18 Januari 2015

TERKINI : EROPAH DALAM KETAKUTAN , TENTERA BERADA DI MANA-MANA


Eropah Dalam Ketakutan, Askar Berada Di Mana-Mana


MELALUI laporan media antarabangsa, bandar-bandar di Eropah kini dikawal oleh pasukan tentera setelah beberapa serangan dilancarkan semenjak tahun lalu.

Di luar bangunan Muzium Yahudi di Brussels, pihak keselamatan negara menggandakan kawalan dengan meletakkan askar bagi menjaga kawasan tersebut.

Bangunan tersebut pernah menjadi lokasi serangan pada tahun lalu yang meragut empat nyawa.

Menurut laporan, situasi serangan demi serangan oleh pihak pengganas menyebabkan Belgium kini mengikuti jejak langkah Perancis yang menggunakan khidmat tentera bagi memelihara keamanan negara.


[BACA INI: Serangan Charlie Hebdo: Polis Perancis Buru 3 Suspek]


Boleh dikatakan, serangan di akhbar satira Charlie Hebdo yang meragut 12 nyawa pada 7 Januari lepas benar-benar menjadi ‘wake up call‘ buat dunia untuk tidak memandang ringan soal keselamatan penduduknya.

Dalam usaha pihak keselamatan Belgium memperkukuhkan tahap keselamatan negara itu, dua individu ditembak mati manakala seorang lagi diberkas dalam satu kejadian di Verviers, timur Belgium, dua hari lalu kerana dipercayai pengganas.

Tidak hanya memakai seragam lengkap, askar yang menyamar bersama-sama pihak polis turut kelihatan di Great Synagogue, Brussels malahan sesetengah jalan ditutup bagi lalu lintas.



Ada juga tentera yang dihantar ke bandar terbesar negara itu, Antwerp, yang merupakan kawasan didominasi oleh puak Yahudi.

Menurut Menteri Pertahanan, Steven Vandeput, selain dari kawasan tersebut, beberapa kedutaan turut dikawal termasuk kedutaan Amerika Syarikat, Israel dan Britain.

Menurut laporan berita, sehingga kini, pihak berkuasa telah membuat 17 penangkapan ekoran ancaman keselamatan iaitu 13 di Belgium dan empat individu di dua lokasi di Perancis.

[BACA INI JUGA: Serangan Berdarah Vincennes, Ragut Lima Lagi Nyawa Lima Lagi Nyawa Di Paris]

Di Perancis pula 10,000 tentera bersama-sama ribuan polis dikerah turun ke tempat-tempat tertentu setelah kes tembakan di pejabat Charlie Hebdo dan sebuah pasaraya mini Kosher berlaku minggu lalu.

Serangan demi serangan yang berlaku di negara Eropah awal tahun lalu didakwa dilakukan oleh puak militan Negara Iraq dan Syam (ISIS). -MYNS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan