09 Mac 2015

PANAS: Muhyiddin Buat Najib Gusar Apakah Puncanya ?




1Malaysia Development Bhd (1MDB) sejak Oktober lagi berada dalam masalah besar -- dan kepemimpinan Umno yang dekat dengan presidennya turut dilanda masalah tersebut.

Sejak isu itu dibangkitkan dengan konsisten beberapa bulan lepas, termasuk oleh Dr Mahathir Mohamad, muncul desas-desus penyokong kerajaan di Dewan Rakyat tidak bersedia membelanya.

Kelihatannya, waktu itu, hanya Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang ghairah membela 1MDB, termasuk memberi jaminan lebih RM7 bilion dari pelaburan pesisir pantai di Cayman Islands akan dipulangkan ke Malaysia tahun ini.


Sejak isu ini tidak bertambah reda, malah terus menggugat 1MDB dan Najib, sekumpulan besar pemimpin Umno bahagian menyatakan sokongan kepada presiden mereka dalam satu pertemuan di bangunan Umno semalam.

Tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula tidak hadir -- dengan itu membuka spekulasi baru wujudnya pergeseran antara dua pemimpin atasan negara ini.

Muhyiddin pula mengeluarkan kenyataan berani dan tegas Jumaat lalu, sehari selepas Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyatakan kabinet yakin tiada salah laku pada syarikat itu.

Jabatan Audit Negara boleh menyiasat 1MDB sebelum laporan diserahkan kepada jawatankuasa parlimen, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), kata PMO lagi.


Tetapi Muhyiddin pula berkata PAC boleh menyiasat kontroversi 1MDB tanpa perlu menunggu hasil audit Jabatan Audit Negara.

Beliau juga mengingatkan bahawa kerajaan tidak bersedia menyelamatkan (bailout) syarikat pelaburan itu yang berhutang RM42 bilion.

Timbalan perdana menteri juga tidak bersetuju dengan penjualan tanah projek-projek Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia untuk melangsaikan hutang 1MDB.

Menariknya, walaupun kenyataannya dilihat berani dan berbeza daripada PMO, Muhyiddin menegaskan beliau tidak bercanggah dengan perdana menteri.

Boikot atau bukan boikot?

Syed Akbar Ali, penulis blog pro-Umno, membangkitkan persoalan tersebut dan mempertikaikan alasan kononnya lebih 30 orang yang tidak hadir itu, termasuk Muhyiddin, sibuk dengan urusan lain dan mereka dimaklumkan lewat.

Penulis blog itu pula mendakwa hanya 153 ketua bahagian yang hadir. Sebahagian besar yang tidak hadir itu ketua-ketua bahagian Johor dan Sabah.

Kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu diulang ketua Umno Cheras Syed Ali Alhabshee, tokoh yang dilihat dekat dengan penganjuran pertemuan setiakawan dengan presiden petang semalam.

Syed Ali (kanan)berkata, 31 pemimpin Umno bahagian yang tidak hadir bukan memulaukan acara itu, sebaliknya ada sebab tersendiri, termasuk notis singkat diberikan.

“Jadi kita tidak boleh harapkan kesemua 191 ketua bahagian akan hadir. Apa yang penting 160 orang ada di sana dan ini lebih daripada dua pertiga.

“Mereka semua ini ketua bahagian dan bukan wakil. Kami yang minta untuk berjumpa perdana menteri dan bukan sebaliknya,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Syed Akbar juga mendengar desas-desus bahawa Najib keluar lebih awal dalam keadaan tergesa-gesa dan enggan bertemu dengan media. Kenyataan isu 1MDB juga dikeluarkan oleh PMO, tambahnya.

"Presiden jelas sekali mengelak isu ini. Ia bukan sama sekali bukan berita yang baik - buat Najib," katanya hari ini.

Namun, ketua Umno Cheras menafikan kempen boikot oleh Muhyiddin dan lebih 30 pemimpin lain.

