07 Oktober 2012

Panas ! Sabah Ketinggalan 30 Tahun Dari Semenanjung ??


ORANG SABAH SINONIM ABORIGINAL DI AUSTRALIA?

TAHUN 1996 saya melawat Australia untuk beberapa bulan. Walaupun dalam masa yang singkat saya telah melihat serba sedikit mengenai kehidupan orang di sana. Sedia maklum Australia pada masa tersebut sudah tergolong  dalam status negara maju.

Dengan lawatan ke  Melbourne yang singkat, jelas kelihatan Melbourne adalah bandar yang moden dan menitik beratkan reka bentuk yang sangat menarik. Sistem pengangkutan awam yang teratur seperti keretapi elektrik jarak dekat dan jauh, teksi dan bas.

Pada masa yang sama saya telah berkesempatan menonton filem dokumentari mengenai Australia pada masa perang dunia kedua. Bila terlihat sahaja Negara Australia pada masa tersebut, terus saya terbayangkan Kuala Lumpur yang mana pembangunan dan sistem pengangkutan yang agak serupa.

Ini bererti Negara kita ketinggalan zaman atau dengan kata lain kita ketinggalan dalam pembangunan bagi tempoh masa dalam jangka 30 sehingga 50 tahun di belakang Australia pada masa tersebut.

Sangat mengejutkan semasa lawatan ke dalam kawasan Bandar Melbourne yang maju saya terlihat ramai kumpulan gelandangan di sana sini. Sangat jelas apabila dilihat dibawah lebuh raya ‘fly over’, kelihatan golongan ini tinggal dalam keadaan yang sangat daif sekali dan ada yang dalam keadaan mabuk.

Percaya atau tidak 99% kumpulan gelandangan ini adalah dari kaum Aboriginal Australia. Mereka ini adalah penduduk asal Australia sebelum orang ‘kulit putih’ datang menjajah mereka.

Mengikut orang Australia (Aboriginal, ‘orang putih’ Australia dan kumpulan migrasi dari Asia), golongan  ini tersisih dari masyarakat Australia disebabkan pada peringkat awal ‘Orang Putih’ datang ke tanah Australia ini tidak ada langkah-langkah yang adil untuk untuk memperjuangkan hak kaum Aboriginal ini.

Bila saya lihat Sabah dan Semenanjung Malaysia, kenangan lama ini kembali dalam ingatan saya, tidak keterlaluan saya katakan Sabah ketinggalan 20 hingga 30 tahun kebelakang berbanding dengan Semenanjung Malaysia.

Dengan kata lain jika kita tidak ada polisi yang jelas dan tegas untuk mempertahankan hak orang Sabah dan tidak mustahil orang Sabah akan menjadi seperti orang Aboriginal di Australia yang ‘dibunuh’ secara perlahan dengan kemajuan yang diberikan.

Kerajaan Persekutuan harus ada polisi yang jelas, tegas dan praktikal untuk melindungi orang Sabah daripada menerima nasib yang sama dengan kaum Aboriginal Australia.

Apa yang berlaku sekarang ini pemimpin-pemimpin hanya cuba berdalih mengenai masalah kewarganegaraan orang asing dan NCR berbandingkan mengetengahkan polisi yang lebih praktikal untuk menyelesaikan masalah ini sekali dan untuk selamanya.

Kebanyakkan pemimpin kita dari Sabah atau Semenanjung Malaysia asyik sibuk dengan agenda peribadi masing-masing. Lagi lama kita biarkan pemimpin yang lemah ini bertapak, semakin jelas kita akan menjadi seperti kaum Aboriginal Australia.

Sejarah negara lain akan berulang di Sabah. Para pemimpin Negara, pemimpin Sabah dan rakyat Sabah boleh memperbetulkan keadaan ini, inshaallah.

Oleh :NOOR HALIM DATUK HAJI ZAINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan