05 Mac 2015

1MDB KINI JADI REBA KEPADA KABINET MALAYSIA???

Tanggungjawab 1MDB pindah ke Kabinet, kata wartawan veteran




Arahan supaya ketua audit negara semak akaun 1Malaysia Development Berhad petanda kini Kabinet ambil tanggungjawab bersama, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Ketika Putrajaya mengarahkan ketua audit negara menyemak akaun syarikat dibebani hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berpendapat ia tanda Kabinet mengambil tanggungjawab bersama atas dana pelaburan strategik milik negara itu.

Beliau berkata, ini juga menunjukkan, kuasa ke atas 1MDB, yang penubuhannya diilhamkan Najib, tidak lagi merupakan bidang eksklusif perdana menteri.

"Ini sesuatu yang mungkin berguna untuk perdana menteri. Beliau kini mengalihkan sebahagian tanggungjawab atas 1MDB kepada jemaah menteri. Sesuatu yang bermula sebagai hasil kerja seorang individu, kini menjadi beban kolektif Kabinet," tulisnya dalam blognya malam tadi.

Najib semalam mengarahkan ketua audit negara menyemak akaun kontroversi 1MDB, selepas Kabinet diberi taklimat mengenai akaun syarikat itu dan dimaklumkan dakwaan mengenainya adalah berkaitan urus niaga dengan pihak ketiga seperti PetroSaudi International.

Dalam kenyataan sama, perdana menteri berkata selepas taklimat 1MDB dan juruauditnya Deloitte itu, Kabinet yakin 1MDB tidak terlibat dalam sebarang salah laku, dan Kabinet masih berhasrat 1MDB melaksanakan hasil cadangan kajian strategiknya.

"Sekiranya terbukti terdapat sebarang salah laku, undang-undang akan dikenakan tanpa pengecualian," kata Najib sebelum ini.

Laporan Ketua Audit Negara akan diserahkan untuk pemeriksaan ketelusan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, yang tidak memihak mana-mana parti politik dan mencerminkan komposisi Parlimen, kata perdana menteri.

Najib semalam memanggil 1MDB dan juruauditnya Deloitte memberi taklimat kepada Kabinet berikutan laporan media baru-baru ini mengenai dana pembangunan strategik negara itu dan masalah aliran tunai yang dialaminya.

Ini dibuat seminggu selepas The Malaysian Insider melaporkan Kabinet menolak cadangan suntikan RM3 bilion tunai kepada 1MDB yang menghadapi kesempitan wang, menambahkan lagi masalah kepada syarikat itu dalam membayar balik hutang pada masanya.

Memetik sumber, majoriti menteri ketika mesyuarat Kabinet minggu lepas tidak meluluskan minit mesyuarat minggu sebelumnya bagi amaun yang dicadangkan.

Sumber lain mengesahkan keputusan Kabinet tersebut, dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada syarikat milik penuh kerajaan itu yang ditubuhkan pada 2009 untuk melabur dalam sektor ekonomi utama negara. – 5 Mac, 2015. ~TMI


BERITA BERKAITAN....

MP: Juruaudit sembunyi sesuatu untuk 1MDB?



MP DAP Petaling Jaya Tony Pua mempersoalkan sama ada firma audit KPMG telah membantu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk menutup sesuatu dalam perjanjian usaha sama kontroversi dengan PetroSaudi International (PSI).

Pua yang juga ketua DAP Selangor berkata hal itu berdasarkan dokumen baru berkaitan perjanjian yang didedahkan oleh Sarawak Report semalam.

Beliau berkata dokumen tersebut mendedahkan bahawa KPMG telah menutup penyata kewangan firma pelaburan itu berakhir 31 Mac 2010, walaupun dokumen itu menggunakan tarikh yang dikebelakangkan

Pua berkata penyata kewangan menunjukkan 1MDB terlibat dalam usaha sama dengan PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd pada 28 September 2009, yang dijayakan melalui 1MDB PetroSaudi Ltd.

Bagaimanapun, usahasama itu diketepikan dan pelaburan 1MDB sebanyak AS$1 bilion (RM3.656 bilion) dalam perjanjian itu kemudiannya ditukar kepada nota-nota Murabaha bernilai AS$1.2 bilion (RM4.387 bilion, sebagai pinjaman kepada 1MDB PetroSaudi Ltd) pada 31 Mac.

Bagaimanapun Pua menyatakan bahawa berdasarkan kepada dokumen yang dibocorkan oleh Sarawak Report, pertukaran perjanjian Murabaha sebenarnya bertarikh 14 Jun 2010. ~SUMBER

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya katiman dari surabaya kerja tki di malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu..saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang bapak tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Bila butuh angka togel ghaib yg sudah kami buktikan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
    KLIK=> BOCORAN ANGKA TOGEL

    BalasPadam