14 Februari 2015

MENTERI WANITA INDONESIA TENGGELAMKAN KAPAL MALAYSIA & THAILAND - [ BUKTI VIDEO & GAMBAR]


Menteri Susi tengelamkan Kapal Ikan Asing di Perairan Batam

TRIBUNNEWS.COM, JAKARTA - Menteri Kelautan dan Perikanan RI kembali menenggelamkan kapal ikan milik Thailand yang ketangkap tangan telah melakukan pencurian ikan di Perairan Indonesia, khususnya di perairan Kepulauan Riau, Senin (9/2/2015).

Lemas itu dilakukan di Perairan Dempo Batam Kepulauan Riau dan dimpingi langsung oleh Panglima Armabar.

Dalam kegiatan ini sekurang-kurangnya empat kapal diturunkan, diantaranya tiga kapal TNI Angkatan Laut yang masing-masing KRI Halasan dari unit kapal cepat rudal, KRI Barakuda dari unit kapal cepat peluru berpandu dan juga KRI Ciptadi dari unit kapal eksorta.

Menteri Kelautan dan Perikanan Susi Pudjiastuti mengaku penenggalam kapal asing ini sebagai bukti bahawa Indonesia serius menindak setiap pihak luar yang sengaja melakukan kecurian hasil kekayaan perairan Indonesia.

"Indonesia negara berdaulat, jadi tidak didarat saja berdaulat, dilaut pun Indonesia tetap berdaulat demi menjaga kekayaan laut di Indonesia," tegas Susi Pudjiastuti.

Wartawan Tribun Batam, HADI MAULANA,


Kapal Nelayan Malaysia Ilegal Ditenggelamkan



PrevNext


Kapal nelayan asing ditenggelamkan di wilayah Laut Belawan, Medan, Sumatera Utara, Kamis (8/1/2015). Kapal ikan milik nelayan asal Malaysia yang ditangkap Polisi Air ketika sedang mencuri ikan ditenggelamkan dengan cara diledakkan oleh Kepolisian Daerah Sumatera Utara.

CUACA PANAS DAN KERING BERTERUSAN SEHINGGA HUJUNG MAC

Cuaca Panas, Kering Dijangka Berakhir Penghujung Mac


KUALA LUMPUR: Cuaca panas dan kering yang dialami sekarang di kebanyakan kawasan terutama di utara Pantai Barat Semenanjung Malaysia dijangka berakhir pada penghujung Mac.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan pada Jumaat berkata, ia sejajar dengan bermulanya musim peralihan menjelang hujung bulan depan yang akan membawa lebih banyak hujan.

Ia menjelaskan negara pada masa ini berada pada penghujung Monsun Timur Laut yang menyebabkan kebanyakan kawasan kurang menerima hujan dalam tempoh yang panjang, sekali gus menjurus kepada berlakunya cuaca panas dan kering.

PM TURKI BELASAH OBAMA TEPAT KE MUKA


Perdana Menteri Turki ‘Belasah’ Obama Tepat Ke Muka


Tayyip Erdogan sewaktu lawatanya di Mexico.

Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdagon mengkritik sikap Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang dilihat hanya ‘kunci mulut’ berikutan kes pembunuhan tiga pelajar Muslim ditembak kelmarin di Chapel Hill.

Beliau menggesa Obama untuk menunjukkan kedudukannya sebagai Presiden atas kejadian tembakan yang telah mengorbankan tiga pelajar Islam.


“Ketiga-tiga pelajar Islam itu telah dibunuh di North Carolina dan Presiden Obama, Setiausaha Negara John Kerry dan Naib Presiden Joe Biden tidak membuat sebarang kenyataan mengenainya.

“Jika anda cuba mendiamkan diri apabila berhadapan dengan kejadian seperti ini dan tidak membuat kenyataan, ia seperti pihak anda cuba menutupi kesalah yang terang-terangan berat sebelah,” kata Erdogan semasa lawatan ke Mexico.


Ratusan penduduk Muslim menziarahi pusara tiga pelajar Muslim yang ditembak di Utara Carolina, semalam.

“Sebagai ahli politik, kita bertanggungjawab atas segala kejadian yang berlaku di negara dan kita perlu menunjukkan kedudukan kita dalam situasi begini,” kata beliau sewaktu bersama Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto di Istana Negara Mexico City.

Perkara ini dilihat Erdagon seperti Obama dan beberapa pihak atasanya seolang-olah memihak kepada suspek .

Sementara itu, White House pada Rabu kelmarin mengatakan kes tersebut harus disiasat oleh pihak Polis terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Perkara tersebut membuatkan hubungan pihak Turki dan AS bertambah tegang.

Pembunuhan tiga pelajar Islam itu di bandar Universiti North Carolina di Chapel Hill telah mencetuskan kritikan di dunia Arab tentang pilih kasih media Amerika dalam membuat liputan tentang serangan itu.

13 Februari 2015

TIGA MUSUH UTAMA NAJIB, ANWAR, MAHATHIR & GST - DEDAH AKHBAR THE EDGE REVIEW

Anwar di penjara, laluan mudah serangan terhadap Najib, tulis Edge Review


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini berkemungkinan terdedah kepada serangan dalaman yang mungkin tidak disedarinya selepas ketiadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi pesaing utama. 

Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan pertuduhan liwat dan hukuman lima tahun penjara kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim "perjudian besar " yang boleh menjadi “senjata makan tuan” kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, lapor The Edge Review dalam edisi terbarunya.

Dengan terkeluarnya pemimpin pembangkang itu daripada laluan, pengkritik Najib dari dalam parti pemerintah beliau berkemungkinan menghalakan serangan kepadanya dan ia akan menjadi lebih dahsyat, kata majalah mingguan digital itu.

Kritikan terhadap Najib nampaknya "semakin hangat", ia berkata, walaupun pada hakikatnya penyokong perdana menteri percaya memenjarakan Anwar akan memperkukuhkan kedudukan Najib dalam Umno, dengan menggambarkan beliau sebagai "pemimpin yang tegas".

Dalam artikel "The Najib Dilemma”, The Edge Review berkata penyokong perdana menteri percaya pemenjaraan Anwar boleh membawa kepada kemusnahan gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR), di samping meningkatkan prestij Najib dalam Umno.

Mereka bersependapat dalam hal ini berasa PR sudah berada dalam keadaan lemah berikutan pergaduhan terbuka antara PAS dan dua rakan kongsinya, PKR dan DAP, berhubung isu kaum dan agama. Penahanan Anwar akan menjadi pencetus kepada perpecahan pakatan pembangkang.

Tetapi The Edge Review berkata penahanan ketua umum PKR itu boleh memberi Najib "masalah baru" dalam bentuk serangan lebih ganas terhadapnya daripada pengkritik di dalam Umno.

"Najib, yang sedang bergelut dengan prestasi terburuk sejak memegang tampuk kuasa pada bulan April 2009, mungkin memberikan kelebihan tidak disengajakan kepada pesaingnya, yang diketuai bekas Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad, kelebihan dalam kempen secara terbuka untuk menyingkirkannya," lapornya lagi.

Memetik pendapat Ibrahim Suffian daripada Merdeka Centre, majalah digital itu berkata dengan Anwar di penjara, yang "perhatian dalam Umno kini tertumpu pada Najib", yang juga presiden parti.

Sebagaimana diketahui, Dr Mahathir memperbaharui serangannya terhadap Najib, hanya dua hari selepas keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan penyabitan dan lima tahun hukuman penjara kepada Anwar.

Dr Mahathir berkata dalam satu forum di Kuala Lumpur pada Khamis yang merujuk kepada Najib, "jika anda tidak menunjukkan prestasi yang baik dan orang mengatakan anda tidak bagus, sila letak jawatan."

Juga minggu ini, Najib dan keluarga didedahkan dalam New York Times berkenaan kekayaan mereka, termasuk pemilikan multi-jutaan dolar rumah di Amerika Syarikat.

The Edge Review juga memetik kata-kata bekas ahli Majlis Tertinggi Umno yang mengatakan "Mahathir dan orang-orangnya kini boleh menumpukan serangan kepada Najib".

Walaupun Najib mungkin kelihatan kukuh dalam Umno dan kekurangan mekanisme untuk menggulingkannya, kritikan yang berterusan untuk beberapa waktu terutama hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), mungkin menjadi lebih buruk jika perdana menteri gagal menangani kebimbangan ekonomi.

Ini termasuk hutang negara yang tinggi dan juga pendapatan hasil minyak dan gas yang menurun, yang mana Malaysia adalah pengeksport bersih.

Kritikan ini sedang berjalan tetapi ujian sebenar untuk survival Najib mungkin adalah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada bulan April.

Jika menghantar Anwar ke penjara menjadi suatu perjudian yang boleh menjadi “senjata makan tuan” kepada Najib, GST boleh menjadi serangan balasan yang tidak dijangka, terutama daripada kalangan golongan miskin luar bandar, kata laporan itu.

~SUMBER

Anwar mohon penjara benarkan ke pengebumian Nik Aziz, Tapi tiada Jawapan lagi?


Pautan kekal imej terbenam

Anwar mohon penjara benarkan ke pengebumian Nik Aziz



Peguam kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuba untuk mendapatkan kebenaran bagi beliau untuk menghadiri majlis pengebumian bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon kepada pihak berkuasa penjara untuk membenarkannya hadir ke majlis pengebumian bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang akan diadakan di Kota Baru, Kelantan hari ini, kata Peguam PKR Latheefa Koya.

Latheefa berkata, setakat ini pihak berkuasa Penjara Sungai Buloh – tempat Anwar ditahan sejak Selasa selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara dijatuhkan Mahkamah Rayuan kerana didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008 masih belum memberikan sebarang jawapan.

"Kami masih menunggu jawapan daripada pihak penjara," kata Latheefa kepada The Malaysian Insider.

"Sewaktu dipenjarakan kali pertama dulu, penjara pernah benarkan Anwar keluar untuk menghadiri pengebumian ibunya dan perkahwinan Nurul Izzah."

Nik Aziz meninggal dunia di rumahnya pada pukul 9.45 malam tadi di Pulau Melaka, Kota Baru, Kelantan selepas dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Latheefa memberitahu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya dibenarkan melawat suaminya buat pertama kali sejak Selasa lalu pada pukul 2.00 petang hari ini.

"Jika penjara tidak benarkan Anwar ke Kota Baru, isterinya juga mungkin tidak dapat menghadiri ke pengebumian Nik Aziz hari ini kerana waktu yang singkat sebelum lawatan pertamanya," kata Latheefa yang bertemu dengan Anwar di Penjara Sungai Buloh semalam bersama beberapa peguam lain.

Nik Aziz meninggal dunia akibat kanser prostat di kediamannya di Pulau Melaka, di Kota Baru, pada pukul 9.40 malam tadi.

Selain Anwar, mursyidul am PAS itu turut dilihat sebagai tokoh yang mampu menyatukan Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong memberitahu The Malaysian Insider, Nik Aziz menyelamatkan PR apabila berjaya menghalang cubaan membentuk kerajaan perpaduan Umno-PAS di Selangor selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Pengarah pendidikan politik DAP itu berkata, kini juga tiba masanya untuk parti pembangkang itu kembali sehaluan.

"Nik Aziz merupakan lelaki yang bijak. Jelas dalam tindakannya. Beliau menyelamatkan Pakatan pada 2008 selepas terdapat cubaan membentuk kerajaan perpaduan di Selangor.

"Ini minggu yang amat menyedihkan untuk Pakatan dan ada keperluan untuk bertindak sehaluan," katanya, ketika ditemui The Malaysian Insider selepas sebuah forum di Petaling Jaya lewat malam tadi.

Anwar dipenjarakan selama lima tahun selepas gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan tahun lepas yang mensabitkannya bersalah kerana meliwat Saiful.

~TMI

12 Februari 2015

Mursyidul Am PAS kembali ke rahmatullah




Mursyidul Am PAS kembali ke rahmatullah





Dengan izin tuhannya, para malaikat datang menyempurnakan tugas mengiringi ruh ayahanda menuju penciptanya tepat jam 940pm pada malam Jumaat yang agung.

Solat jenazah ayahanda akan di dirikan pada jam 10 pagi esok (Jumaat) 13 Februari 2015 di masjid Tok Guru, Pulau Melaka.

Semoga perjalanan tuan puan dari jauh dan dekat diberkati oleh Allah. Harap patuhi segala arahan bagi mengekalkan keselesaan buat semua dan perjalanan ayahanda menuju tuhannya.

Semoga ayahanda berbahagia di sisi Allah.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
12 Februari 2015/23 Rabiul Akhir 1436H

Ya Allah kasihilah dia, ampunilah dia, terimalah taubatnya. aamin






MALU TERJATUH, PRESIDEN ZIMBABWE GANTUNG TUGAS 27 PENGAWALNYA




GARA-GARA gagal menjaga keselamatan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe sehingga figura yang dikenali sebagai seorang diktator itu terjatuh, kira-kira 27 pengawal peribadi digantung tugas serta merta.

Menurut International Business Times, Mugabe, 90, tersungkur ketika turun dari podium selepas memberi ucapan kepada penyokong yang hadir menyambut ketibaan penerbangannya dari Ethiopia.




Selepas situasi tersebut berlaku barulah staf-stafnya mengerumuni untuk membantu, namun semua itu sudah terlambat.

Ada yang memaksa jurugambar memadamkan foto-foto yang telah diambil untuk tidak memalukan Mugabe namun itu semua nyata tak berjaya menghalang detik-detik memalukan ini tersebar ke seluruh dunia.

Menurut sumber sahih, insiden tersebut membawa kepada keputusan menggantung tugas 27 pengawal Mugabe yang dianggap telah gagal menjalankan tugas dengan baik.

“Situasinya mudah. Kumpulan sekuriti berkenaan dilihat ‘tidur’,” ujar sumber itu.

“Banyak bahagian disiasat setelah kejadian tersebut berlaku, daripada Air Zimbabwe (syarikat penerbangan) sehinggalah ke sekuriti. Segelintirnya mungkin akan dipecat.”





Tambah memanaskan hati Mugabe, gambar-gambar sepanjang insiden yang terlepas telah dijadikan ‘bahan’ pihak tertentu yang melakukan suntingan bagi menghasilkan gambar-gambar lucu.

Dalam pada itu portal The Standard melaporkan, kejadian tersebut bukan sahaja membuktikan para pengawal tidak menjalankan tugas dengan baik malah ia menandakan mereka tidak memahami asas tugas mengawal iaitu tidak berada tiga kaki dari kedudukan presiden.


APA JADI DENGAN AZMIN, HANYA SEMBANG KENCANG , MANA REFORMASI 2.0...!!!!

Pautan kekal imej terbenam

Azmin, Di Mana Kamu Campak Janji Kamu Kepada Penyokong Anwar Ibrahim?

Apabila berjanji, dia memungkiri.

Aku belajar satu perkara. Bahawa ciri-ciri pemimpin yang baik walau dia tidak sempurna ialah pemimpin yang tidak menjanjikan bulan dan bintang, tidak bermanis mulut dan tidak mendabik dada serta bercakap besar apabila berkata.

Satu ketika dulu. Aku pernah fikir bahawa pemimpin perlu sempurna. Tetapi seiring dengan pengalaman hidup. Aku belajar. Manusia tidak sempurna. Aku tidak sempurna. Pemimpin manusia adalah manusia. Maka pemimpin juga tidak akan sempurna. Maka aku belajar. Pemikiran aku salah.

Bagi aku. Pemimpin aku hanya perlu baik walaupun dia tidak sempurna. Apabila dia tersalah, dia minta maaf. Apabila dia buat keputusan yang silap, dia betulkan keadaan dan bertanggungjawab. Aku tidak mahu pemimpin yang menunjukkan atau memaparkan bahawa betapa sempurnanya dia perlu terlihat seolah-olah sebagai manusia, dia tidak pernah melakukan kesilapan.

Aku rasa Azmin Ali pasti faham apa yang aku mahu sampaikan.

Suatu ketika dahulu, Azmin Ali pernah berkata ;

"Sekali lagi malam ini saya nak ikrarkan, saya akan bekerja, saya akan lawan pastikan satu hari pun anwar tidak akan merengkok dalam penjara".

Pastikan satu hari pun Anwar tidak merengkok dalam penjara katanya. Konon. Sekarang dah hari ketiga Anwar dalam penjara. Azmin di mana sebenarnya?

Apa yang Azmin telah, sedang atau akan pastikan sebenarnya pada masa kini?

Antara transkrip ucapan Azmin Ali ;

"Sedara tak perlu kita adakan pilihanraya, kita kena turun ke jalan raya, apakah rakyat akan duduk diam dengan keputusan ( mahkamah) sebegini?
Apa tindakan kita? Nak diam lagi? Nak berpeluk tubuh lagi? Nak sokong umno lagi? Saya sudah menyarankan kepada rakyat malaysia sebentar tadi. Apa patut kita buat? Lawan tetap lawan? Nak lawan di pilihanraya sahaja? Nak turun jalanraya?

Orang yang zalim, rasuah, perompak, penjenayah tidak boleh dijatuhkan melalui pilihanraya, ianya hanya boleh dijatuhkan dalam, demonstrasi jalanraya...

Sekali lagi malam ini saya nak ikrarkan, saya akan bekerja, saya akan lawan pastikan satu hari pun anwar tidak akan merengkok dalam penjara"

-------------------

Dan ini videonya ;



Klik sini jika video gagal load.

Anwar dah tiga hari di dalam. Korang semua lancarkan reformasi two point zero. Tapi apa hasilnya?

Aku tak tuju pada rakyat Malaysia. Aku tuju pada pihak yang cakap berapi2 dalam video di atas.

Berapi2 konon nak pertahankan Anwar dari terpenjara atas isu fitnah. Berapi2 berucap konon macam power dan berani sangat. Berapi2 nak berjuang siap lancar reformasi 2.0. Tapi habuk pun tarak.

Dah sama macam aku jek gayanya. Jenis play safe. Macam mana aku nak jatuhkan BN tapi aku tak cederakan diri aku sendiri. Dah kalau korang pun fikir macam aku buat apa korang semua lancar itu lancar ini bila tiba pada saatnya satu hapa pun takde.

Sembang.

Yang paling power sembang dok cakap takan biar Anwar berada di penjara walau satu hari pun. Sembang. Anwar dah 3 hari. Terpenjara. Sendirian dan merenung nasib. Pemimpin PR terus bercakaran kat luar. Anwar konon nak mengubah Malaysia. Tapi yang mendekati dia semua jenis amek peluang dan kesempatan. Dia punya matlamat pun jadi liku-liku disebabkan orang2 sebegini. Tidak kah Anwar nampak sejauh mana dia dipergunakan oleh pihak tertentu yang mendorong dia mempergunakan rakyat pula?

Aku harap. Dan aku rasa aku mahu. Bahkan aku menyeru. Mari kita menulis surat kepada Anwar Ibrahim yang berada di dalam penjara. Disamping kita menghiasi waktu sunyinya dengan surat2 dari kita, kita juga cakap la sesuatu yang boleh membentuk dan mengasah bakat kepimpinan yang dia ada untuk menjadi pemimpin yang kita dambakan di negara ini. Aku nampak Anwar boleh dibentuk dan diasah. Namun aku juga nampak Anwar tertekan kerana secara tidak langsung diugut oleh pihak yang berkepentingan. Bukan dalam BN. Tetapi dalam PR. Aku harap Anwar lepaskan semua beban itu. Sekurang2nya belajar melepaskan semua beban-beban itu. Jika ada salah dan silap kita pada masa silam, kita lepaskan dengan pengakuan. Kita mohon keampunan dan kefahaman penyokong. Dan kita kembali bangkit dan bersatu. Pemimpin tidak perlu jadi sempura pun. Jangan takut dengan kekhilafan dan kelemahan kita. Kerana kita manusia dan kita semua memiliki kelemahan masing-masing. Tujuannya. Untuk kita saling melengkapi. Sebab itu pemimpin tidak boleh tertegak sendiri. Dia perlu penyokong untuk membetulkan langkahnya.

Manakala, ini satu gambar ini viral di kalangan penyokong BN.



Tujuan mereka adalah untuk menyindir. Gambar ini diambil selepas beberapa jam Anwar dipenjarakan. Riak senyum jadi sindiran bagi kalangan penyokong BN. Sungguh pun aku tak nafi bahawa hidup tetap perlu diteruskan walau apa pun terjadi. Makan tetap perlu makan. Mandi tetap perlu mandi. Kerja tetap perlu bekerja. Tapi aku tetap terasa semacam juga bila membaca sindiran dari kalangan penyokong BN kepada PR melalui penyebaran gambar di atas. Aku rasa tidak selesa dan kurang enak.

Dan apa agaknya, orang2 yang berapi2 berjanji tidak akan akan membiarkan Anwar Ibrahim meringkuk dalam penjara walau satu hari pun sekalipun akan rasa bila membaca sindiran penyokong BN terhadap korang semua? Baca sendiri disini, dan tentukan sendiri perasan masing2. Suka ataupun duka.

Bai. ~ Amenoworld

PANAS: BANK NEGARA BERI KATA DUA KEPADA 1MDB?

Laporan: 1MDB mungkin kena status ingkar


Firma pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mungkin merangkul status pembayar ingkar jika tidak menunaikan bayaran pinjaman RM2 bilion menjelang akhir Februari, lapor Wall Street Journal.

Menurut laporan itu, bank di negara ini mengeluarkan kata dua itu apabila hilang sabar kerana 1MDB sudah dua kali melanggar tarikh akhir pembayaran pada November dan Januari.

"Individu yang mengetahui proses tersebut berkata, konsortium kreditor – termasuk Malayan Banking Bhd dan RHB Capital Bhd – memberitahu 1MDB untuk mengemukakan pelan pembayaran, jika tidak (mereka) akan menghadapi 'akibat keingkaran',” lapor akhbar bisnes itu.

1MDB ketika dihubungi Malaysiakini bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu.

1MDB sebelum ini tetap dengan pendirian bahawa ia tidak pernah gagal membayar hutangnya.

Ancaman itu timbul susulan kenyataan Fitch Ratings bahawa status kewangan 1MDB menimbulkan “ketidakpastian” kerana kerajaan menjamin sebahagian daripada pinjaman itu.

Pinjaman RM2 bilion itu hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan liabilitinya berjumlah RM41.9 bilion setakat 31 Mac 2014.


SUMBER

baca lagi tentang hutang 1MDB.....

1MDB Bakal Muflis Jika Gagal Bayar Hutang RM2 Billion - Bank Tingkat Usaha Tekan 1MDB Bayar Semula Hutang Pinjaman.


Alhamdullilah, syukur. Hanya 1MDB jek muflis. Bukan Malaysia oke. Kira bagus la tue. Mari la bersyukur ramai-ramai. Janji negara aman sudah la.

Pemilik bank Malaysia akan menggerakkan peningkatan risiko kegagalan atau “event of default” (EOD) sekiranya pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) gagal membayar hutang RM2 bilion bagi unit tenaga yang diambil pada Mei 2014, kata sumber.

Pembayaran balik pinjaman tersebut sudah ditangguhkan dua kali dengan tarikh akhir pembayaran terkini adalah pada bulan lepas dan ia sebahagian daripada RM5.5 bilion pinjaman diambil salah satu unit syarikat milik Kementerian Kewangan (MOF).

Anak syarikat 1MDB Powertek Investment Holdings Sdn Bhd mengambil pinjaman pada Mei lalu untuk membiayai semula pinjaman penyambung RM6.17 bilion diambil pada 2012 untuk pembelian aset tenaga. Baki RM3.5 bilion sudah ditukarkan menjadi pinjaman dengan pelan pembayaran selama 10 tahun berakhir pada Ogos 2024.

“Keputusan sudah ditetapkan dan (tarikh akhir pembayaran) 18 Februari atau EOD akan digerakkan,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Maybank memberikan 58.99% daripada pinjaman RM 2 bilion itu manakala RHB memberikan 32.41%. Pemberi pinjaman lain adalah Alliance Investment Bank Bhd (4.06%), Malaysia Building Society Bhd (3.24%) dan Hwang DBS Investment Bhd (1.29%).

Sumber lain mengesahkan surat mengenai perkara itu sudah dihantar kepada 1MDB yang sedang berunding untuk meminjam wang daripada hartawan T. Ananda Krishnan bagi membayar semula pinjaman tersebut.

Tidak diketahui sama ada hartawan itu sudah bersetuju untuk memberikan pinjaman akan tetapi pengkritik mengatakan adalah luar biasa bagi syarikat milik kerajaan berhutang kepada rakyat.

EOD adalah tindakan atau keadaan menyebabkan peminjam menuntut pembayaran penuh baki hutang lebih cepat daripada tarikh akhirnya.

Menurut laman sesawang kewangan investopedia.com, peminjam kebiasaannya akan memasukkan fasal peningkatan risiko kegagalan dalam kontrak untuk melindungi diri sendiri sekiranya peminjam tidak mampu atau tidak berniat untuk meneruskan pembayaran pinjaman pada masa akan datang.

Apabila peningkatan risiko kegagalan digerakkan, pemberi pinjaman boleh menyita apa-apa cagaran dan menjualnya untuk mendapatkan balik pinjaman.

“Keadaan yang boleh menyebabkan berlakunya peningkatan risiko kegagalan termasuk pinjaman yang tidak dibayar apabila tiba tempoh matang, melanggar perjanjian dan diisytiharkan bankrap.

“Fasal peningkatan risiko kegagalan boleh dimasukkan bukan sahaja untuk pinjaman atau perjanjian pajakan, tetapi juga bagi usaha sama dan perkongsian. Fasal ini membenarkan pihak tidak ingkar keluar daripada perjanjian yang gagal,” kata laman sesawang itu.

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda memberitahu akhbar Business Times Singapura hujung minggu lalu baki AS$1.103 bilion (RM3.91 bilion) dana di Pulau Cayman tidak akan dibawa pulang ke Malaysia.

Ini menyebabkan ahli Parlimen pembangkang Malaysia yang bimbang kegagalan 1MDB membayar pinjaman menyebabkan risiko kewangan negara menuntut penjelasan.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, ini bertentangan dengan kenyataan awal 1MDB yang mengesahkan wang tersebut sudah dibawa balik selepas 1MDB dikecam kerana terlibat dalam urus niaga yang tidak telus di Pulau Cayman.

"Saya mendesak supaya satu siasatan segera dibuat oleh BNM berikutan pengesahan dana dari Pulau Cayman tidak kembali ke Malaysia.

"Kenyataan CEO 1MDB hari ini bukan sahaja menunjukkan pelaburannya bermasalah, lebih teruk ia memberi gambaran pengurusan 1MDB tidak telus dan menyembunyikan perkara daripada rakyat," kata ahli Parlimen Pandan itu sebagai respons kepada kenyataan Arul di akhbar Singapura itu. -TMI

11 Februari 2015

MENGAPA 3 KES MAHKAMAH MERUGIKAN NAJIB


Tiga kes mahkamah merugikan Najib

Mereka yang tidak berfikiran secara waras sahaja mengakui serta memuji kesederhanaan dan keadilan di bawah pentadbiran Najib.



PETALING JAYA: Walaupun ada yang terlalu gembira dengan terhumbannya Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara, hakikat sebenar hukuman tersebut merugikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dakwa Shahbudin Husin.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO itu berkata, Najib sebenarnya sedang tersungkur dalam persepsi buruk di mata rakyat.

Jelas beliau, Mana tidaknya, Najib sebelum ini turut dikaitkan dengan kes penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya manakala anggota polis Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar pula dituduh membunuh model warga Mongolia itu.

“Razak Baginda didapati bebas dan kesnya langsung tidak dirayu. Azilah dan Sirul, walaupun tiada motif, tetap didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

“Anwar pula, di sebalik semua rentetan keraguan yang ditimbulkan dalam mahkamah dan didedahkan secara meluas di media-media, akhirnya didapati bersalah dan dihukum lima tahun penjara,” katanya.

Menulis dalam entri terbaru blog shahbudindotcom.blogspot.com hari ini, tambah beliau, ketiga-ketiga kes ini memberi impak yang besar kepada pentadbiran Najib dari segi keyakinan rakyat mengenai keadilan dan kesederhanaan yang dilaungkan beliau sebelum ini.

Katanya, hanya mereka yang tidak berfikiran secara waras sahaja mengakui serta memuji kesederhanaan dan keadilan di bawah pentadbiran Najib.

“Semua ini, secara diam dan perlahan-lahan, sebenarnya sedang marak umpama api dalam sekam di hati rakyat dan hanya menunggu masa untuk meruntuhkan segala-galanya,” ujarnya.

Shahbudin mendakwa, kesedihan dan simpati rakyat walaupun tidak diluahkan secara terbuka sebagaimana kali pertama Anwar dihantar ke penjara dulu, namun mereka seolah-olah sedang memendamnya dalam perasaan dan hanya menunggu tarikh pilihan raya akan datang untuk meluahkan segala-galanya.

“Janganlah terlalu bergembira dengan hukuman yang diterima Anwar dan boleh jadi pisang yang mahu disedekahkan itu adalah juga untuk meraikan sebuah kejatuhan yang lain di masa akan datang,” akhirnya.~fmt

BACA INI PULAK.....

Putrajaya Bakal Ditawan Jika Anwar Dipenjara - A Kadir Jasin



Jika beliau (Anwar) dipenjara, PR akan menang pilihan raya umum dan mengambil alih Putrajaya/Foto:File

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin meramalkan Pakatan Rakyat (PR) tidak akan terjejas meskipun Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sekiranya keputusan liwat II membabitkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang akan diketahui esok tidak berpihak kepadanya.

Sebaliknya menurut A Kadir, tindakan ‘menyumbat’ Anwar dalam penjara berkemungkinan menyebabkan Putrajaya ditawan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Jika beliau (Anwar) dipenjara, PR akan menang pilihan raya umum dan mengambil alih Putrajaya. Saya ingin berkongsi kecenderungan beliau. PR tidak akan mengalami pertembungan apabila beliau dipenjarakan,” katanya dalam entri terbaru blognya, kadirjasin.blogspot.com, semalam.

Bekas Ketua pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times itu menambah, sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan kesalahan dengan tindakan memenjarakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, ia juga menyebabkan ahli-ahli parti terus bersatu meskipun terdapat perbezaan ideologi.

Malah kata A Kadir, beliau menjangkakan sokongan kepada Anwar akan dizahirkan oleh golongan muda.

“Remaja yang berusia 10 atau 15 tahun pada tahun 1999 – dalam perbicaraan kes liwat pertama Anwar – kini berusia 25 atau 35 tahun, dan mereka adalah orang-orang muda yang pemarah.

"Mereka tidak begitu tahu tentang apa yang berlaku pada abad yang lalu. Tetapi mereka tahu apa yang berlaku sekarang. Malah kebanyakan penyokong setia UMNO mengakui Barisan Nasional (BN) tidak mendapat sokongan pengundi muda dengan hanya menjatuhkan Anwar dan PR," katanya.

Anwar sebelum ini menyatakan bahawa PR masih mempunyai sokongan padu daripada rakyat dan sokongan tersebut mampu mencecah sehingga 60 peratus jka beliau dipenjarakan sekali lagi.

Pada 7 Mac tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang membebaskan Anwar daripada dakwaan meliwat Mohd Saiful.

Bagaimanapun Anwar, 67, meminta Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan Mahkamah Rayuan selepas ia membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi untuk membebaskannya.

Prosiding pendengaran rayuan terakhir kes liwat Anwar diadakan pada 28 Oktober sehingga 7 November, pada tahun lalu.

~SUMBER

KAKITANGAN RTM,BTV TERPAKSA BERDEMO TUNTUT TUNGGAKAN GAJI...ADA KENA JUAL BUAH NYOQ NAK SARA HIDUP..

Kakitangan Bernama TV berdemo tuntut tunggakan gaji



KUALA LUMPUR: Hampir dua bulan tidak dibayar gaji, seramai kira-kira 20 kakitangan Bernama TV mengadakan perhimpunan aman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam bagi menuntut bayaran tunggakan gaji daripada majikan mereka.

Para peserta tersebut antara lainnya membawa kain rentang dengan slogan 'Mana Shabery', merujuk kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sebahagian daripada saham Bernama TV dipegang oleh agensi berita nasional Bernama, yang terletak bawah bidang kuasa menteri tersebut.

Difahamkan seramai kira-kira 140 kakitangan diarah bercuti kerana Bernama TV tidak mampu menanggung bayaran gaji mereka.


Gaji terakhir yang diterima adalah pada 24 Disember.

Bernama TV dimiliki oleh Bernama TV Synergy Bhd, dengan pegangan 33 peratus oleh Bernama. Selebihnya dimiliki oleh pemegang saham swasta.

Para peserta itu turut membangkitkan isu sama yang dihadapi oleh pekerja separuh masa di stesen penyiar nasional, RTM.

Ada di kalangan kakitangan separuh masa RTM itu terpaksa menjual kelapa dan bekerja di restoran makanan segera dan menangguhkan rancangan untuk mendirikan rumah tangga kerana masalah bayaran gaji.

Seorang daripada peserta perhimpunan semalam membawa plakad dengan slogan: "BTV, RTM, Lawan tetap lawan".

Selain itu, Astro Production iaitu anak syarikat penyedia televisyen berbayar Astro - juga dilaporkan telah memberhentikan seramai 60 kakitangan mereka dengan notis 24 jam. ~ATV




'Jangan biarkan nasib kakitangan Bernama TV seteruk ini'

"Kami semua bukan sahaja hendak makan tidak cukup duit, hendak pergi kerja pun duit tidak ada," begitu keluhan seorang wartawan Bernama TV.

Katanya, gaji terakhir yang diterima pada 24 Disember tidak cukup untuk menampung kehidupannya selepas gaji untuk bulan Januari masih belum dibayar.

Wartawan itu memberitahu, seluruh tenaga kerja Bernama TV sedih dengan nasib masing-masing kerana tidak ada mana-mana pihak yang tampil untuk bantu.

"Kepada siapa kami hendak mengadu, siapa pun tidak peduli masalah kami.

"Kami ingat semasa Datuk Ahmad Shabery Cheek campur tangan selesaikan tunggakan gaji kami, semua selesai, sebaliknya makin teruk sehingga terpaksa ambil cuti," tambah beliau.

Beliau mendakwa, pihak pengurusan memang ada menasihatkan kakitangan Bernama TV kerana Bernama sudah tidak mampu membantu membayar gaji untuk bulan Januari dan Februari.

Sebagai kakitangan tetap, beliau kesal kerana masalah pembayaran gaji yang mula berlaku sejak bulan Julai tahun lalu semakin kritikal.

Tambahnya, keadaan ini sangat menyakitkan hati apabila banyak pihak saling menunding jari menyalahkan pihak-pihak lain.

"Cuba berterus terang siapa pembayar gaji kami. Mengapa pemilik Bernama TV ini tidak diambil tindakan kerana gagal membayar gaji pekerja, sedangkan terang-terangan menyalahi akta buruh," ujarnya yang tidak menafikan ada ura-ura pihak pengurusan mahu menutup terus operasi Bernama TV.

Jelasnya, mereka dimaklumkan perkara itu bakal diputuskan oleh Kabinet hari ini.

"Kalau pun ditutup tolong bayar pampasan yang setimpal kepada kami atau sekurang-kurangnya serap kami kepada Bernama.

"Kami juga perlu hidup dan jangan biarkan nasib pengamal media seteruk ini," tegasnya. - MalaysiaGazette

GEMPAR: RUSIA BOCOR MAKLUMAT AS TERLIBAT SERANGAN 9/11


Rusia dakwa ada gambar AS terlibat serangan 9/11 - Akhbar parti komunis

Akhbar parti komunis Rusia mendakwa Rusia akan menerbitkan gambar-gambar satelit yang menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terlibat dalam serangan pengganas pada 11 September 2001.

Ia tercetus ketika pegawai tertinggi Rusia memberi amaran kepada AS supaya tidak 'membekalkan senjata' kepada Ukraine yang sedang menentang puak pemisah di timur negara itu.

Prada yang merupakan suara Kesatuan Soviet sebelum ini mendakwa "Putin akan melakukan sekali sahaja, tetapi beliau akan meberi kesan ketara,".

Kini Prada dimiliki oleh Parti Komunis Persekutuan Rusia. Ia digunakan sebagai alat propaganda oleh Kesatuan Soviet sebelum ini khususnya ketika di bawah Joseph Stalin.

Tidak banyak perubahan pada Prada ketika ini, yang mengetengahkan artikel pro-Rusia dan anti-Amerika.

Masa artikel itu diterbitkan juga boleh dipersoalkan, iaitu ketika hubungan AS dan Rusia tegang berikutan kebuntuan terhadap penyelesaian konflik di timur Ukraine. Artikel Parda mendakwa sebahagian daripada gambar-gambar satelit itu adalah daripada laman sesawang www.secretsofthefed.com.

Artikel Prada menambah: "Rusia sedang bersedia untuk mendedahkan bukti pembabitan kerajaan AS dan perkhidmatan perisikan dalam serangan 11 September. Dalam senarai bukti itu termasuk imej satelit. Motifnya ialah untuk memperdayakan dan membunuh rakyatnya sendiri,'.

Artikel tersebut turut disiarkan dalam laman-laman sesawang teori konpirasi semalam.

US Fears Russian Publication of Satellite Photos of 9/11 FALSE FLAG

Pada Isnin lalu, BBC melaporkan rakan rapat Presiden Rusia, Vladimir Putin memberitahu Parlimen Eropah 'peperangan habis-habisan' akan berlaku jika AS membekalkan senjata kepada kerajaan Ukraine.

Ahli Parlimen Rusia, Alexei Pushkov berkata, senjata Amerika di Ukraine boleh 'menyemarakkan peperangan dan menjadikannya ancaman sebenar kepada seluruh sistem keselamatan Eropah'.

Pada Isnin lalu, Presiden AS, Barack Obama berkata, beliau mengutuk sokongan agresif Rusia secara berterusan di Ukraine.

AS, katanya, sedang menilai 'semua alternatif' bagi memberi tekanan kepada Rusia untuk menghormati integriti Ukraine.  ~SUMBER

KEMPEN HARGA BARANG TURUN...KEDAH DAHULUI NEGERI LAIN?



Kadar baharu caj deposit yang dikenakan terhadap pengusaha pasir di Kedah akan diputuskan selewat-selewatnya pertengahan tahun ini, kata Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan negeri Datuk Badrol Hisham Hashim.

Katanya, pemilik premis dan operator aktiviti pengorekkan pasir perlu menghadiri kursus Ahad ini bagi membincangkan beberapa isu berkaitan aktiviti pengorekan pasir di negeri ini.

"Kursus itu akan memperhalusi garis panduan dan pandangan pihak kerajaan tentang operasi pengorekkan pasir di Kedah," katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan rombongan kakitangan Jabatan Bekalan Air negeri Terengganu ke Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) di sini Selasa.

Menurutnya, pada masa ini caj deposit yang dikenakan terhadap operator masih berpandukan kepada kadar lama dan ia dikatakan tidak lagi relevan dengan keadaaan semasa.

"Contohnya, apabila operasi korek pasir dijalankan, jalan-jalan rosak dan pada waktu ini kita hanya caj RM40,000 tetapi jalan itu bernilai jutaan ringgit. Jadi ia tidak begitu adil, kita akan tengok balik," katanya.

Januari lepas, kerajaan negeri membuat keputusan tidak akan mengeluarkan lesen aktiviti mengorek pasir tahun ini kerana ia memberi kesan terhadap tebing sungai yang semakin terhakis serta merosakkan ekosistem alam semula jadi.

Jelas Badrol Hisham, Sungai Muda merupakan kawasan tumpuan pengusaha pasir dan pihaknya akan turut mempertimbangkan caj kepada pengusaha pasir yang membawa pasir dari Kedah ke negeri lain.

"Tak adillah sebab pembangunan dibawa ke negeri lain, pasir daripada Kedah antara pasir rebutan berikutan kualitinya. Ketika ini pembangunan pesat, dan permintaan pasir tinggi," katanya.

Mengenai lawatan hari ini, beliau berkata, delegasi 15 orang dari Jabatan Bekalan Air Terengganu itu diketuai Timbalan Pengerusi I Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan Terengganu Mohd Iskandar Jaafar.

Lawatan itu bertujuan berkongsi maklumat mengenai peranan LSANK dalam mengawal selia air serta pengurusan sumber air, katanya.

"Hasil maklumat yang diperoleh akan digunakan bagi membentuk Enakmen Air Terengganu yang boleh dikuatkuasakan terhadap penggunaan sumber air di negeri itu," katanya.

-- BERNAMA


Hangpa perkira nak naik caj itu ini...mana nak tahan semua kos pembangunan akan naik , cuba hangpa p tengok pasir di Langkawi dah sampai RM140.00 satu tan untuk lori kecik 1 tan......pe ke jadahnya....kuari haram belambak curi pasir....cuba hangpa pantau tengok apa salahnya bagi permit lump sum setahun kat depa dapat jugak hasil kepada kerajaan....nih sikit-sikit nak naik caj.....akhirnya pengguna yang kena.....

Harga simen sekampit sampai RM20.90  tu depa kata ada Kilang simen tak sampai 25km.....pasai apa di singapura harga simen dari malaysia cuma RM15.00 je sekampit mana daknya  kos nak buat rumah melambung-lambung......

10 Februari 2015

DALANG BALING BUNGKUSAN DAGING BABI DALAM MASJID TERBONGKAR


Dalang provakasi ditangkap, KM puji Masjid Telaga Air


KETUA Menteri (dua dari kiri) bersalaman dengan anak kariah Masjid Telaga Air yang dikatakan berjaya menangkap dalang provokasi terbabit, dengan Abdul Malik Abul Kassim (kiri sekali) dan Lim Hock Seng (kanan sekali) turut menyertai pertemuan tersebut di sini baru-baru ini.

BAGAN JERMAL - Kejayaan ahli kariah menangkap dalang yang membaling bungkusan berisi daging babi ke dalam Masjid Tegala Air dekat Butterworth mendapat pujian Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini baru-baru ini.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang memuji jemaah Masjld Telaga Air di Butterworth atas kejayaan mereka memberkas seorang lelaki.

“Kerajaan Negeri mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan jenayah yang tidak bertamadun itu,” tegas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Insiden itu, menurut beliau, mengingatkan warga Pulau Pinang terhadap tiga kes serangan berunsur provokasi ke atas rumah ibadat bukan Islam di negeri ini dahulu.

“Dua kejadian awal telah berlaku di Wat Buddha Siam di Tanah Liat, bukit Mertajam dan di Kuil Hindu Kaliamman di Pokok Machang, Tasek Gelugor.

“Kedua-dua serangan itu berpunca daripada lelaki yang turut dipercayai mengalami masalah mental, di mana dia telahpun ditangkap oleh polis,” jelas Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam.



Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Abdul Malik Kassim Abul Kassim dan Lim Hock Seng (ADUN Bagan Jermal merangkap Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Utiliti) turut menyertai pertemuan tersebut.

Beliau bagaimanapun berkata, Kerajaan Negeri menyeru rakyat yang berbilang kaum supaya bertenang serta tidak terpengaruh oleh perbuatan-perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut.

Justeru, Guan Eng menggesa pihak polis supaya bertindak pantas dan tegas terhadap insiden terbaru itu demi memulihara semula keharmonian agama serta keamanan rumah-rumah ibadat di negeri ini.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan bekerjasama secara aktif dengan semua pihak yang terbabit untuk memastikan serangan-serangan ini tidak akan menjejaskan perpaduan dan kestabilan rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini,” ujar Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih. ~SUMBER

DSAI AHLI POLITIK YANG PECAH REKOD MASUK PENJARA





Oleh:   Mazmi Yusoff  — di Mahkamah Rayuan Malaysia, Istana Kehakiman Putrajaya.

Walau Anwar Ibrahim ke penjara dlm 3 era ~
1~ ISA 1974-1976
2~ Fitnah I 1998-2004
3~ Fitnah II 2015-2020
Lawan tetap lawan!

foto Sinar Harian.

Sinar Harian

Anggota polis yang ditugaskan mengiringi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara Sungai Buloh, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM




Pautan kekal imej terbenam





Lensa kamera MalaysiaGazette sempat merakam kenderaan Nissan X-Traik yang membawa Anwar keluar dari Istana Kehakiman.foto, NOOR ASRIEYKUZAIREL SALIM, 10 Februari 2015.



Menurut sumber, semasa konvoi bergerak keluar, kenderaan yang membawa Anwar - Nissan Xtrail berwarna kelabu memasuki kawasan tempat letak kereta hakim di bangunan mahkamah terlebih dahulu manakala trak FRU dibelakangnya terus keluar ke jalan belakang mahkamah.



Semasa trak FRU dan PDRM berkenaan dikerumuni penyokong Anwar tetapi kenderaan SUV yang membawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terus keluar menerusi jalan di pintu hadapan mahkamah



Suasana terkini di luar Penjara Sungai Buloh yang menempatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Sinar Harian

APA KATA PASUKAN GUAMAN DSAI.....

Kami akan cari jalan 'selamatkan' Anwar - Gobind

Gobind dan rakan peguamnya memasuki Mahkamah Persekutuan bagi mendengar keputusan kes liwat Anwar dan Saiful di Putrajaya pagi tadi.

Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya tidak putus asa dan akan mencari jalan 'menyelamatkan' Ketua Pembangkang.

Salah seorang peguamnya, Gobind Singh Deo berkata, pihaknya akan berusaha mencari jalan tetapi masih belum menentukannya lagi.

"Kami akan umumkan kemudian..lepas biar kami teliti dulu kertas penghakiman," ujarnya kepada MalaysiaGazette sebaik sahaja keluar dari Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.

Anwar hari ini didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan selepas prosiding kes berkenaan berpanjangan selama tujuh tahun.

Gobind yang juga mengesahkan Ketua Umum PKR itu menerima hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.

"Dia dalam keadaan ok. Semangatnya kuat dan harap dia dapat mengharungi semua ini," kata Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong.
--MalaysiaGazette