"Mereka yang mendakwa adanya pemulauan cuba memprovokasi. Pada masa lepas, Muhyiddin pernah tidak hadir, jadi apa masalahnya?" kata Syed Ali lagi.

Beliau berkata Najib menyatakan komitmen kepada semua yang hadir bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka yang terbabit dalam sebarang penyelewengan urus niaga 1MDB.

"Beliau (Najib) juga sangat terbuka. Ia seumpama pertemuan keluarga. Beliau bercakap dari hatinya dan menyakinkan kita bahawa ia tidak akan disorok. Memang ada komitmen untuk bertindak," katanya.

Syed Ali juga menuduh segelintir orang Umno menari mengikut gendang pembangkang dalam isu 1MDB. ~Malaysiakini



1MDB: 160 Ketua Bahagian UMNO sokong tindakan Presiden



Pengerusi Penyelaras Solidariti Ketua-ketua Bahagian UMNO bersama Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata seramai 160 Ketua Bahagian UMNO berpuas hati dengan perjumpaan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan di Menara Dato' Onn lewat petang ini. - Foto TRP/Mokhsin Zamani

KUALA LUMPUR, 8 Mac:

Seramai 160 Ketua Bahagian UMNO berpuas hati dengan perjumpaan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan di Menara Dato’ Onn lewat petang ini.

Pengerusi Penyelaras Solidariti Ketua-ketua Bahagian UMNO bersama Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian ketika menjelaskan mengenai pertemuan tertutup tersebut.

Malahnya, kesemua ketua bahagian menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bagi kepada presidennya yang kini dikatakan berdepan dengan banyak tuduhan dan fitnah dari pihak luar.

“Perhimpunan hari ini pertemuan biasa, ini kali kedua. Dan kami semua membincangkan berkenaan isu-isu semasa, termasuk isu 1MDB, kami menyatakan sokongan penuh kepada komitmen Presiden yang mengarahkan Ketua Audit Negara mengesahkan bebas akaun 1MDB.


“Ini bermakna tiada apa-apa yang cuba dilindung atau disembunyikan oleh Presiden dan juga kerajaan berkenaan isu ini. Dan kami semua berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan beliau,” katanya di dalam sidang media selepas tamat pertemuan tersebut.

Menurut Ismail, pertemuan ini adalah hasil inisiatif ketua-ketua bahagian UMNO di seluruh negara melalui aplikasi mesej Telegram.

“Ini kami bincang dalam Telegram, kumpulan Ketua-ketua Bahagian. Walaupun kami semua tua-tua, kami tahu guna Telegram. Macam kamu semualah ada Whatsapp,” katanya berseloroh.

Melalui perjumpaan itu juga, isu-isu semasa seperti mesyuarat cawangan turut menjadi topik perbincangan.

Ini termasuk memikirkan cara dan usaha bagaimana untuk mengukuhkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

“Banyak yang dipesan antaranya fokus dan kerja kuat. Kehadiran hari ini amat baik, dengan 160 yang hadir untuk menyatakan sokongan kepada Presiden.

“Dan Presiden gembira dengan sokongan yang diberi. Dari senyuman ‘bos’ (Najib) pun kami dah tahu beliau gembira,” katanya lagi.


2 ulasan:

  1. 1MDB is no issue. This is business. As long as careful business planning with adequate risk management are done, it will be no issue. As a matter of fact, 1MDB should issue more bonds. There are a lot of business potential around. A simple example is when a large hotel. Sometimes the developer of the hotel requires 20 years just to pay back the loan. MISC, Perwaja and even Proton are not making money.

    BalasPadam
  2. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4 angka 5329 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI DARMO,,di no ((( 082-301-142-255 )))
    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
    juta, wassalam.
    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..
    Solusi yang tepat jangan anda putus asah.... AKI DARMO akan membantu
    anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
    butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: AKI DARMO DI NO: (((082-301-142-255 )))
    atau klik langsung di http//suhuacay.blogspot.com
    angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
    angka GHOIB; malaysia
    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
    angka GHOIB; laos

    BalasPadam