Peguam yang mewakili Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaludin, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
Ia adalah kerana Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Dato’ Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.
Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Tiga orang panel hakim itu yang mendengar kes rayuan tersebut, Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop, telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya semalam |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan