24 Februari 2013

HOT ! JANJI BALA " SAYA AKAN DEDAHKAN SEMUANYA "



Skandal Altantuya: PI Bala pulang, sedia bekerjasama dengan Deepak

KUALA LUMPUR 24 FEB: Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam yang menghilangkan diri sejak 2009 dan pulang hari ini, sedia bekerjasama dengan Deepak Jaikishan bagi merungkai misteri pembunuhan Altantuya Shariibuu walaupun mengakui keberatan untuk berbuat demikian.

“Saya tak bercadang kerjasama dengan orang lain. Tapi jika dia (Deepak) datang kepada saya dan mahu bekerjasama, saya okay. Tapi, saya tak akan pergi kepadanya.

“Kerana SD (akuan bersumpah) pertama adalah benar. Saya ada semua maklumat, saya tahu semua,” katanya pada sidang media selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang tadi, apabila ditanya pemberita mengenai kemungkinan itu.

Beliau yang dikenali sebagai PI Bala tiba di KLIA kira-kira jam 6.30 petang tadi dari Chennai, India, selepas menghilangkan diri sejurus selepas membuat akuan bersumpah kedua pada 4 Julai 2009.


Pada sidang media itu, Bala turut bersumpah atas nama kitab suci Hindu, Bhagavad Gita bahawa kandungan dalam akuan bersumpah pertama benar manakala akuan bersumpah kedua, palsu.

“Tiada yang tidak benar melainkan benar belaka,” katanya sambil menjulang kitab itu, sambil memohon maaf kepada semua pihak berkaitan kerana membuat akuan bersumpah kedua hingga menimbulkan masalah kepada banyak pihak.

“Minta maaf kerana buat akuan bersumpah kedua. Minta maaf atas segala masalah yang timbul. Ia tidak benar,” katanya.

Ditanya mengenai Flora Ong, wanita yang dinamakan Deepak sebagai memiliki hubungan rapat dengan Datuk Seri Najib Razak dan membolot kontrak lumayan serta hampir mengalami ‘nasib sama’ dengan Altantuya, ia tidak dijawab Bala, sebaliknya R Sivarasa mencelah.

Ahli Parlimen Subang itu berkata: “Lebih baik ditanya kepada Deepak. Tak perlu tanya Bala. Flora adalah urusan Deepak.”


Bala kemudian mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menanti kepulangannya kerana tidak menjangka menerima sambutan demikian di KLIA.

“Terima kasih semua. Saya tidak sangka terima sambutan sebegini. Saya sangat gembira,” katanya yang kelihatan sedikit sebak.

Ketibaannya disambut lebih 60 orang, antaranya Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua; Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dan peguam, Americk Sidhu.

Sementara itu, Badrul Hisham berkata, SAMM akan mengadakan sidang media bersama Bala pada jam 8 malam pada 27 Februari di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

“Ia pentas pertama penampilan Bala untuk bercakap di hadapan rakyat Malaysia,” katanya.



TERKINI DARI KLIA: Penyiasat Persendirian Yang Mendedahkan Kes Pembunuhan Altantuya Melibatkan Pemimpin Negara, P. Balasubramaniam Kini Selamat Tiba Ke KLIA & Disambut Meriah Oleh Orangramai... 


Makin Meroyanlah Puak-Puak Tue... Maka Politik Malaysia Akan Menjadi Lebih "PANAS" Mulai Sekarang... Janji Bala "SAYA AKAN DEDAHKAN SEMUANYA".




MENYUSUL LAGI....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan