31 Disember 2011
MADE IN CHINA
Micheal sudah mendirikan rumahtangga. Micheal sudah punyai isteri dan anak-anak. Micheal hidup di Amerika dengan mewah sekali. Micheal ada syarikat besar di mana semua pekerja Micheal ialah orang Amerika.
Pada suatu hari Micheal didatangi oleh beberapa pekerja dari China. Mereka meminta kerja dengan gaji yang sangat rendah. Disebabkan sifat tamak, Micheal telah mengambil pekerja dari China. Kemudian Micheal memecat beberapa pekerja Amerika yang sebangsa dengannya.
Tahun demi tahun, para pekerja dari China akhirnya menjadi pekerja majoriti di syarikat Micheal. Disebabkan itu, Micheal menerima cadangan dari salah seorang pekerjanya supaya memindahkan syarikatnya ke negara China.
Sebulan berikutnya Micheal mengmbil cuti dan melancong bersama seorang pekerjanya ke China dengan tujuan untuk melawat tapak di China yang mungkin boleh dijadikan tapak syarikatnya. Setiba di China, Micheal dilayan seperti seorang maharaja. Micheal diberikan penginapan hotel 7 bintang, 5 orang China doll bagi menemani Micheal di bilik hotel, dan hidangan makanan yang istimewa setiap hari.
Micheal akhirnya bersetuju. Syarikatnya di Amerika ditutup. Micheal membeli rumah kedua di China dan membeli tapak baru untuk syarikatnya di China.
Di Amerika, ramai bekas pekerja syarikat Micheal tidak bekerja. Mereka gagal mendapat kerja baru. Ini kerana bukan saja syarikat Micheal berhijrah ke China, akan tetapi puluhan syarikat lain telah berhijrah ke negara China.
Amerika kini mengalami kadar pengangguran yang sangat tinggi. Ekonomi Amerika menguncup akibat penduduk Amerika terpaksa berjimat duit semasa menganggur. Mereka tidak lagi hidup mewah. Bayaran ansuran rumah juga gagal mereka langsaikan, di mana akhirnya rumah mereka dilelong bank.
Inilah contoh terbaik sikap puak kapitalis. Puak kapitalis berkiblatkan keuntungan tanpa mengenal bangsa mahu pun agama. Kapitalis terbit dari perkataan kapital yang bererti modal. Jadinya, jika di China ada peluang untung besar, di situlah modal dari puak kapitalis akan mengalir.
Hari ini, terdapat banyak barang dicop Made In China. Inilah bukti cerita puak kapitalis berhijrah ke China, yang anda rasakan dongeng.
Hal yang sama juga berlaku di Malaysia. Cuma syarikat Malaysia tidak ke China. Malaysia mula memasukkan pekerja asing dengan ramai sekali sejak tahun 90-an. Walaupun ia bagi memenuhi pekerjaan bawahan, namun ia memberi kesan pada rakyat bawahan warganegara Malaysia.
Kesimpulannya, sesebuah negara yang bergantung pada pekerja asing, lambat-laun akan terima padahnya. Umpama seorang wanita yang memiliki tukang masak, sampai masa tukang masak lari. Wanita tersebut hanya mampu tercegat di dapur nak masak sendiri tak reti dan barang-barang dapur pun dicuri sekali.
Oleh : Hanief
Tiada ulasan:
Catat Ulasan