MEMALUKAN SARAWAK! – Laporan Rahsia Mengenai Pengabaian Kaum Penan Didedahkan
“Pelan Tindakan Penempatan Semula” untuk kaum Penan yang akan dibanjirkan takungan air Empangan Murum seharusnya telah diumumkan SEBELUM bermulanya kerja-kerja pembinaan empangan itu.
Tiada terdapat sebarang rundingan diadakan, tiada pengumuman, tiada jaminan dan tiada maklumat atau apa-apa pun mengenai nasib malang yang bakal menimpa orang-orang kaum purba dari kawasan yang akan dieksploit dan dimusnahkan oleh Taib Mahmud.
Empangan Bakun yang baru siap itu bermakna terdapat lebihan tenaga yang dramatik di Sarawak, di mana negeri berkenaan belum pasti apakah masa depan lebihan tenaga itu
Pada laman web rasmi kerajaan negeri mendakwa bahawa laporan itu boleh diperolehi. Namun laporan yang dibocorkan itu mendedahkan secara mengejutkan dan mengecewakan bagaimana Taib Mahmud mengabaikan kaum Penan. Kini Sarawak Report dapat mendedahkan perincian pelan tindakan tersebut berdasarkan salinan pelan yang dibocorkan kepada kami. Apa yang mendukacitakan adalah pada bahagian yang ditanda “Project Alternatives (pilihan-pilihan projek)” sebenarnya tiada pilihan-pilihan projek telah diambilkira kerana pembinaan empangan itu telahpun dilaksanakan semasa laporan dituliskan!
Jelaslah Taib Mahmud merahsiakan projek itu kerana dia takut berhadapan dengan reaksi masyarakat dunia mengenai rancangannya yang menjejaskan kehidupan dan budaya sebuah kaum asli Asia antara yang tertua yang terkenal diketahui umum.
Kaum Penan kini kian kehilangan hutan tempat pemburuan mereka kepada kegiatan pembalakan dan pengambilan tanah yang dilakukan Taib.
Kaum Penan kini kian kehilangan hutan tempat pemburuan mereka kepada kegiatan pembalakan dan pengambilan tanah yang dilakukan Taib.
Sebagai pulangan kepada kehilangan tanah dan hutan mereka itu, sebagaimana dilaporkan, mereka tiada mendapat apa-apa walaupun mereka telah bermati-matian mempertahankan apa yang sepatutnya hak mereka.
Kegiatan pembalakan ini dilakukan bertopengkan konsep “Kemajuan dan Pembangunan” cetusan minda Taib Mahmud, yang menjanjikan kehidupan rakyatnya akan bertambah baik, namun, sebagai mana dilaporkan itu, kaum Penan kini sudah kehilangan hutan mereka, justeru mereka tiada punca pendapatan lagi!
“Pelan Tindakan Penempatan Semula” itu mendedahkan bahawa kemiskinan dan kesengsaraan kaum Penan bertambah buruk setelah selesainya Taib Mahmud membalak di kawasan mereka.

Laporan itu turut mendedahkan bagaimana kaum Penan kini hidup dengan pendapatan sekecil RM154 sebulan bagi sesebuah isi keluarga, dan ada di kalangan mereka hanya mendapat RM54 sebulan, “jauh lebih rendah dari paras kemiskinan RM830 sebulan”.
Pendapatan ini merangkumi bayaran purata sebanyak RM54 untuk sebuah isi keluarga sebulan yang disumbangkan oleh syarikat-syarikat pembalakan yang menerangkan hutan-hutan mereka dan memusnahkan kawasan pemburuan mereka. Menurut laporan itu, kaum Penan tidak mendapat sebarang pekerjaan dengan syarikat-syarikat pembalakan itu.
Secara melampau, laporan itu mengatakan bahawa “bantuan daripada kerajaan” amatlah perlu sebagai sumber pendapatan orang-orang Penan itu, namun laporan itu mengakui bahawa “bantuan itu tidak konsisten”! Malah tiada sebarang bantuan dilaporkan secara berkala bagi orang-orang Penan itu!
Penjelasan pada pengabaian ini dikatalogkan dalam laporan 167 muka surat itu, bahawa Taib Mahmud kini sedang melaksanakan dasar penghapusan etnik ke atas orang-orang Penan.
Menurut laporan itu lagi, tanpa hutan, adalah mustahil bagi kaum Penan beroleh pendapatan secara tradisional. Tanpa identiti kaum, maka orang-orang Penan tidak wujud secara rasmi! Laporan dalam pelan tindakan itu telah mendapati statistik hampir sebenar kaum itu yang memiliki kad pegenalan. Dengan status demikian, maka adalah sukar bagi kaum Penan mendapat sebarang pekerjaan dalam arena ekonomi yang lebih luas.
Laporan Pelan Tindakan Penempatan Semula itu, sememangnya, dipenuhi janji-janji. Terdapat janji untuk mewujudkan tanah-tanah baru (14 hektar tanah huma untuk sebuah isi keluarga), rumah-rumah baru, sekolah-sekolah, kemudahan-kemudahan perubatan, sistem pengangkutan dan bekalan-bekalan air dan elektrik.
Menurut kesaksian-kesaksian dari penempatan semula di Sungai Asap oleh Empangan Bakun, kesemua janji itu tidak ditunaikan! Klinik mereka di Belaga kini masih tidak dibekalkan seorang dokor untuk menyokong keperluan kesihatan 10,000 orang yang telah ditempatkan semula itu.

Janji-janji yang dirangka itu tiada nilai langsung. Tanah bagi orang-orang Penan yang ditempatkan semula itu sebenarnya telah diberikan Taib Mahmud kepada syarikat-syarikat kroni perladangannya!
Orang-orang Malaysia harus menyokong perjuangan kaum Penan yang senegeri dengan mereka dalam usaha mereka menentang para pembina empangan, polis dan seorang Ketua Menteri yang ingin menamatkan kewujudan mereka dari muka bumi ini.

Sila rujuk pada pautan Pelan Tindakan Penempatan Semula Murum yang terdapat pada artikel asal berbahasa Inggeris ini. Sila teliti juga memorandum penuh dari orang-orang Penan. Pembaca juga diajak menghulurkan derma kepada “Penan Support Fund”.-SR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan