Pakatan semakin diterima orang Melayu
TINDAKAN BN tidak menyertai pilihanraya kecil Penanti pada 31 Mei ini adalah salah satu dari bukti yang menjelaskan lagi bahawa kebimbangan dan ketakutan Umno/BN melihat orang melayu memberi sokongan tidak berbelah bagi telah menjadi kenyataan.
“Di Penanti ada 72 peratus orang melayu dan Umno/BN membiarkan pakatan dan tiga lagi calon bebas untuk memilih calon mereka. Ini bukti bahawa Umno/BN tahu bahawa orang melayu sudah tidak lagi memberi sokongan kepada parti dan pemimpin-pemimpin mereka disebabkan orang-orang melayu semakin terpinggir setelah lebih 50 tahun menguasai kerajaan khususnya di Pulau Pinang.
“Kita tidak menyalahkan orang-orang melayu terutamanya ahli-ahli Umno kerana mereka tidak bersalah malah kita bersimpati dengan nasib orang Umno serta kita berharap mereka akan bersama dengan kita suatu hari ini.
“Yang kita tentang dan yang kita mahu lawan adalah pemimpin-pemimpin mereka yang bersikap sombong dan menggunakan pelbagai kaedah untuk menghalalkan cara mereka. Mereka bukan sahaja cuba meletakkan parti kita dengan pelbagai lebel malah saya diserang bertali arus dengan pelbagai fitnah,”jelas Anwar dihadapan lebi 5000 hadirin dimajlis ceramah perdana di Taman Guar Perahu Penanti malam 24 Mei lalu.
Turut hadir dalam ceramah tersebut ialah Presiden PAS, Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Menurut Anwar ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau dikelilingi oleh pemimpin-pemimpin yang hanya tahu mengangguk tetapi tidak tahu untuk memberikan idea-idea baru untuk membela nasib orang melayu dan rakyat.
“Kita tak hairan bila melihat menteri-menteri hingga kepada ketua-ketua Bahagian Umno kaya raya dan bersenang lenang dengan kemewahan kerana matlamat pemimpin-pemimpin ini hanya untuk kepentingan kuasa, harta dan kedudukan bukan untuk membela rakyat.
“Sebab itu setiap kali bila bercakap dengan pimpinan kita dalam KeADILan saya sering memerhati perkara ini supaya semua mereka yang diberi mandat untuk memimpin rakyat perlu bersifat amanah dan ikhlas dalam membantu rakyat,” kata Anwar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan