27 Ogos 2012

HOT! PELOBI PRO-ZIONIS YANG ANTI-ISLAM PERNAH DIKAITKAN DENGAN NAJIB

Guardian henti guna khidmat pelobi pro-Zionis dikait Najib!



Guardian, akhbar Inggeris liberal beraluan kiri menghentikan khidmat Joshua Trevino, pemblog dan pelobi pro-Zionis sebagai kolumnis di akhbar itu, memberi alasan konflik kepentingan melibatkan aktiviti bisnes di Malaysia.

Menurut kenyataan ringkas Guardian dan Trevino, penulis itu telah melanggar etika kerana tidak mendedahkan konflik kepentingannya melibatkan Malaysia.

Trevino didakwa menjadi penulis upahan yang menulis bagi pihak pemerintah Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, dengan satu misi utamanya menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membantu meningkatkan imej Najib.

Trevino mencetuskan kekecohan ekoran tulisannya mendakwa Anwar “membeli” khidmat CNN untuk membantu memulihkan imejnya dalam satu lawatan ke Amerika Syarikat hujung 2010 yang digelar “lawatan memohon maaf,” ekoran beberapa kenyataannya yang dilihat anti-Yahudi.

Pemerhatian terhadap rancangan soal jawab melibatkan Anwar di CNN tersebut walau bagaimanapun cenderung untuk membenarkan dakwaan Trevino itu, ekoran soalan-soalan mudah dan terpilih yang diberikan kepada Anwar, dan tanpa susulan yang lebih menekan.



Walau bagaimanapun, kredibiliti Guardian turut terjejas ekoran episod ini, kerana menggunakan khidmat Trevino, bekas penulis ucapan Bush dan pelobi pro-Zionis itu walaupun pendirian kontroversi beliau termasuk menyokong pembunuhan oleh Zionis sedia diketahui ramai.

Wartawan dan pengasas bersama laman Electronic Intifada, Ali Abunimah dalam satu tulisan mengemukakan kaitan Trevino dengan Israel sambil mempersoalkan sikap Guardian yang mendapat respons segera akhbar itu, yang kelihatan cuba menyembunyikan hal sebenar.

Ali merupakan seorang penulis yang sejak awal memerhati dan mendedahkan sikap Guardian terhadap penulis anti-Islam itu.

Kaitan dengan Israel dan kedudukan Trevino sebagai pelobi Zionis telah menunjukkan satu konflik kepentingan yang jauh lebih besar sejak awal lagi, dan sewajarnya sudah mendesak Guardian memutuskan hubungan dengan Trevino –


Guardian pecat penulis dikaitkan dengan Malaysia -LAPURAN HARAKAH


Isnin, 27 Ogs 2012 10:03
LONDON: Penulis Anti-Islam dan pro-Zionis yang berbangsa Amerika, Joshua Trevino , yang mengkritik pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, telah dipecat dari menjadi kolumnis oleh suratkhabar harian Britain, The Guardian.

Dalam satu kenyataan bersama mengumumkan berita tersebut, akhbar itu berkata Trevino (gambar) telah melanggar kod editorial, satu peraturan yang memerlukan penulis untuk mendedahkan apa-apa kepentingan kewangan yang berkaitan dengan subjek yang ditulis.

Februari lalu, Trevino telah menulis satu artikel bertajuk "Peter King mempunyai telinga, tetapi adakah dia mendengar?" di mana beliau sekali lagi menunjukkan pandangan sayap kanan dan anti-Islamnya yang melampau, menyerang pertubuhan-pertubuhan Islam di Amerika Syarikat sambil memuji Najib untuk kritikan beliau terhadap Ikhwanul Muslimin di Mesir yang mula memegang tampuk pemerintahan awal tahun ini.

The Guardian berkata mereka mendapati bahawa penulis yang berpusat di Texas itu adalah perunding bagi agensi yang mempunyai kepentingan perniagaan di Malaysia. Mereka juga mendapati Trevino mengusahakan sebuah laman web yang dipanggil Malaysia Matters.

Walaupun entiti itu tidak dikenal pasti, tetapi ia dipercayai sebagai FBC Media, sebuah syarikat yang terlibat dalam skandal media yang dikaitkan dengan pentadbiran Barisan Nasional (BN) tahun lepas.

"Di bawah garis panduan kami, hubungan antara Joshua dan agensi sepatutnya didedahkan sebelum artikel itu diterbitkan dalam usaha untuk memberikan penjelasan penuh kepada pembaca kami," kata Janine Gibson, ketua editor Guardian Amerika Syarikat.

Dalam artikelnya, Trevino adalah dalam elemen tipikal beliau mengkritik pertubuhan-pertubuhan Islam Amerika dan menyatakan rasa tidak puas hati bahawa Washington tidak pernah tegas dengan "radikalisasi Islam".

Tetapi penyokong kuat parti Republikan yang berkhidmat sebagai penulis ucapan untuk Presiden George Bush itu memuji Najib.

Najib dan Trevino telah berjumpa sebelum ini dan berbincang di Istanbul mengenai Islam dan demokrasi.



Dalam perjumpaan itu, Najib membayangkan bahawa Ikhwanul Muslimin di Mesir sebagai "ganas", tuduhan biasa yang dilemparkan bekas diktator Mesir Hosni Mubarak dan sekutu Barat terhadap kumpulan Islam yang pernah diharamkan itu.

"Ikhwan, kata PM," Trevino memetik kata-kata Najib, "tidak harus menjadi sebahagian daripada proses [demokrasi] selagi mereka tidak menolak keganasan dan ekstremisme.

Sesiapa yang mahu menjadi sebahagian daripada proses politik harus mengamalkan nilai-nilai yang serasi dengan demokrasi, "katanya.

"Itulah ketua negara Islam yang demokratik menegaskan beberapa prinsip asas Burkean," tambah Trevino.


Trevino, yang secara terbuka memuji tentera Israel yang membunuh peserta konvoi bantuan Flotila pada tahun 2010, telah banyak kali bercakap menentang liputan media Barat dalam tuduhan liwat terhadap Anwar, berkata tiada sebarang unsur politik mengenai pendakwaan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan