31 Disember 2011

ASPAN ALIAS PILIH ABU, SERU TINGGALKAN UMNO

Aspan seru tinggalkan umno pilih ABU


Ada sebahagian kecil bertanya kenapa saya tidak menyertai PAS atau PKR. Kenapa menyertai DAP? Alasannya ialah kerana UMNO dan BN telah membasuh minda orang Melayu dan menganggap DAP sebagai chauvinis dan sebagainya.

Jawapan pendek saya senang sahaja: Minda saya tidak mudah dibasuh dan dipusingkan dengan isu-isu terhadap DAP

Keduanya kalau kita sudah tahu yang DAP ini dimomokkan selama ini, apa perlunya kita takut asalkan sahaja kita tahu bahawa parti itu bukan sebagaimana yang dimomokkan oleh UMNO.

Ketignya saya tidak payah menyertai PAS atau PKR kerana parti-parti itu adalah di dalam Pakatan Rakyat. Menyertai DAP serupalah menyertai PAS atau PKR.

Keempatnya saya tidak merelakan rakyat diperdaya dengan fitnah terhadap mana-mana pihak termasuk terhadap DAP, kerana DAP telah membuktikan ketelusan dan keikhlasannya memerintah dengan adil dan saksama terhadap semua kaum.

Kelimanya DAP tidak mempraktikkan 'cronyism' seperti yang kita lihat di P Pinang. Walaupun UMNO tidak suka dengan pandangan saya ini, saya tetap tidak berganjak kerana itu kepercayaan saya terhadap isu ini.

Menyertai DAP tidak menghilangkan Melayu saya. Ibarat ikan di laut, ikan itu tidak masin jika dikeluarkan dari lautan yang dalam dan masin itu.

Tetapi sebaliknya jika kita tidak mempunyai jiwa yang hidup, kita akan hanya seperti ikan masin. Ikan yang tidak berjiwa dan sudah mati jika dikeluarkan dari laut yang masin itu di jemur, ikan itu akan menjadi ikan masin.

Walaupun saya belum mengambil keputusan untuk menyertai DAP, tetapi saya sudah hampir mengambil keputusan itu.

Saya menghormati mana-mana individu atau parti yang mempraktikkan transparency, beretika dan tidak rasuah.

Adilkah kita menunggu ibarat pngguk rindukan bulan untuk melihat UMNO kembali kepada perjuangan yang telah lama ditinggalkan mereka?

Lagi pun negara ini negara demokrasi. Menyertai DAP bukan jenayah. Rasuah itu jenayah. Memeras wang rakyat dalam berbillion ringgit itu jenayah. Menggunakan wang zakat itu jenayah kepada tuhan.

Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti yang melakukan perkara jijik ini buat selama-lamanya.

Saya tidak mahu terlibat dengan parti seperti ini.

Jika saudara masih mahu bersama mereka yang rasuah ini silakanlah. Saya tidak akan menggunakan perkataan kotor seperti yang di lakukan oleh penyokong-penyokong UMNO itu.

Saya mesti membezakan diri saya dari mereka yang telah buta mata hati ini.

Terima kasih.

- Aspan Alias

TEE KEAT: SAYA CONTOH NEGATIF BAGI NAJIB


Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin berusaha untuk meyakinkan partinya supaya mengambil pendekatan yang sederhana, tetapi bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berpendapat, pada realitinya, Umno lebih beranjak ke kanan.

Bercakap kepada Malaysiakini minggu lalu, beliau berkata, Umno menjadi demikian kerana tekanan dari dalam dan luar, yang memaksanya untuk memperkukuhkan asas sokongan komunitinya.

Walaupun Ong bersetuju bahawa Najib mungkin mempunyai niat untuk membawa pembaharuan dalam partinya serta BN, tetapi Umno, bagaimanapun, mungkin tidak sentiasa berpegang kepada pelan pembaharuannya, terutama apabila menjadi tumpuan pemantauan kumpulan pendesak seperti PERKASA.

Beliau diminta mengulas mengenai perbezaan antara tiga perdana menteri - Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib.

"Mahathir adalah seorang pemimpin yang sangat kuat dan dominan. Tetapi sekurang-kurangnya, beliau sentiasa dapat memberikan jawapan kepada anda walaupun apabila menghadapi isu yang meletup dan kontroversi. Tetapi, sudah tentu, beliau juga adalah seorang pemimpin yang kontroversi.

"Abdullah adalah seorang yang baik. Dia mungkin tidak boleh memberi jawapan yang jelas tetapi beliau boleh memahami batasan dan rasa tidak puas hati anda.

"Bagi perdana menteri sekarang, saya dapat melihat beliau mahu melakukan sesuatu dan membawa pembaharuan. Tetapi dalam perjalanan menuju pembaharuan, anda terpaksa berdepan dengan tekanan dari dalam dan luar parti.

"Dalam situasi tersebut, anda mungkin tidak sentiasa berpegang kepada cara anda sendiri," kata Ong, yang pernah berkhidmat sebagai menteri dan timbalan menteri di bawah tiga perdana menteri.

Beliau berkata di bawah sistem perwakilan semasa, perdana menteri dan presiden BN pun tidak boleh bertahan jika kehilangan sokongan parti.

"Anda bukan sahaja ketua eksekutif kerajaan , tetapi juga seorang ketua parti. Anda terpaksa berdepan dengan tekanan dalam parti anda sendiri, dan jika anda tidak boleh mengekalkan sokongan parti anda, maka anda boleh kehilangan kedudukan anda dalam kerajaan."

Ong, yang mendesak dijalankan penyiasatan terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sewaktu menjadi menteri pengangkutan, menyifatkan dirinya sebagai contoh negatif bagi Najib.

Ong terlbabit dalam pergelutan kuasa yang berlanjutan dengan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan), yang ketika itu merupakan timbalannya, dan ia sampai ke kemuncaknya dengan penyingkiran Chua ekoran pendedahan video seksnya yang telah disebarkan secara meluas.

Bagaimanapun, pada tahun 2009, penyokong Dr Chua berjaya mengembalikan semula kedudukannya sebagai timbalan, dan Ong jatuh pada tahun berikutnya, selepas anggota jawatankuasa pusat parti itu meletak jawatan secara beramai-ramai, yang membawa kepada mesyuarat agung luar biasa.

Ong sejak itu memilih untuk memberi tumpuan kepada kawasan pilihan raya yang diwakilinya.

Satu setengah tahun selepas kehilangan jawatan presiden, Ong tidak mahu mengulas mengenai masa depan MCA dan BN.

Bagaimanapun beliau berpendapat MCA tidak akan meraih sokongan yang banyak jika ia terus menerus bergantung kepada isu negara Islam.

Katanya, rakyat lebih mementingkan isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan bukan isu negara islam.

Menurutnya, kebanyakan persoalan hari ini telahpun dibangkitkan dalam tahun 1990-an, dan oleh itu, beliau tidak fikir ia boleh memberi sebarang impak, walaupun parti-parti orang Cina dalam kerajaan, terus menerus memainkan isu tersebut.

"Mungkin ada yang berfikir bahawa apa yang anda katakan itu adalah satu ilusi, kita tidak tahu sama ada ini akan dilaksanakan atau tidak. Tetapi rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah masalah yang kita boleh rasai." -MK

Tubuh besar, duit banyak, pangkat tinggi tetapi tidak sihat — Aspan Alias

31 DIS — Saya telah dihubungi oleh ramai kawan-kawan dalam Umno yang saya kenali sejak puluhan tahun dahulu bertanyakan yang saya akan menyertai DAP seperti yang dihebuhkan oleh akhbar milik Umno semalam. Saya sendiri tidak membaca akhbar itu tetapi rakan-rakan Umno inilah yang memberi tahu saya. Saya pun belum membuat apa-apa keputusan walaupun sudah hampir untuk membuat keputusan muktamad.

Kecuali seorang yang lainnya memberikan galakan untuk saya menyertai parti yang sinonim dengan transparency, rule of law, multiracial, ketelusan dan tidak ada isu rasuah besar serta tidak terlibat dengan menggunakan duit rakyat hampir RM2 billion untuk menyelamatkan perniagaan anaknya yang gagal dalam perniagaan.

Ada yang berkata, “bro, saya mencemburui saudara kerana saudara bertegas dan berani berfikir di luar kotak. Saya belum lagi mampu untuk berbuat seperti you sebab maklumlah, saya masih berkhidmat dengan kerajaan. Tapi bro, ramai yang menyokong jika lebih ramai orang Melayu menyertai DAP sebab DAP telah berjaya membuktikan kemampuan untuk mengambil berat terhadap semua kaum macam dia tunjuk di P. Pinang.”

Seorang lagi pula berkata, “Kalau saudara menyertai DAP maka saudara dapatlah menghindarkan diri dari menjadi ahli parti yang terlibat dengan NFC, AirAsia dengan MAS, parti yang membawa imej Islam tetapi menggunakan wang zakat dan banyak lagi isu-isu yang tidak semenggah lain.”

Seorang ahli yang betul-betul sedang bergiat memberi tahu, “Eloklah tu bang, Letih saya bang. Di kalangan kita sendiri bergaduh. Setengah membantai saya kerana kata mereka saya penyokong Khairy dan marah-marah kerana tak menyokong Mukhriz. Mereka mengatakan Khairy mesti di habiskan politiknya kerana kalau Khairy diberikan tempat, matilah politik Mukhriz. Bila saya dengar abang nak masuk DAP saya pun terasa kebenaran dengan apa yang abang beritahu saya berbulan yang lalu yang ahli-ahli Umno menembak kaki mereka sendiri.”

Sesungguhnya apa yang diperkatakan oleh mereka ini melambangkan keadaan sebenar yang berlaku dalam Umno hari ini. Umno begitu besar keahliannya, dan saiz keahlian benar-benar membunuh Umno itu kerana ia membawa padah yang buruk terhadap parti itu.

Begitu besar jumlah keahlian Umno tidak mampu memberikan hujjah dan penerangan yang baik kepada ahli-ahli mereka di cawangan-cawangannya. Akhirnya jutaan ahli-ahlinya telah menyeberang kepada parti lain di peti undi semasa pilihanraya umum yang lalu dan PRU yang akan datang ini.

Saya menyebut tentang keahlian ini kerana saya memang dari dulu menyatakan bahayanya parti yang mempunyai ahli yang besar. Dengan keahlian yang besar ia akan memberatkan parti diperingkat pentadbirannya dan akan berlaku pertembungan diperinkat cawangan yang banyak itu. Saya berpendapat yang dalam politik ini, ia merupakan “game of perception” dan ia merupakan peperangan mental, bukannya peperangan bersenjata dua belah pihak.

Banyak parti-parti yang berjaya tidak mempunyai keahlian besar. Parti-parti ini menumpukan tenaga untuk membina dasar yang baik yang di hormati oleh rakyat yang mengundi. Parti-parti Republican, Democrat di AS dan parti-parti Buruh dan Conservative di England tidak mempunyai keahlian yang besar. Parti-parti ini telah memerintah dan mentadbir negara bergilir-gilir mengikut keadaan sewaktu pilihanraya. Parti-parti ini menawarkan dasar kepada rakyat dengan jelas. Kalau rakyat tidak bersetuju parti-parti ini bersedia untuk duduk dipihak pembangkang di dewan-dewan legislative.

Di negara kita DAP tidak mempunyai keahlian yang besar. Begitu juga PAS. Sebaliknya Umno mempunyai keahlian seramai lebih dari 3 juta tetapi hasilnya tidak seberapa. Hasil yang besar yang Umno perolehi hanyalah perpecahan dan perbalahan di antara ahli-ahli yang berebut jawatan.

Dengan keahlian yang besar maka cawangan bertambah. Apabila cawangan bertambah maka lokasi perbalahan di antara ahli pun bertambah dan lokasi-lokasi perpecahan itu adalah di cawang-cawangan di mana peti-peti undi itu berada. Oleh kerana keahlian terlalu besar maka mereka tidak mempunyai masa untuk membina pemikiran dan kepimpinan.

Oleh kerana Umno berbangga dengan cawangan yang banyak maka Umno hanya mampu menunjukan angka keahlian yang kebanyakannya hanya menjadi “parasite” dalam Umno. Penghujungnya yang akan timbul hanyalah sampah sarap dan yang baik-baik semuanya tenggelam dan tidak timbul-timbul lagi. Sekarang sampah sarap inilah yang turun naik ke Kuala Lumpur mengaku di sana sini sebagai calon “winnable” untuk Umno.

Pimpinan Umno telah gagal untuk meyakinkan rakyat dalam semua dasar yang digubalnya. Rakyat mahu melihat dasar yang digubal itu dilaksanakan dengan baik, tetapi dasar-dasar itu tidak terlaksana dengan baik kerana ada elemen-elemen kepentingan peribadi mereka yang menggubal dasar itu sendiri seperti rasuah dan salah guna kuasa. Kalau rakyat berkeyakinan masakan Umno seperti hidup mati tak mahu. Badan saja yang besar tetapi dalam badan yang besar itu ada banyak penyakit yang sudah sampai ke tahap “terminal”.

Keahlian yang besar sama seperti tubuh yang besar. Semasa muda bolehlah berjalan dengan baik, tetapi apabila sudah tua tubuh yang besar itu terpaksa berjalan dengan memakai tongkat dan kadangala terpaksa memakai kerusi roda. Apabila sudah berkerusi roda kita mesti akui, tidak ada di antara kita yang akan menjadi tangkas dan sesihat masa muda jika kita sudah mula memakai kerusi roda.

Dalam tempoh yang tidak berapa lama kita yang memakai kerusi roda itu akan dipanggil tuhan. Tidak ada orang yang sudah memakai kerusi roda akan menjadi kacak seperti Shahrukh Khan dan Tom Cruise. Kita semua kena ingat perkara ini kerana kita ini bak kata orang utara, “pelan lama pelan tua”.

Apabila kita sudah jatuh sakit tidak ramai lagi yang akan memberikan tumpuan kepada kita. Mungkin adalah seorang dua yang selalunya sama-sama sakit datang menziarah kita. Orang yang sama-sama sakit, apabila duduk berbincang mereka tidak ada masa untuk bercakap tentang pembangunan dan politik besar lagi.

Masing-masing hanya “compare notes”, bertanyakan keadaan buah pinggang dan jantung atau pun tentang paru-paru. Masing-masing akan bertanya apa ubat untuk memanjangkan nafas yang sudah pendek atau pun untuk menghilangkan bunyi di lutut semasa berjalan. Itulah yang berlaku dalam Umno sekarang. Di mana-mana ahli-ahlinya sendiri bercakap tentang betapa sakitnya parti yang mereka anggotai.

Kalau sudah begitu bilalah masanya untuk meruangkan masa untuk membangunkan ummah seperti yang di retorikkan siang dan malam itu. Hendak menjaga kesihatan tubuh sendiri pun sudah hilang kemampuan.

Walaupun banyak wang ringgit ia tidak boleh memberikan kita kesihatan lagi.

— aspanaliasnet.blogspot.com

[INGATAN] Saman Tak Guna Talipinggang Belakang Bermula Esok

[INGATAN] Saman Tak Guna Talipinggang Belakang Bermula Esok

Kuala Lumpur: Bermula esok, tiada alasan boleh digunakan pemilik kenderaan di negara ini sekiranya didapati gagal menggunakan tali pinggang keledar depan atau belakang.

Ini kerana, tempoh pengecualian tiga tahun akan tamat bermula jam 12 tengah malam ini (1 Januari 2012).

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Hesdey Ahmad berkata, selepas tempoh itu, tindakan menyaman pemilik kenderaan akan diambil pihak berkuasa.

“Kita percaya, ramai pemilik kenderaan akan memberi pelbagai alasan termasuk tidak tahu ia sudah dikuatkuasakan.

“Berikutan itu, kita ingatkan bahawa penguatkuasaan terhadap penggunaan tali pinggang keledar belakang sudah bermula 1 Januari 2009 dan pengecualian tiga tahun itu hanya membabitkan kenderaan didaftarkan sebelum 1 Januari 2005 atau kenderaan tidak dilengkapi dengan kemudahan tali pinggang keledar.

“Justeru, bermula esok, tiada lagi kompromi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhinya,” katanya.

“Jadi, sekali lagi kita ingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa akan mengeluarkan saman jika mereka masih berdegil dan tidak mahu memasang tali pinggang mulai esok,” katanya. -hm

Adam Adli, aktivis mahasiswa, wira rakyat


KUALA LUMPUR, 30 Dis — Adam Adli Abdul Halim hanya seorang aktivis mahasiswa sehingga perbuatannya menurunkan bendera bergambar Datuk Seri Najib Razak semasa satu demonstrasi aman mendapat perhatian utama media.

Berikutan insiden itu, bermula sebagai satu bantahan kecil mahasiswa menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember kini menjadi pergerakan yang semakin besar, melibatkan mahasiswa, pensyarah universiti, rakyat — bersatu dan mendesak kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), yang mana dengan tegas tidak membenarkan berpolitik di kampus.

Gambar fail Adam Adli (tengah) selepas dia buat laporan polis ugutan ditumbuk anggota polis di Kuala Lumpur pada 23 Disember, 2011. — Gambar oleh Jack Ooi
Ia juga telah meletakkan mahasiswa berumur 22 tahun dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang publisiti awam.
Walaupun dikenali secara tiba-tiba, Adam Adli tetap berharap apa yang berlaku itu “akan berakhir selepas 40 tahun memperjuangkannya.”

“Kebebasan akademik akan menjadi satu masalah besar yang perlu diperjuangkan bersama untuk membina semula negara yang sudah rosak. Ia sangat penting seperti isu-isu lain yang dibincangkan dalam masyarakat,” kata Adam Adli kepada The Malaysian Insider.

“Ramai orang termasuk mahasiswa tidak pernah mendengar tentang kebebasan akademik, AUKU dan carta magna (satu undang-undang yang dirangka mahasiswa bagi menggantikan akta itu) sehingga ia (insiden) terjadi. Sekarang penulis blog pro-kerajaan berusaha keras untuk memahaminya,” tambahnya.

Tambah Adam Adli, beliau tetap mempertahankan tindakannya itu sambil menyifatkan “menurunkan bendera adalah tanda bantahan.”

“Tetapi ada satu sebab lain yang tidak disedari iaitu jika saya menurunkan bendera, bagaimana saya boleh menaikkan kebebasan akademik?” soalnya.

“Ia seperti membuat satu perkara dengan dua atau tiga faedah. Ia adalah satu tanda bantahan terhadap (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) dasar mahasiswa dan universiti serta tanda kemenangan.”

Adam Adli berkata penglibatan dalam aktivis mahasiswa bermula pada 2010 semasa beliau dilarang bertanding dalam pilihan raya kampus kerana terlibat Demonstrasi Air 2009, bantahan terhadap kenaikan harga air di Selangor.

“Sejak itu, tiada ruang untuk saya berpatah balik. Alasannya jelas. Kami perlu buktikan kepada orang ramai bahawa kami sebagai mahasiswa merupakan sebahagian daripada sistem. Kami mahu mewakili rakyat,” katanya.

“Mahasiswa mempunyai peranan dalam sejarah perjuangan rakyat, maka dalam masa yang singkat ini kami mahu mengukir sejarah kami sendiri. Tetapi, pertama kami perlu membebaskan mahasiswa dan universiti maka kami akan buktikan kepada rakyat apa yang kami mampu lakukan untuk negara,” tambahnya.

Di laman sosial Facebook hampir 30,000 pengguna menyokong tindakan Adam Adil di halaman “We Are All Adam Adli”, walaupun ada yang tidak bersetuju dengan apa yang berlaku.

Selain itu, kritikan dari orang awam dan ramai pegawai kerajaan semakin bertambah, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata pihak berkuasa akan memantau Adam Adli dan menasihatkannya supaya berwaspada semasa melakukan aktiviti.

Ia membangkitkan semangat mahasiswa ini dengan mengatakan berkeyakinan tidak berasa terancam dengan kenyataan begitu.

“Saya tidak akan menyerah. Bagaimana mereka boleh menghalang saya? Saya tidak nampak mengapa mereka perlu buat begitu,” kata Adam Adli.

“Saya percaya dan saya tahu apa yang saya lakukan tidak salah dan tidak melampaui lunas undang-undang. Saya hanya menyuarakan hak membantah dasar kerajaan dan pelaksanaannya,” tambahnya.

“Mahasiswa bukan bodoh. Mereka nampak, mereka belajar, mereka dapat pengetahuan dan mereka bersedia membina negara yang lebih baik. Saya percaya lebih ramai yang akan tampil,” katanya.

“Masa depan milik anak muda.” -TMI

MADE IN CHINA


Micheal sudah mendirikan rumahtangga. Micheal sudah punyai isteri dan anak-anak. Micheal hidup di Amerika dengan mewah sekali. Micheal ada syarikat besar di mana semua pekerja Micheal ialah orang Amerika.

Pada suatu hari Micheal didatangi oleh beberapa pekerja dari China. Mereka meminta kerja dengan gaji yang sangat rendah. Disebabkan sifat tamak, Micheal telah mengambil pekerja dari China. Kemudian Micheal memecat beberapa pekerja Amerika yang sebangsa dengannya.

Tahun demi tahun, para pekerja dari China akhirnya menjadi pekerja majoriti di syarikat Micheal. Disebabkan itu, Micheal menerima cadangan dari salah seorang pekerjanya supaya memindahkan syarikatnya ke negara China.

Sebulan berikutnya Micheal mengmbil cuti dan melancong bersama seorang pekerjanya ke China dengan tujuan untuk melawat tapak di China yang mungkin boleh dijadikan tapak syarikatnya. Setiba di China, Micheal dilayan seperti seorang maharaja. Micheal diberikan penginapan hotel 7 bintang, 5 orang China doll bagi menemani Micheal di bilik hotel, dan hidangan makanan yang istimewa setiap hari.

Micheal akhirnya bersetuju. Syarikatnya di Amerika ditutup. Micheal membeli rumah kedua di China dan membeli tapak baru untuk syarikatnya di China.

Di Amerika, ramai bekas pekerja syarikat Micheal tidak bekerja. Mereka gagal mendapat kerja baru. Ini kerana bukan saja syarikat Micheal berhijrah ke China, akan tetapi puluhan syarikat lain telah berhijrah ke negara China.

Amerika kini mengalami kadar pengangguran yang sangat tinggi. Ekonomi Amerika menguncup akibat penduduk Amerika terpaksa berjimat duit semasa menganggur. Mereka tidak lagi hidup mewah. Bayaran ansuran rumah juga gagal mereka langsaikan, di mana akhirnya rumah mereka dilelong bank.

Inilah contoh terbaik sikap puak kapitalis. Puak kapitalis berkiblatkan keuntungan tanpa mengenal bangsa mahu pun agama. Kapitalis terbit dari perkataan kapital yang bererti modal. Jadinya, jika di China ada peluang untung besar, di situlah modal dari puak kapitalis akan mengalir.

Hari ini, terdapat banyak barang dicop Made In China. Inilah bukti cerita puak kapitalis berhijrah ke China, yang anda rasakan dongeng.

Hal yang sama juga berlaku di Malaysia. Cuma syarikat Malaysia tidak ke China. Malaysia mula memasukkan pekerja asing dengan ramai sekali sejak tahun 90-an. Walaupun ia bagi memenuhi pekerjaan bawahan, namun ia memberi kesan pada rakyat bawahan warganegara Malaysia.

Kesimpulannya, sesebuah negara yang bergantung pada pekerja asing, lambat-laun akan terima padahnya. Umpama seorang wanita yang memiliki tukang masak, sampai masa tukang masak lari. Wanita tersebut hanya mampu tercegat di dapur nak masak sendiri tak reti dan barang-barang dapur pun dicuri sekali.

Oleh : Hanief

30 Disember 2011

SU SULIT MENTERI GUNA IJAZAH PALSU -OTAK LEMBU

Dipukul, Dedah Temberang S/Usaha Sulit Menteri Sumber Manusia
Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz


KUALA LUMPUR, 30 DIS : Tindakan Pengerusi People’s Welfare And Rights Coalition (POWER), S Gobi Krishnan mendedahkan temberang seorang Setiausaha Sulit kepada Menteri Sumber Manusia yang menggunakan 'resume' palsu untuk mendapatkan jawatan itu membawa padah, apabila dipukul bertubi- tubi dibahagian muka dan kepala.

Gobi percaya tindakan Subramaniam Surunaryan menyerangnya di Coffee House, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur jam 11.50 malam tadi bersangkut paut dengan pendedahan yang dibuatnya sebelum ini.

Ketika diserang, beliau sedang minum kopi bersama Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, T.Mohan. Beliau kemudiannya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Sentul malam tadi.

“Saya syak ya beliau berbuat demikian kerana sebelum ini dalam bulan Julai membuktikan kepada umum bahawa beliau telah mendapatkan jawatan sebagai Setiausaha Sulit kepada Menteri Sumber Manusia dengan menggunakan ijazah palsu.

“Saya ada bukti dan ini adalah resume palsu dan ada tandatangan daripada Menteri Sumber Manusia yang mengsyorkan jawatan tersebut dan ijazah ini adalah Ijazah Kejuruteraan Awam di bawah satu university di Lonodon yang tidak pernah wujud langsung,” katanya.

Beliau selain itu berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) gagal meneliti resume Setiausaha Sulit Menteri Sumber Manusia itu sebelum meluluskan perlantikannya.

Perlantikan itu katanya bersifat tidak adil kepada individu diluar sana yang lebih berkelayakan berbanding Subramaniam.

“Kensington University College, London ni sudahlah tidak wujud tetapi JPA pergi sah kan dan yang hebatnya Menteri Sumber Manusia yang bertanggungjawap untuk modal insan dan mensyorkan Datuk KSU dan ditandatangani pada 16 Disember tahun lepas,jadi bagaimana Menteri Sumber Manusia salah guna kuasa ini.

“Bayangkan Setiausaha Sulit ini adalah jawatan dalam kerajaan dan bayangkanlah kalau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tahu, beliau tentu marah, dikeluarkan surat oleh JPA dan dibayar gaji oleh kerajaan Malaysia, jadi saya minta MACC mengambil tindakan ke atas isu ini, dan saya pohon pada PM yang prihatin mengambil tindakan yang sama, bayangkan seorang Menteri Kabinet mempunyai Setiausaha Sulit yang palsu sedangkan ramai lagi di luar sana berkelayakan,” katanya.

SUMBER :http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcZhl

KEPALA BABI ALIH ISU LEMBU-LEMBU?

Tak payah lah main-main isu kepala babi atau kepala lembu..ini macam orang kata OTAK LEMBAB DAN BODOH MACAM LEMBU. Banyak lagi benda yang boleh buat perbetul dulu ekonomi rakyat dan negara.


Kepala babi ditemui di pintu masuk masjid di Johor
6:13PM Dis 30, 2011
Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi ini.

Kepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid itu pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

Ketua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff (kanan dalam gambar) berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang semalam di masjid yang sama.-malaysiakini

Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti


Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

Eng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.

Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri.-MK

29 Disember 2011

SHAHRIZAT IBARAT HARIMAU LUKA

Seperti harimau melindungi anak, Sharizat akan lawan dan pasti menang


Senator Umno Shahrizat Jalil adalah seorang wanita yang sedang berada dalam keadaan kecewa dan marah. Dalam keadaan ini seseorang boleh bertindak mengikut perasaan. Ini biasanya berlaku apabila sesuatu musibah berlaku.

Apabila suaminya Salleh Ismail serta anak-anak telah dianugerahkan projek NFC bernilai RM250 juta itu, prospek diberikan amanah menjaga sejumlah wang yang sangat besar amatlah berat. Kelaurga Shahrizat sememangnya tidak menduga untung yang mereka dapat – ia umpama telah menangi wang loteri yang amat banyak.

Sapu habis?

Sejurus selepas itu, tanpa banyak berfikir suaminya bergegas mewujudkan pengurusan pasukan yang dengan sepantas kilat terdiri daripada anak-anaknya. Walhal, mereka terlupa bahawa mereka tidak pernah menjalankan apa-apa perniagaan pun seumur hidup mereka , waima menjual nasi lemak di bahu jalan ! Tanpa ragu-ragu, Ismail Salleh sepatutnya melantik Ketua Pegawai Eksekutif profesional yang berpengalaman dan berkelayakan untuk mengurus operasi NFC dan bukan cuba untuk menjalankannya sendiri.

Walau bagaimanapun melihat struktur yang sedia ada pada NFC dan kawasan penternakan itu, Salleh sememangnya telah mendapatkankhidmat beberapa perunding untuk menubuhkan projek itu tetapi hanya untuk sementara waktu. Dia mungkin bimbang akan terpaksa membayar mereka wang yang banyak. Pasti dia telah menjadi tamak. Mengapa tidak "sapu habis" atau menyapu bersih pinjaman RM250 juta kerajaan itu untuk menjalankannya sendiri?

Disinilah dimana segalanya bermula. Daripada menumpukan perhatian kepada pembangunan ladang-ladang satelit untuk Perbadanan Fidlot Nasional, yang bertujuan untuk menyediakan rakyat Malaysia dengan daging lembu yang murah harganya, beliau mula mencari jalan untuk membawa wang itu keluar. Pada fikirannya NFC itu tiada kena mengena dengan dirinya, dan dengan apa-apa cara pun, wang itu mesti dimiliki oleh keluarganya. Inilah caranya untuk 'melindungi' keluarganya.
Dan sepertimana yang kita sudah tahu, selebihnya sudah menjadi sejarah.

Nasib malang

Bagi Shahrizat, dia sama ada tidak sedar langsung atau benar-benar yakin bahawa musibah itu tidak akan terdedah dan mengapa tidak? Ini adalah kerana NFC tidak pernah diaudit sejak penubuhannya sehingga 2010. Walau bagaimanapun, sebagai seorang pemimpin UMNO dan kenalannya, keseluruhan skandal masih boleh disembunyikan. Tetapi nasib tidak menyebelahinya seperti yang kita semua tahu sekarang.

Semua pemimpin UMNO tahu bahawa skandal ini akan menjejaskan UMNO dan ramai berpendapat bahawa UMNO mesti memutuskan hubungan dengan Shahrizat secepat mungkin tanpa mengira apa pun.Shahrizat tidak berkata benar dan tidak memberitahu mereka sejauh mana parahnya keadaan di NFC, ia seperti tidak dapat dielakkanakan dan bakal ada lebih banyak lagi pembongkaran yang akan diketahui. Kedua,dengan PRU ke-13 yang begitu dekat, dan kedua-dua belah bahagian parti bertungkus –lumus untuk pemilihan, ia adalah mustahil untuk menyelesaikan masalah ini dalam masa yang terdekat.

Tambahan pula, dengan perbalahan dalaman UMNO yang semakin menjadi-jadi, tidak mungkin ramai yang akan membela Shahrizat . Kebanyakan penyokong-anaknya sudah menjauhkan diri dari dia. Bagi mereka, masanya sebagai seorang ahli politik sudah tamat. Skandal terbaru melibatkan Awang Adek, yang didapati telah menerima wang yang juga diakuinya, sudah mula terbongkar. Malah apabila ia meletus nanti, ia tidak akan dapat menyelamatkan Shahrizat dari dibuang dari dunia politik mahupun keluarganya dari pemerhatian rakyat dakwaan atas salah laku.

Wanita degil keras kepala

Walaupun cuba diselindung, sebab utama untuk masalah ini adalah perbalahan dalaman UMNO di peringkat tertinggi dan Shahrizatlah yang akan menjadi si kambing hitam .

Selepas enggan mempedulikan nasihat untuk meletak jawatan, ternyata Shahrizat akan terpaksa untuk berbuat demikian dan dengan cara yang mungkin teruk atau lebih dramatik daripada yang dijangkakan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berhenti dari mempertahankannya, dengan hanya menyatakan bahawa dia belum menerima surat meletak jawatan dari Sharizat dan bahawa dia telah mengarahkan SPRM untuk melakukan siasatan besar-besaran ke dalam NFC.

