27 Ogos 2012

Panas! Pasai Apa...Budaya AMNO menebal dalam PKR ?

SB dalam parti (2)

Semalam aku janji untuk menceritakan macam mana modus operandi SB dalam parti. Sebelum tu aku nak lepas geram dulu sebab ramai yang kata aku ejen Umno atau SB setiap kali aku belasah hangpa.

Pertama sekali, kalau hangpa tau aku ejen perisik ..tak kira la ejen Umno atau SB polis, maka aku adalah ejen yang paling tak guna. Ejen yang paling baik ialah bila dia berjaya bergerak tanpa dikesan. Dan perkara paling utama yang ejen perlu jaga ialah glamer dan populariti. Sebab bila dah glamer, macam-macam cerita kita orang mula bongkar. Kalau ikut style KGB, the minute your identity is exposed..you’ll be shot dead.

So, the best agent is still in the party. Orang macam aku kalau jadi ejen..tak boleh cari makan sebab mulut capui dan gatai tangan.

Kedua, hangpa ingat lagi semasa krisis Raja-Raja Melayu zaman Mahathir dengan Anwar dulu? Bila berlaku krisis, Mahathir mengarahkan dibuat satu siri penerangan secara besar-besaran kepada rakyat. Lantas dicipta satu program yang dinamakan “SEMARAK bersama rakyat.” Hangpa tau sapa yang menguruskan program tersebut?

Dia adalah salah seorang Pengarah BTN… dan program SEMARAK telah berjaya menewaskan Raja-Raja Melayu.

Sebaik selesai krisis tersebut, Pengarah BTN yang bertanggungjawab untuk menganjurkan program tersebut telah dihantar untuk berkursus dengan CIA selama setahun.Sekarang…orang itu merupakan salah seorang pemimpin dan ahli Parlimen PKR.

Hangpa dok jaja aku ni SB la..ejen Umno la..tapi yang jadi ejen CIA jadi pemimpin.


Ok..ada empat jenis SB atau perisik yang biasa kita dengar.

1. SB PDRM.
2. Informer
3. MIO
4.Ejen BN


Aku tak takut dengan SB PDRM…sebab yang ni depa buat kerja secara terang-terang. Depa datang bila ada ceramah atau bila ada perhimpunan. Depa ni selalunya bersikap baik dengan kita..terutamanya yang ada jawatan dalam parti. Depa ni pun bukannya cerdik sangat..sebab bila dikenali, susah la nak dapat info. Tak kan hangpa nak pi cerita kat dia hal parti atau nak jemput depa mai mesyuarat?

Bila depa datang untuk merakam ceramah…hangpa nak takut apa? Kalau kita nak bagi tau tentang kebenaran..tak perlu takut kat depa.

Yang aku risau sikit ialah informer sebab depa ni tak dikenali. Dan informer ini adalah orang-orang parti sendiri. Ada yang bangang dan ada yang pandai.

Yang pandai adalah mereka yang pandai demand kat SB. SB PDRM ada bajet untuk informer dan dibayar mengikut jawatan mereka. Sebabnya, lebih tinggi jawatan seseorang itu, lebih banyak info yang diperolehi.

Kalau setakat AJK Cawangan, maklumat yang boleh dia bagi ialah maklumat cawangan. Informer macam ni boleh dapat elaun sekitar RM150.00 sebulan.

Kalau dia AJK Kawasan atau Cabang, boleh dapat sekitar RM200-250 sebulan, bergantung kepada seaktif mana Kawasan tersebut. Kalau ada jawatan Setiausaha, boleh dapat sekitar RM300 sebulan.

Bila seseorang itu ada jawatan peringkat negeri, harga dia pun naik lagi. Kalau dia boleh supply info tentang mesyuarat negeri, boleh dapat sekitar RM500-700 sebulan.

Kalau dia boleh jadi ahli MPT dan hadir mesyuarat MPT, dia boleh claim sekitar RM1500-2000 sebulan. Lumayan kan?

Itu cuma elaun “bersih”. Belum campur bonus dari Umno atau mana-mana parti dalam BN. Cuma Umno tak bagi cash la..sebaliknya depa bagi kontrak atau balak. Hei..aku tau sapa Ketua Cabang yang masih dapat kontrak atau balak dari Umno!

Ada juga orang parti yang bangang dan depa bagi info free saja. Yang ni cuma perlu bodek atau provoke saja.

Nak provoke tak susah. ..cuma cerita kat dia ada orang tak suka kat dia dan kita sebut sapa orang tu. Gerenti dia melompat dan mula la cerita pasai “lawan”nya. Habis sampai cerita dalam kain pun depa cerita. Lepas tu kita pi cerita kat “lawan” dia. Buta saja kita dapat tau tentang kes orang yang mula tadi.

Nak bodek pun tak susah. Sebelah sini kita provoke, sebelah sana kita bodek. Lepas tu provoke belah sana, mai bodek belah sini balik. ada pemimpin parti peringkat cabang yang bangga bila depa dapat info direct dari SB…padahal depa tak tau SB dok pekena depa.

Tinggi sikit dari SB, ialah MIO. (Millitary Dntelligent Officer). Dalam PKR ada ramai MIO terutamanya yang dah pencen. Apa yang ramai orang tak tau ialah MIO akan terus berhubung walaupun depa dah pencen dari askar. Semasa PRK Permatang Pauh, aku berjalan dengan seorang bekas MIO berpangkat Mejar. Nak tunjuk kat aku dia ada banyak info, dia call kawan dia yang masih lagi dalam askar.

Masa PRK Permatang Pauh, MIO berpengkalan di Hotel Equatorial, Penang. Kat situ base depa untuk mengumpul semua maklumat. Tapi kalau hangpa ada akai,penyaluran maklumat ni bukan satu hala. Kalau aku saja yang bagi hangpa info, sedangkan hangpa tak bagi aku apa-apa..mana ada jalan!! So, pertukaran maklumat perlukan dua hala. Hang bagi aku…aku bagi kat hang.

Yang paling leceh ialah ejen Umno/BN. Yang ni la yang ramai menghancurkan parti.

Ejen UBN akan melakukan apa saja untuk kekal berada dalam parti sebab kalau dia keluar parti, dia tak dapat apa-apa.

Semasa reformasi dulu, dan kemudiannya PRU 1999, ramai orang Umno ingat depa akan kalah. Sebelum kalah, depa dah pasang kaki dalam Keadilan. Ada yang sponsor calon, ada yang sponsor tubuh cawangan dan Bahagian. Dan akhirnya, itu pasai kebanyakan Ketua Cabang terdiri dari bekas Umno.

Geng-geng reformis tak minat dengan parti. Nak bertanding jawatan pun depa tak mau. Lagipun, nak urus parti peringkat Cabang bukan murah..kena banyak duit. Reformis mana ada duit..yang banyak duit ialah ex-Umno yang dah buat duit masa dalam Umno dulu.

Bila pegang jawatan, depa mengekalkan budaya Umno. Sapa yang dianggap cerdik..cantas. Sapa yang boleh buat kerja..pancung. Akhirnya, Cabang tinggallah ahli-ahli yang hanya mengikut arahan. Depa juga tak mau ahli yang ramai sebab lebih ramai ahli..lagi susah nak tanggung.

Bila nak pilihanraya, baru la nak cari orang. Masa tu la baru nak tubuh Jawatankuasa Pilihanraya. Masa tu la baru nak pi masjid.

Bagi aku.ini lah ejen Umno…sebab dia mengamalkan budaya Umno.

Dan budaya Umno ini masih kuat dalam PKR
. Tu pasai macam-macam kes yang timbul. Kes liwat la..gambar Eli telanjang la…video kat pejabat MB la..video jilat aiskrim la. Pengkhianat parti macam Zaid Ibrahim dan orang-orang yang sewaktu dengannya semua dah hilang. Ejen-ejen Umno yang menentang Azmin dulu pun dah hanyut. Tapi skandal dan isu masih juga berlaku Sapa punya kerja?

Tu pasai aku kata..your greatest enemy is your best friend. Semua yang terlibat dalam kes Anwar melibatkan orang-orang yang paling dipercayai oleh Anwar.

Tapi depa ni pandai..sebab dah lama belajar dari Umno. Bila ada orang bongkar cerita depa..cepat-cepat depa tuduh orang tu ejen Umno.

Macam pencuri menjerit “pencuri!!”. Akhirnya orang yang kena curi kena maki…orang yang mencuri gelak sakan.

-MSK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan