11 Jun 2018

TERKINI! GEMPA 8.5 SKALA RITCHER BERLAKU DI PUTRAJAYA?

Fuzi akan disingkir, 3 jabatan polis akan ditutup, kata laporan

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun akan disingkir dan tiga jabatan sarat korupsi akan ditutup, kata laporan akhbar Singapura.

PASUKAN polis akan jadi agensi seterusnya untuk “dibersihkan” ketika kerajaan Malaysia berusaha keras melaksanakan rancangan menghapuskan korupsi dalam sistem negara, lapor akhbar The Straits Times.

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun akan disingkir dan tiga jabatan sarat korupsi akan ditutup, kata laporan itu yang memetik sumber tidak mahu dinamakan.

Sumber menyebut Cawangan Khas (SB) sudah menghantar tiga nama untuk mengganti Fuzi yang dilantik Najib Razak, dan tiga jabatan yang dijangka ditutup adalah Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme, Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang dan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik.

Sumber mengatakan tiga jabatan itu disyaki melindungi penjenayah.

Selain itu, ramai juga pegawai kanan akan disingkirkan, kata sumber.

“Ya, aka nada gempa 8.5 skala Ritcher (dalam pasukan polis) akan berlaku pada Julai,” kata sumber itu.

Ditanya siapakah yang akan pertama sekali disingkirkan, sumber menjawab: “No. 1”, merujuk kepada Fuzi.   SUMBER BERITA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan