14 Oktober 2011

PATI BOLEH DAPAT KURSUS USAHAWAN, MEMANG HEBAT 1MALAYSIA


Sejak bila warga asing dapat kursus keusahawanan? secara logiknya bolehkah mereka ini berniaga disini? memang tak logik langsung!!! mereka bukan konsortium. Aku seorg usahawan, memang susah gila2 nak dapatkan modal dari kerajaan. Semua nak cagaran, EPF, geran.. PATI ni ada apa?

Kalau zaman Mahathir dulu (yelah nak konsider PR), kakitangan kerajaan pun tak blh bisnes, nikan pulak PATI, PR. Nampak sgt kerajaan utamakan rakyat asing dari warganegara!!! mcm ni nak sokong lagi???? Sah memang alasan Polis tak masuk akal langsung.

Lapuran Malaysiakini dibawah:

Polis Sepang nafi sindiket IC Desa Pinggiran

Polis menafikan dakwaan Pemuda PAS bahawa 240 warga asing yang menaiki sepuluh buah bas dari Johor kelmarin, dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapat taraf warganegara yang membolehkan mereka mengundi.

Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu kelmarin, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun beliau berkata, selepas menjalankan siasatan didapati perkara itu tidak benar.

“Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan.

“Mereka (warga asing) bukan dibawa untuk pergi ke JPN seperti yang didakwa oleh pihak terbabit,” katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Melayu itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan