31 Disember 2011

ASPAN ALIAS PILIH ABU, SERU TINGGALKAN UMNO

Aspan seru tinggalkan umno pilih ABU


Ada sebahagian kecil bertanya kenapa saya tidak menyertai PAS atau PKR. Kenapa menyertai DAP? Alasannya ialah kerana UMNO dan BN telah membasuh minda orang Melayu dan menganggap DAP sebagai chauvinis dan sebagainya.

Jawapan pendek saya senang sahaja: Minda saya tidak mudah dibasuh dan dipusingkan dengan isu-isu terhadap DAP

Keduanya kalau kita sudah tahu yang DAP ini dimomokkan selama ini, apa perlunya kita takut asalkan sahaja kita tahu bahawa parti itu bukan sebagaimana yang dimomokkan oleh UMNO.

Ketignya saya tidak payah menyertai PAS atau PKR kerana parti-parti itu adalah di dalam Pakatan Rakyat. Menyertai DAP serupalah menyertai PAS atau PKR.

Keempatnya saya tidak merelakan rakyat diperdaya dengan fitnah terhadap mana-mana pihak termasuk terhadap DAP, kerana DAP telah membuktikan ketelusan dan keikhlasannya memerintah dengan adil dan saksama terhadap semua kaum.

Kelimanya DAP tidak mempraktikkan 'cronyism' seperti yang kita lihat di P Pinang. Walaupun UMNO tidak suka dengan pandangan saya ini, saya tetap tidak berganjak kerana itu kepercayaan saya terhadap isu ini.

Menyertai DAP tidak menghilangkan Melayu saya. Ibarat ikan di laut, ikan itu tidak masin jika dikeluarkan dari lautan yang dalam dan masin itu.

Tetapi sebaliknya jika kita tidak mempunyai jiwa yang hidup, kita akan hanya seperti ikan masin. Ikan yang tidak berjiwa dan sudah mati jika dikeluarkan dari laut yang masin itu di jemur, ikan itu akan menjadi ikan masin.

Walaupun saya belum mengambil keputusan untuk menyertai DAP, tetapi saya sudah hampir mengambil keputusan itu.

Saya menghormati mana-mana individu atau parti yang mempraktikkan transparency, beretika dan tidak rasuah.

Adilkah kita menunggu ibarat pngguk rindukan bulan untuk melihat UMNO kembali kepada perjuangan yang telah lama ditinggalkan mereka?

Lagi pun negara ini negara demokrasi. Menyertai DAP bukan jenayah. Rasuah itu jenayah. Memeras wang rakyat dalam berbillion ringgit itu jenayah. Menggunakan wang zakat itu jenayah kepada tuhan.

Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti yang melakukan perkara jijik ini buat selama-lamanya.

Saya tidak mahu terlibat dengan parti seperti ini.

Jika saudara masih mahu bersama mereka yang rasuah ini silakanlah. Saya tidak akan menggunakan perkataan kotor seperti yang di lakukan oleh penyokong-penyokong UMNO itu.

Saya mesti membezakan diri saya dari mereka yang telah buta mata hati ini.

Terima kasih.

- Aspan Alias

Tiada ulasan:

Catat Ulasan