06 Mei 2015

AJAIB TIADA MASJID ROSAK AKIBAT GEMPA KUAT DI NEPAL



KATHMANDU – Meskipun digegarkan dengan gempa sekuat 7.8 skala Richter pada 25 April lalu, Masjid Jamik Nepal di ibu kota Kathmandu masih berdiri tegak, walaupun banyak bangunan lain runtuh ‘mencium’ bumi.

Malah paling ajaib, tiada dinding yang terkupas atau retak di masjid tersebut manakala kegiatan ekonomi di sekitar kawasan rumah Allah itu masih sibuk dengan kedai-kedai sudah mula dibuka dibanjiri orang ramai.

Seorang anggota jawatankuasa masjid, Mohammad Rizwan berkata: “Kami bersyukur, ini semua kerana kuasa Allah.” Beliau menambah, kali terakhir bangunan masjid itu menjalani kerja ubah suai ialah pada 1995 lalu.



Lebih aneh kira-kira 600 meter dari Masjid Jamik Nepal, berdiri Masjid Khasmiri Taqiya dan bangunan tersebut juga didapati tidak mengalami sebarang kerosakan di sebalik gempa terkuat dalam sejarah Nepal sejak 80 tahun.

Paling pelik, ia berusia lebih 500 tahun, iaitu dibangunkan pada 1524 dan Rizwan menceritakan lagi: “Ada beberapa masjid di sekitar Kathmandu. Sebahagian besarnya berumur lebih 100 tahun tetapi tiada yang rosak.”

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Arkeologi Nepal, Bhesh Narayan Dahal yang dipetik laporan media tempatan, hampir 200 buah tapak warisan di negara itu rosak teruk akibat gempa dan kini meragut lebih 7,000 nyawa.



Ini temasuk Tapak Warisan Dunia UNESCO seperti tiga Durbar Square di Kathmandu, Bhaktapur dan Patan. Di Durbar Square, sebilangan khazanah kuil purba Buddha dan Hindu dilaporkan hancur musnah sama sekali.

Dahal menambah: “Saya boleh mengatakan 90% daripada tapak warisan sejarah rosak. Ada yang sebahagiannya retak, ada runtuh sepenuhnya. Ada yang kami perlu merobohkannya kerana bahaya sudah tidak lagi selamat.”

Selepas Nepal dilanda gempa akhir bulan lalu, anggota jawatankuasa masjid-masjid di sekitar Kathmandu mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari mana-mana warga Muslim tempatan yang terkorban.



Hasilnya ujar Rizwan, agak luar biasa apabila hanya dua yang ditemui maut dan beberapa orang lain disahkan cedera. Sebahagian besar daripada keluarga Muslim di pusat bandar raya Kathmandu juga terselamat.

Kini, Masjid Jami Nepal dijadikan sebagai pusat penghantaran bantuan logistik untuk mangsa gempa bumi dengan kebanyakannya merupakan bantuan makanan seperti beras, air bersih dan makanan segera.

Rizwan memberitahu: “Bantuan kemanusiaan ini diberikan oleh pelbagai lapisan masyarakat Muslim Nepal. Kami kemudian akan mengagih-agihkan penghantaran ke mana-mana penduduk yang lebih memerlukan.”

Dianggarkan terdapat 1.1 juta penganut Islam di Nepal, menjadikannya agama ketiga terbesar selepas Hindu dan Buddha. Angka itu merangkumi kira-kira 10% jumlah keseluruhan penduduk Nepal. – Agensi/H.A.AMREE

3 ulasan:

  1. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4 angka 3797 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
    juta, wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..







    Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
    anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
    butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))




    atau klik langsung di KLIK DSINI BOCORAN TOGEL



    angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



    angka GHOIB; malaysia



    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



    angka GHOIB; laos

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,Aku juga orang yang berdepan dengan masalah kewangan,Alhamdulilah dengan KehendakNYA Aku tidak pernah guna nombor ramalan,kenapa kita mesti percaya dengan ramalan ini,Biarpun anda telah Kaya raya dengan hasil nombor TOGEL,itu tak bermakna ianya tanda Rezeki dari Allah,Sebenarnya ianya tanda KEMURKAAN ALLAH SWT,apalah ertinya Kaya dengan hasil Judi tapi dimurkai olehNYA,akibat dari hasil Haram ini,menjadikan manusia itu berhati batu ,kejam,keras hati dan Jauh dari ALLAH,mungkin anda akan Kata ini adalah usaha dan tidak mencuri,padahal Allah telah perintahkan hamba2NYA untuk berusaha dengan susah payah,Rasullullah SAW pun berusaha dengan tukang 4 kerat,semua para Nabi mencari makan dengan susah payah,Nabi Sulaiman A.S. adalah Nabi dan juga Raja yang hebat,tapi Baginda membuat bakul rotan dan dijual dipasar2,hasilnya cuma 2 dirham,dan Baginda Nabi Allah Sulaiman beli dia roti kering,dan roti kering itu disungai dengan seorang pengemis,bayangkan....Nabi Allah Sulaiman,yang Allah anugerahkan kuasa mampu tundukkan manusia,jin,angin,haiwan dan tumbuhan pun bersusah payah cari rezeki,apalagi diri saya dan anda semua,wajib berusaha,Allah SWT murka pada hamba2NYA yang malas berusaha,jangan ambik jalan singkat ,Yakinlah rezeki dari Allah.....saya harap,anda jangan marah dengan teguran ini,inilah tanda kasih sayang antara saudara seagama,moga anda diberi petunjuk olehNYA dalam hidup ini...amin

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,Aku juga orang yang berdepan dengan masalah kewangan,Alhamdulilah dengan KehendakNYA Aku tidak pernah guna nombor ramalan,kenapa kita mesti percaya dengan ramalan ini,Biarpun anda telah Kaya raya dengan hasil nombor TOGEL,itu tak bermakna ianya tanda Rezeki dari Allah,Sebenarnya ianya tanda KEMURKAAN ALLAH SWT,apalah ertinya Kaya dengan hasil Judi tapi dimurkai olehNYA,akibat dari hasil Haram ini,menjadikan manusia itu berhati batu ,kejam,keras hati dan Jauh dari ALLAH,mungkin anda akan Kata ini adalah usaha dan tidak mencuri,padahal Allah telah perintahkan hamba2NYA untuk berusaha dengan susah payah,Rasullullah SAW pun berusaha dengan tukang 4 kerat,semua para Nabi mencari makan dengan susah payah,Nabi Sulaiman A.S. adalah Nabi dan juga Raja yang hebat,tapi Baginda membuat bakul rotan dan dijual dipasar2,hasilnya cuma 2 dirham,dan Baginda Nabi Allah Sulaiman beli dua roti kering,dan roti kering itu dikongsi dengan seorang pengemis,bayangkan....Nabi Allah Sulaiman,yang Allah anugerahkan kuasa mampu tundukkan manusia,jin,angin,haiwan dan tumbuhan pun bersusah payah cari rezeki,apalagi diri saya dan anda semua,wajib berusaha,Allah SWT murka pada hamba2NYA yang malas berusaha,jangan ambik jalan singkat ,Yakinlah rezeki dari Allah.....saya harap,anda jangan marah dengan teguran ini,inilah tanda kasih sayang antara saudara seagama,moga anda diberi petunjuk olehNYA dalam hidup ini...amin

    BalasPadam