28 Januari 2015

Pinjaman Hutang 1MDB Bernilai RM2 Bilion Dengan Maybank, RHB Tangguh Buat kali Ketiga?

Pinjaman Hutang 1MDB Bernilai RM2 Bilion Dengan Maybank, RHB Tangguh Buat kali Ketiga? Ananda Krishnan Bakal Menyelamat!




 Berita Semasa sudah pun semak belum ada perkembangan berita berkenaan pinjaman hutang 1MDB Malaysia ini di mana-mana akhbar arus perdana seperti The New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro “lebih seronok cerita dalam kelambu” apatah lagi Utusan Malaysia jauh sekali, kerana tarikh 30 januari 2015 semakin hampir. Sudah jelaskan belum hutang?

Semakan Berita Semasa terhadap laporan berita terkini Bloomberg Business berkaitan perkembangan 1MDB mengatakan :

Laporan Berita Terkini Bloomberg Business : Status Pinjaman Hutang 1MDB RM2 Bilion?

Sepatutnya, 1MDb mesti bayar selewat-lewatnya hujung bulan januari ini. Tetapi sebaliknya telah berlaku di mana sekarang ini 1MDB sedang berusaha untuk mendapatkan satu lagi lanjutan pembayaran pinjaman iaitu sebulan lagi ke atas pinjaman hutang 1MDB bernilai RM2 bilion supaya 1MDB mempunyai cukup masa dan tempoh untuk menjual pegangan dalam unit tenaga yang dimiliki mereka pada ketika ini.



Jikalau diluluskan, ini bermakna 1MDB diberikan peluang dan lanjutan yang ketiga bagi pinjaman yang dibuat 1MDB melalui Malayan Banking Bhd dan RHB serta 3 peminjam yang lain.

Punca Pinjaman Hutang 1MDB RM2 Bilion Tidak Dijelaskan?

1MDB mencanang kepada seantero Malaysia bahawa anda, anda semua jangan risau, 1MDB tiada masalah untuk bayar pinjaman. Kata meraka aset yang dimiliki oleh 1MDB lebih daripada liabiliti mereka. Ok baik, anda berkemampuan, bayarlah. Tunggu apa lagi 1MDB? Mengapa masih terkial-kial bayar pinjaman hutang Maybank, RHB dan lain-lain?

Rakyat Malaysia tidak lupa apa yang terjadi kepada Renong / UEM / Timedotcom / Tri Resources semua “backed by assets” masa di puncak gawat 1998? Di mana mereka hari ini?

Tanyalah sesiapa kalangan yang berniaga waima apek di penjual ikan di Pasar Besar Selayang sekalipun, faktor paling penting untuk terus bertahan dalam perniagaan dan bisnes adalah…..


“Pengurusan modal kerja”

Nah….sekarang 1MDB sedang terpaksa mengemis tadah tangan minta tolong kepada taikun telekomunikasi negara, Tan Sri Ananda Krishnan. Apa sudah jadi 1MDB? Akhirnya yang untung siapa Ananda juga…..Selayaknyalah

BACA SINI : Jutawan Kaya, Taikun & VVIP di Malaysia Menikmati 51% Kekayaan Negara. Rakyat Miskin 20% Perlu Rebut Baki 5% Kekayaan Malaysia!


P/S : Minggu depan ini adalah minggu penting bagi ringgit Malaysia, sebab tempoh 1MDB bayar hutang pada 30 Januari 2015, jikalau tidak bayar juga, kemungkinan besar ringgit pun kena tempias.


PP/S : Ringgit Malaysia semakin sekarang sudah mula perlahan-lahan mendaki untuk menuju ke paras RM3.62 untuk setiap Dolar Amerika.


BY SUMBER


Kerajaan perlu sedia hadapi masa sukar - MIER



Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER),, Dr. Zakariah Abdul Rashid. - Foto Azhar Ramli

KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menggesa kerajaan menyiapkan pelbagai langkah bagi menangani keadaan pada masa sukar.

Pengarah Eksekutif Dr Zakariah Abdul Rashid berkata langkah yang diambil perlu meliputi pelaksanaan berkesan pembaharuan struktur dalam bekalan dan menghapuskan halangan perdagangan dan pelaburan.

"Langkah ini perlu bagi meningkatkan faktor produktiviti, potensi keluaran ekonomi, meningkatkan daya tahan ekonomi untuk bertahan dalam menghadapi kesan ke atas komoditi dari segi kejutan dagangan dan kadar faedah asing ke atas ekonomi," katanya pada sidang media mengenai Unjuran Ekonomi Suku Keempat MIER di sini hari ini.

Zakariah juga berkata Bank Negara Malaysia perlu meneliti kaitan antara pergerakan harga minyak mentah, kadar tukaran asing, rizab asing, selain tindakan dasar monetarinya.
Kedudukan ini memerlukan penyusunan dan unjuran semula ekonomi bagi meneliti penurunan ketara kadar tukaran ringgit dan penyusutan berterusan rizab asing.

Beliau berkata walaupun proses pelarasan kadar faedah secara berperingkat-peringkat baik ketika waktu biasa, tindakan tegas perlu apabila mengambil kira kejutan luar jangka dalam ekonomi.

"Dasar makro ekonomi perlu diselaraskan bagi memastikan trajektori pertumbuhan menaik dan matlamat Wawasan 2020 dicapai.

"Berikutan dasar monetari masih aktif dalam mengurus kitaran perniagaan jangka pendek, dasar fiskal perlu memberi tumpuan ke atas matlamat jangka masa sederhana dan panjang," kata Zakariah.

Usaha itu akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur dan mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap pengurusan baik makro ekonomi, tambahnya.

"Walaupun akan berlaku kesusahan jangka pendek, manfaat secara menyeluruh mengatasi kos dalam jangka sederhana dan panjang.

"Yang pasti akan ada lebih banyak peluang berbanding risiko yang dikaitkan dengan harga minyak yang rendah. Namun masalahnya ialah kita dilihat sebagai ekonomi yang bergantung kepada minyak, dan kadar ringgit teruk terjejas," katanya. - BERNAMA

1 ulasan:

  1. NAJIB DENGAN PUAK BN NI PENYANGAK DIA PEDULI APA HANCUR NEGARA INI

    BalasPadam