16 Januari 2015

SENTUH, PELUK TETAP HARAM WALAUPUN ISTERI PM!!!

Pelukan Rosmah kepada Chong Wei tetap haram dan bukannya kanak-kanak lagi tetapi sudah menjangkau usia akil baligh.

PETALING JAYA: Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin menyelar kenyataan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee kerana mempertahankan tindakan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang memeluk jaguh badminton negara, Lee Chong Wei.

Katanya, “Apabila Syed Ali mengatakan tidak salah perbuatan Rosmah itu, saya harap ianya tidak bemaksud beliau ingin menukar hukum bersentuhan antara lelaki dan wanita muhrim daripada haram kepada tidak haram.”



syed-ali

“Saya juga berharap Syed Ali tidak bermaksudkan oleh kerana Rosmah adalah isteri Perdana Menteri, maka beliau mempunyai keistimewaan tertentu dari segi hukum dan dibenarkan berpeluk dengan sesiapa saja,” tambah Shahbudin.


Syed Ali sebelum ini menyifatkan pelukan Rosmah kepada Chong Wei adalah suatu penghargaan seorang ibu kepada anaknya yang berjaya meraih kemenangan dalam sukan.

Melalui blognya, Syed Ali berkata,”Bagi saya tidak salah bagi isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton yang berjaya mengharumkan nama negara.”

Menulis di dalam entri terbarunya di shahbudindotcom.blogspot.com, Shahbudin mejelaskan jika diamati di dalam penulisan itu, tindakan Rosmah itu bukan sahaja terhadap Chong Wei tetapi juga kepada Arjun Rampal dan Shahrukh Khan.

Shahbudin berkata,”Apakah dibolehkan juga Najib memeluk bintang-bintang sukan wanita yang mencapai kejayaan gemilang seperti Nicol David misalnya?”

Beliau meminta penjelasan kenapa hanya Rosmah berpeluk dengan Chong Wei saja diumpamakan pelukan ibu dengan anak, dengan Arjun Rampal juga tidak dikatakan geselan pipi antara ibu dengan anak? Begitu juga dengan Shahrukh Khan yang gambarnya turut tersebar di media sebelum ini?

“Ternampak seolah-olah Syed Ali mempunyai agenda tertentu dalam membela isteri Perdana Menteri dan cuba menyembunyikan perbuatan salah Rosmah yang lain,” katanya.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan sebagai seorang yang lebih dewasa dan berketurunan Nabi pula, Syed Ali juga seharusnya lebih arif akan hukum halal haram bersentuhan antara lelaki dengan wanita yang bukan muhrim dan tidak menjadikannya “tidak mengapa” semata-mata kerana ia dilakukan oleh isteri Perdana Menteri.

Beliau berkata, ia tetap haram lebih-lebih lagi ketika dipeluk oleh Rosmah itu Chong Wei bukannya kanak-kanak lagi, tetapi sudah menjangkau usia 30an, suatu tahap usia yang seharusnya sudah akil baligh dan boleh membenihkan zuriat.

“Bagi saya, tulisan Syed Ali hanya semata-mata untuk mempertahan dan membela Rosmah tanpa melihat keseluruhan fakta yang saya tulis. Selain berkaitan perlakuan Rosmah, saya juga turut menyentuh perbuatan maksiat lain yang lebih terbuka seperti perlakuan artis di televisyen, maksiat di pusat-pusat hiburan dan sebagainya,” jelas Shahbudin.

Tegasnya, perkara yang penting yang ingin dibangkitkan adalah sikap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang seolah-olah hanya melihat perkara remeh tetapi mengabaikan maksiat lain yang lebih besar dan terbuka.

“Ketegasan saya adalah jelas, jika ingin mengambil tindakan terhadap remaja yang berpeluk dengan artis K-Pop itu, ambillah juga tindakan terhadap semua maksiat lain, termasuk Rosmah yang turut melakukan perkara sama, malah buktinya bertebaran di sana sini,” ujarnya.~FMT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan