07 Mac 2015

PANAS! MENTERI BN MULA BUKA TEMBELANG 1MDB?

KJ: Hutang 1MDB boleh bawa risiko ekonomi



Firma pelaburan milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mesti mula menjana wang untuk membayar hutang atau bebanannya boleh mendatangkan "risiko sistemik" kepada ekonomi, kata menteri belia dan sukan.

Bagaimanapun, Khairy Jamaluddin, yang bercakap dalam satu sesi dialog di New York pada hari Rabu, berkata ini tidak bermakna asas-asas fundamental 1MDB tidak "cukup baik".

"Anda bercakap tentang sebuah syarikat dengan hutang atau pinjaman dari bank-bank Malaysia. Ini menjadi risiko sistemik kepada sistem perbankan Malaysia jika sesuatu berlaku kepada 1MDB," katanya.

Khairy berkata, beliau tidak begitu bimbang liabiliti itu akan menjadi lohong hitam yang bukan sahaja 1MDB tetapi sudah tentu bank-bank Malaysia akan turut terjerumus ke dalamnya.

"Tetapi kita perlukan pengurusan 1MDB untuk memastikan ada keputusan perniagaan yang segera diambil untuk mendapat aliran wang bagi memenuhi obligasi hutang mereka," katanya.

Khairy (berkata demikian pada hari yang sama kabinet membersihkan 1MDB daripada sebarang salah laku selepas diberi taklimat oleh 1MDB dan juruauditnya Deloitte dalam mesyuarat mingguan kabinet.

Menyenaraikan pelbagai aset 1MDB, beliau berkata, Khairy berkata: "Anda boleh ada aset tetapi jika anda tidak mempunyai aliran tunai untuk membayar hutang anda, anda ada masalah...


"Mereka (1MDB) memerlukan aliran tunai yang kukuh untuk membayar faedah pinjaman dan pinjaman itu sendiri [...] jadi mereka perlu mula melaksanakan projek-projek mereka dengan segera," katanya. ~Malaysiakini

BERITA BERKAITAN.......

Putrajaya tidak wajar ‘bail out’ 1MDB, tegas Muhyiddin



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarah pengauditan ke atas 1MDB dibuat dengan telus.

Sebarang usaha menangani isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini.

Beliau juga berkata, Lembaga Pengarah 1MDB perlu memberi penjelasan tentang beberapa urusniaga yang kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang kepada syarikat dan kerajaan.

"Saya berpandangan Ketua Audit Negara wajar mengaudit akaun 1MDB secara telus, bebas dan menyeluruh dengan meneliti akaun 1MDB sejak awal penubuhannya.

"Ini kerana beberapa tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap dana pelaburan strategik itu adalah berhubung urusniaga yang dibuat sejak tahun 2009 yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit oleh firma Deloitte," katanya dalam satu kenyataan sambil menyambut baik arahan perdana menteri supaya Ketua Audit Negara mengesahkan secara bebas akaun 1MDB.

Beliau juga mengatakan, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) boleh memulakan siasatannya sendiri terhadap syarikat yang dibebani hutang RM42 bilion itu tanpa perlu menunggu laporan Ketua Audit Negara siap.

Dalam mesyuarat Rabu lalu, jemaah menteri diberikan taklimat oleh 1MDB dan Deloitte berhubung beberapa dakwaan yang dibuat terhadap dana pelaburan strategik itu.

Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan mengarahkan Audit Negara mengesahkan akaun 1MDB itu dan menyerahkan laporannya kepada PAC untuk penelitian lanjut.

Katanya, urusniaga yang diaudit Deloitte hanya bagi tahun kewangan 2013 dan ia tidak termasuk usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International yang dituduh berlaku penyelewengan seperti dilaporkan beberapa portal berita.

"Saya percaya pengauditan yang telus, bebas dan menyeluruh adalah penting untuk membersihkan nama dana pelaburan strategik milik kerajaan itu daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah laku," katanya.

Muhyiddin juga mahu Ketua Audit Negara diberikan sokongan sumber, kepakaran dan tempoh masa yang tidak terlalu lama menyiapkan laporan yang lengkap dan komprehensif memandangkan dakwaan terhadap 1MDB melibatkan urusniaga korporat yang agak kompleks, menyentuh kepentingan negara dan kerajaan.

"Ini penting untuk memulihkan reputasi 1MDB dan mengembalikan keyakinan pelabur," katanya mengenai 1MDB yang diilhamkan Najib yang juga merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.

"Audit forensik hendaklah dilaksanakan untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga 1MDB," katanya.

Muhyiddin berkata, 1MDB mesti memandang serius semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya terutama di media sosial.

Bagi membersihkan namanya, katanya, 1MDB perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang melemparkan tuduhan tidak berasas.

Pada masa sama, katanya, Lembaga Pengarah 1MDB juga perlu mengambil tanggungjawab bersama dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kecuaian atau penyelewengan dalam urusniaga 1MDB.

Mengenai urusniaga yang kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang, Muhyiddin berkata: "Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX (Tun Razak Exchange) dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat."

Semalam, Reuters melaporkan, menurut sumber, 1MDB mungkin dibubarkan di bawah pelan pembayaran balik hutangnya, di mana sebahagian besar asetnya akan dijual.

Di bawah penstrukturan semula yang dirancang ketua barunya Arul Kanda Kandasamy, 1MDB akan menjual 80% daripada unit tenaganya Edra Energy melalui penyenaraian pasaran saham, tiga sumber memberitahu Reuters.

1MDB juga dilaporkan akan menjual sebahagian besar aset tanah dan kepentingannya dalam dua projek hartanah berprofil tinggi itu - TRX dan Bandar Malaysia - selepas memecahkannya kepada beberapa entiti berasingan. – 6 Mac, 2015.
~sumber

06 Mac 2015

PENJELASAN DR.MAZA TENTANG ROTI JALA



DrMAZA.com

Kepada pihak yang berkaitan, saya sekali lagi ingin jelas begini;

1. Telah ditegaskan dari awal, surat tersebut adalah surat dalaman pentadbiran yang khusus untuk pihak dalaman yang berkaitan sahaja. Tiada siapa ingin memalukan sesiapa tapi ia adalah hak penganjur menentukan pemilihan panel. Ia kes khusus untuk satu program yang membabitkan keberangkatan pihak istana dan kehadiran Mufti Negeri.

2. Isu-isu riwayat palsu termasuk isu roti jala telah timbul sejak tahun lepas. Banyak pandangan terutama mereka yang terbabit dalam bidang hadis telah dilontarkan mengenai isi-isi ceramah pihak berkenaan. Maka, dalam pemilihan panel forum pihak jabatan setelah berbincang melihat tidak sesuai untuk program itu, bukan mengeluarkan fatwa khas menghukum dan melarang sepenuhnya pihak terbabit.

3. Pihak saya sejak hari awal isu timbul telah menyampaikan salam kepada pihak berkenaan melalui wakil JAKIM Ustaz Zakaria pengerusi forum. Saya telah tegaskan tiada isu peribadi dan bukan larangan mutlak.

4. Pihak saya juga semalam mengelakkan sidang media dan enggan menjawab soalan wartawan tentang isu ini supaya tidak mengeruhkan keadaan.

5. Pihak saya dukacita apabila pihak berkenaan membuat sidang media dan mencabar bukti. Bukan tiada bukti, tapi elokkah cabar mencabar di media sedangkan laluan perbincangan terbuka? Jika surat itu ditujukan kepada awam, mungkin boleh diterima rasional cabaran itu, tapi hal ini hanya urusan pentadbiran dan bukan larangan mutlak.

6. Dalam contoh 'roti jala', alangkah baiknya jika pihak berkenaan membetulkan hal itu. Ini kerana jika tidak dibetulkan ia boleh membawa anggapan 'sunnah Nabi s.a.w. makan roti jala'.

7. Adapun hentaman terbuka pihak berkenaan terhadap TGNA rahimahullah dalam banyak video juga adalah salah dari segi fakta. Pendapat TGNA tentang Allah memilih Nabi s.a.w dari kalangan hamba-hambaNYA yang didapati terbaik itu ada dalil yang sahih. Sementara hujah pihak berkenaan menolak TGNA atas alasan Nabi Muhammad lahir dalam keadaan sujud, berkhatan dan menyebut alhamdulillah, riwayat-riwayat itu banyak pertikaiannya. Itu juga wajar diperbetulkan, jangan sampai orang menganggap pendapat TGNA dalam hal itu salah. Ketepikan isu politik dalam hal ini.

8. Alangkah baiknya, jika pihak berkenaan hentikan perbalahan di media massa kerana itu mendesak pihak saya yang terbabit dengan pentadbiran sebuah negeri menjawab secara terbuka juga seperti ini.

9. Alangkah baik, jika pada hari pertama surat itu diviralkan, pihak berkenaan tidak siarkannya dalam FB sebaliknya hubungi saya dan tanya terlebih dahulu.

10. Apapun, atas dasar ukhuwwah dan dakwah, pintu pejabat dan jantung hati saya sentiasa terbuka untuk berbincang serta 'minum dan tersenyum'.

Dr MAZA
Mufti Negeri Perlis.

MENTERI-MENTERI BN BANGANG?, PATUTLAH HUTANG BERTAMBAH-TAMBAH DAN RINGGIT MERUDUM TERUK?


GST Malaysia 2015 : Kejatuhan Ringgit Malaysia RM3.65 Setiap Dolar Amerika Punca Ekonomi Merosot.

Kejatuhan Ringgit Malaysia RM3.65 Setiap Dolar Amerika Punca Ekonomi Merosot. GST RM24 Bilion Penyelamat! : Pejam celik, pejam celik. Tidak lama sahaja lagi sekitar kurang 1 bulan daripada sekarang, rakyat malaysia akan dihidangkan dengan pelaksanaan terbaru GST Malaysia 2015 6% bermula 1 April 2015 ini.

Ketika rakyat marhaen mula merasa risau dengan gelombang kenaikan harga barang, kenaikan harga rumah naik dek kerana GST Malaysia 2015 ini ditambah dengan nilai ringgit Malaysia yang dicatatkan pada hari ini ditahap yang cukup rendah dan lemah iiatu RM3.65 untuk setipa Dolar Amerika, namun Timbalan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tampil menenangkan keadaan dan suasana.

BACA SINI LAGI : Kenaikan Harga Rumah 2015 Naik di Malaysia Sebanyak 10% Selepas Pelaksanaan GST Kelak!



Ini kerana Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengatakan kerajaan Malaysia telah melakukan tindakan yang tepat untuk melaksanakan GST malaysia 2015 kerana ia mampu ekonomi merosot dek kerana kejatuhan ringgit Malaysia.
Kerajaan Malaysia Dapat RM24 Bilion Pelaksanaan GSt Malaysia 2015

Syarikat yang telah melakukan pendaftaran GST kastam telah meningkat daripada 140,000 kepada 317,000 sekaligus memberikan kutipan sejumlah RM1,000,000,000 (RM1 bilion)
Kantung kerajaan Malaysia akan bertambah sejumlah RM24 bilion dengan pelaksanaan GST malaysia 2015 ini.

Apa dia? Ekonomi Malaysia jatuh disebabkan kejatuhan ringgit Malaysia? Itu kata Ahmad Maslan.


Jikalau ditanya kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri mengatakan apabila ringgit Malaysia jatuh ia memberikan kebaikan kepada Malaysia :

menarik lebih ramai pelabur ke negara ini kerana nilai mata wang tersebut yang rendah
sekaligus meningkatkan keuntungan mereka sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara

P/S : Macam mana tidak mampu meningkatkan kantung pendapatan kerajaan Malaysia kepada RM24 bilion jikalau tidak dapat perahan cukai daripada rakyat miskin, golongan pertengahan, dan golongan kaya. Tahniah…

MENTERI NAJIB TERLIBAT SALAH GUNA KUASA - DAKWAN BEKAS MENTERI & PENGERUSI BANK


Bekas setiausaha agung Umno dedah ‘skandal’ Bank Rakyat dalam buku baharu

Shahbudin Husin bersama Tan Sri Sanusi Junid dan Tan Sri Sabbaruddin Chik pada pelancaran buku terbaharu mengenai skandal Bank Rakyat, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Mac, 2015.Skandal Bank Rakyat RM32 juta yang mendapat perhatian ramai tahun lepas kini diceritakan dalam sebuah buku berjudul "Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat" tulisan Shahbudin Husin, yang dilancarkan hari ini oleh pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid.

Buku yang dikarang penulis blog terkenal itu menampilkan wawancara dengan bekas pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik, yang juga bekas setiausaha agung Umno.

Dalam buku terbaharu Shahbudin ini, beberapa perkara dibongkar melibatkan peranan usahawan permaidani, Deepak Jaikishan dalam skandal Bank Rakyat.

Buku itu mendedahkan hubungan Deepak dengan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan layanan istimewa diberikan kepada beliau dalam isu pinjaman Bank Rakyat.

Sanusi semasa berucap melancarkan buku itu di Petaling Jaya hari ini, berkata tidak pernah dalam sejarah Umno seorang bekas setiausaha agung dimalukan dan dihina seperti dilakukan terhadap Sabbaruddin.

"Belum pernah daripada 21 bekas setiausaha agung Umno dimalukan dan dihina seperti yang dilakukan ke atas Sabbaruddin," kata Sanusi, yang merupakan menteri semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kontrak Sabbaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat berakhir pada 8 April 2014 dan tidak disambung di atas arahan Datuk Seri Hasan Malek.

Hasan, yang juga menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, didakwa masuk campur isu penyambungan kontrak Sabbaruddin kerana tidak berpuas hati dengan bekas pengerusi Bank Rakyat tersebut.

Sabbaruddin berkata tujuan buku ini diterbitkan adalah bagi menegakkan keadilan bagi dirinya.

"Saya rasa ini tidak adil kepada saya dan mereka yang terlibat. Beliau (Hasan) menyalahguna kuasa," katanya.



Penerbitan buku 'Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat' dijangka menambah tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Mac, 2015.Buku itu mengandungi 26 bab dan diterbitkan Special One Publication.

Antara artikel yang dimuatkan adalah kenyataan Sanusi dan juga Tengku Razaleigh Hamzah yang lantang membangkitkan skandal tersebut.

Turut hadir pada majlis hari ini bagi menyatakan sokongan adalah bekas ketua pengarang The New Straits Times (NST), Datuk A. Kadir Jasin dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Deepak sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 2013.

Beliau pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama.

Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80% saham syarikat individu tersebut, Astacanggih Sdn Bhd dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah.

Penerbitan buku ini dijangka menambah tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sudah berdepan pelbagai skandal, antaranya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pendedahan New York Times mengenai harta pusaka.

Kedudukan Najib juga tidak berada dalam keadaan baik pada ketika bekas perdana menteri, Dr Mahathir juga lantang mengkritik pentadbirannya. – 4 Mac, 2014.

SUMBER

05 Mac 2015

1MDB KINI JADI REBA KEPADA KABINET MALAYSIA???

Tanggungjawab 1MDB pindah ke Kabinet, kata wartawan veteran




Arahan supaya ketua audit negara semak akaun 1Malaysia Development Berhad petanda kini Kabinet ambil tanggungjawab bersama, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Ketika Putrajaya mengarahkan ketua audit negara menyemak akaun syarikat dibebani hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berpendapat ia tanda Kabinet mengambil tanggungjawab bersama atas dana pelaburan strategik milik negara itu.

Beliau berkata, ini juga menunjukkan, kuasa ke atas 1MDB, yang penubuhannya diilhamkan Najib, tidak lagi merupakan bidang eksklusif perdana menteri.

"Ini sesuatu yang mungkin berguna untuk perdana menteri. Beliau kini mengalihkan sebahagian tanggungjawab atas 1MDB kepada jemaah menteri. Sesuatu yang bermula sebagai hasil kerja seorang individu, kini menjadi beban kolektif Kabinet," tulisnya dalam blognya malam tadi.

Najib semalam mengarahkan ketua audit negara menyemak akaun kontroversi 1MDB, selepas Kabinet diberi taklimat mengenai akaun syarikat itu dan dimaklumkan dakwaan mengenainya adalah berkaitan urus niaga dengan pihak ketiga seperti PetroSaudi International.

Dalam kenyataan sama, perdana menteri berkata selepas taklimat 1MDB dan juruauditnya Deloitte itu, Kabinet yakin 1MDB tidak terlibat dalam sebarang salah laku, dan Kabinet masih berhasrat 1MDB melaksanakan hasil cadangan kajian strategiknya.

"Sekiranya terbukti terdapat sebarang salah laku, undang-undang akan dikenakan tanpa pengecualian," kata Najib sebelum ini.

Laporan Ketua Audit Negara akan diserahkan untuk pemeriksaan ketelusan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, yang tidak memihak mana-mana parti politik dan mencerminkan komposisi Parlimen, kata perdana menteri.

Najib semalam memanggil 1MDB dan juruauditnya Deloitte memberi taklimat kepada Kabinet berikutan laporan media baru-baru ini mengenai dana pembangunan strategik negara itu dan masalah aliran tunai yang dialaminya.

Ini dibuat seminggu selepas The Malaysian Insider melaporkan Kabinet menolak cadangan suntikan RM3 bilion tunai kepada 1MDB yang menghadapi kesempitan wang, menambahkan lagi masalah kepada syarikat itu dalam membayar balik hutang pada masanya.

Memetik sumber, majoriti menteri ketika mesyuarat Kabinet minggu lepas tidak meluluskan minit mesyuarat minggu sebelumnya bagi amaun yang dicadangkan.

Sumber lain mengesahkan keputusan Kabinet tersebut, dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada syarikat milik penuh kerajaan itu yang ditubuhkan pada 2009 untuk melabur dalam sektor ekonomi utama negara. – 5 Mac, 2015. ~TMI


BERITA BERKAITAN....

MP: Juruaudit sembunyi sesuatu untuk 1MDB?



MP DAP Petaling Jaya Tony Pua mempersoalkan sama ada firma audit KPMG telah membantu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk menutup sesuatu dalam perjanjian usaha sama kontroversi dengan PetroSaudi International (PSI).

Pua yang juga ketua DAP Selangor berkata hal itu berdasarkan dokumen baru berkaitan perjanjian yang didedahkan oleh Sarawak Report semalam.

Beliau berkata dokumen tersebut mendedahkan bahawa KPMG telah menutup penyata kewangan firma pelaburan itu berakhir 31 Mac 2010, walaupun dokumen itu menggunakan tarikh yang dikebelakangkan

Pua berkata penyata kewangan menunjukkan 1MDB terlibat dalam usaha sama dengan PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd pada 28 September 2009, yang dijayakan melalui 1MDB PetroSaudi Ltd.

Bagaimanapun, usahasama itu diketepikan dan pelaburan 1MDB sebanyak AS$1 bilion (RM3.656 bilion) dalam perjanjian itu kemudiannya ditukar kepada nota-nota Murabaha bernilai AS$1.2 bilion (RM4.387 bilion, sebagai pinjaman kepada 1MDB PetroSaudi Ltd) pada 31 Mac.

Bagaimanapun Pua menyatakan bahawa berdasarkan kepada dokumen yang dibocorkan oleh Sarawak Report, pertukaran perjanjian Murabaha sebenarnya bertarikh 14 Jun 2010. ~SUMBER

BELANG USTAZ KAZIM TERBONGKAR


kazim2

Mufti Perlis tidak setuju Kazim Elias jadi panel forum perdana



Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak setuju penceramah bebas Datuk Mohamad Kazim Elias jadi panel dalam Forum Perdana Ehwal Islam sempena keputeraan Raja Perlis. 

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak bersetuju penceramah bebas Datuk Mohamad Kazim Elias menjadi panel dalam Forum Perdana Ehwal Islam sempena hari keputeraan Raja Perlis yang berlangsung tidak lama lagi.

Asri mengesahkan surat rasmi yang kini tersebar luas di laman sosial menyatakan beliau tidak bersetuju Kazim menjadi panel dalam forum berkenaan.

Asri bagaimanapun berkata tidak pernah menghalang penceramah bebas kontroversi itu untuk berceramah di Perlis.

"Surat itu tidak menyebut penceramah berkenaan dihalang berceramah di Perlis tetapi menyatakan tidak bersetuju untuk menjadi panel forum berkenaan yang diadakan bersempena keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DMMM) Raja Perlis," katanya di laman Facebooknya.

Surat rasmi Jabatan Mufti Perlis kepada Pejabat Menteri Besar yang tidak bersetuju dengan pemilihan Kazim sebagai ahli panel kerana dikatakan sering menggunakan riwayat palsu dalam ceramahnya itu kini mula tersebar di laman sosial.

Dalam kenyataannya, Asri yang baru dilantik semula sebagai mufti Perlis awal Februari lalu, turut memuat naik dalam Facebooknya teks ceramah Kazim yang didakwa menggunakan riwayat palsu.

"Maka kenduri Rasullah SAW yang paling mahal pula ialah roti jala yang dicelup dengan kuah kari. Maka bandingkanlah dengan kita," demikian petikan ucapan Kazim.





Mengulas mengenai alasan sekatan itu kerana dakwaan riwayat palsu yang disampaikan Kazim dalam ceramahnya, Asri berkata ia selaras de‎ngan kehendak dan keilmuan masyarakat sendiri untuk memastikan kesahihan tersebut.

An‎tara lain, Asri kesal dengan penyebaran surat berikut dan berkata ia tidak sepatutnya berlaku memandangkan Jabatan Mufti merupakan jawatankuasa penganjur.

Kazim pernah mencetuskan kontroversi awal Februari lalu apabila laporan polis mendakwa penceramah bebas itu bersifat perkauman dalam ceramahnya.

Lelaki Cina yang membuat laporan itu mendakwa, ceramah Kazim selama 10 minit mengandungi antara lain perkataan menghina kaum Cina seperti menyifatkan mereka hanya tahu melepak di kedai "minum" dan mabuk secara terbuka tanpa menghiraukan orang ramai, selain tidak banyak berkhidmat dalam pasukan keselamatan negara.

Katanya, ceramah Kazim seolah-olah mahu mengaibkan masyarakat Cina.

Bagaimanapun, Kazim dalam laman Facebooknya menafikan tuduhan beliau seorang rasis. – 4 Mac, 2015. ~TMI

04 Mac 2015

MAMPUS DAH...RATUSAN DOKUMEN OPERASI 1MDB BOCOR?


Apakah polisi Malaysia di Arab Saudi ditentukan Jho Low, soal DAP



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu perjelaskan kaitan ahli perniagaan Low Taek Jho Low dalam polisi urusan luar negara dengan Arab Saudi, kata Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming.

DAP hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kaitan ahli perniagaan Low Taek Jho Low dalam polisi urusan luar negara Malaysia dengan Arab Saudi seperti didedahkan laman sesawang Sarawak Report baru-baru ini.

Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming berkata campur tangan individu tertentu dalam polisi luar negara Malaysia demi kepentingan peribadi merupakan sesuatu "yang amat mengganggu".

"Polisi luar negara Malaysia seharusnya ditetapkan berdasarkan kepentingan rakyat di negara ini.

"Saya menggesa Najib menjelaskan semua pendedahan yang dibangkitkan dalam Sarawak Report pada 28 Februari lalu," kata pemimpin DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ong berkata, perdana menteri harus menjelaskan banyak persoalan yang mengaitkan ahli perniagaan itu dan mengesahkan adakah Jho Low diberi kebenaran menggunakan pengaruhnya menetapkan dasar luar negara Malaysia di Arab Saudi.

"Najib membuat lawatan rasmi pertama ke Arab Saudi sebagai perdana menteri pada Januari 2010 (asalnya dijadualkan pada Disember 2009) dan Sarawak Report mendakwa Jho Low dan rakannya bekerja keras dalam persediaan lawatan itu," katanya.

Ong berkata, Sarawak Report melaporkan rakan Jho low, Seet Li Lin menyediakan draf surat Najib untuk dihantar kepada Raja Abdullah.

"Keduanya, pengasas Petro Saudi, Tarek Obaid didakwa menghantar emel pada 13 November, 2009 meminta Najib menyokong tindakan ketenteraan Arab Saudi di Utara Yaman.

Ong berkata draf kenyataan itu disediakan obaid pada 19 November dan Najib mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan kumpulan pemberontak "Houthis" dan menyokong Arab Saudi.

Katanya, Jho low juga didakwa mengaturkan satu wawancara dengan stesen penyiaran Arab Saudi Al-Arabiya News Channel ketika lawatan rasmi perdana menteri ke negara itu.

"Dalam emel yang ditunjukkan Sarawak Report, Wan Ahmad Shihab iaitu pegawai khas kepada perdana menteri menghantar emel kepada Jalam Kashoggi (pengurus besar Al Arabiya News Channel) dan turut dihantar kepada Jho low sebagai permulaan komunikasi untuk persediaan temu ramah yang dijadualkan pada 14 Disember 2009," katanya.

Sebelum ini ketua pengarang dan pengasas Sarawak Report Claire Redcastle Brown memberitahu media pihaknya mempunyai ratusan dokumen mengaitkan penglibatan hartawan itu dalam operasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Beliau berkata Sarawak Report mengambil masa selama 2 tahun untuk mengumpul dokumen tersebut daripada wartawan lain sebelum mendedahkan penglibatan hartawan tersebut. ~ SUMBER

RASUAH: LEBIH RAMAI ANGGOTA PENGUATKUASA DI KEDAH DITAHAN SPRM

Lebih ramai anggota penguatkuasa di Kedah ditahan SPRM



Suruhannjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan 'Ops Licin 2' dengan menahan lebih ramai anggota penguatkuasa yang bertugas di kawasan sempadan Kedah dan Thailand hari ini.

Sehingga 5 petang ini, SPRM mengatakan ia telah menahan 25 anggota penguatkuasa terdiri daripada polis dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP).

Di dalam operasi yang dijalankan hari ini, tujuh daripada anggota penguatkuasa terbabit ditahan di Pejabat SPRM Kedah selepas dibawa dari Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap, manakala dua lagi ditahan di Balai Polis Kota Putra, juga di Padang Terap.

"Enam daripada sembilan yang ditahan merupakan anggota polis berpangkat koperal dan masing-masing seorang konstabel, sarjan dan sarjan mejar. Seorang lagi yang ditahan merupakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan ditahan di Kem PGA, Ulu Kinta, Perak," menurut SPRM petang ini.

Ops Licin 2 dilaksanakan oleh SPRM sejak semalam bagi mengesan anggota penguatkuasa yang terbabit meminta dan menerima rasuah, dipercayai bagi melindungi aktiviti penyeludupan serta penjualan minyak petrol dan diesel secara haram di sempadan Malaysia-Thailand.

Semalam, 15 anggota penguatkuasa ditahan SPRM membabitkan 13 daripada UPP dan PGA serta masing-masing seorang bekas komander UPP dan orang awam.

Dalam pada itu menurut SPRM, kesemua yang ditahan semalam telah dibebaskan selepas kenyataan mereka direkodkan oleh agensi itu.

Di Kedah menurutnya, kesemua lapan termasuk bekas penguatkuasa UPP itu telah dibebaskan dengan jaminan iaitu penguatkuasa dibebaskan dengan jaminan mulut manakala bekas penguatkuasa pula dibebaskan dengan seorang penjamin serta wang tunai RM10,000.

Manakala di Perak pula, enam anggota PGA terbabit juga telah dibebas dengan jaminan mulut manakala seorang orang awam dibebas dengan jaminan wang tunai sebanyak RM2,500 dan seorang penjamin. - MalaysiaGazette

BERITA YANG BERKAITAN DIPETIK DARI BERNAMA:

10 lagi pegawai polis ditahan dalam operasi anti rasuah


Sepuluh lagi pegawai polis kini ditahan berkaitan melindungi aktiviti penyeludupan dan penjualan minyak petrol dan diesel secara haram di sempadan Malaysia-Thailand. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Mac, 2015.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan 10 lagi pegawai polis bagi membantu siasatan kes berkaitan melindungi aktiviti penyeludupan dan penjualan minyak petrol dan diesel secara haram di sempadan Malaysia-Thailand.

Mereka berumur antara 25 hingga 58 tahun. Dengan tangkapan terbaru itu, jumlah mereka yang ditahan menerusi Ops Licin 2 adalah seramai 25 orang.

Menurut kenyataan SPRM, tujuh daripada mereka ditahan di Pejabat SPRM Kedah selepas dibawa dari Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap manakala dua lagi di Balai Polis Kota Putra, Padang Terap.

"Mereka yang ditahan antara 11.30 pagi dan 2 petang tadi terdiri daripada enam anggota polis berpangkat koperal dan masing-masing berpangkat konstabel, sarjan dan sarjan mejar.

Beliau berkata seorang lagi dari kumpulan itu merupakan anggota pasukan gerakan am (PGA) yang ditahan di Kem PGA Ulu Kinta, Perak.

Ops Licin 2 dijalankan sejak semalam bagi mengesan anggota penguat kuasa yang terbabit meminta dan menerima rasuah, dipercayai bagi melindungi aktiviti penyeludupan dan penjualan minyak petrol dan diesel secara haram di sempadan Malaysia-Thailand.

Semalam SPRM menahan 15 individu termasuk 13 pegawai penguat kuasa Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dan PGA dan masing-masing seorang bekas pegawai UPP dan orang awam.

Kesemua mereka yang ditahan semalam dibebaskan hari ini selepas kenyataan mereka diambil.

"Di Kedah, kesemua lapan orang termasuk bekas penguat kuasa UPP dibebaskan dengan jaminan. Pegawai penguat kuasa bebas dengan jamin mulut manakala bekas penguat kuasa dengan seorang penjamin dan wang tunai RM10,000.

"Di Perak, enam anggota PGA dibebaskan dengan jamin mulut. Seorang awam yang ditahan semalam di Perak juga dibebaskan dengan jamin wang tunai RM2,500 dengan seorang penjamin," kata SPRM.

Menurut SPRM, orang awam yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 manakala pegawai penguat kuasa disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan menunggu maklumat hasil siasatan terperinci daripada SPRM terhadap kesemua anggotanya.

"Kita tunggu siasatan SPRM selesai dan selepas itu, kita akan ambil tindakan sewajarnya," katanya tanpa mengulas lanjut. – Bernama, 3 Mac, 2015


MALAYSIA NEGARA TERBAIK DIPERINGKAT DUNIA INGAT TIADA MASALAH AIR DAH


Air: NS, Johor berjaga-jaga, catuan mungkin perlu - SPAN

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan dan Johor kini diletak dalam keadaan berjaga-jaga selepas paras air di empangan dan sungai di negeri terbabit dilapor semakin menyusut berikutan cuaca panas dan kering yang mula melanda negara ketika ini.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ismail Kasim, berkata situasi ini juga memaksa kemungkinan catuan air membabitkan kawasan tertentu di Johor akan dilaksana.

Bagi Negeri Sembilan, katanya, kerajaan negeri itu menerusi Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) sudah merangka pelan mitigasi jangka panjang yang dijangka mampu menyelesaikan masalah kekurangan sumber air di Empangan Gemencheh.

Antara langkah mitigasi diambil termasuk mendapatkan bekalan air terawat sebanyak 9 juta liter sehari (JLH) dari Melaka untuk Pekan Tampin dan Batang Melaka melalui sistem paip sedia ada.

"Bagi tujuan itu, SAINS akan memasang paip bersaiz 900 milimeter sepanjang 5.25 kilometer (km) untuk menyambung ke sistem agihan sedia ada daripada LRA Gemencheh.

"Kerja-kerja pemasangan paip ini akan dimulakan dan dijangka mengambil masa tiga bulan," katanya.

Selain itu, katanya, SAINS akan membekalkan air terawat sebanyak 18 JLH ke kawasan terjejas daripada Loji Rawatan Air (LRA) Sawah Raja sedia ada di Rembau serta membina stesen pam dan paip sepanjang 15 km untuk mengepam air mentah dengan kapasiti 54 JLH daripada Sungai Jelai di Johol ke Empangan Gemencheh.

"Kerja-kerja pembinaan sudah pun bermula dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh masa 10 bulan iaitu sebelum Disember tahun ini," katanya.

Bagi Johor pula, antara sungai yang mencatatkan paras merosot dan menghampiri paras kritikal ialah Sungai Sembrong Kiri di Kluang, yang membekalkan air mentah ke LRA Sembrong Timur seterusnya membekalkan air terawat ke Daerah Kluang.

"Pada masa ini, pengeluaran LRA Sembrong Timur berkurangan daripada 32 JLH kepada 26 JLH," katanya.

Ismail berkata, operator air negeri iaitu SAJ Holdings (SAJH) juga terus memantau rapi keadaan bekalan air dan berusaha mengagihkan semula bekalan daripada sistem agihan lain yang berhampiran.

"Sekiranya keadaan benar-benar mendesak, catuan air akan dipertimbangkan," katanya sambil menambah beberapa empangan di Johor juga turut menyusut, antaranya Empangan Sungai Lebam.

Beliau berkata, bagi mengatasi kekurangan sumber air bagi jangka masa panjang di negeri itu, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sedang membina Empangan Sungai Kahang. ~BH

03 Mac 2015

PANAS! BERITA RAPLAH... DARI PEJABAT PKR


CEO Ambank letak jawatan kerana hutang 1MDB, gesa BNM dedah laporan audit

Pada 29 Januari 2015 yang lalu, Ambank Group Berhad (AMMB) mengumumkan secara mengejut perletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, Ashok Ramamurthy dari jawatannya di kumpulan perbankan itu. Beliau diumumkan akan kembali ke Australia and New Zealand Banking Group (ANZ) iaitu pemegang saham terbesar dalam AMMB.



Saya dibekalkan dengan maklumat dalaman bahawa selain dari Ashok Ramamurthy, dua orang lagi pegawai kanan Ambank juga telah meletakkan jawatan bersama-sama beliau. Berita pertukaran mengejut kepimpinan di Ambank ini berlalu dengan senyap tanpa mendapat perhatian media dan orang ramai.

Walau bagaimana pun, saya dimaklumkan keputusan untuk menukar CEO oleh pengurusan AMMB itu bersabit dengan satu hutang berjumlah RM2 bilion yang diberikan kepada 1MDB bagi projek hartanah Bandar Malaysia yang diusahakan oleh 1MDB.

Saya juga dimaklumkan bahawa isu ini mula timbul apabila laporan audit pematuhan (“compliance audit”) yang dijalankan secara berkala oleh Bank Negara Malaysia terhadap AMMB telah mengenalpasti beberapa pelanggaran (“irregularities”) dalam proses pemberian pinjaman berjumlah RM2 bilion itu oleh AMMB kepada 1MDB.

Sejak beberapa tahun yang lalu, AMMB menguruskan beberapa urusniaga penting melibatkan 1MDB. Selain dari meluluskan hutang RM2 bilion ini, AMMB juga dilaporkan menguruskan penerbitan hutang (“Islamic medium term notes”) berjumlah RM5 bilion.

Saya menghargai ketegasan Bank Negara Malaysia yang menimbulkan beberapa pelanggaran ini di dalam laporan audit pematuhannya; seperti yang dimaklumkan kepada saya. Saya juga lega kerana pemegang saham AMMB nampaknya mengambil tindakan serta-merta selepas risiko hutang 1MDB yang membabitkan AMMB dilaporkan melalui audit pematuhan.

Walau bagaimana pun, ini tidak mencukupi kerana risiko keseluruhan 1MDB kepada sektor perbankan negara belum dilaporkan secara telus.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya Bank Negara Malaysia mendedahkan laporan audit pematuhan (“compliance audit”) ke atas semua bank tempatan yang ada memberi pinjaman kepada 1MDB supaya ahli-ahli Parlimen dan orang ramai dapat menilai sendiri setakat mana keberhutangan 1MDB ini memberi risiko kepada kestabilan sektor perbankan negara.

Saya juga telah menghantar soalan-soalan Parlimen bersabit keputusan audit Bank Negara Malaysia terhadap pinjaman-pinjaman 1MDB kepada Menteri Kewangan bagi sessi Parlimen akan datang. Jika tiada apa yang perlu disembunyikan, saya pasti Menteri Kewangan tiada halangan mendedahkan laporan-laporan audit oleh BNM ini.

BACA LAGI SINI

BERITA YANG MENDEBARKAN DARI AUSTRALIA? NAK TAHU BACALAH.....

Anak saya lebih selamat di Australia, kata ibu Sirul




Piah Samad (kanan), ibu kepada Sirul Azhar Umar, kini berada di Australia bersama pemimpin PAS bagi menemui anaknya yang ditahan pihak imigresen di Sydney.

Ibu kepada Sirul Azhar Umar hari ini merayu kepada pihak berkuasa Australia melindungi anaknya, beberapa jam selepas tiba di Sydney bersama ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dan ketua biro antarabangsa parti itu, Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Media Australia melaporkan Piah Samad sebagai berkata kerajaan negara itu perlu memberi "perlindungan penuh" kepada anaknya, yang didapati bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Adalah lebih (selamat) di Australia daripada pulang ke Malaysia," kata Piah, 72, yang turut ditemani anak perempuannya, Noriatin Umar.


Sirul, yang kini ditahan pihak imigresen Australia di Sydney, sebelum ini memberitahu sebuah portal berita bahawa beliau cuma menjalankan arahan "orang atasan" dalam pembunuhan Altantuya pada 2006.

Sirul dan Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Mahkamah Persekutuan pada Januari.

Sebelum berlepas ke Australia semalam, Mahfuz berkata rombongannya merupakan misi kemanusiaan.

"Ibunya teringin sangat nak bertemu dengan Sirul dan kami mengharapkan pemergian kami ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang boleh memberikan ancaman pada mana-mana pihak.

"Tetapi, apa yang dirancang ini ialah sebagai satu misi kemanusiaan, untuk seorang ibu yang melindungi anaknya," kata Mahfuz.

Mahfuz memberitahu wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam, terpulang kepada Sirul mendedahkan lebih lanjut peranannya dalam pembunuhan Altantuya.

"Terpulang kepada dia sama ada mahu memberitahu (motif pembunuhan) ataupun tidak. Itu bukan misi saya.

"Itu akan lahir daripada hatinya sendiri, dan dia sudah berjanji kepada anda semua baru-baru ini yang dia akan umumkannya bila sampai masanya nanti."


Ahli Parlimen Pokok Sena yang sebelum ini gagal menghubungi Sirul bagi mengadakan tele-sidang khas bersama wartawan minggu lepas, berkata sesi seumpama itu tidak akan diadakan pada pertemuannya dengan Sirul nanti.

Misi rombongan itu dinamakan Mahfuz "C4 Yourself", dan mereka dijangka pulang pada 7 Mac. ~TMI



KEMASKINI 3 MAC 2015

Piah bawa makanan kegemaran Sirul


Piah Samad gembira dapat bawa makanan kegemaran anaknya, Sirul Azhar Umar ketika mengadakan pertemuan di pusat tahanan Villawood.

KUALA LUMPUR, 3 Mac:

Ibu kepada Sirul Azhar Umar, Piah Samad, 74, tiba di Sydney, Australia untuk berjumpa dengan anaknya di pusat tahanan imigresen negara itu dibenarkan membawa makanan kegemaran anaknya itu, sambal ikan bilis oleh pihak berkuasa Australia.

Harakah Dailay melaporkan, Piah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney kira-kira jam 11.30 pagi (waktu tempatan) semalam mendapat liputan meluas media antarabangsa dan Australia.

Dia yang turut membawa satu lagi makanan kegemaran anaknya iaitu rendang limpa, juga berharap agar pihak berkuasa Australia terus memberi perlindungan kepada Sirul.

Bagaimanapun dia terpaksa menerima keputusan pihak berkuasa Australia yang tidak membenarkan rendang limpa dibawa melepasi lapangan terbang.

“Tak mengapa tak dapat bawa keluarpun, Sirul memanag suka rendang limpa.



“Kita akan masak yang lain, saya gembira dapat bagi sambal bilis pada Sirul,” katanya memetik apa yang dikatakan oleh salah seroang ahli ‘See For (C4) Yourself’ melalui aplikasi whatsapp kepadaHarakah Daily.

Difahamkan, rombongan berkenaan termasuk Piah menginap di sebuah apartmen berhampiran pusat bandar Sydney.

Piah yang bersemangat untuk bertemu anaknya itu turut menyediakan hidangan kari kepala ikan kepada ahli rombongan berkenaan.

“Sirul seorang anak yang baik, tugasnya menjadi menteri. (Untuk itu) dia pergi serata tempat. Dia tidak pernah certia apa-apa pada saya sehinggalah dia ditahan.

“Sebelum dia ditangkap, dia pulang ke kampung dan berjumpa dengan saudara maranya,” katanya.

Ahad lalu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfiz Omar mengetuai rombongan ‘misi kemanusiaan’ ke Australia dengan membawa adik Sirul Azhar, Noriatin Umar dan peguam.

Kumpulan tujuh orang itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam Ahad untuk melawat Sirul yang ditahan di pusat tahanan imigresen Villawood. Rombongan berkenaan dijangka pulang pada 7 Mac.

Sirul Azhar meninggalkan Malaysia ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan mendapati dirinya dan juga seorang lagi tertuduh Azilah Hadri, bersalah kerana membunuh model warga Mongolia, Altantuyaa Shaarriibuu.

Hukuman itu membawa kepada waran tangkap yang dikeluarkan ke atas Sirul.

Read more: SINI

02 Mac 2015

PANAS! PENDEDAHAN EMEL ROMPAKAN TERBESAR MEMBUATKAN PM TERKEDU?


Pendedahan email ‘rompakan terbesar’ dana 1MDB, DAP gesa Najib jangan lepas tangan




PETALING JAYA, 2 FEB: DAP hari ini mendesak Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk bertanggungjawab atas kecuaian dan kegagalannya memantau 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ekoran pendedahan terbaru Sarawak Report berkaitan dana RM3.5 bilion kepada 1MDB Petrosaudi.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua hari ini menyatakan, pendedahan email komunikasi antara semua pihak yang terlibat dalam transaksi 1MDB Petrosaudi itu membuktikan bahawa wang 1MDB telah disalurkan secara haram ke akaun bank syarikat milik Jho Low, rakan baik keluarga Najib.

Menurut Tony, sekiranya dokumen-dokumen yang didedahkan itu tulen, kerajaan perlu menjelaskannya kerana 1MDB adalah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

“Dalam keadaan sedemikian, Dato’ Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB perlu dipertanggungjawabkan kerana 1MDB adalah projek beliau sendiri sejak awal.

“Perdana Menteri tidak boleh menghindari tanggungjawab dengan mendakwa bahawa beliau ‘tidak terlibat dalam perjalanan harian 1MDB,” tegas Tony dalam sidang akhbar hari ini yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming dan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.




Sejauh ini Najib dilihat cuba menjarakkkan diri daripada 1MDB yang beban hutangnya telah mencecah RM42 bilion.

Akhbar UK The Sunday Times yang turut melaporkan pendedahan bukti penyelewengan itu menerbitkan respons daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 1 Mac yang menyebut “Kerajaan Malaysia berkata bahawa perdana menteri tidak terlibat dalam operasi harian 1MDB yang dikendalikan oleh sepasukan kakitangan profesional dan berpengalaman. Akaunnya diaudit oleh Deloitte.”

Respons JPM turut cuba mencemarkan citra pihak yang mendedahkan penyelewengan dengan menyebut bahawa ia bermotifkan politik.

Bagi Tony, soal motif politik tidak berbangkit dalam kes ini.

“Saya sendiri, contohnya, akan cuba mendedahkan semua kegiatan rasuah kerajaan yang sedang memerintah untuk menyingkirkan mereka dalam pilihanraya umum lalu.

“Namun, yang lebih penting untuk dijawab adalah sama ada semua dokumen dan email yang didedahkan itu adalah tulen,” ujar Tony.

Semalam, Sarawak Report menerbitkan laporan bertajuk “Heist Of The Century – How Jho Low Used PetroSaudi As A Front to Siphon Billions Out Of 1MDB!” (Rompakan Terbesar Abad Ini – Bagaimana Jho Low guna PetroSaudi sebagai muslihat untuk larikan berbilion ringgit daripada 1MDB!)

Laporan itu mendedahkan pelbagai dokumen, termasuk emel komunikasi antara semua yang terlibat dengan transaksi pelaburan 1 bilion dolar Amerika (RM 3.5 bilion) kepada 1MDB Petrosaudi.

“Apa yang mengejutkan dokumen-dokumen dan emel tersebut jelas menunjukkan adanya hubungan antara Petrosaudi dan Jho Low, menimbulkan tanda tanya terhadap wang 1 bilion dolar yang dilarikan dari 1MDB ke bank di Switzerland sebenarnya dimiliki oleh taikun Jho Low menerusi syarikat di bawah kawalannya Good Star Limited,” jelas Tony.

Dalam pada itu, Dr Ong menyatakan agak pelik apabila 1MDB tidak mempunyai wakil dari Kementerian Kewangan sebagai salah seorang lembaga pengarahnya.

“1MDB ini milik sepenuhnya kementerian itu, sudah jadi amalan biasa bagi kementerian melantik seorang wakil dari kementerian dalam majlis lembaga pengarah syarikat untuk menjaga kepentingan kementerian itu.

“Sebagai Menteri Kewangan, kenapa Najib tidak lantik wakil daripada kementeriannya duduk dalam majlis lembaga pengarah 1MDB?” soal Kian Ming.

Justeru itu, ketiga-tiga ahli parlimen berkenaan menyatakan sokongan penuh mereka terhadap Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang yang menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap 1MDB yang merupakan “ibu segala ibu skandal” itu.

“Ini adalah supaya warga Malaysia tahu kebenaran bukan saja secara lengkap, bahkan semua penjahat yang bersubahat dengan penipuan dana rakyat ini, dapat dihukum dan dipenjarakan,” tegas Tony lagi. ~SUMBER

MISI ' C4 YOURSELF' MAHFUZ DI AUSTRALIA


PAS anggap pertemuan Sirul dan ibu satu misi kemanusiaan

Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz bercakap dengan wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa, Sepang, sebelum berangkat ke Australia untuk berjumpa dengan Sirul. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 1 Mac 2015.

Misi khas ke Australia dianjurkan PAS malam ini, bagi menemukan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar dengan ibu dan adik perempuannya, merupakan satu misi kemanusiaan, kata Datuk Mahfuz Omar.

Ketua penerangan PAS itu berkata ia bertujuan membantu seorang ibu yang hendak melindungi anaknya,

"Ibunya teringin sangat nak bertemu dengan Sirul dan kami mengharapkan pemergian kami ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang boleh memberikan ancaman pada mana-mana pihak.

"Tetapi, apa yang dirancang ini ialah sebagai satu misi kemanusiaan, untuk seorang ibu yang melindungi anaknya," kata Mahfuz kepada media sebelum berangkat ke Australia melalui penerbangan jam 11 malam ini.

Menurut Mahfuz, beliau sudah memaklumkan kepada kedutaan Australia agar memberikan jaminan keselamatan kepada mereka ketika berada di sana.

"Saya juga mengharapkan tidak ada apa-apa gangguan yang menghalang untuk kami keluar daripada Malaysia pada malam ini," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa, Sepang.

Beliau berkata Sirul turut memintanya membawakan sepasang kasut jogging bersaiz 8 untuk dibawa ke pusat tahanannya di Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney itu.

Misi yang berangkat malam ini terdiri daripada tujuh orang termasuk ibu dan adik Sirul.

Ditanya sama ada Sirul akan mendedahkan motif pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu kepada rombongan mereka itu, Mahfuz berkata beliau tidak pasti tetapi ia bukan matlamat misi tersebut.

"Terpulang kepada dia sama ada mahu memberitahu (motif pembunuhan) ataupun tidak. Itu bukan misi saya.

"Itu akan lahir daripada hatinya sendiri, dan dia sudah berjanji kepada anda semua baru-baru ini yang dia akan umumkannya bila sampai masanya nanti," kata ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Difahamkan yang mereka tidak akan dibenarkan membawa masuk kamera mahupun telefon, dan tiada telesidang atau sidang video yang akan diadakannya bersama media ketika di Australia nanti.

"Jadi, dari luar pusat itu, kami akan dapat bergambar dengannya," katanya yang dijadualkan pulang ke Malaysia pada 7 Mac jam 7 pagi.

Mahfuz berkata, 'tagline' misi tersebut ialah 'C4 Yourself' (Anda lihat sendiri).

Namun, apabila pemberita membangkitkan persoalan kerana ia seperti bertentangan dengan kenyataan awalnya yang mengatakan ia satu misi kemanusiaan, beliau lantas menjawab: "Itu saya bergurau sahaja."

Sirul kini berada di pusat tahanan di Sydney itu, selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari berikutan amaran merah dikeluarkan Interpol.

Panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan rakan setugasnya bekas Ketua Inspektor Azilah Hadri selepas sabitan bersalah membunuh Altantuya, membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2013.

Sirul tidak hadir ke mahkamah ketika hukuman tersebut dijatuhkan dan dipercayai berada di Australia sejak beberapa bulan lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mohamad Salleh dilaporkan berkata, menurut rekod imigresen, Sirul ke Australia pada Oktober 2014. ~TMI

01 Mac 2015

1MDB: Kabinet tolak cadangan Najib suntik RM3 bilion?…Tolong angkat tangan Ahli Kabinet yang berani tolak!

1MDB: Kabinet tolak Najib cadang suntik RM3 bilion?



KUALA LUMPUR: Keputusan Kabinet menolak permohonan cadangan menyuntik RM3 bilion tunai untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menggambarkan kerajaan sudah hilang kepercayaan kepada Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkembangan ini merupakan satu implikasi politik yang sangat serius terhadap Perdana Menteri itu. Ada yang mendakwa ia semacam undi tidak percaya kepada PM.

“Saya tidak menolak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin akan terus membuat tekanan terhadap Najib berikutan keputusan ini”.

“Paling serius adalah kepincangan kewangan di dalam 1MDB sudah mula diketahui oleh kabinet Najib,” kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau juga, penolakan cadangan ini menunjukkan suatu yang serius sedang berlaku dalam Kabinet Najib.

“Majoriti menolak untuk tidak mahu meluluskan sebarang bayaran ‘bail out’ kepada 1MDB, ini menunjukkan suatu yang serius berlaku di dalam pentadbiran Najib ini (Kabinet Rabu lalu permohonan diluluskan) ,” katanya lagi.

Dr Dzulkefly turut mengucapkan terima kasih kepada anggota kabinet yang sedar akan kepincangan di dalam 1MDB serta menolak permohonan Najib dalam usaha menjaga kepentingan umum.

Ada sumber dalaman menyebut 1MDB memerlukan suntikan tunai RM3 bilion daripada Kementerian Kewangan (MOF) dan ada yang mendakwa MOF tidak mempunyai banyak pilihan kecuali untuk menyelamatkan 1MDB.

Mengikut sumber pasaran kewangan, kerajaan menerbitkan dua kertas perbendaharaan (treasury bills) pada jumlah yang besar (RM2.1bilion) dalam waktu terdekat (pada 11 dan 12 Februari).

 – HARAKAHDAILY 27/2/2015

PANAS! MENGAPA HIMPUNAN #KitaLawan TIADA SAMBUTAN!!


Tapi faktor utamo ialah diri nuar itu sendiri. Jom tgk. Time kes liwat I bilo nuar masuk jel, demo hari Sabtu paling bangang pun boleh cecah 2-3 ribu org. Maksimum boleh cecah 10-15 ribu org. Time tu mano ado twitter, fesbuk, instagram dan sbgnya, tahu-tahu sendiri je melalui mulut ke mulut. Pakai mulut ke mulut tapi yg turun ribuan bai. Time tu melayu je yg turun demo bela nuar. Kalau ado cino pun si Tian Chua sorang.

Kes Liwat II yg skrng ni nuar masuk jel, berapo org turun demo kek Sogo aritu? Walaupun dah dirasuah dgn tarian nago, yg turun lobih kurang dlm 70 org. Yg turun ribu-ribu dulu mano poie ey? Maleh nak ckp, kau tgk faktor nuar dulu.

Nuar dibebaskan pd thn 2004 krn pengaruh Pak Lah. KJ siap iring nuar balik rumah. Tak lamo kemudian, Ezam dan Azmin berkrisis. Nuar patut jadi org tongah yg menyatukan mrk berduo. Magiknya nuar bekap Azmin. Heran den. Time nuar dlm jel, Ezam hampir setiap malam menjelajah setiap pelusuk tanahair termasuk Sabah dan Sarawak berceramah nak tarik simpati ramai bebaskan nuar. Setiap malam bai. Korang setakat vigil bakar lilin je dopan Penjara Sungai Buloh itu pun dah ek heboh post gmbr dlm fesbuk. Tapi pengorbanan Ezam sukar nak den gambarkan. Mamat ni bukan bujang. Ado anak bini. Azmin buek apo time tuh? Meniago keto dan jadi kayo. Azmin dapek mano modal meniago keto? BPR ponah bukak fail kertas siasatan yg Azmin ni kaki makan rasuah. Tapi fail tersebut ditutup atas arahan org atasan. Sapo org atasan tuh? Kau cari sendiri.

Bukan setakat itu, Ezam siap masuk jel sobab ISA dan sobab OSA (kalau tak silap den) krn nak bela nuar. Azmin mano ponah masuk jel. Kalaulah nuar teringin nak berat sebolah, patut dio menyebolahi Ezam. Atau jadi watak penyatu. Kan sonang. Tapi nuar betul-betul amik sikap menyebolahi Azmin. PAS perasan akan krisis itu lalu menawarkan tmpt kpd Ezam dlm parti mrk. Tapi Ezam memilih buek NGO Gerak. Time tubuh NGO Gerak ni je sudah ramai reformis-reformis yg bersimpati dgn Ezam. Pocah dah PKR maso tuh. Ezam masuk Umno itu story lain, yg jadi main point ialah otai-otai kaki demo dah mulo muak dgn nuar.

Kemudian dtg pemilihan PKR thn 2010. Sbg Ketum, nuar haruslah bersikap berkecuali. Zaid Ibrahim lwn Azmin utk kerusi Timbalan Presiden PKR. Pemilihan PKR ketiko itu kacau bilau. Byk repot penyelewangan telah dibuek. Tapi HQ PKR buek bodo je kalau repot itu kono pd Azmin & the gang. Zaid Ibrahim tak puas hati sbb mmg tertonjol nuar betul-betul bekap Azmin. Ringkas cerita, Zaid Ibrahim keluar PKR dan tubuh Parti Kita. Time tu ramai reformis dah mulo perasan ketidakadilan yg dilakukan oleh nuar. Name je parti keadilan tapi nuar tak bersikap adil pun terhadap ahli-ahli parti sendiri. Repot-repot penyelewangan pemilihan sumo ey disapu ke bwh karpet. Suara-suara ahli PKR yg tak puas hati dgn situasi itu makin jelas berkumandang. Definasi adil versi nuar bg mrk ialah nuar mesti sokong Azmin. PKR pecah sekali lagi. Tak kiro la samo ado pocah ikut Zaid Ibrahim atau pocah dlm definasi ahli-ahli PKR memulaukan aktiviti parti mrk sendiri. Di samping itu rkyt Msia sendiri dah perasan ketidakadilan pemilihan parti yg digelar 'Keadilan' ini. Kalau dgn ahli parti sendiri kau dah tak adil, dgn rkyt Msia mmg lagilah kau tak adil, rumus rkyt Msia yg cerdik.

Selopeh Pru-13, Azmin beriya-iya sangat nak jadi MB Selangor. Nuar pulak time tu busy dgn kempen Black 505 dan keluar berceramah ke seluruh negara mengenai kepincangan SPR. Time tu Azmin keluar tv ckp PKR bukan parti anak-beranak (nepotisma). Eh min kau ape hal? Azmin kali ni tunjuk sejumlah Adun dan Ahli Parlimen PKR yg bersolidariti dgnnya. Tunjuk power la tuh. Tapi Khalid Ibrahim kekal menjadi MB Selangor. Tak lamo kemudian PKR lancarkan 'Langkah Kajang'. PAS ckp ape hal nih? PAS terkejut dan kocik hati dgn 'Langkah Kajang'. Salah satu sobab ey ialah PAS tidak diberitahu mengenai pelan 'Langkah Kajang' terlobih dahulu dan persetujuan mrk mengenainya. Kelentong punyo kelentong, last-last nuar ckp dio nak jadi MB Selangor. Sblm MH370 hilang, nuar kembali dipanggil mahkamah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari. Nuar terpakso hantar bini ey bertanding kek DUN Kajang utk jadi MB Selangor. Azmin tak puas hati apsal nuar tak bekap dio kali ni. Bekap utk jadi MB lah. Khalid Ibrahim pulak taknak lepaskan jawatan MB kpd Wan Azizah sobab tahu Wan Azizah ni bangang dlm hal memerintah sebuah negeri. Sumo org tahu Wan Azizah bukan reti pun mentadbir PKR. Dio cumo reti pegang kipas je. Majlis Syura Ulamak PAS, Almarhum TGNA dan Hadi kali ini dgn terang, jelas dan nyata bekap Khalid sbg MB Selangor. DAP pula sebaliknya menyokong 100% Wan Azizah sbg MB. Siap Lim Kit Siang kluar statement, Wan Azizah patut jadi PM kalau nuar ado kek dlm jel. Inilah statement paling bangang yg ponah kluar dari mulut Kit Siang.

Dlm pado maso yg samo, PKR sdg menjalankan pemilihan utk penggal 2014. Khalid Ibrahim kali ini mencabar Azmin utk mendapatkan kerusi Timbalan Presiden PKR. Kali ini repot penyelewangan pemilihan lagi tinggi mencanak drpd 2010. Kalau dulu tak puas hati diorg jerit tak puas hati, tapi kali ni jerit siap baling kerusi. Byk kerusi plastik terpakso direcycle akibat patah dibaling ahli-ahli PKR ke atas mrk sesamo sendiri. Kepalo yg berdarah kau tak payah story lagi lah. Gmbr kepalo berdarah ahli PKR menjadi hits dlm fesbuk dgn twitter. Pemilihan 2010 teruk dah. Pemilihan 2014 lagi bertambah teruk. Apsal makin teruk bai? Di sini umum nampak nuar sbg Ketum (Ketua Umum PKR) gagal memimpin partinya sendiri. Abis mcm mano dio nak pimpin Msia kalau partinya sendiri pun dio gagal nak pimpin? Soalan ini berputar dlm otak rkyt Msia yg mengikuti pemilihan PKR yg sdg berlangsung.

Nuar bersungguh-sungguh nak jatuhkan Khalid sbg MB. Khalid ni lurus. Dio kedekut duit rkyt Selangor tapi amat pemurah dgn duit sendiri. Bas jelajah yg nuar naik tu dtg drpd duit poket Khalid sendiri. HQ PKR yg berbulan-bulan tertunggak sewanya, Khalid yg bayar. Anak nuar kawin pun Khalid yg kluar belanjo. Nak tunjuk Khalid ni sahabat baik nuar. Nuar gunokan Rafizi utk serang Khalid pakai isu hutang Khalid dgn Bank Islam. Betul-betul pukimak punyo member. Nuar sendiri tahu bhw Bank Islam langgar terms perjanjian itu sobab Khalid menyatakan sokongan terbuko terhadapnya. Khalid siap melawat nuar di Penjara Sungai Buloh. Bilo langgar perjanjian, Khalid yg sue Bank islam. Tapi Rafizi punyo spin tunjukkan bhw seolah-olah Bank Islam yg sue Khalid. Ingat geng, Rafizi & the gang cumo menjalankan tugas yg diarahkan oleh nuar. Rafizi & the gang adolah barua nuar.

Musim krisis MB Selangor juga adolah musim menceritakan perihal keburukkan peribadi Khalid Ibrahim. Story Khalid bukan kaki solat pun keluar. Sdgkan ado bukti mato yg nampak Khalid berjemaah solat subuh dokek masjid. Sangat kontradik. Kalau seorg muslim tu dah mampu berjemaah solat subuh kt masjid, agak mustahil muslim tadi itu mahu meninggalkan solat-solat fardhu yg lain. Ironinya, setiap serangan (samo ado peribadi atau tidak) terhadap Khalid, Khalid balas dgn senyuman. Khalid juga menyediokan pasukan peguamnya yg sedio menyaman setiap fitnah yg dilontarkan terhadapnya.

Setiap kali demo korang jerit, Reformasi! Reformasi! Reformasi! Khalid Ibrahim tak ponah jerit pun perkataan Reformasi di jalanan. Tapi reformasi berjayo dilaksanokan di bawah pentadbiran Khalid kt Selangor. Ramai ahli PKR merungut tak dapek projek kek Selangor. Kalau Khalid bagi jugak projek kpd mrk dgn menolak faktor merit, mako apo bezo pentadbiran kjaan di bawah PKR dgn kjaan di bawah Umno? Takdo bezo, samo shj. Jadi takdo pointlah korang terjerit melaungkan perkataan Reformasi di jalanan. Itulah Khalid, org yg berjayo mengimplimentasikan jeritan reformasi di jalanan ke dlm bentuk perlaksanaan. Bukan mudah bai. Hati kono kering. Muko kono tobal. Kono tahan maki. Bilo ramai tak dapek projek atas tiket parti, fitnah yg dilemparkan kpd Khalid berlambak-lambak. Tapi Khalid steady dan terus buek kojo utk rkyt Selangor.

Tapi nuar tak hargai kesemuo jaso-jaso Khalid itu. Malah sanggup tikam belakang Khalid semato-mato nak jadikan Wan Azizah sbg MB. Walhal nuar dgn Khalid adolah sahabat yg baik dan akrab. Bagi sesetongah org, tikam member sendiri drpd belakang adolah doso bosa. Fitnah member sendiri. Tikam belakang. Mengutuk member sendiri dopan org ramai. Tikam belakang. Mengeksploitasikan member sendiri utk kepentingan diri sendiri. Juga tikam belakang. Rakyat Msia nampak nuar sanggup dan sampai hati tikam belakang sahabat akrabnya sendiri. Kalau dosa ini kau dah sanggup buek, doso-doso lain apo tah laie. Lolap mato yolah kau buek. Ini persepsi umum bai. Kau jgn memain. Bilo persepsi umum ini tertanam dlm minda para pengundi (rakyat Msia), adokah nuar masih layak menjadi PM Msia untuk tanahair ini? Kalau dah member sendiri kau sanggup tikam belakang, org lain yg bukan member apo tah laie bai. Lobih parah drpd tikam belakang la jwb ey. Kau sanggup menanggung risiko memilih pemimpin (jadi PM) yg sedemikian rupo?

Akhirnya Khalid mengundur diri dan Azmin berjayo jadi MB Selangor. Tapi reputasi PKR tercalar & terjejas teruk. Tidak mungkin pulih dlm maso yg singkat. Hadi dah semakin jauh hati dgn nuar. Bukan setakat jauh hati, malah bermusuh. Bermusuh la bilo tahu Pasma tercipto atas arahan nuar. Khalid sungguhpun gagap dan tak pandai berpidato, juga mempunyai ramai penyokong. Bilo Khalid dibuang 'kerakyatan' sbg ahli PKR, ramai penyokong Khalid pun ikut samo. Cumo tak isytihar je. PKR berpocah lagi. Tetapi kali ini amat teruk. Yg bagi pocah bukan BN tapi nuar sendiri. Betul ado faktor-faktor lain yg bikin lesu demo PKR pd arini tapi cukup dgn faktor nuar, abis gone trus demo yg mcm dulu. Yang tinggal berdemo utk PKR arini cumo mrk-mrk yg taksub kpd batang tubuh nuar shj.

Bilo kau kumpulkan point-point kek atas asbab-asbab mengapo PKR berpecah dan kau rumuskan mengenainya mako kau tidak kehairanan yg demo PKR Sabtu lalu tinggal 70 org shj. Nak-nak Hadi dgn nuar skrng bermusuh, takdo mano-mano ahli PAS pun yg sanggup turun sapot demo nuar. Nak harap ahli-ahli Pasma turun? Berapo ekor je yg turun bang. Azmin langsung tak turun. Walhal diolah manusio yg sering dibekap oleh nuar sehinggokan pocah bolah PKR dibuek ey. Terkini, Nik Nazmi cubo 'mengantarabangsakan' demo pado 7 Mac akan datang dgn mengambil isu-isu yg menyentuh nurani rakyat. Tapi rkyt Msia bukan bodoh bro. Diorg tahu Nik Nazmi cumo mengeksploitasikan isu-isu tersebut utk umpan rkyt Msia yg naif turun berdemo bersamo mrk tetapi primary objectivenya ialah demo nak bebaskan nuar keluar penjara. Sajo nak bg nampak ramai la kan. Lagi satu, yg PKR terdesak sangat sampai promosi Petisyen John Mallot ke serata alam maya apehal? Korang mmg suko sangat Uncle Sam Laknatullah mencemar kedaulatan negara ini, gitu?


MANA LAWAN TETAP LAWAN.....


apa pulak komen pengerak demo.....


Parti terkejut dan tak bersiap krn tak menjangka utk Anwar ke penjara...

faktanya seorang naib presiden siap kejar ke Indonesia menyusul Anwar ... yakinkan Anwar akan ke penjara maka kena namakan segera pengganti di Permatang Pauh dia cadangkan nama kawanya bekas ahli parlimen yg digugur pencalonan semula krn ditolak akar umbi sebelum ini ...

soalnya kenapa bila tahu Anwar akan ke penjara tidak dilakukan sesuatu untuk mengelakkan atau menggerakkan kesediaan rakyat dan parti... jawapanya itulah antara kucing2 parsi belaan yg disusun oleh Anwar disekelilingnya selama ini..

RINGGIT RENDAH PUNCA MINYAK NAIK HARGA


Selepas 3 bulan, harga petrol, diesel naik 25 sen



Harga runcit bahan api akan naik mulai tengah malam malam tadi

Harga runcit bahan api akan naik mulai tengah malam ini, dengan petrol RON95 pada RM1.95 seliter dan RON97 pada RM2.25 seliter, tiga bulan selepas Putrajaya mengurangkan subsidi bahan api bagi menjalankan sistem harga apungan terurus di Malaysia

Diesel pula akan dijual pada harga RM1.95 seliter, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek, menurut laporan Bernama.

Harga baru itu meningkat 25 sen dari harga Februari yang ditetapkan pada RM1.70 seliter bagi RON95 dan diesel dan RM2 seliter bagi RON97.

Peningkatan tersebut dijangka disebabkan kenaikan harga minyak mentah, selepas kemerosotannya tahun lepas dan awal tahun ini.

Harga Februari menyaksikan penurunan sebanyak 21 sen dan 11 sen masing-masing bagi RON95 dan RON97 dibandingkan pada Januari.

Hasan dalam satu kenyataan malam ini berkata, harga itu ditetapkan berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang Februari 2015 dan kadar pertukaran mata wang.



"Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya," katanya.

Beliau turut mengingatkan semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak supaya mematuhi penetapan harga baharu ini.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan berhubung harga baharu yang ditetapkan kerajaan," katanya.

Putrajaya menamatkan sistem subsidi itu Disember lalu selepas harga minyak dunia jatuh di bawah paras AS$60 setong ketika negara pengeluar minyak terus meningkatkan pengeluaran walaupun ekonomi dunia yang suram mengurangkan penggunaan.

Sejak 1 Disember, harga runcit bahan api ditetapkan menerusi kaedah apungan terurus dan harga baru diumumkan pada hari terakhir setiap bulan. Harga pada bulan Disember ialah RM2.26, RM2.46 dan RM2.23 seliter masing-masing bagi RON95 , RON97 dan diesel.

Harga minyak global menurun sejak Jun disebabkan oleh pengeluaran berlebihan dan tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan, mendorong rakyat Malaysia mempercayai yang mereka boleh menikmati harga minyak yang lebih murah pada 2015 .

Bagaimanapun, Reuters melaporkan hari ini, harga Brent mentah meningkat sebanyak AS$2.53 kepada AS$62.58 setong pada Jumaat, manakala minyak mentah AS meningkat AS$1.59 kepada AS$49.76 setong.

Agensi berita asing itu mengatakan, lebihan bekalan mungkin akan dapat dikawal dalam masa beberapa bulan akan datang dan harga minyak akan turun sedikit dalam jangka pendek, berdasarkan kajiannya.~TMI