26 Mei 2009

TEKNOPOLITIK

Teknopolitik
Oleh: MSK

Balik dari Penanti…aku cuba relax sekejap..sambil cuba melelapkan mata sementara matahari jatuh.
Baru nak terlelap..handphone berbunyi. Malas aku nak angkat…aku biarkan saja. Tiba-tiba anak aku yang berumur sepuluh tahun menjawab panggilan tersebut. Aku bagi isyarat..aku tak mau jawab…”bapak tengah tidur!!”.
Anak aku selamba saja menjawab panggilan tersebut…”Abah offline…can you refresh later?”
Orang yang memanggil tu kemudian bertanya tentang isteri aku…dan anak aku jawab…”Mak on the other line…hanging clothes.” Kemudian dia off handphone.
“Sapa tu , Anis?” aku tanya anak aku.

“Auntie Ruby dari Penang.” dia jawab.
Ruby kawan lama aku masa di Penang dan aku tak fikir Ruby boleh faham apa anak aku cakap sebab dia bukan kaki IT. Dulu kerja kat PBA dan selepas pencen 4 tahun lalu…dia buat kerja-kerja sosial…tapi tak pernah sentuh komputer. Apatah lagi internet.
Aku rasa ada masalah disini. Ini bukan masalah bahasa..tapi masalah jurang generasi.
Hampir 20 tahun aku tak baca jawi…sejak 80an hingga lah anak aku masuk sekolah pada tahun 2000. Bila anak aku bersekolah..dia belajar jawi dan bila dia tak tau..aku tolong ajarkan. Tapi apa yang aku ajarkan kebanyakannya salah!.

Sebab jawi yang aku belajar…tak sama dengan apa yang diajar sekarang. Malah kalau disuruh aku ambil peperiksaan UPSR…mungkin bahasa Melayu aku kantoi! Sebab bahasa Melayu yang aku belajar…tak sama dengan apa yang anak aku belajar.
Bahasa Inggeris pun macam tu jugak..dulu mana ada chickens, furnitures..tapi sekarang ada!
Aku kata anak aku salah…tapi anak aku kata aku salah!
Dizaman aku…semua betul. Sekarang…kebanyakannya salah. Bagaimana dengan kebenaran? Adakah ia juga relatif dengan masa?
Mungkin ia…kalau tidak tak kan orang putih membuat ungkapan..”time will tell.”
Apa kaitan cerita diatas dengan politik?
Masa berubah…definasi berubah..politik berubah..pemahaman berubah..dan kebenaran juga boleh berubah.
Yang masih belum banyak berubah ialah pendekatan politik. Mungkin kerana politik dikontrol oleh orang yang sama sejak sekian lama.
Umno masih dengan cara mereka yang lama..menyalahgunakan kuasa yang diperolehi..baik secara halal atau haram. Baik melalui penipuan atau rampasan. Bagi mereka…buat lah apa saja..janji menang.
Pemimpin generasi lama tidak peduli kepada generasi baru. Malah generasi baru hanya wajib mendengar arahan generasi lama. Maka percambahan minda tidak berlaku dalam Umno. Akibatnya…generasi baru menolak generasi lama dalam Umno.
Pas ada sedikit perubahan walaupun perlahan. Ramai anak muda dan professional menyertai Pas dan ini membuatkan jurang generasi ini tidak begitu ketara. Pas mempunyai ramai pemimpin pelapis yang mampu mentadbir negara..tetapi halangan utama ialah generasi tua yang tidak mahu berundur.

Kita tengok Muktamar Pas bulan depan sama ada Pas akan terus kedepan atau patah balik kebelakang. Sama ada Pas akan menjadi lebih progresif atau kekal konservatif.
PKR juga memerlukan reform didalam parti. PKR mempunyai Ketua Turus yang mampu melebarkan empayar..tapi mempunyai jeneral-jeneral yang gagal melahirkan kolonel dan leftenan. Yang ramai hanyalah soldadu dan sojar.

Keadaan ini amat ketara diantara bandar dan luar bandar. Dibandar-bandar..kepimpinan muda sudah menonjolkan diri dan diterima oleh rakyat, tetapi diluarbandar…ia masih lagi politik lama.Dan kalau PKR masih lagi mengekalkan kuda-kuda tua yang tidak memahami bahasa dan keperluan pengundi muda..PKR akan terus ketinggalan.


Teknologi akan mencipta jurang diantara generasi tua dan muda..dan teknologi juga akan menentukan sama ada generasi tua itu masih diperlukan atau tidak. Sekiranya generasi tua enggan menerima perubahan teknologi ini dan mengubah sikap..maka generasi tua akan dipinggirkan.
Apa yang menarik…kedudukan ulama juga terancam oleh teknologi. Konspirasi oleh kepimpinan Pas yang dikenali sebagai ulama untuk bersekongkol dengan Umno didedahkan melalui teknologi. Kalau dulu…mereka mungkin berjaya seperti yang dilakukan oleh Datuk Asri tetapi hari ini mereka gagal kerana teknologi.
Datuk Asri boleh menjayakan konspirasinya di kuala Lumpur masa itu..tetapi ulama pro-Umno masih gagal…walaupun melakukannya ditempat tersorok dihujung benua.
Orang tentu akan terus menghormati Harussani kalau hanya mendengar fatwanya. Tetapi teknologi telah mendedahkan siapa Harussani sebenarnya..dan apa yang difatwakannya sudah tidak dihiraukan.Teknologi telah mendedahkan.. dimana Harussani telah melihat sendiri apa yang berlaku didalam Dewan Undangan Negeri Perak semasa Speaker diheret keluar. Harussani melihat sendiri bagaimana rampasan kuasa DUN berlaku dan Harusani menghalalkan yang haram. Siapa lagi yang mahu menghormati Harussani? Biarpun dia seorang Mufti.
Fatwa ulama mengenai politik sudah tidak dihiraukan..kerana ia bukan lagi berlandaskan fahaman ugama tetapi berlandaskan politik.

Hari ini…satu berita buruk untuk para ulama..yang menentukan halal haram dalam makanan.
Kalau selama ini halal haram sesuatu makanan itu ditentukan dengan label JAKIM..yang dikeluarkan setelah mendapat fatwa ulama, tetapi kelemahan-kelemahan mereka yang diamanahkan telah menyebabkan label JAKIM itu diragui. Yang halal boleh jadi haram dan yang haram boleh jadi halal. Dan para ulama yang diamanahkan telah gagal menjalankan tanggungjawab mereka.

Sekarang kita sudah boleh memastikan sesuatu produk itu halal atau haram dengan menggunakan teknologi…bukan fatwa.
Satu mikrocip untuk mengesan DNA babi telah dicipta oleh Olipro Biotechnology yang boleh digunakan untuk memastikan sesuatu produk itu halal atau haram dalam masa 4 hingga 6 jam.
Kita tak perlu lagi menunggu siasatan, mesyuarat Lembaga Fatwa Kebangsaan dan tak payah tunggu laporan dan fatwa yang dikeluarkan.
Halal atau haram boleh dipastikan dengan alat yang dicipta oleh Diong Sing Peng…bukan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Sahibus Samahah Alfadhil Ustaz…blah…blah..blah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan