06 Jun 2013

PANAS ! MALAYSIA JADI LOKASI PEMBUNUHAN KONFLIK BANGSA BURMA...APA PUNCANYA ?!!!

Empat mati, Lapan lagi cedera dan 78 ditahan.. Polis kini bimbang konflik berdarah di Myanmar menular ke Malaysia..

Konflik berdarah antara penganut agama Islam dan Buddha di Myanmar nampaknya telah merebak ke Malaysia, negara yang menggunakan tenaga kerja yang ramai dari negara itu dan juga penempatan terbesar Islam Rohingya di luar negara.

Di Malaysia dianggarkan terdapat kira-kira 400,000 pekerja dari Myanmar yang mana kebanyakkan dari mereka adalah perkerja restoran dan juga sektor pembinaan, selain dari itu di Malaysia juga tempat berlindung 23,000 pelarian Islam Rohingya menurut statistik UNHCR tetapi angka tersebut dipercayai mencecah 50,000 orang.

Menurut laporan media, empat warga Myanmar telah terbunuh manakala lapan lagi cedera serta 78 orang telah ditahan selepas berlaku beberapa siri serangan yang dipercayai ada kaitan dengan konflik agama di negara asal mereka iaitu Myanmar.

"Sentimen agama dinegara asal mereka telah memerangkap pekerja Myanmar di sini, yang menyebabkan kedua-dua kumpulan Muslim dan Buddha melancarkan serangan kejam antara satu sama lain di kawasan yang mempunyai bilangan besar warga Myanmar," kata Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Amar Singh Ishar Singh.

Berikut adalah laporan penuh mengenai insiden ini..

KUALA LUMPUR 3 Jun - Polis bimbang berikutan empat kes pembunuhan melibatkan warga Myanmar di ibu negara dalam tempoh lima hari lalu yang disyaki mempunyai kaitan dengan pergaduhan antara penduduk beragama Islam dan Buddha negara itu.

Menurut sumber, sehubungan itu, polis kini sedang menyiasat satu kumpulan dikenali sebagai '969' terdiri daripada warga Myanmar beragama Buddha yang mempunyai misi untuk menghapuskan penganut agama Islam Rohingya yang menetap di negara ini.

Difahamkan, sehingga kini polis telah membuat tangkapan melibatkan 78 orang berhubung kes itu.

"Beberapa kematian membabitkan warga Islam Myanmar di ibu negara sejak beberapa hari lalu dipercayai mempunyai kaitan dengan penghapusan etnik Rohingya beragama Islam di Myanmar.

"Warga Myanmar di sini didakwa telah dihasut untuk bangkit menghapuskan penganut Islam dari Myanmar yang tinggal di negara ini menerusi beberapa cara seperti pengedaran cakera padat video (VCD) yang mengandungi rakaman pembunuhan umat Islam Rohingya oleh tentera Myanmar," kata sumber itu di sini hari ini.

Menurut sumber, untuk mengenali kumpulan anti-Islam Myanmar tersebut, mereka kerap memakai kemeja-T yang bertulis 969 dan setiap aktiviti dan pergerakan mereka dikatakan berpusat di tokong sekitar Puchong dan Kepong.
Faktor utama kawasan Selayang sering menjadi lokasi serangan dan pembunuhan warga Myanmar, sumber itu berkata, ia adalah disebabkan kawasan tersebut merupakan penempatan paling ramai warga Islam Myanmar dan Rohingya.

Dalam kejadian terbaharu, dua lelaki warga Myanmar maut dibunuh di Kampung Baru Ampang dekat sini pada pukul 7.40 pagi ini dan di Pasar Borong Kuala Lumpur, kira-kira 3 petang ini.

Dalam kejadian di Ampang, mangsa ditetak sekumpulan lelaki yang dipercayai rakyat negara itu di sebuah pusat cucian kereta di Kampung Baru Ampang dekat sini pada pukul 7.40 pagi ini.

Mangsa berusia 20-an mati akibat ditetak di belakang badan serta leher oleh sekumpulan penyerang yang dipercayai lebih daripada 10 orang.




Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Md. Nazri Zawawi berkata, ketika kejadian, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dikatakan sedang tidur di dalam pusat mencuci kereta tempatnya bekerja sebelum didatangi lebih 10 lelaki lalu menyerangnya.

"Mangsa telah cuba lari untuk menyelamatkan diri namun dia rebah dan meninggal dunia tidak lama kemudian kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian. Dalam kejadian itu, dua rakan mangsa turut cedera di jari dan lengan," katanya di sini hari ini.

Di Pasar Borong Kuala Lumpur pula, mangsa diserang sekumpulan lelaki warga Myanmar dengan senjata tajam dan kayu sehingga cedera parah di perut dan kepala.

Menurut saksi, mangsa yang rebah di tempat kejadian kemudian ditemui orang ramai sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur seterusnya disahkan mati di hospital berkenaan.

Sementara itu, pada Khamis lalu, seorang peniaga sayur warga Myanmar maut diserang sekumpulan lelaki menggunakan parang ketika menaiki motosikal bersama seorang rakannya di pekarangan tempat letak kereta di Pasar Borong Selayang Baru dekat sini.

Sehari selepas kejadian itu, mayat seorang lagi warga Myanmar ditemukan dengan kesan kelar di leher di kawasan semak berhampiran Pasar Borong Selayang .

Rentetan dari insiden ini Polis telah melancarkan siri operasi tangkapan besar-besaran dan membuat pemeriksaan secara menyeluruh terhadap warga Myanmar sejak Ahad lalu sebagai langkah membendung kes bunuh warga Myanmar berulang.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria, setakat ini polis sudah menahan kira-kira 400 warga Myanmar di sekitar Pasar Borong Selayang untuk tujuan penyimpanan data dan maklumat. - UTUSAN


'World silent on killing of Rohingyas'


Hmmm.. itulah.. bawa masuk lagi pendatang asing ni ramai-ramai.. bila dah ramai sangat macam tu lah jadinya.. negara kita depa dah anggap negara depa, depa buat ikut suka depa saja...

Sekarang siapa yang susah?.. Polis jugak yang susah..tak pasal-pasal terlibat dalam konflik negara pendatang asing tu..

Kalau dah sampai terbawa-bawa konflik dari negara mereka ke negara kita.. mereka bukan lagi membantu membangunkan negara ini tapi dah membantutkan pembangunan negara..

Jadi untuk apa dikekalkan mereka di negara ini??.. Usir keluar semua mereka..

Hantar balik semua lebih baik.. tapi kalau hantar balik semua apa pulak nak jadi dengan UMNO pada PRU14 nanti?


~ by Anak Sungai Derhaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan