Dua rumusan Umno tawan Kedah |
May 22, 09 3:34pm |
Umno memperkenalkan dua formula yang dikenali "SMSS" dan "KBSM" dalam usaha menawan semula Kedah pada pilihanraya umum akan datang. Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata SMSS bermaksud bekerja "siang malam, subuh senja", manakala KBSM pula bermaksud menghadiri "kenduri, bersalin, sakit dan mati" di semua kawasan DUN masing-masing. "Tidak mustahil BN dapat menawan semula Kedah jika kita mengamalkan dua formula ini," katanya selepas menemui jawatankuasa penerangan Umno negeri hari ini Ahmad berkata semua jentera penerangan Umno perlu mempertingkatkan usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti menerusi dua formula itu. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan