun ini.

Dalam pernyataan tuntutan itu yang dilihat oleh StarBiz, Halim yang mendakwa pihak terbabit telah menandatangani perjanjian pada 2001 dan/atau perjanjian lain 2003 dengan dia untuk “niat menipu beliau atau mendorong beliau untuk bersetuju ke atas kedua-dua perjanjian tersebut”.


The Edge Review berkata saman itu, bakal menjadi pertarungan korporat terbesar dalam negara, serta akan mendedahkan buat kali pertama “urusan di sebalik tabir dalam beberapa urus niaga berbilion dolar dan penganugerahan kontrak yang membentuk dunia korporat Malaysia sekitar pertengahan 1980an dan awal dekad ini”.

“Antara perkara-perkara lain, eksekutif mengatakan saman Halim akan memberikan gambaran bagaimana Umno mencipta mesin membuat wang politik di seluruh Renong dan kebimbangan yang berkaitan dengannya, United Engineers Malaysia Bhd (UEM).



“Ia akan menawar pengakuan Halim bagaimana dia berhenti menjadi penama perniagaan Umno dan juga memberi pengakuan peribadi yang dihadapi ahli perniagaan sejak bertahun-tahun lalu ketika beliau bertarung menjaga Renong yang penuh sarat dengan hutang untuk bertahan,” tulis majalah itu lagi.



Halim, pada tahun 1984 diambil oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin sebagai penama korporat tunggal Umno, telah membina Renong dan UEM ke dalam konglomerat terbesar di Malaysia, dengan usaha dalam perbankan, pembinaan, telekomunikasi, pembangunan hartanah dan industri jalan bertol.

Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997 membawa kepada kejatuhan harga saham Renong dan menurut The Edge Review mendedahkan aliran tunai yang buruk konglomerat tersebut dan beban hutang yang besar.

Menurut StarBiz, arahan perniagaan pada tahun tersebut untuk mendorong UEM membeli 2.5 peratus blok saham Renong tidak memberikan pulangan yang baik kepada pelabur awam.

“Untuk memuaskan pasaran, Halim pada tahun 1998 menawarkan untuk membeli saham-saham Renong daripada UEM dengan cara ‘meletak pilihan’,” lapor bahagian perniagaan akhbar berbahasa Inggeris The Star hari ini.

“Harga pilihan untuk ‘meletakkan’ adalah RM3.2 bilion, yang mana beliau perlu membayar sebanyak empat ansuran, tiga ansuran bernilai RM100 juta dan baki dengan faedah pada 14 Feb 2001 selepas pilihan sudah luput.

“Halim dilaporkan telah membayar RM100 juta yang pertama tetapi tidak dapat membayar yang kedua selepas ia luput, ia berlaku apabila Khazanah mengambil alih.

“Dana kekayaan negara tersebut telah mengambil alih swasta UEM pada tahun 2001 dan kemudian membatalkan pilihan,” menurut laporan tersebut.

Menurut The Edge Review, Dr Mahathir yang bertanggungjawab memberi tekanan kepada Halim pada 2001, yang kemudianya membawa kepada pelupusan kawalan ke atas Renong.

Bekas perdana menteri tersebut dilaporkan telah mengarah Halim berjumpa dengan Nor Mohamed, yang ketika itu adalah penasihat ekonomi dan kemudiaan mengatur pembelian kerajaan ke atas kepentingan jutawan tersebut dalam Renong.

Memetik sumber rapat dengan Halim, alasan Dr Mahathir adalah semata-mata penama korporat Umno itu “tidak lagi menikmati keyakinan awam”.

Majalah tersebut berkata Halim pada awalnya tidak bersetuju, menegaskan Renong tidak memerlukan bailout kerana kumpulan itu mempunyai aset mencukupi untuk menampung pinjaman yang tertunggak.

“Pentadbiran Mahathir melihat perkara-perkara secara berbeza,” tulis The Edge Review. “Kelembapan kumpulan itu dalam menyusun semula kira-kira hutang RM13 bilion memberi tekanan besar kepada sistem perbankan negara.”

Di bawah tekanan, Halim kemudiannya melepaskan pegangannya sebagai pertukaran dalam perjanjian kira-kira RM2 bilion dan Khazanah kemudiannya mengambil alih UEM pada tahun 2001.


RENONG BHD. Wikipedia

UEM GROUP

SUMBER BERITA

Kedahkini

3 ulasan:

  1. semua samaje penyamun,penyangak,perompak hasil negar dan rakyat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah akan terbongkar JUA akhirnya

      Padam
  2. Eloklah tu...penyamun, penyangak, perompak saman menyaman!!! Akhirnya maka jadilah pemutar belit...masing2 nak lepaskan diri. Allah itu kan Maha Adil...dibalasNYa satu hari..maka terimalah padahnya!!

    BalasPadam