Namun, Shahrizat adalah seorang wanita yang degil dank eras kepala. Tidak mahu dikalahkan oleh musuh-musuhnya dalam parti sendiri. Malah, dia bertekad untuk menjatuhkan mereka juga jika mereka terus memberontak.Ini adalah jelas kerana baru-baru ini dia mendakwa, tunjukkan

mana pemimpin BN yang tiada masalah. Ini bukanlah cakap-cakap sahaja tetapi ancaman sebenar kepada musuhnya. Sebenarnya, Shahrizat mungkin telah menerima tekanan jauh lebih banyak daripada apa yang didakwa keatasnya.

Bagi pihak yang satu lagi, SPRM - yang berat sebelah, seperti biasa -telah membuat pusingan U secara tiba-tiba dengan mengumumkan bahawa tidak ada unsur rasuah dalam serbuan besar-besaran setelah serbuan besar-besaran pada NFC yang mendapat publisiti itu. Ia memang bertujuan untuk memalukanShahrizat dan terus memaksanya meletakkan jawatan.Tetapi ia juga cara Najib menyelamatkan diri sendiri. Malah, ramai mengesyaki Najib telah memainkan peranan dalam mendedahkan Shahrizat untuk mengimbangi kuasa-kuasa dalam Umno ini termasuk puak Mahathir Mohamad dan kumpulan Muhyiddin Yassin.

Tiada pilihan terpaksa bertindak

Shahrizat tiada pilihan tetapi terpaksa berjuang untuk pilihan raya umum seperti yang dirancang sebelum ini tetapi menentang puak Najib – yang dikatakan termasuk Raja Nong Chik yang nampaknya cenderung untuk menjatuhkan keluarga Sharizat. Ketua Wanita UMNO terperangkap bersama keluarganya, reputasi mereka, impian perniagaan dan semua yang mereka telah korbankan, usahakan nampaknya telah diburuk-burukkan dan dipijak-pijak dikhalayak ramai.

Namun Sharizat sepatutnya lebih memahami mainan politik UMNO. Lihatlah bagaimana Mahathir ‘menyelesaikan’ masalah ketua pemabangkang, Anwar Ibrahim. Juga, perhatikan bagaimana Najib yang dahulunya meletakkan dirinya sebagai orang kanan Anwar yang pada masa itu timbalan perdana menteri yang cuba mencabar Mahathir yang menikamnya dari belakang dengan membuat sandiwara Liwat pada tahun 1998 yang kembali semula pada tahun 2008.

Sharizat sudah ditinggalkan oleh penyokongnya yang pasti sudah beralih ke pihak yang satu lagi untuk mendapatkan kesejahteraan karier politik mereka sendiri. Tindak balas dalam UMNO yang sebegini telah bermula dan nampaknya sayap Wanita adalah yang pertama akan tumbang sebelum semua sayap yang lain hancur dek korupsi yang sudah menjadi periuk nasi mereka.

‘Datuk yang akan betulkan’ muncul lagi

Tiba-tiba, media BN menyebarkan berita tentang seorang Datuk yang terlibat dalam menjadi boneka skandal NFC. Dia yang juga cuba merasuah pihak SPRM adalah seorang kambing hitam yang kebiasaannya akan muncul dalam sandiwara UMNO. Ada beberapa sebab kenapa si Datuk muncul dalam skrip UMNO ini.

Dia mungkin akan digunakan untuk menyelamatkan pihak Najib dan bukan penyelamat Sharizat serta keluarganya. Ada kemungkinan, dia akan digunakan untuk memberi keterangan untuk mensabitkan Sharizat serta keluarganya jika Sharizat dan keluarganya tidak memberi kerjasama. Mereka bersedia untuk melakukan apa saja untuk menjatuhkan Sharizat.

Sememangnya ini semua untuk menyelamatkan UMNO, tapi jika ini benar, orang SPRM sepatutnya menjalankan siasatan terhadap Najib yang sememangnya bergelut skandal dan juga Mahathir dan juga penyokong setianya Rafidah Aziz.

Satu perkara yang penting adalah mereka yang tidak berpihak kepada Najib yang akan cuba untuk menyebelahi Sharizat untuk menarik Najib sekali. Ini adalah sesuatu yang harus PM yang agak lembap ambil perhatian.

Seakan-akan filem “Ransom” Mel Gibson

Dalam keadaan yang terdesak untuk menyelamatkan suami dan anak-anak, Sharizat cuba untuk mempelawa sesiapa saja untuk memberi sokongan padanya. Malah, lebih ramai, lebih baik. Dia mungkin akan mendapat kelebihan berbanding Najib sendiri.

Ini mungkin ada persamaan dengan filem lakonan Mel Gibson, “Ransom” dimana dia telah menawarkan wang ganjaran lebih banyak kepada sesiapa yang boleh memberi maklumat sehingga tertangkapnya ketua penculik anaknya. Sharizat akan menggunakan semua kuasa yang ada pada dirinya dan orang dalam untuk menggertak musuh Najib dan pihak pembangkang untuk menang dalam pergelutan ini. Perlu diingatkan bahawa Sharizat bukan sahaja berjuang demi karier politiknya, dia juga ibarat harimau betina tercedera yang dan cuba melindungi anak-anaknya dari bahaya.

Bagi Najib pula, dia akan berada dalam situasi yang agak tidak menentu.

Sekali lagi, dia telah membuktikan dirinya bodoh. Sekarang, ada kemungkinan dia akan merasa tekanan berbanding Sharizat. Jika dia kalah dalam perebutan kuasa ini, dia akan menjadi sejarah seperti UMNO juga. Ia akan menjadi kesempatan terakhir buat ahli UMNO yang jemu dengan kepimpinannya yang lemah dan tidak berpendirian tetap. Agak mustahil jika musuhnya untuk tidak mengambil kesempatan yang diadakan oleh Najib sendiri. Satu lagi tindakan bodoh oleh personaliti angkuh ini.

Najib yang malang- lagi kutukan

Mereka yang bersimpati dengan Najib akan memujuk diri mereka dengan menganggap Najib seorang yang tidak bernasib baik. Di sebalik skandalnya dan yang dibuat oleh isterinya sendiri, Najib telah dapat bertahan.

Dalam skandal NFC pula, apabila dia cuba membongkar perbuatan bekas perdana menteri, Abdullah Badawi, ketua pemuda,

Khairy Jamaluddin dan timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin dalam kesilapan memberi projek ini kepada keluarga Sharizat, rupanya ia telah memakan dirinya sendiri.

Jika tidak diselesaikan secara berhemah dengan sikap bertolak ansur, Sharizat berkemungkinan akan memusnahkan karier politik Najib. Jika tidak, Sharizat akan mengamuk dan si tertekan, Najib akan bergegas untuk menyelamatkan keadaan sebelum menjadi bertambah buruk dan akan kehilangan sokongan orang UMNO.

Nampaknya, dia sudah kalah dan akan dipaksa untuk menutup malu. Ternyata, Sharizat akan dipaksa meletak jawatan tapi masih boleh menyelamatkan anak-anaknya.

Keseluruhan skandal telah tidak boleh dikawal lagi. NFC bukan sahaja mengugat NAjib tapi menarik UMNO ke bawah sekali. Najib mesti ada pelan B. Mungkin dia sudah ada tapi persoalannya adakah ia akan berhasil dan lebih baik dari pelan A?

Pelan B

Ada yang mendakwa “Datuk” merupakan pelan B. Jika benar, ia sudah gagal. Sebaik sahaja keluar laporan mengenai Datuk ini, ramai terkenang semula skandal yang ditimbulkan oleh Datuk T, ternyata mencurigakan dan aneh. Dia akan menjadi korban Sharizat dan keluarganya, wayang NFC, Najib dan UMNO. Seperti Altantuya, si bernasib baik dan tidak baik (bergantung kepada dari sudut mana yang dilihat) “Datuk” ini akan ‘di C4’kan juga nanti.

Sudah pasti, seekor kambing hitam sahaja tidak cukup untuk menyakinkan semua rakyat. Rakyat Malaysia boleh menjangka bahawa Kementerian Kewangan dan kementerian yang lain akan diperangkap sama sebagai saksi atau kambing yang bakal dikorbankan. Sudah ada pun 27 orang didalam senarai mereka. Ini sememangnya kerja puak elit UMNO yang terperangkap dalam dunia mereka yang bergelumangan dengan dosa dan nista tapi masih boleh berada dalam keadaan selesa bila mana rakyat terpaksa melepaskan diri dari rantaian keji dan penindasan yang membelenggu itu

Malaysia Chronicle

28 Disember 2011

MAHATHIR BUKAN CERDIK SANGAT DAN NAJIB HURU HARA - KU LI


KUALA LUMPUR, 28 Dis: Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.

Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.

MUKRIZ AWAK KENA RUJUK MAJLIS FATWA DAN MUFTI, JANGAN DOK BEDAI..JE

Madrasah Salihiah: Majlis Fatwa lulus, dapat surau baru
Written by Harakahdaily


ALOR SETAR, 28 Dis: Majlis Fatwa negeri Kedah telah membenarkan Madrasah Salihiah Kanchut dekat sini dirobohkan dan sebuah surau yang lebih besar akan dibina.

Surau baru itu bakal memuatkan jamaah sehingga 400 orang dan boleh jadi ia akan dijadikan tempat solat Jumaat.

"Berkemungkinan surau baru ini boleh digunakan untuk solat Jumaat," kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak.

Beliau membidas sikap sesetengah pihak khasnya Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mempertikaikan langkah kerajaan negeri membenarkan surau itu diroboh.

Surau itu terpaksa dirobohkan untuk membolehkan projek Aman Central dibina di atasnya kerana ia bakal memberikan peluang pekerjaan kepada 2,000 penduduk.

"Saya tahu hukum-hakam..saya (juga) lulusan (Universiti Al Azhar) Mesir. Perkara ini juga telah dirujuk kepada Majlis Fatwa dan Mufti.

"Jangan cari publisiti murahanlah...selesai dulu kes lembu (NFC) RM250 juta tu dulu," kata Azizan membidas pemimpin Umno yang membangkit isu itu.

Kerajaan negeri juga, katanya, telah membayar pampasan bernilai RM1.48 juta kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) sebagai pemegang amanah madrasah berdasarkan konsep 'istiddal' bagi membolehkannya mencari tapak baru yang lebih bermanafaat kepada umat Islam.

SKANDAL NFC: NAJIB GAGAL BERTINDAK, TAKUT BANYAK LAGI SKANDAL AKAN DIDEDAHKAN

Najib takut bertindak bimbang Shahrizat dedah keburukan Umno
Written by Naeem Raffi, TVSelangor


SHAH ALAM, 28 Dis: Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak ke atas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh menimbulkan pelbagai persepsi berhubung penyelewengan NFC membabitkan wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan Pusat.

Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkata tidak ada sebab munasabah untuk Najib melengah-lengahkan tindakan sedangkan pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno sendiri menggesa Shahrizat diambil tindakan, lapor TVSelangor.

“Apakah Najib takut bertindak disebabkan bimbang Shahrizat mendedahkan pelbagai lagi penyelewengan lain yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno lain termasuk keluarga Najib sendiri sekiranya beliau dipecat?.

“Apakah juga disebabkan ada pemimpin lain yang turut terlibat, Kalau tidak mengapa Najib masih membisu” kata beliau mencabar Najib bertindak menjawab segala persepsi yang ada bagi membersihkan imej kerajaan dimata rakyat.

“Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, beliau seharusnya mendepani masalah ini kerana beliau adalah ketuanya,” tegas Haniza (gambar) yang juga Timbalan Speaker Dun Selangor.

Melihat kepada kepincangan yang dicetuskan oleh Shahrizat, Haniza menzahirkan rasa kecewa kerana tidakannya itu bukan sahaja mengkhianati wang rakyat, malah turut mengaibkan kaum wanita.

“Ia amat memalukan sebagai seorang ketua wanita dari satu organisasi yang besar pada masa yang sama mewakili kaum melayu terbabit dalam salah laku seperti ini,” katanya.

“Ini adalah pertama kali pemimpin wanita negara melakukan kesalahan secara terang-terangan,” jelas Hanzia ketika dihubungi TVSelangor.

Katanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat pemimpin yang terlibat dengan skandal akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.

Namun begitu, Haniza berkata, ini tidak mungkin akan berlaku dalam kepimpinan Umno-BN.

Mengulas lanjut, Haniza berkata penyelewengan tersebut adalah dilema hebat dalam kepimpinan Umno kerana apa jua tindakan yang bakal diambil tetap akan menerima hukuman dan kritikan daripada rakyat.

“Luah mati emak, telan mati bapak. Bagaimana cara sekalipun, Umno tidak akan terlepas daripada diadili oleh rakyat dan tidakan mereka itu akan dilihat sebagai sebuah janji yang telah mengkhianati rakyat, ” kata beliau.

PKR sebelum ini mendakwa sejumlah RM250 juta dana awam diberikan kepada syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan suami Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna sehingga projek tersebut dikatakan dalam ‘kucar-kacir’ seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

PKR kemudiannya mendedahkan wang tersebut digunakan oleh NFC bagi membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta.

Selain itu, PKR turut mendakwa sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli kereta Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri itu.

Selain PKR, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga berpendapat siasatan awal mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.

DAP tarik veteran Umno untuk hakis serangan anti Melayu

KUALA LUMPUR, 28 Dis — DAP telah menarik beberapa pemimpin Melayu termasuk sekurang-kurangnya dua veteran Umno sebagai satu langkah untuk menghakis sokongan dari komuniti dominan selepas dituduh anti Melayu dari parti pemerintah.

The Malaysian Insider difahamkan penulis blog terkenal Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang juga bekas wakil rakyat Pulau Manis dan Aspan Alias, veteran Umno Negeri Sembilan, telah dijemput untuk menyertai DAP, yang berkemungkinan besar akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke (gambar), yang ditugaskan untuk menambah sokongan Melayu bersama

anggota strategi Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, mengesahkan penyertaan dua individu itu.

“Kami mendekati mereka tetapi tiada keputusan dibuat. Tetapi bukan penentu mereka akan bertanding dalam pilihan raya. Ia kebimbangan kedua kami,” kata Ahli Parlimen Rasah ini.

Loke menambah bahawa buat masa ini, parti gembira apabila kedua-dua veteran Umno itu membuat kritikan secara terbuka terhadap parti Melayu terbesar dan Barisan Nasional (BN) dalam blog mereka.

Kedua-dua veteran itu menghadiri Konvensyen Media Sosial yang dipanggil “Rakan Pulau Pinang” yang dianjurkan Zairil dua minggu lalu.

“Kami mahu mendekati orang yang berpengaruh di media sosial. Tetapi kami bukan mewujudkan tentera siber. Tidak seperti Umno, kami tidak membayar dan rakan tidak boleh dibeli,” katanya namun enggan mengulas sama ada kedua-dua veteran itu akan menyertai DAP.

Zairil, anak kepada bekas menteri pendidikan dan bekas pemimpin Umno , Tan Sri Khir Johari, telah dilantik sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng awal tahun ini dilihat sebagai satu langkah untuk untuk mewujudkan parti berbilang bangsa.

Tetapi pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat mengakui dalam laporan The Malaysian Insider sebelum ini bahawa Umno melemparkan pelbagai tuduhan kepada pembangkang semata-mata mahu mendapatkan kembali sokongan orang Melayu.

The Malaysian Insider juga telah mengeluarkan keputusan kaji selidik yang dijalankan DAP di mana menunjukkan sokongan orang Melayu di Pulau Pinang telah menurun kepada 30 peratus, jatuh hampir 50 peratus selepas beberapa bulan Lim memegang jawatan ketua menteri pada 2008.

Umno berulangkali menuduh Pakatan Rakyat terutamanya DAP, sebagai anti Melayu, terbaru perkara itu dibangkitkan dalam perhimpunan agungnya di mana beberapa wakil dan pemimpin termasuk timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan pembangkang anti Melayu, anti Islam, ejen Kristian dan biadap terhadap raja Melayu.

Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia pada awal tahun ini mendakwa DAP telah berkomplot dengan pihak Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.

DAP telah mendekati orang Melayu dengan melantik pemimpin Melayu dan pengasas Transparency International Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang kini memegang jawatan naib pengerusi.

Difahamkan pemimpin DAP telah bertemu dengan pemimpin Melayu dalam satu mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan negara Islam, hudud dan Bumiputera.

Dengan penyertaan Mohd Ariff Sabri, yang menggunakan nama samaran Sakmongkol AK47 akan menjadi perubahan yang besar dalam parti memandangkan beliau merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada 2008 dan juga ketua penerangan bahagian Pekan yang merupakan kawasan Datuk Seri Najinb Tun Razak.

Aspan Alias pula lantang mengkritik pentadbiran pemerintah sejak beberapa tahun lalu dan khabar angin mengatakan beliau akan menyertai DAP selepas dilaporkan telah memberikan ucapan pada satu majlis makan malam DAP di Tampin, Perak awal tahun ini -TMI

Taktik Kotor Politik Dalaman Menyebabkan Chegubard Ditahan !!

Atas sebuah laporan polis dari Umno bahagian Ampang, menyebabkan petang semalam (27 Dis 2011), Chegubard telah ditahan di balai polis Seremban 2 kerana sebuah akaun twitter samaran yang menggunakan nama AMK_Rembau, didapati membuat komen yang kononnya menghina DYMM YDP Agong.

Penahanan ke atas chegubard adalah kerana kononnya beliau mempunyai hubung kait dengan pemilik akaun twitter AMK_Rembau sedangkan akaun twitter AMK_Rembau hanya muncul ketika Pemilihan 2010 PKR semata-mata untuk memburuk-burukkan Chegubard yang bertanding jawatan Ketua AMK.

Akaun twitter palsu/samaran AMK_Rembau didapati terus aktif untuk menyerang Chegubard walaupun Pemilihan 2010 telah berakhir kerana banyak masalah pemilihan yang tidak selesai terutamanya dalam isu aduan Chegubard ke atas penyelewengan Pemilihan 2010 PKR.

Strategi menggunakan akaun palsu/samaran ini dipercayai adalah satu taktik jahat yang berlaku dari kalangan dalaman PKR sendiri. Mereka sengaja menulis tweet yang melampau supaya ia disambut oleh Umno dan kesempatan ini diambil oleh pihak polis untuk bertindak ke atas Chegubard dan turut menyebabkan Ketua AMK Cabang Rembau berada dalam buruan polis.

Akhirnya lewat petang yang sama, Chegubard dilepaskan dengan jaminan polis. Walaupun Chegubard bertegas bahawa akaun twitter AMK_Rembau tiada kena-mengena dengan pihak kami, namun pihak polis tetap merampas BlackBerry kepunyaan Chegubard dan pihak polis juga cuba untuk mendapatkan laptop milik Chegubard dan juga laptop kepunyaan PKR Cabang Rembau.

Seharusnya mereka yang telah menang pemilihan parti memberi tumpuan kepada gerak kerja memperkukuh parti terutamanya dari aspek menggapai sokongan anak muda. Chegubard pernah menyuarakan betapa Anwar Ibrahim akan kembali ke Sungai Buluh maka gerakan untuk menarik sokongan anak muda serta mobilisasi besar untuk membela Anwar sepatutnya menjadi keutamaan. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, sayap pemuda parti tidak berdaya saing malah apa yang lebih diberi tumpuan ialah menggerakkan politik kotor dalaman yang tidak berkesudahan.

Chegubard akan terus fokus mengggerakan SAMM sebagai platform terbaik untuk anak muda berjuang. Kini SAMM baru selesai mengedar mengedar 30 ribu DVD kesedaran penting betapa Umno itu harus ditinggalkan dalam kempen nasional ABU (Asalkan Bukan Umno), selain telah melancar dan edar 25 ribu naskah risalah penjelasan isu 'cincin puaka' sebelumnya.

Kami kumpulan Solidariti Anak Muda biarpun tanpa jawatan dan dana bantuan, akan terus membina kekuatan anak muda untuk menumbangkan regim Umno. Tetapi ada pihak yang sedang menikmati pelbagai 'kemewahan' dan terus nikmati keselesaan untuk buat kerja kotor memancung dan mengganggu fokus pihak lain.

Kini keterangan telah diberi kepada pihak polis mengenai siapa pemilik akaun twitter AMK_Rembau. Berikut kami siarkan semula kenyataan penafian yang pernah dibuat oleh Ketua AMK Rembau ketika laporan polis ke atas pemilik akaun pada awal Julai 2011;

Kenyataan Media ini dibuat oleh saya Md Sani Mohd Shah selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rembau.

5 Julai 2011; Semalam sebuah NGO (baca: Umno) telah membuat laporan polis ke atas sebuah akaun twitter yang menggunakan nama 'AMK Rembau', kononya kerana menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Tindakan ini dilihat hanya tindakan politik kerana sebelum ini penghinaan secara terus pernah dilakukan contohnya orang Umno yang tidak puas hati dengan tindakan Sultan Terengganu menolak Idris Jusoh sebagai MB telah menunjuk perasaan dan dengan 'selamba' merentang kain tertulis perkataan 'natang' (binatang) yang dituju kepada Sultan Terengganu.

Namun pada ketika itu lansung tidak ada pihak Umno muncul membuat laporan mahupun tidak ada kenyataan kecaman lansung.

Namun perlu dipertegaskan dan dijelaskan akaun twitter AMK Rembau, tidak ada kena mengena akaun twitter "AMK Rembau". Saya yakin akaun ini telah menyamar dengan menggunakan nama AMK Rembau secara sengaja mahu mengelirukan orang ramai dengan memburukkan nama. Akaun telah dipantau sejak kewujudannya, menggunakan perkataan lucah dan segala macam kenyataan yang tidak sesuai.

Ini taktik jahat. Sejak pemilihan parti tahun lepas, ini taktik jahat kem tertentu yang menggunakan banyak membuka akaun 'palsu' di laman - laman sosial seperti di Facebook dan Twitter. Kebanyakan taktik ini digunakan untuk memburukkan nama che'GuBard dan akaun palsu "AMK Rembau" ini adalah antara taktik jahat secara berterusan kumpulan ini menyerang che'GuBard. taktik ini tidak terhenti hanya ketika pemilihan tetapi berterusan sehingga selepas pemilihan.

AMK Rembau mengecam kumpulan yang menggunakan taktik jahat ini. Kepada kumpulan tersebut AMK Rembau memberi amaran sudahlah hentikan politik kotor dengan taktik jahat ini. Kamu sudah menang terus bekerja jangan setiap kali kamu gagal melakukan sesuatu maka che'GuBard dan kawan-kawan disalahkan.

Kesempatan ini juga AMK Rembau mendesak satu penyiasatan menyeluruh dilakukan dalam parti mengenai isu pemilihan yang masih tergantung. Kami lama menahan sabar, kami pendam demi kepentingan parti. Namun kami terus dilihat jahat. Adakah kerana sesekali bersuara keras terhadap kepincangan pemilihan dalam parti kami dilihat kianat atau merengek ?

Kami seolah dihalau dengan kenyataan jika tidak suka dan tidak terima keputusan boleh keluar parti jangan 'merengek' tindakan ini sama seperti tindakan bacul Umno yang mahu melucut taraf kewarganegaraan Dato' Ambiga hanya kerana tidak bersetuju dengan beliau yang membangkitkan isu pilihanraya yang adil dan bersih.

Sekian.

Md Sani Mohd Shah,
Ketua AMK Rembau.

SKANDAL KAPAL PERANG AKAN MENYUSUL

Selepas NFC, skandal kapal perang akan menyusul


Dalam masa sepuluh tahun, negara kita telah kehilangan lebih daripada RM1 .0 trilion akibat daripada pelbagai jenis dan bentuk penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Skandal dalam National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan kerugian RM250 milion baru-baru ini adalah merupakan titik pemulaan bagi pendedahan skandal-skandal yang seterusnya di dalam kerajaan BN.

Malah kita semua telahpun bersedia menghadapi satu lagi pendedahan skandal penyelewengan kewangan kerajaan yang boleh dikatakan amat besar juga jumlahnya.

Skandal pada kali ini bakal melibatkan kos berlebihan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan di dalam pembelian enam buah kapal peronda daripada Bouestead Naval Shipyard Sdn Bhd yang bernilai RM1.0 billion sebuah pada permulaannya.

Kos pembelian dan pembuatan kapal-kapal peronda tersebut kini telah meningkat secara mendadak kepada jumlah yang amat diragui sekali, iaitu RM3.0 bilion sebuah. Bagaimanakah Bouestead Naval Shipyard Sdn Bhd ini boleh terlibat di dalam urusan-urusan dan kerja-kerja pembinaan kapal peronda untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)?

Siapakah Bouestead Naval Shipyard ini sebenarnya?

Kos kontrak yang meningkat

Kontraktor asal yang telah dipilih untuk membina generasi kapal-kapal perang Malaysia yang pertama adalah PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd yang dimiliki oleh Datuk Amin Shah Omar Shah bersama dengan adik-beradiknya. Datuk Amin adalah jutawan yang terkenal dan rakan karib bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin. Ianya berlaku sewaktu era pemerintahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sewaktu program pengswastaan negara dalam tahum 1990an yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir, Datuk Amin adalah merupakan salah satu daripada sebilangan kecil usahawan bumiputra yang telah dipilih untuk mengambil-alih beberapa syarikat-syarikat dan kerja-kerja milik kerajaan. Salah satu daripada kontrak yang berjaya diperoleh Datuk Amin adalah operasi Naval Dockyard di Lumut, Perak

Pada tahun 1995, kerajaan telah mengswastakan Naval Dockyard di Lumut, Perak dan kontrak kerja-kerja pengendalian tersebut diberikan kepada PSCI Industries Bhd (PSCI) dengan pembayaran upah sebanyak RM300 milion. Datuk Amin yang mempnyai kepentingan terbesar di dalam kontrak ini dan projek tersebut kemudiannya dinamakan sebagai PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd.

Dalam tahun 1997 pula, PSC-Naval Dockyard dianugerahkan kontrak untuk membina 27 buah kapal-kapal perang untuk kegunaan TLDM dengan nilai berjumlah RM24 bilion. Suatu projek yang amat besar sekali, buat pertama kali diberikan kepada sebuah syarikat swasta untuk dikendalikannya.

Pada pertengahan tahun 2007, hanya 2 daripada 27 buah kapal perang telah siap dipasang dan diserahkan kepada TLDM. Akan tetapi kedua-dua buah kapal perang buatan PSC-Naval Dockyard tersebut gagal dalam semua siri ujian kelayakan bagi membolehkannya untuk beroperasi.

Terdapat lebih daripada 298 jenis aduan teknikal mengenai ketidakberkesanan ke atas kedua-dua buah kapal perang tersebut, di mana ianya juga merangkumi di antara 100 dan 383 jenis peralatan yang tidak lengkap dan ada kalanya langsung tidak ada.

Kos asal RM5.35 bilion bagi kontrak tersebut telah meningkat dengan mendadak kepada RM6.75 bilion menjelang Januari 2007.

Dokumen dan baucar bayaran tidak wujud

Di dalam laporan juru audit negara yang telah dikemukakan di dalam parlimen sebelum ini, Kementerian Pertahanan dilaporkan telah membayar RM4.26 bilion kepada PSC-Naval Dockyard sehingga Disember 2006 walaupun hanya kerja-kerja siap bernilai RM2.87 bilion telah dicatatkan, yang bermakna kementerian tersebut telah terlebih bayar sebanyak RM1.39 bilion atau terlebih 48 peratus pembayaran.

Malah jemaah menteri juga telah meluluskan pemansuhan penalti kelewatan kerja terhadap PSC-Naval Dockyard sebanyak RM214 milion.

Menurut laporan juru audit negara yang sama, terdapat lebih daripada 14 pembayaran susulan berjumlah lebih daripada RM943 milion telah dibuat kepada PSC-Naval Dockyard sejak daripada Disember 1999 lagi, tetapi tidak mempnyai sebarang baucar bayaran ataupun dokumen-dokumen yang berkaitan.

Bolehkah kerajaan BN menjelaskan bertapa seriusnya penyelewengan tersebut dan bagaimana pembayaran tersebut boleh dilakukan tanpa sebarang kelulusan dan dokumen yang sah dan siapakah yang meluluskan pembayaran tersebut secara membabi buta atapun adakah ianya disengajakan, sementara kerja-kerja tersebut masih belum disempurnakan dengan sepenuhnya?

Laporan juru audit negara itu juga telah mengesahkan bahawa urusan tersebut adalah suatu siri penyelewengan kewangan yang serius dan pengesahan bahawa PSC-Naval Dockyard langsung tidak mempunyai sebarang pengalaman dan kepakaran dalam pembinaan kapal perang kecuali pembuatan bot pukal dan bot-bot peronda polis yang kecil.

Amat hairanlah, sehingga kini masih tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas penyelewengan dan kerugian berjuta-juta Ringgit walaupun laporan audit tersebut telahpun dikeluarkan kepada umum.-

Written by Viktor Wong, Malaysia Chronicle

AZIZ BARI MUNGKIN BERTANDING DI SABAK BERNAM


Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdul Aziz Bari mungkin bertanding di kawasan parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum akan datang, seandainya terdapat permintaan dan sokongan agar beliau bertanding di situ.

MerdekaReview dimaklumkan sumber bahawa ada tanda-tanda Aziz Bari bertanding di kawasan parlimen tersebut, melihat kepada kekerapan beliau kembali ke kampungnya di situ kebelakangan ini. Ketika dihubungi MerdekaReview, Aziz Bari enggan mengulas panjang, tetapi berkata, "Kalau ada sokongan, kena fikirkanlah juga, untuk perubahan..."

Pakar perlembagaan ini mencetus kontroversi apabila mendakwa "tindakan Sultan Selangor campurtangan dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan lazim", ketika ditemuramah Malaysiakini. Kenyataan beliau dibidas dalam Utusan Malaysia, malah ada yang membuat aduan polis terhadap Abdul Aziz Bari dan Malaysiakini. Ekoran daripada itu, Abdul Aziz Bari dan wartawan Malaysiakini disoal-siasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 17 Oktober 2011.

Jawatan Aziz Bari digantung, dan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada UIAM pada 19 Oktober 2011. Siswa-siswi dan orang awam bangkit mempertahankan Aziz Bari, mengutuk tindakan mencabul kebebasan akademik. Akhirnya keputusan penggantungan tersebut ditarik balik lantaran desakan umum, namun Aziz Bari akhirnya memilih untuk meletak jawatan.

Dalam PRU 11 pada tahun 2004, calon PKR Badrul Amin Bahron tewas kepada Mat Yasir Ikhsan dari UMNO dengan perbezaan 5,348 undi. Badrul Amin meraih 8,478 undi dari jumlah 30,862 orang pengundi, sementara Mat Yasir memenangi 13,826 undi. Bagaimanapun, undi majoriti dikurangkan sehingga 1,335 undi dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008, Abdul Rahman Bakri dari UMNO menang dengan 12,055 undi berbanding Badrul Amin yang mendapat 10,720 undi. Daripada jumlah 31,381 orang pengundi, 81.25% adalah Melayu, 13.61% adalah Cina, 5.12% adalah India dan 0.02% lain-lain.-MR

27 Disember 2011

ENAM ANGGOTA POLIS DIBUNUH RAKAN SENDIRI

Anggota polis sempadan membunuh enam rakan sekerja
ketika berpesta meraikan kenaikan pangkat


Diterbitkan pada: 27/12/2011 pada 05:06 PM Berita dalam talian: Berita Tempatan


Dalam kejadian tragik yang tidak berkaitan dengan pemberontakan, seorang anggota polis peronda sempadan melepaskan tembakan kepada beberapa rakan-rakannya pada malam Isnin di wilayah Phatthalung selatan, membunuh enam orang dan serius mencederakan yang lain, sebelum mengambil membunuh diri

Kejadian tembakan itu berlaku kira-kira 22:30 belakang Border 434 Patrol Syarikat Ibu Pejabat Polis di tambon Khuan Ma Phrao, dalam daerah Muang wilayah Phatthalung.

Pol Lt-Kol Yongsak Rattanadilok, komander bersatu, berkata orang-orang telah berkumpul di belakang ibu pejabat syarikat untuk minuman untuk meraikan kenaikan pangkat beberapa dari mereka dari yang berpangkat kanan polis sarjan utama kepada sub-leftenan.

Pol Sr Sgt-Maj Jaras Surasak, 56, yang bertugas di ibu pejabat bersatu, berjalan ke perhimpunan dan melepaskan tembakan pada mereka dengan senapang 1 HK33, membunuh enam dan mencederakan seorang yang didapati kecederan serius.

Pol Sr Sgt-Maj Jaras kemudian berjalan ke ruang pameran pengawal berhampiran dan mengambil keputusan membunuh diri dengan senjata yang sama.

Rakan beliau yang mati ditembak oleh Pol Sr Sgt-Maj Jaras dikenali sebagai Sompong Kansuwan, 57, Surachet Srikaewfaek, 54, Somporn Poonsombat, 53, Narong Tangsakul, 52, Jitsutha Linkoe, 50, dan Somporn Boonchuay, 57. Semua mereka memegang pangkat kanan polis utama sarjan.Lelaki yang cedera Pol Sr Sgt-Maj Manas Inkaew, 39.

Pol Maj-Gen Veerasit Phetkhlai, ketua polis Phatthalung, berkata penyiasatan sedang dijalankan.

sumber: Bangkok Post

Pemegang amanah PERKIM dituduh pecah amanah RM3.7 juta

SHAH ALAM, 27 Dis – Tiga pemegang amanah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Damansara Utama (PDU) dengan dua daripada mereka bergelar ‘Datuk’ hari ini telah dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam membabitkan kesalahan pecah amanah.

Tertuduh, Datuk Ariffin Suhaimi,74, Pengerusi PDU bersama dua lagi pemegang amanah Datuk Baharin Baba, 58, dan Abas Adam,60, dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan di baca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sebagai pemegang amanah kepada PERKIM Damansara Utama – yang telah diamanahkan dengan wang balasan daripada projek menaiktaraf jalan B9/FT015 dari Lapangan terbang Subang ke Hospital Sungai Buloh yang berjumlah RM3,700,000, ketiga-tiga tertuduh telah melakukan pecah amanah terhadap harta tersebut.

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim, ketiga-tiga tertuduh didakwa secara bersama di antara 1 April 2002 dan 22 April 2004, di pejabat PERKIM Cawangan Damansara Utama, Petaling Jaya.

Bagaimanapun ketiga-tiga mereka tidak mengaku salah atas tuduhan berkenaan.

Hakim, Asmadi Husin menetapkan wang jaminan RM10,000 setiap seorang dan 27 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwakili oleh Timbalan Pendakwaraya Kevin Morais, manakala penguambela Najah Ariffin dan Normala Lot mewakili anak guam masing-masing.

Sekiranya sabit kesalahan, ketiga-tiga tertuduh boleh dihukum dibawah seksyen yang sama

TOP 10 BERITA TERPANAS 2011

Pilihan pembaca: 10 berita terhangat 2011


Berbeza daripada tradisi Malaysiakini sejak sedekad lalu, kali ini pembaca diberi peluang untuk memilih topik berita terpenting sepanjang 2011.

Seramai 1,056 pembaca mengambil bahagian dalam tinjauan yang dijalankan pada minggu lalu.

Pembaca ini memilih tajuk yang diminati mereka daripada kesemua 21 topik yang disediakan Malaysiakini – dengan memberi nilai '0' untuk yang terendah dan '10' untuk tajuk yang paling diminati.

Tidah hairanlah, perhimpunan BERSIH 2.0 pada Julai menjadi topik paling popular di kalangan pembaca untuk tahun ini.

Mengekor rapat di nombor dua ialah liputan berita untuk skandal dalam National Feedlot Corporation – hanya ketinggalan 91 undi di belakang berita nombor satu untuk 2011.

Kontroversi di sebalik cincin bernilai RM24 juta yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri, Datuk Seri Rosmah Mansor mencuri tempat di nombor tiga, lebih tinggi daripada minat yang ditunjukkan untuk tajuk berita berkaitan kegiatan aktivisme pelajar serta kempen untuk memansuhkan AUKU.

Liputan untuk pilihan raya negeri Sarawak pula, yang menyaksikan peningkatan penguasaan pembangkang di negeri itu, dipilih ke tempat lima oleh pembaca.

Liputan berhubung siasatan suruhanjaya diraja ke atas kematian Teoh Beng Hock dan kontroversi yang timbul daripada kenyataan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung Mat Indera pula meraih tempat keenam.

Liputan ke atas pertikaian yang ditimbulkan ke atas daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya pula meraih tempat ketujuh, diikuti dengan langkah tidak konsisten kerajaan berhubung dasar untuk mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Tidak terkecuali, liputan berhubung dakwaan mengenai usaha minoriti Kristian untuk mengambil alih negara.-mk

PEMIMPIN MAKAN ISI, KITA MAKAN KUAH

Kuah pun rasa ayam juga, lauk untuk pemimpin kita


Pilihanraya sudah hampir tiba. Dalil-dalilnya semakin jelas. Pembahagian-pembahagian duit ratus-ratus ringgit seorang sudah mula dibayar. Walaupun pembayaran itu terlalu rendah untuk berkuasa dan mendapat pulangan yang berbillion bagi pemimpin-pemimpin yang berkuasa, itulah caranya UMNO hendak selamat kali ini. Walau bagaimana pun itu hanyalah usaha tetapi yang menentukan tetap rakyat.

Kalau dikaji dari jumlah yang dibayar kepada rakyat, dengan jumlah sebanyak 1 trillion ringgit yang dilarikan oleh setengah pihak yang berkuasa atau pun kroni pihak yang berkuasa jumlah itu terlalu kecil: ibarat sebesar tahi gigi sahaja.

Lagi pun yang dibahagi itu adalah duit rakyat sendiri, duit pembayar cukai dan bukannya duit UMNO atau pun BN. Yang dibawa lari sebanyak 1 trillion ringgit keluar negara sejak 10 tahun dahulu pun adalah wang yang di curi dari rakyat. Semuanya rakyat yang punya.

Saya sempat berjumpa dengan ramai orang yang bertanya tentang RM500 dan bantuan sekolah RM100 yang dihebohkan oleh media setiap malam melalui TV3 itu. Rata-rata memberikan pandangan yang itu merupakan satu pembelian undi dan sokongan. Rupa-rupanya rakyat kita ini adalah terlalu murah pada pandangan pimpinan kita.

Ada juga yang mengatakan yang mereka hanya mendapat kuah sahaja tetapi ayam dan dagingnya di belasah oleh mereka yang berkuasa dan kroninya. Ada yang mengatakan kepada saya yang mereka hanya mendapat kuah kerana mereka menilai kita hanya setakat nilai kuah ayam sahaja.

Tetapi saya mengatakan, tak apalah dapat kuah sahaja. Selama ini pun tuan-tuan makan kuah sahaja. Biarlah lauk ayamnya mereka yang sental. Dah kita ini layaknya hanya setakat menghirup kuah sahaja, nak buat macam mana.

Mereka (pemimpin) hanya mahukan kita makan kuah sahaja dan tak lebih dari itu. Mereka mengatakan kalau makan dan menghirup kuah ayam, kuah itu rasa ayam juga. Asalkan dapat rasa ayam itu cukuplah. Kalau kita hirup soup kambing sahaja, soup itu pun ada rasa kambingnya. Cukuplah setakat itu.

Ayam dan kambing serta lauknya bukannya untuk kita. Itu untuk pemimpin-pemimpin dan kroni-kroni mereka sahaja. Rakyat mesti sedar kenyataan ini. Kita mesti sedar yang rakyat hanya mendapat kuah ini adalah kehendak rakyat sendiri. Bukankah rakyat yang membiarkan mereka makan lauk dan kita semua makan kuah. Itu pilihan rakyat juga selama ini.

Kalau rakyat hendak makan lauk selepas ini, usaha itu mesti dilakukan oleh rakyat sendiri. Rakyat terpaksa ketepikan mereka yang ‘kuat makan’ ini. Cara untuk mengenepikan mereka yang ‘kuat makan’ ini rakyat sendirilah yang patut berfikir. Pilihannya luas terbentang. Tepuk dada tanyalah selera.

Tetapi kalau rakyat tidak berbuat sesuatu, itu sahajalah yang kita dapat selalu…..RM500 semasa undi rakyat diperlukan.Mereka (pemimpin) masih berfikir yang rakyat sudah selesa dengan makan kuah sahaja.

Kok tak dapek makan isi (lauk) dapek kuah pun cukuplah…..kuah ayam pun rasa ayam jugak kan!! Lauk yang sedap-sedap tu biar pemimpin-pemimpin kita makan, kerana mereka 'kuat makan'-ASPAN ALIAS

Pengasas Facebook lawat Vietnam


HANOI, Vietnam - Pengasas bersama laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg melakukan lawatan rahsia bersama kekasihnya Priscilla Chan ke Vietnam, lapor akbar VnExpress kelmarin.

Berdasarkan laporan beberapa sumber, VnExpress menyatakan, Zuckerberg telah menyewa satu penerbangan dari Bangkok menuju ke Lapangan Terbang Noi Bai di Vietnam pada 22 Disember lalu.

Beliau diberikan visa untuk memasuki Vietnam dari 12 Disember selama dua minggu.

Seorang pembaca menelefon jabatan pengarang VnExpress untuk memberitahu, dia dapat mengecam Zuckerberg bersama teman wanitanya semasa terserempak dengan mereka pada Jumaat lalu.

Menurut sumber, Zuckerberg ketika itu memakai baju-T bersama pakaian sukan.

Selepas melawat Penjara Hoa Lo di pusat bandar raya ini, beliau berkunjung ke sebuah kedai telefon bimbit dan kedai jean Levis sebelum kembali ke hotel penginapannya di sini.

Tambahnya, pemilik Facebook itu kelihatan peramah tetapi beberapa pengawai peribadinya bertindak menghalang orang ramai daripada merakam gambarnya.

Selain sumber berkenaan, beberapa lagi sumber menyatakan, Zuckerberg menginap di sebuah hotel lima bintang, dipercayai sama ada Hotel Hilton atau Hotel Sofitel Metropole yang terletak dekat Tasik Hoan Kiem di sni.

Bilionair berusia 27 tahun berada di Vietnam dipercayai kerana kunjungan peribadi sempena cuti perayaan Krismas di Amerika Syarikat.

Beberapa sumber menyatakan, beliau akan melawat sebuah tapak pelancongan popular di Vietnam, dipercayai Pulau Con Dao.

Dalam perkembangan terbaru, Zuckerberg bersama sembilan pengiringnya bermalam di Ha Long Bay yang dilabel sebagai antara tujuh keajaiban alam semula jadi di dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook itu sempat melakukan aktiviti berkayak dan melawat beberapa buah gua di teluk berkenaan.

Beberapa lagi sumber memberitahu, sebelum pergi ke Ha Long Bay, Zuckerberg dan teman wanitanya itu telah berkunjung ke pusara Ho Chi Minh di sini.

Pada Hari Krismas pula, Zuckerberg melakukan perjalanan ke Sapa yang merupakan destinasi popular wilayah Lao Cai, utara Vietnam. - Agensi

LANGKAWI, BOT NELAYAN KARAM 5 AWAK-AWAK HILANG

Bot Nelayan Karam, Lima Awak-Awak HIlang


LANGKAWI: Lima awak-awak hilang manakala tujuh lagi berjaya diselamatkan dalam kejadian tiga bot nelayan karam di perairan Pulau Segantang di sini pagi Isnin, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Kwee berkata agensi itu menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada kira-kira 10 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat mengunakan bot penyelamat dan pesawat udara APMM digerakkan ke lokasi sejurus menerima laporan itu, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam Isnin.

Pasukan APMM berjaya menemui dua buah bot dan menyelamatkan tiga awak-awak yang dibawa ke Jeti Bukit Malut manakala empat lagi awak-awak diselamatkan nelayan tempatan dan dibawa ke Jeti Kuala Kedah, katanya.

Beliau berkata gerakan mencari dan menyelamat sebuah lagi bot dan lima awak-awak yang masih hilang akan disambung pagi Selasa. - BERNAMA

Ramasamy: The Star punca pertelingkahan dengan Karpal


KUALA LUMPUR, 26 Dis — Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P. Ramasamy hari ini menyalahkan akhbar The Star atas pengeluaran artikel yang menjadi punca pertelingkahan dirinya dengan Karpal Singh kerana memutar belitkan fakta.

Ramasamy mendakwa kenyataannya berkenaan terdapat penyelewengan dalam kalangan pemimpin DAP dan pergerakan untuk menyingkirkan dirinya dari dalam parti seperti yang dilaporkan akhbar The Star pada 23 Disember lalu adalah tidak benar dan berasas.

Menurut Ahli Parlimen Batu Kawan ini, kenyataan yang dibuatnya adalah berkisar pembangunan Pulau Pinang dan bukannya terdapat cubaan untuk menyingkirkan dirinya dari parti dan penyelewengan dalam DAP.

“Punca kepada kontoversi yang timbul baru-baru ini adalah daripada perbualan saya dengan dua wartawan, seorang dari The Star dan seorang lagi daripada wartawan ‘online’ pada 21 Disember.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Saya yakin 99 peratus daripada perbualan berkenaan hanya berkisar berkenaan pembangunan Pulau Pinang dan tidak melibatkan sebarang tuduhan terhadap pemimpin DAP,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, “kenyataan yang dikeluarkan oleh The Star itu adalah tidak berasas dan dilakukan dengan sewenang-wenangnya”.

“Saya tidak pernah membuat kenyataan sedemikian, dan wartawan terbabit turut menyatakan kekesalan terhadap perkara yang berlaku.

Menurut Ramasamy (gambar) lagi, wartawan ‘online’ terbabit turut menyemak semula kenyataannya dan mengesahkan beliau tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Saya sudah menyatakan kekesalan kepada wartawan terbabit atas berita yang dikeluarkan, dan wartawan berkenaan berjanji akan memperbetulkan kesilapan terbabit, namun begitu, keesokan harinya, kenyataan yang dikeluarkan dalam satu ayat itu berbunyi ‘‘ Professor menukar kenyataan lagi’’ dan pada hari yang sama juga, Pengerusi DAP, Karpal Singh menuntut saya meletak jawatan,” katanya menjelaskan perkara itu dalam sidang media di sini.

Ketika ditanya berkenaan krisis antara dirinya dan Karpal, Ramasamy enggan memberikan sebarang ulasan, sebaliknya menyerahkannya kepada pimpinan parti itu.

“Tiada komen, saya tidak mempunyai masalah dengan Pengerusi DAP, biar parti yang tentukan,” katanya lagi.-TMI

26 Disember 2011

SKANDAL NFC : DATUK CUBA RASUAH RM1.7 JUTA

Polis menahan semula lelaki dikaitkan dengan skandal NFC



KUALA LUMPUR, 26 Dis – Lelaki yang ditahan pihak polis selepas dipercayai mempunyai hubungan dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan melakukan cubaan merasuah pegawainya dengan sejumlah RM1.7 juta telah ditahan semula pihak polis.

Ahli Perniagaan berusia 45 tahun itu yang ditahan sejak Rabu lalu dibebaskan selepas reman kali keduanya tamat semalam.

Dia kemudiannya ditahan semula pihak polis atas dakwaan kes berlainan semalam.

Terdapat spekulasi bahawa lelaki berkenaan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, namun begitu, kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Eksekutif NFC tersebut menafikan perkara berkenaan.

Menurut pihak polis, lelaki berkenaan ditahan atas dakwaan cubaan merasuah tiga hingga empat orang pegawai atasan polis berkaitan kes jenayah komersial.

Suspek sebelum itu dikehendaki untuk siasatan berhubung kes penipuan yang dilaporkan tiga minggu lalu di Cheras dan juga kes berasingan di Bercham, Ipoh.

SPRM turut menjalankan siasatan terhadap skandal NFC tersebut, bertentangan dengan kenyataan sebelum ini yang menyatakan ia terletak di bawah kuasa polis.

Badan berkenaan sebelum ini menyerahkan kes tersebut kepada polis yang kini menjalankan siasatan berhubung kes pecah amanah.

Namun demikian, SPRM turut mendedahkan pihaknya telah menubuhkan pasukan khas diketuai Pengarah Siasatan SPRM Datuk Haji Mustafar Ali untuk menyiasat penyelewengan dana kerajaan tersebut.

Jumaat lalu, badan berkenaan telah melakukan serbuan terhadap pejabat NFC dan turut merampas satu unit komputer dan empat sampul surat berisi dokumen berkaitan skandal terbabit.

Berikutan siri pendedahan terhadap skandal NFC tersebut, PKR telah membuat permintaan agar SPRM menyiasat skim berkenaan yang telah disalah gunakan.

Wakil parti berkenaan telah membuat laporan polis di pejabat SPRM di Shah Alam dan menyerahkan dokumen lengkap yang didakwa bukti salah laku berkenaan.

PKR mula mengambil tindakan terhadap apabila skandal ini apabila sejumlah RM250 juta dana kerajaan telah diselewengakan seperti yang dilaporkan oleh Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010.

Sejak itu, komponen Pakatan Rakyat berkenaan semakin aktif mengeluarkan bukti-bukti berkaitan skandal terbabit termasuk penggunaan dana berkenaan untuk percutian Datuk Seri Shahrizat dan keluarganya ke luar negara danpembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar.-TMI

Komen: Jumlah besar peruntukan untuk menutup kes ini.

RESORT FANTASI - ANAK LANGKAWI MENGIGIT JARI

Gambar ihsan : namrons new/fb

Oleh: YB Pulau Paku

Langkawi, 24hb.Disember 2011 - Penduduk-penduduk sekitar Air Hangat dikejutkan oleh sekatan jalan yang dibuat oleh pihak Tanjung Rhu Land yang tidak membenarkan orang awam memasuki kawasan Tanjung Rhu melalui jalan utama tersebut. Rata-rata pemilik Gerai, opretor bot pelancung dan nelayan tidak dapat menjalankan aktiviti mereka pada hari tersebut sehingga mereka terpingga tindakan tanpa notis oleh pihak tuan tanah.

Lebih lagi pelancung-pelancung persendirian dan teksi-teksi yang amat kecewa kerana terpaksa berpatah balik dari mengunjung kawasan Pantai tanjung Rhu tersebut. Distinasi yang popular yang mesti dikunjungi setiap pelancung ke Langkawi. Dan semenjak akhir-akhir ini menjadi tempat menurunkan pelancung untuk melawat persekitaran laut seperti Kilim Geopark juga aktiviti-aktiviti dilaut. Terdapat lebih kurang 60 buah bot pelancung beroperasi disekitar pengkalan Tanjung Rhu.

Punca-punca sekatan tersebut dari maklumat dalaman kerana terdapat pengusaha-pengusaha bot

disana telah menebang pokok-pokok Rhu disekitar jeti dan bercadang untuk membina bangunan Kedai dua tingkat tanpa makluman dan persetujuan pemilik tanah. Setelah diberi amaran mereka tidak peduli dan masih meneruskan pembinaan tersebut. Jadi untuk menyelesaikan perkara tersebut pihak tuan tanah telah menyekat laluan jalan masuk dikawasan tanah mereka.


Pada awal tahun 1980-an, dalam apa yang kemudian salah satu daripada bahagian-bahagian yang paling indah Langkawi, satu kawasan yang dipanggil Tanjung Rhu, Mahathir meminta sebuah syarikat yang dikenali sebagai Kaedah Progresif (Promet) untuk mewujudkan sebuah resort fantasi yang akan termasuk padang golf 18-lubang, gelombang lagun buatan, kolam renang luas dan banyak pemesongan lain. Penyokong projek yang diisytiharkan bahawa ia akan mewujudkan 10,000 pekerjaan dan membawa masuk $ 400 juta dalam perbelanjaan pelancong menjelang tahun 1991. Kira-kira 70 keluarga menjual tanah mereka kepada kerajaan negeri ini melalui PKNK (Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, kemudian usaha sama dengan PROMET untuk dimajukan projek fantasi tersebut.

Kemudian projek tersebut terbengkalai kerana pemaju mengalami masalah kewangan yang tenat dan pada waktu itu, Tanjung Rhu kelihatan seperti ia telah dilanggar oleh bom. Jika sekali terdapat hutan bakau, blok konkrit terletak di paya berlumpur. Atap zink berkarat terletak dipintal dalam timbunan antara rumpai, kering dan berduri. Ia berlaku sekitar tahun 1987, apabila sokongan kewangan untuk projek Promet juga gagal diperolehi. Kemudian promet telah menjual Harta tanah kepada Idris Hydrolic Berhad yang mana syarikat ini juga gagal untuk memajukan projek tersebut dan akhirnya di jual kepada pemilik sekarang Tanjung Rhu Land Berhad dikuasai oleh usahawan terkemuka TS Tajudin Ramli.

Anak-anak muda dikawasan tersebut yang kebanyakan terlibat dengan industri pelancungan mengeluh terutama dalam media sosial FB. Mereka tidak tahu asal usul kisah ini bagaimana mereka terasa dihalau di negeri sendiri, inilah betapa pentingnya undi anda supaya anda-anda tidak ditipu oleh politikus lintah darat yang menjual segala keringat, tanah,alur,sungai dan pantai tanpa ada ruang untuk bernafas.