06 Jun 2013

MUHKRIZ TENDANG PERLANTIKAN PEGAWAI KEWANGAN NEGERI...GASAK JANGAN TAK GASAK

MUKHRIZ TENDANG DATO' MD NOOR WALAUPUN BELIAU DAH JALANI RAPTAI ANGKAT SUMPAH

Oleh: Aiman Rasis, Wisma Darul Aman

Setelah mendapat persetujuan dari Majlis Pemangku Raja, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengeluarkan surat pelantikan Dato' Md Noor Rafie sebagai Pegawai Kewangan Negeri. Dato' Md Noor sebagai Pengarah Tanah dan Galian dilantik berdasarkan seniority dalam KCS. Kekosongan Pegawai Kewangan berlaku apabila Dato' Puat Ali naik pangkat sebagai SUK.

Pelantikan Dato' Md Noor mendapat sokongan padu daripada pihak KCS. Malangnya ia tidak disenangi oleh Datuk Mukhriz yang mungkin mendapat nasihat dari bapanya, Tun Mahathir. 

Dengan tidak menghormati persetujuan dan keputusan SPA, Majlis Pemangku Raja dan KCS - Mukhriz mengarahkan pelantikan Dato' Md Noor ditarik balik! Sedangkan Dato' Md Noor telah menjalani raptai angkat sumpah di Istana Anak Bukit.

Like father like son, Mukhriz memilih Dato' Khazali Din a.k.a Tilong iaitu Pengarah UPEN untuk memegang jawatan Pegawai Kewangan tanpa memperdulikan pandangan pihak lain. 

Ramai pegawai KCS terkejut mengapa Tilong yang terpalit dengan pelbagai masalah sewaktu memegang beberapa jawatan dalam GLC (sebahagian skandal RM403 juta) dipilih oleh Mukhriz. Apakah Mukhriz mahu 'mempergunakan' Tilong untuk apa2 tujuan tidak baik apabila menyerahkan jawatan penting itu kepada beliau?

Banyak rahsia akan terdedah dari kegopohan Mukhriz walaupun baru sebulan mentadbir Kedah.. Tunggu selepas ini.

1 ulasan:

  1. Tak payaaaah bisiiiing, pi rekomend Noor Rafie jadi Pengarah UPEN atau Pen SUK Pentadbiran. Semua KCS suka Noor Rafie?. Alahaaaiii...

    BalasPadam