20 Jun 2012
ISU POLITIK SELANGOR: AGENDA PERIBADI MEMUSNAHKAN JALAN KE PUTRA JAYA?
Kerana keyakinan PR terutama PKR akan akan berjaya ke Putra Jaya selepas PRU13 ada pihak dalam parti sudah mengatur strategi atau agenda peribadi untuk mengatur orang-orang mereka bagi mengumpul kekuatan puak dalam parti.
Ada sudah merasa mereka mempunyai kekuatan yang hebat di peringkat parti jadi menggunakan kuasa yang baru dirasai untuk menunjuk kekuatan dan boleh mengatur perjalanan sesebuah kerajaan dengan agenda sendiri dan mula untuk mencantas para pengkritik ataupun kepada pihak yang tidak sebulu walaupun mereka tidak mengikut perlembagaan organisasi malahan untuk menghormati prinsip, ketelusan dan amanah itu sendiri.
Banyak yang sudah jadi mangsa permainan dayus dan kroni dari puak-puak ini yang akhirnya mereka dikatakan khianat dan tidak sabar hanya ini alasan untuk mengabui mata rakyat padahal didalam organisasi itu sendiri penuh dengan rasa hati yang busuk dan dendam yang tidak kesudah.
Bagi ahli-ahli yang berjuang secara ikhlas akan berundur secara diam-diam dan ada dengan hati yang bengkak terus tidak aktif berparti lagi.
Berbalik kepada Selangor mereka telah lupa serangan Umno/BN bagi menjatuhkan kerajaan PR ada yang dilanyak sampai mati diprimis SPRM kita patut berterima kasih kepada Tan beng hock yang terkorban dan dapat menggagalkan perancangan mengambilalih kerajaan secara kotor.
Jadi parti sebagai alat pemerintahan dan mandat rakyat wajar tidak membuat kesilapan yang akan menyebabkan rakyat akan teraniya sekali lagi akibat kegopohan dan ketamakan peribadi oleh pemimpin-pemimpin yang dayus, hipokrit dan mempunyai agenda peribadi agar sedar sebelum terlambat. Jangan kita merasa terlalu hebat dan mempunyai kuasa dengan jalan yang sonsang apabila menguasai sesebuah organisasi.
Dalam dunia media baru kita perlu mengamalkan ketelusan yang jati dan sebarang kegagalan atau penyelewengan tidak dapat disembunyi tambahan kata pepatah politik ' hari ini kawan esok mungkin jadi lawan'. Percayalah PKR memiliki orang yang hebat dan berkelibar seperti Rafizi juga akan tumbang kalau kehendak hati yang tidak ikhlas dan agenda peribadi oleh sesuatu organisasi dibina itu.
Hormatilah perasaan rakyat dan parti komponen yang membentuk kerajaan tanpa mereka siapalah kita.
Oleh : Warekganal
MB S’gor sokong penuh tindakan Faekah
Sedar dengan kewujudan gerakan tersebut, Abdul Khalid menganggap usaha itu tidak penting.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus mempertahankan setiausaha politiknya sambil menyifatkan Faekah Husin sebagai seorang yang menjalankan tugas dengan baik, komited dan penuh dedikasi.
Beliau yang mengakui sedar kewujudan satu gerakan untuk menjatuhkan setiausaha politiknya itu, menganggap usaha itu tidak penting.
“Saya pun ada gerakan nak jatuhkan Barisan Nasional. Politik yang dinamik banyak juga kenyataan yang berbentuk spekulasi. Saya tidak anggap usaha (gerakan tersebut) sebagai usaha penting. Jika kita lihat saudara Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) banyak kes yang dilaluinya. “Tapi apa yang beliau buat? Beliau tidak ambil peduli sebab ia tidak memberi nilai tambah kepada objektif Pakatan Rakyat untuk menawarkan kerajaan alternatif,” katanya ketika diaju pemberita mengenai gerakan yang menggesa agar Faekah dipecat.
Abdul Khalid ditemui dalam sidang media selepas hadir dalam majlis menandatangani perjanjian pelaburan dan pemegang saham operator telefon bimbit prabayar di sini hari ini.
Ketika ditanya mengenai Faekah yang dilihat lebih vokal berbanding nbeliau dalam sebarang kenyataan membabitkan kerajaan negeri, Abdul Khalid menyokong tindakan setiausaha politiknya itu.
“Beliau (Faekah) melakukan kerja dengan baik dan lebih penting adalah penyebaran maklumat tersebut,” tegas beliau.Sebelum ini, satu gerakan melalui laman sosial Twitter dengan hashtag menggunakan #kamisayangPKR #Pecat Faekah dilihat memainkan peranan untuk memberi tekanan kepada Faekah untuk berundur diri dari posisinya.
Gerakan tersebut juga didakwa mempunyai kaitan dengan pemimpin kanan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Isu tweeter #kamisayangpkr - Saya sedia jadi orang tengah - @ShuhaimiShafiei
TANGANI PERTIKAIAN ORGANISASI DENGAN BERHEMAH
Melihat kepada keadaan semasa yang kurang 'menyenangkan khayalak ramai' ekoran beberapa kenyataan berhubung isu Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor; Faekah Husin yang mempertikai kepimpinan Timbalan Presiden KEADILAN YB Azmin Ali sebagai Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Pusat (JPRP), saya berasa bertanggungjawap untuk menyatakan ketegasan parti bahawa semua kepimpinan di dalam organisasi negeri, baik dari kedudukan Menteri Besar, anggota Exco apatah lagi Setiausaha Politik hendaklah menghormati pendirian mahupun keputusan kepimpinan tertinggi parti.
Tiap perbezaan pendapat perlu diselesaikan dalam semangat organisasi parti yang dipimpin Majlis Pimpinan Pusat.
KEADILAN Selangor memandang serius jikalau benar adanya dakwaan terdapat individu tertentu mempertikai kepimpinan tertinggi parti secara terbuka dan tidak akan sekali kali berkompromi kerana dengan jelas ia melanggar etika parti.
Dalam keadaan saya menghormati kuasa prerogatif Menteri Besar untuk melantik Setiausaha Politik, pandangan dan keputusan pimpinan parti jangan sekali kali dipinggirkan kerana Kerajaan Negeri tertubuh atas penat lelah, jasa dan keringat akar umbi KEADILAN yang berjuang bersama sama rakyat lain untuk kemenangan rakyat.
Kenyataan twitter saya yang memohon supaya pihak tertentu yang mengecam Kerajaan Negeri Selangor di twitter #kamisayangpkr agar berhenti adalah sebagai satu langkah yang difikir perlu supaya isu ini dapat ditangani dengan berhemah dan tertutup sambil tidak membuka ruang kepada kejadian 'malang' yang berlaku di Kedah.
Kritikan membina dan pandangan kritis hendaklah dilahirkan dalam bilik mesyuarat dan diselesaikan mengikut saluran yang betul. Perbuatan 'menyerang' kepimpinan secara terbuka adalah satu tindakan amat tidak matang, tidak bijak dan penuh emosi.
Saya nyatakan bahawa saya sedia mengatur pertemuan semuka untuk mengenalpasti apakah masalah dan saranan akar umbi KEADILAN bagi memperbaiki lagi perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor yang mungkin tidak sesempurna pada pandangan mata kepimpinan parti.
Jika ada kekurangan dan perlukan pembaikan, hatta sehinga perlu melantik pegawai lain bagi membantu tugasan Dato Menteri Besar, maka kerajaan negeri yang tertubuh atas lingkaran parti, mestilah akur dan mengambil tindakan pembetulan dengan segera. Jika benar ada satu dua pegawai parti yang jelas mengkhianati mandat dan tidak menghayati kehalusan perjuangan parti, tidakan keras wajar diambil bagi memelihara keutuhan parti.
Saya mengharap rakan-rakan perjuangan dalam KEADILAN dan Pakatan Rakyat umumnya berjiwa besar dalam mendepani percubaan UMNO yang senantiasa mengambil peluang dengan 'sedikit perbezaan pendapat' yang mungkin wujud di kalangan kita.
Setakat hari ini, visi ke Putrajaya di pandu dengan cukup baik oleh Pengarah JPRP Yb Azmin Ali dan acuan keikhlasan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam mentadbir negeri wajar digabungkan menjadi satu 'gerombolan meriam' ampuh untuk mara ke Putrajaya.
Namun jika dalam perjalanan ini, ada satu dua meriam yang dirasakan sudah uzur oleh kepimpinan, rosak dan hilang kekuatan semangat kebersamaan, elok sahaja digantikan dengan meriam baru supaya matlamat menakluki Putrajaya tidak tersadai di sempadan. Tiba masanya untuk Ketua Umum melihat perkara ini.
Kepada semua pihak saya seru agar memberikan tumpuan bagi menghadapi PRU 13 yang akan diadakan pada bila bila masa sahaja.
Ayoh, tekadkan semangat, bulatkan matlamat dan nampakkan muafakat dalam perjuangan kita untuk menumbangkan UMNO BN!
SHUHAIMI HAJI SHAFIEI- Adun Sri Muda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan