TMJ Buat Lawak Stadium Larkin Kena Curi!
KUALA LUMPUR – Selepas membidas Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) kerana mendakwa penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) mencuri tiang gol Stadium Ipoh, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail menyiarkan satu gambar berunsur lawak mengenai Stadium Larkin.
Gambar yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers itu menunjukkan Tunku Ismail membuat lawak kononnya Stadium Larkin telah hilang dicuri pihak tertentu.
BERKAITAN: Penyokong JDT Curi Tiang Gol Stadium Ipoh?
Gambar dengan tulisan `Alamak Stadium Larkin dah hilang’ mendapat perhatian ramai pihak terutama peminat bola sepak tanah air yang menganggap tindakan Tunku Ismail itu merupakan satu sindiran ke atas PAFA.
Terdahulu, Tunku Mahkota Johor hari ini membidas dakwaan PAFA bahawa penyokong JDT mencuri tiang gol Stadium Ipoh dalam insiden keganasan bola sepak baru-baru ini.
Baginda yang merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, dakwaan yang dibuat oleh Setiausaha PAFA, Abdul Aziz Yeop Jamaluddin itu tidak masuk akal dan memalukan imej persatuan bola sepak tersebut.
Media hari ini melaporkan PAFA akan membuat tuntutan rugi kepada PBNJ diatas keganasan yang dilakukan oleh penyokong JDT termasuk merosakkan papan iklan, mengoyakkan jaring gol dan mencuri tiang gol Stadium Ipoh.
Tunku Ismail bagaimanapun menafikan dakwaan penyokong JDT melakukan keganasan dalam kejadian tersebut sebaliknya mendakwa penyokong Perak bertindak membaling objek keras termasuk batu ke atas penyokong Harimau Selatan.
Ingat menyaksikan perlawanan bola sepak lebih bahaya dari demo2 yang dianjurkan sebelum ini. PDRM kena ingat ini.
BalasPadamKalau tak silap , tengku ismail adalah pemain hoki yang pukul penjaga gol perak bila tolakkannya ditepis oleh penjaga gol. perak.
BalasPadamKalau salah tolong betulkan.
anon 29 Apr 2015 10:22:00 PG...
BalasPadamhang jangan buat perangai "belasah dulu baru tanya betui ka tak betui"...
tak molek kata ore kelate...
Tanpa Nama 29 April 2015:
BalasPadamSilap tu. Yang itu Tunku Majid, adinda tiri kpd Sultan Johor sekarang. Masa tu, Tunku Majid ialah Raja Muda Johor.