SELEPAS gagal menyerlah bersama jurulatih Croatia, Bojan Hodak, Johor Darul Takzim beralih kepada jurulatih Argentina, Mario Gomez pula.
Presiden Persatuan Bolasepak Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika mengumumkan nama jurulatih baru JDT itu memberi alasan, pasukannya memerlukan perubahan angin dan ini termasuklah membawa mereka ke peringkat seterusnya.
Hodak yang berjaya membawa JDT muncul juara Liga Super musim lalu telah digugurkan sebagai ketua jurulatih JDT pada Ahad.
Sambil merakamkan ucapan terima kepada Hodak di atas sumbangannya selama ini, Tunku Ismail berkata, jurulatih itu faham mengapa pihak persatuan terpaksa mengambil tindakan drastik dengan melantik jurulatih baru.
Tambah Tunku Ismail, jawatan terakhir Gomez ialah bersama Persatuan Atletik China Selatan di Hong Kong dan jurulatih JDT yang baru itu akan memulakan tugasnya secara rasmi Jumaat ini.
Dia juga pernah menjadi penolong jurulatih pasukan La Liga - Valencia serta bekas juara Itali, Inter Milan.
Ini baru betul2 profesional dalam menentukan perubahan...jangan tunggu lagi..terus tukar je untuk memastikan kecemerlangan pasukan mampu dicapai lagi..
BalasPadampasukan liga perdana m'sia cuma jaguh kampung sj. bila berdepan tim luar negara dlm liga afc hancur jaguh kmpg.tu baru tim yg level bawah baru
BalasPadamSemalam JDT dah buktikan club malaysia bukan jaguh kampung atau jaguh asean saje..sekian terima kasih
Padam