19 Februari 2012

Masih Hidup Setelah 2 Bulan Terperangkap Dalam Salji

Lelaki Masih Hidup Setelah 2 Bulan Terperangkap Dalam Salji


STOCKHOLM – Cuma Tuhan yang boleh menentukan bila ajal seseorang akan datang; seorang lelaki Sweden dikeluarkan dalam keadaan hidup setelah dia terperangkap di dalam kereta yang tertimbun salji di satu jalan di kawasan hutan selama dua bulan… tanpa makanan.

Menurut polis dan media tempatan, Sabtu (18 Februari), lelaki berusia 45 tahun dari Sweden selatan itu ditemui pada Jumaat, dalam keadaan sangat lemah dan hanya mampu bercakap sepath dua perkataan sahaja.

Dia ditemui tidak jauh dari bandar Umea di bahagian utara Sweden oleh beberapa petugas pembersih salji yang asalnya menjangkakan mereka telah menemui bangkai kereta.Namun apabila mereka menggali salji dan membersihkan tingkap kereta tersebut, mereka melihat ada benda bergerak di dalam kereta tersebut.

Lelaki itu berada di dalam beg tidur di bahagian kereta, mengatakan dia telah berada di dalam kereta tersebut sejak 19 Disember tahun lalu.“Benar-benar luar biasa. Dia masih boleh hidup sedangkan dia tak mempunyai makanan, dan keadaan juga sangat sejuk terutama selepas Krismas,” kata seorang anggota pasukan pertolongan kepada harian regional Vasterbottens-Kuriren, yang menyiarkan berita itu.

Ebbe Nyberg, petugas di pejabat polis Umea, mengatakan pihaknya tak melihat sebarang alasan untuk meragui bahawa lelaki tersebut telah terperangkap di dalam keretanya untuk masa yang agak lama. “Kami tak mereka-reka mengenai kejadian ini. Pegawai pertolongan berada di lokasi juga dan melihat keadaan yang sama seperti yang kami saksikan,” ia mengatakan kepada Vasterbottens-Kuriren.

Umea University Hospital, tempat lelaki itu dirawat dan mula pulih setelah diselamatkan oleh polis dan pasukan pertolongan, mengatakan di dalam satu kenyataan bahawa dia semakin stabil dan beransur pulih.Para doktor di hospital tersebut mengatakan manusia normalnya mampu hidup selama empat minggu tanpa makanan.

Selain makan salji, lelaki itu barangkali dapat bertahan lama kerana dia berada dalam keadaan tidak aktif, kata Doktor Stefan Brant kepada Vasterbottens-Kuriren.

“Seperti beruang yang melakukan hibernasi. Manusia juga boleh melakukan itu,” katanya. “Ia barangkali mempunyai suhu tubuh sekitar 31 darjah (Celsius), yang boleh disesuaikan oleh tubuh, kerana suhu rendah bermakna tak banyak tenaga digunakan.”

Sumber: antara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan