Aktivis BERSIH dilarang masuk Sarawak
Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dilarang memasuki Sarawak pagi ini.
Beliau dihalang di lapangan terbang Kuching oleh pegawai Imigresen apabila tiba pukul 9 pagi ini.
"Mereka berkata ini adalah arahan daripada kerajaan negeri dan jika saya mahu masuk Sarawak lagi, saya mesti menulis surat kepada Pejabat Ketua Menteri," katanya ketika dihubungi pagi ini.
Maria pergi ke Sarawak untuk bertemu dengan aktivis BERSIH tempatan.
Wajarkah Kuasa Ketua Menteri menggunakan untuk menyekat rakyat Malaysia masuk ke Malaysia ( Sarawak) ini menunjukan akta Imigresen Sarawak tidak relevan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan