20 Jun 2012

GEMPAR !!! Facebook KWSP kena serang, Kerana pencen 55 tahun tak boleh keluar dah!


Semua neh bermula apabila BH siarkan satu berita mengenai wang caruman KWSP siang tadi. Lihat antara keratan berita tersebut kat bawah neh ;

Menurut pindaan terbaru yang membabitkan wang caruman kita semua di KWSP ialah ;

1. Kita semua boleh melakukan pengeluaran penuh hanya pada usia 60 tahun. Selagi belum masuk ke usia 60 tahun, selagi itu lah kita semua tidak boleh keluarkan wang tersebut.

2. Pengeluaran wang tabung 2 masih dikekalkan seawal usia 50 tahun.

Yang sebenarnya syarat dia berkenaan pengeluaran wang KWSP di tabung 2 dah lama aku rasa pelik. Kalau orang takmo keluarkan duit dalam tabung 2, dia tetap paksa suruh keluarkan juga. Ini kan hak kita, duit kita. So kalau kita taknak keluarkan lagi, dia tak sepatutnya paksa2 kita suruh kita keluarkan juga.

Kadang2 orang nak keluarkan selepas bersara. Tak semestinya nak gunakan wang ketika dah berusia 50 tahun. Aku confused sket kenapa KWSP buat macam neh. Mungkin sesiapa yang bekerja di KWSP boleh explain details kat aku bab tue.

Sambung balik isu asal. Selepas KWSP mengesahkan bahawa mereka akan melakukan pindaan tersebut, rata2 ramai yang marah. Especially yang bersara pada usia 50 - 59 tahun. Memang ada kakitangan kerajaan bersara pada usia 55 tahun or 60 tahun.

Memang ada juga pekerja2 swasta yang memilih untuk bersara awal sebelum berusia 55 tahun. Macam2 kemungkinan boleh berlaku sepanjang tempoh tersebut. Dan bila mereka dah bersara awal, maybe dorang perlukan wang yang mereka simpan selama neh untuk berhijrah, berniaga ataupun nak besarkan rumah. Jadi jika kerajaan sekat pengeluaran sehingga mencapai usia 60 tahun amatlah tidak wajar sekali.



Bukan kah tujuan wang kwsp ialah simpanan di hari tua? Bukan nya simpanan di hari mati. Semakin lambat kita dibenarkan menggunakan wang simpanan kita, semakin terdekat kita kepada risiko mati tanpa sempat merasa wang simpanan kita. Usia 60 tahun di malaysia di anggap warga emas. Jadi mohon kerajaan pertimbangkan semula peraturan yang mereka baru pinda neh.

Berikutan tersiarnya berita tersebut, laman KWSP telah diserang kerana pencarum2 tak puas ahti terhadap pindaan terbaru yang dibuat oleh KWSP. Lihat kat bawah neh ;



Dan sehingga kini, laman facebook KWSP masih lagi didatangi oleh pekerja2 yang tak puas ahti dengan pindaan terbaru dari KWSP. Apa pandangan pembaca mengenai pindaan terbaru mengenai KWSP? Adakah anda setuju? Andakah anda tidak setuju? Nyatakan, mungkin kita boleh berkongsi pandangan baik buruk dalam isu neh. -Sozchily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan