22 Oktober 2012

Terkini ! Parlimen, DAP Tepuk Meja Bela TG Nik Aziz


Isu rogol: DAP tepuk meja bela Nik Aziz

DAP hari ini berkobar-kobar mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin MCA bahawa mursyidul am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat membenarkan orang Islam merogol bukan Islam.

Bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", Anthony Loke (DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

"Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.


Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudiannya mematikan mikrofon Loke (atas) dan meminta anggota parlimen Rasah tidak membawa hujah politik dalam dewan.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur kelmarin, Heng menuduh PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng di hadapan 1,032 perwakilan.

Dr Chua dalam sidang media selepas itu mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar.

BERITA SEBELUM INI PENGHINAAN MCA  DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan