25 Februari 2013

PANAS ! "SEMUA POLIS JOHOR DALAM TANGAN AKU" ADA BERANI....???


"SEMUA POLIS JOHOR DALAM TANGAN AKU" kata-kata biasa KERABAT DIRAJA JOHOR INI...

BETULKAH POLIS JOHOR AKAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP ANAK ACHIBALD INI ATAU AKAN BERLAKU "SANDIWARA" LAGI???


Hasad dengki, gegar, gentar adalah cara kebanyakan anggota Kerabat Diraja Johor gunakan bagi "MENCARI MAKAN". Jika mereka tidak mengenali atau mengetahui asal usul sebenarnya seseorang Kerabat sudah pasti mereka akan "DIPERKUDA" dan dijadikan "BALACI BODOH" oleh segelintir Kerabat Diraja Johor seperti ini.

KELUARGA ARCHIBALD memang sering menimbulkan cerita-cerita "sensasi" dan sering juga berlagak sebagai "GANGSTER TAIK KUCING" dan kebanyakan kes-kes pergaduhan, seperti menyerang pelancong-pelancong di Pulau Rawa dan beberapa tempat lain di Negeri Johor adalah perbuatan yang dilakukan oleh ahli keluarga ini. Mereka sentiasa cuba mem"potray" diri mereka sebagai "sepupu rapat sultan"dan menggegarkan orang ramai termasuk pegawai-pegawai kerajaan bahawa kononnya "MEREKA BOLEH MENGADU ATAU MENGARAHKAN SULTAN JOHOR UNTUK MURKA ATAU MEMINDAHKAN ATAU MENYUSAHKAN" mana-mana pihak yang tidak mengikut "TITAH" mereka. 

Jika sesiapa pernah pergi ke jeti di Bandar Mersing tidak lama dulu pasti boleh membaca Papan Tanda yang tertera lebih kurang bunyinya begini ( saya sedang cari gambar papan tanda ini dari simpanan saya) " DILARANG MENCEROBOH ATAU MEMASUKI KAWASAN JETI INI...........Dengan Perintah Tunku........Archibald" papan tanda ini sebenarnya diletakkan di Kawasan yang ditadbir oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing. Ini antara contoh bagaimana keluarga Archibald menunjukkan "GILA KUASANYA".

SEKALI LAGI ahli keluarga mereka ini menunjukkan "GILA KUASANYA" terhadap kakitangan syarikat milik keluarga saya pada 21 Februari 2013 yang mana Kerabat Diraja ini telah datang dan cuba memasuki pejabat syarikat keluarga saya dan mengganggu operasi syarikat dengan memarahi serta menghalau kakitangan yang berada di dalam pejabat sambil membuat ugutan , JIKA PEJABAT ITU TIDAK DI KOSONGKAN, DIA AKAN MENGGUNAKAN POLIS (dipercayai bebrapa pegawai polis yang sering di"entertain" olehnya di pusat-pusat hiburan) UNTUK SAMA-SAMA MENGHALAU DAN MELAKUKAN TINDAKAN KASAR YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG NEGARA.




 INILAH LAPORAN POLIS YANG TELAH DIBUAT OLEH AHLI KELUARGA SAYA BERKAITAN DENGAN KEJADIAN INI.

SAYA MERASA RAGU-RAGU TENTANG TINDAKAN YANG AKAN DIAMBIL OLEH PEGAWAI-PEGAWAI POLIS DARI JOHOR, KERANA SAMAD ARCHIBALD INI SERING DENGAN ANGKUH DI KHALAYAK RAMAI MENGATAKAN BAHAWA "SEMUA POLIS JOHOR DI DALAM TANGAN AKU, JIKA PUN AKU TERPAKSA DI TAHAN OLEH POLIS, RAMAI ORANG DALAM AKAN BUAT "MAGIC" UNTUK SELAMATKAN AKU. SILAP-SILAP ORANG YANG BUAT REPORT TERHADAP AKU YANG AKAN MASUK KE DALAM".

SUMBUNG LAGI SINI


OLEH: peguamkamal

1 ulasan:

  1. tak payah bawak le certa mamat johore ni.jemu bosan rasa kotor

    BalasPadam