09 Mac 2012
PEJABAT PERDANA MENTERI(PMO) BIAYA MAJLIS PERTUNANGAN ANAK NAJIB
PETALING JAYA, 9 Mac: KEADILAN hari ini mendakwa bahawa kos majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan seorang pemuda warga Kazakhstan pada tahun lalu telah dibiaya oleh Pejabat Perdana Menteri.
Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli mendedahkan dokumen tempahan majlis bankuet dari Hotel Shangri La yang mengendalikan majlis pertunangan tersebut di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya mencatatkan jumlah sebanyak RM409,767.
Menurut salinan dokumen yang diedarkan kepada pihak media, bil bayaran bagi penganjuran majlis pertunangan yang diadakan pada 17 Jun 2011 itu telah dicaj kepada Pejabat Perdana Menteri di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya.
Agensi berita Bernama tahun lalu melaporkan tentang majlis pertunangan anak perempuan Perdana
Menteri iaitu Nooryana Najwa dengan seorang pemuda warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya.
Dokumen tersebut menamakan setiausaha sulit kepada Perdana Menteri, Mohd Po’ad Jelani sebagai individu yang perlu dihubungi bagi urusan majlis tersebut.
Dokumen tersebut turut mencatatkan makluman dari pihak Hotel Shangri La tentang surat persetujuan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri bertarikh 15 Jun 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan