27 Disember 2014

KETUA KAMPUNG HALAU PIHAK MEMBERI BANTUAN BANJIR....MACAM NIE PUN ADA.....

Pihak berkuasa Johor halang ADUN DAP serah bantuan banjir



Gambar: Liew Chin Tong (kiri) dan Tan Hong Pin berbual bersama mangsa banjir di pusat pemindahan

KLUANG, 27 DIS: ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin kecewa apabia pihak berkuasa tempatan di Johor menghalangnya dan rombongan Pusat Komuniti Kluang untuk menyerahkan bantuan banjir.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam tadi, Hong Pin dan Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong dihalang dan dihalau keluar dari Pusat Pemindahan Bencana di Kampung Bentong Dalam oleh ketua kampung dikenali dengan nama ‘Sugiman’.

“Beliau memberi alasan bahawa rombongan kami tidak diundang, lantas kami telah dihalau keluar. Kami terpaksa membawa balik barangan yang dibawa itu dan diedarkan ke pusat-pusat pemindahan yang lain,” kata Hong Pin dalam satu kenyataan.


Menurut Hong Pin beberapa kawasan kampung di sekitar daerah Kluang dilanda banjir dan enam Pusat Pemindahan Bencana Alam dibuka untuk menempatkan mangsa banjir sejak Khamis lalu.

Tinjauannya mendapati antaranya kawasan teruk dilanda banjir adalah di Kampung Mengkibol dan Kampung Bentong Dalam yang ditempatkan di balai raya kampung masing-masing.

Antara inisiatif dilakukan Pusat Komuniti Kluang termasuk kutipan bantuan dari masyarakat awam sumbangan bagi membantu mangsa banjir. termasuk air mineral, roti dan biskut.

Justeru itu beliau menggesa kerajaan di peringkat Persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenepikan perbezaan fahaman politk dan bekerjasama dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir.

“Saya amat kesal dengan sikap tidak profesional dan tidak mesra oleh pihak berkuasa. Dalam situasi banjir yang genting ini, saya menyeru kerajaan mengenepikan perbezaan fahaman politk dan bekerja dalam misi membantu mangsa banjir.

“Pusat Komuniti Kluang tidak akan berputus asa untuk memantau keadaan banjir di sekitar kawasan Kluang dan sentiasa bersiap sedia untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yangmemerlukan,” kata Hong Pin. – Roketkini.com

BANJIR BUKAN HALANGAN BERBUAT IBADAH KEPADANYA, SOLAT TERPAKSA DILAKUKAN DI ATAS BUMBUNG MASJID, KUALA KRAI





sumber
Kuala Krai, solat atas bumbung masjid..


Bagi yang mahu berfikir, bencana diturunkan Allah SWT seperti banjir, seharusnya menjentik hati untuk berfikir tentang kekuasaanNya.

Antara yang harus diingat, detik ajal sangatlah dekat dengan manusia dan boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

Justeru, beruntunglah mereka yang diduga musibah namun tetap tak culas menunaikan tugas selaku hambaNya terutama menunaikan solat lima waktu.

Bayangkan dalam keadaan tertekan hadapi musibah banjir, wanita di bawah sedikit pun tak gusar meneruskan ibadat wajib kepadaNya.


Dipercayai dirakam di Acheh, wanita ini kelihatan tak gusar menunaikan ibadah solat meskipun dikepung banjir.

Bagi mereka yang punyai iman tinggi, musibah bagi mereka cuma ujian yang mendekatkan lagi diri kepada Pencipta.


Bagaimana pula dengan kita ini yang jauh dari kawasan musibah dan masih punyai banyak waktu bersenang lenang.. sudahkah anda tunaikan suruhan Allah SWT?



Inilah realiti mangsa banjir di Kuala Krai. Banjir disini sudah luar biasa, cukup2 lah royak banjir dalam keadaan terkawal ataupun ayat apa saja untuk sedapkan hari rakya Malaysia.

Dok raso sedih dan hiba ko kalu ahli keluarga kito hok tok tahu make gapo hampir 4 hari doh dale bangunan sekoloh ni. 26/12/14



hari ini, Muhyiddin Yassin, Mustapha Mohamad dan Shahidan Kassim di dalam mesyuarat bersama MB Kelantan untuk membincangkan langkah pengurusan banjir



Gambar banjir di universiti malaysia kelantan kampus kota pengkalan chepa kelantan. gambar ini diambil pada jam 12;00 tgh hari..masa ni pihak u berusaha memindahkan 1,400 pelajar dari kampus kota ke kampus bachok berikutan banjir makin teruk di pengkalan chepa..sejak dari malam semalam bekalan eletrik terputus.. 26/12/14


#banjirkualakrai
#banjirkelantan

BANJIR DI KELANTAN KIAN KRITIKAL


Najib Razak berbincang dengan MB Kelantan, DatukDatuk Ahmad Yakob sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

Banjir di Kelantan meruncing, Kedah makin pulih



KUALA LUMPUR - Banjir di Kelantan semakin meruncing apabila jumlah mangsa kini mencecah 81,925 orang manakala keadaan di Kedah semakin pulih setakat tengah hari ini.

Di Kelantan, 26,000 mangsa direkodkan di Tumpat, menjadikan jajahan itu paling teruk terjejas diikuti Kota Baharu dengan 24,034 mangsa.

Jajahan Pasir Mas juga masih mencatatkan jumlah mangsa yang tinggi iaitu 12,332 orang, Kuala Krai (5,200 orang) Gua Musang (5,150), Machang (4,039), Tanah Merah (3,548)Jeli (1,430) dan Pasir Puteh (192).

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata kesemua mangsa daripada 20,177 keluarga itu ditempatkan di 254 pusat pemindahan.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di sepanjang laluan utama dari bandar Kota Baharu ke Pengkalan Chepa telah dinaiki air, dan kebanyakan kawasan hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

Antara laluan yang terjejas ialah Jalan Sabak, Jalan Pengkalan Chepa, dan Jalan Tok Guru.



Di KEDAH, keadaan dilaporkan beransur pulih dengan baki 13 mangsa telah dibenarkan pulang dan pusat pemindahan terakhir di daerah Bandar Baharu telah ditutup.

Berbeza di Terengganu, 35,246 penduduk melibatkan 6,750 keluarga masih berada di pusat pemindahan.

Daerah Kemaman masih mencatatkan mangsa tertinggi dengan 25,055 orang, diikuti Dungun (8,725 orang), Kuala Terengganu (1,247 orang) dan Hulu Terengganu (219 orang).

Sebanyak 99 pusat pemindahan masih dibuka iaitu 50 di Kemaman, Dungun (35), Kuala Terengganu (9) dan Hulu Terengganu (5).

Di Pahang, jumlah mangsa meningkat kepada 35,564 orang dengan daerah Raub turut terkesan dengan 666 penduduk dipindahkan ke 17 pusat pemindahan yang dibuka pagi tadi.

Menurut laporan Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, lapan lagi daerah yang terjejas ialah Kuantan dengan 15,072 mangsa, Jerantut (5,802), Temerloh (4,522), Maran (3,335), Pekan (3,128), Lipis (2,470), Bera (528) dan Rompin (41).

Jumlah mangsa di PERAK turut meningkat kepada 6,730 orang melibatkan daerah Kuala Kangsar, Perak Tengah, Hulu Perak dan Kerian.

Daerah Perak Tengah mencatat jumlah mangsa paling tinggi dengan 3,311 orang diikuti Kuala Kangsar (2,711), Hulu Perak (657) dan Kerian (51), demikian menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak.

Di Johor, Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa menurun kepada 1,096 orang di 14 pusat pemindahan.

Di Perlis, jumlah mangsa berbaki 195 orang di tiga pusat pemindahan iaitu di Dewan Seri Malau, Beseri, Dewan Beseri Dalam dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, Kangar.

Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa semakin berkurangan daripada 331 orang pagi tadi kepada 80 tengah hari ini setelah paras air semakin surut.

Di SSelangor, dilaporkan 85 orang terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan di Klang selepas beberapa kawasan dilanda banjir sejak dua hari lepas.

Antara kawasan terlibat ialah Jalan Datuk Abdul Hamid, Taman Sentosa; Kampung Budiman; Persiaran Hamzah Alang; Batu 5; Jalan Meru dan Jalan Paip di Meru.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dan jangkaan hujan lebat pada masa ini mungkin boleh menyebabkan paras air di kawasan berkenaan meningkat semula. - 

Bernama

#banjirkelantan

KISAH KELUARGA DAN PENDUDUK KAMPUNG LARI KE BUKIT UNTUK MENYELAMATKAN DIRI DI LOJING.....

KAWASAN LOJING, GUA MUSANG

Oleh : Zarina Daud


Assalamualaikum wbt

Terlebih dahulu ribuan terima kasih diatas doa, bacaan yasin, dan usaha yg anda semua berikan demi keselamatan kami sekeluarga. Alhamdulillah syukur kpd Allah kerana saya terpilih utk merasai pengalaman sbg pelarian banjir Temangan Lama bersama kedua2 org tua yg sakit (strok dan jantung), nenek yg uzur.. Iman yg masih kecil.


Melarikan diri ke rumah yg kedudukannya di kaw tinggi tidak pernah kena banjir... Seterusnya ke kilang papan yg lokasinye tinggi (dpt merebahkan badan 30 minit di atas pasir dan habuk kayu utk menghilangkan lelah), kemudian berpindah lg ke kaw lebih tinggi.. Seterusnya mendaki bukit, bergelap, berhujan, bersejuk, berlapar... Iman hanya diam.. Air mata mengalir tanpa henti.. Tatkala dia minta air utk diminum.. Allah shj yg tahu peritnya hati ini. Dimana boleh aku dptkan seteguk air ketika itu.. Hanya berbekalkan biskut chipsmore kecil kegemaran iman.. Dpt lah dia menahan lapar..


Tiada bantuan oleh pihak jpam, bomba, polis selama kami disitu. Alasannya air sungai terlalu deras dan pokok tumbang. (Betul, sy mmg faham.. Mmg sukar ke situ).


 Sehinggalah hr kedua, jam 12 tghr abg kandung saya kebetullannya sbg penggawa di situ dtg menyelamatkan kami. Dengan hanya menggunakan bot kecil miliknye, yg hanya muat sebilangan kecil mangsa shj. 

Selamatkan org tua yg sakit dan uzur, oku, wanita nak bersalin.. Laluan sukar, pokok tumbang, kayu balak yg terapung.. air yg sgt deras..
Selamatlah kami bermlm di pusat penempatan banjir kedua, SK Temangan. Makanan di catu, kemudahan air paip yg semakin terhad. Hnya dibenarkan utk kegunaan penting shj. Mandi tidak dibenarkan.


Allah... Maha hebat dugaan yg diberikan ini.. Saya yakin, Allah akan menggantikan sesuatu yg lebih hebat lg utk saya dan keluarga.. Kereta dan harta benda yg tenggelam in sha allah boleh diberi ganti.. Hilang nyawa??

Tp saya sgt berpuas hati kerana dpt menjaga ibu bapa nenek serta ibu saudara (mertua) sehabis daya saya.. Terima kasih yg tidak terhingga kepada suami saya..Hazli Hanapi .. 


Yg masih terkandas dibukit. Anda lah wira kebanggaan saya.. Tidak tidur, tidak makan, demi kepentingan org lain. Saya doakan keselamatan dan kesihatan awak.. 

Terima kasih kepada abg long saya Mohd Nor Daud.. Yg menjadi superhero dtg menyelamatkan kami semua. Walaupun kejian dan makian org ttg ketidakpuasan masing2. Anda hanya manusia biasa.. Anda telah melakukan yg terbaik...


Alhamdulillah syukur.. Kami semua selamat kecuali adik ipar saya Hanif Hanapi yg tidak diketahui status dan lokasinya. Lokasi terakhir diketahui beliau berada di bumbung rumah di sekitar kg. In sha allah selamat juga..
Gambar di bawah adalah yg sempat dirakam semasa terperangkap di bukit.. 

P/s: tentera sudah berjaya memunculkan diri hr ni..(day 3).. anak saya pula fobia tgk air hr ni. X nak mandi.






RAKAMAN 14 VIDEO BANJIR DI KELANTAN


BERIKUT adalah jumlah mangsa banjir sehingga pukul 9 malam Jumaat: 26HB.DIS 2014

NEGERI        25 DIS     26 DIS (PAGI)    3 PTG    9 MALAM
    ------        ------     -------------    ----- -------

 
KELANTAN      34,955       32,139         45,467      45,467

TERENGGANU  29,082      30,147         31,001      34,109

PAHANG        28,578       35,736         35,736       33,324

PERAK           5,512        5,530            6,119         6,335

JOHOR              -          201                 214           896

KEDAH             76          157              96               1

PERLIS           263          263              263            209
JUMLAH        98,466       104,173       118,896        120,341

 Banjir Di Kuala Krai Kelantan Disember 25 2014 (Video of Flooding In Eastern Malaysia)



26 Disember 2014

TERKINI : EMPANGAN BANG LANG DI YALA LEPASKAN AIR HARI INI!!!




VIDEO : SINI


OLEH : Kelab Pencinta Sejarah Kelate

PPSK : INFO BANJIR

Berita ini admin tidak dapat sahkan. Mohon warga FB pakat sahkan kesahihan berita ini. Air di empangan Bendang Setar, wilayah Yala Thailand sudah dilepaskan. Bersiap sedia wahai rakyat Rantau Panjang dan Pasir Mas!

Pintu empangan di selatan telah dibuka untuk elak empangan pecah, air akan sampai ke Yala dalam masa 24 jam, Patani dalam masa 48 jam, adik kakok di Klate bersedia untuk hadapi banjir yg lebih buruk, kawe tolong translate dari website Thai..

Gambar dr Pages Voice of Pattani.

Sebarkan untuk peringatan bersama. Air akan melimpahi Kelate melalui Sg Golok. - sumber Anak Kelate di Universiti


BERITA INI MEMANG BETUL DARIPADA LAPORAN   BANGKOK POST JUGA MENYATAKAN PERKARA TERSEBUT.    TETAPI ADAKAH AIR LIMPAHAN EMPANGAN DARI THAILAND AKAN SAMPAI KE KELANTAN, INI TIDAK DAPAT DIPASTIKAN.......


 Pelepasan Air Empangan,  Banjir Dijangka ke Yala, Pattani
- Bangkok Post

Diterbitkan pada: 26 Disember 2014
Penulis: Ayub Pathan, Abdulloh Benjakat dan Waedao Harai

Masyarakat  terasa bahang di bawah banjir monsun dalam kesusahan di Selatan  Thailand dihadapi lagi. Hari ini pihak berkuasa memberi amaran mereka akan melepaskan air dari empangan yang penuh Bang Lang di Yala.



Orang membawa barang-barang mereka manakala meranduk melalui air banjir di wilayah Pattani pada hari Jumaat. (Reuters foto)

Dengan takungan empangan pada 99% daripada kapasitinya, sebelum ini dibanjiri  kampung sungai di Yala dan Pattani wilayah telah memberi amaran ancaman baru lewat pada hari Jumaat oleh Timbalan Gabenor Yala Sayant Intharapakdi.

Beliau berkata hujan dari 17-25 Disember hujan moonsoon telah meningkatkan tahap di belakang empangan Bang Lang kepada 114,81 meter di atas paras laut min. Paras air-pegangan maksimum adalah 115 meter.

Empangan hidro diadakan 1,444.80 juta meter padu air, iaitu 99,34% daripada jumlah kapasiti takungan. Ia adalah penting bahawa air dilepaskan daripada empangan untuk memastikan keselamatannya, kata Encik Sayant.


Nimuhammadnurdin wae, seorang jurutera kanan di empangan Bang Lang, berkata pelepasan yang bermula kira-kira tengah hari pada hari Jumaat. Empangan ini akan mengeluarkan kira-kira 30 juta meter padu air setiap hari untuk melindungi integriti dalam struktur.

"Pelepasan dari empangan Bang Lang akan memberi kesan kepada orang di Yala dan Pattani. Tahap Sungai Pattani akan naik dan rumah banjir di kawasan berisiko di sepanjang kedua-dua belah sungai di Bannang Sata, Krong Pinang dan daerah Muang Yala," Encik Nimuhammadnurdin berkata. (Sambungan di bawah)




Air dilepaskan dari empangan Bang Lang di Yala pada hari Jumaat. (Gambar oleh Maluding tido)

Beliau dijangka pelepasan air untuk sampai ke Yala  10:00 pagi pada hari Sabtu dan masukkan Pattani pada hari Ahad.

Batu-fill Bang Lang empangan berdiri di Sungai Pattani di daerah Bannang Sata dan 58 kilometer dari pusat Yala.

Timbalan Gabenor Pattani Weerapong Kaeosuwan pada hari Jumaat disyorkan pemindahan penduduk yang tinggal di tepi sungai Pattani di Muang Pattani, Yarang, Nong Chik dan daerah Mae Lan. Daerah Muang Pattani dinaiki air malam Khamis semasa air pasang yang tinggi.

Di wilayah Narathiwat, paras banjir meningkat sedikit di Sungai Kolok dan Tak Bai daerah pada hari Jumaat kerana air banjir dari daerah Sukhirin dan bersaliran air banjir dari negeri Kelantan di Malaysia ke dalam sempadan Sungai Sungai Kolok.

Beberapa sekolah di bandar dibuka semula pada hari Jumaat , tetapi kawasan-kawasan pedalaman masih ditutup.

Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha berkata di Tak Bai pada hari Jumaat bahawa banjir di tiga wilayah selatan iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat adalah yang paling teruk tahun ini, dan diburukkan lagi kerana jalan raya telah dibina tanpa longkang dalam aliran air banjir semula jadi. Beliau berkata kawasan takungan air ini perlu di tiga wilayah. ~ SUMBER

GAMBAR TUANKU SULTAN MEMBANTU MEMINDAHKAN MANGSA BANJIR TANPA PROTOKOL....

Pautan kekal imej terbenam

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V melawat pusat pemindahan banjir di Maktab Sultan Ismail






INFO TERKINI 26/12/14 2.00 PTG Harian Metro ‏@hmetromy 

#bah2014 Mangsa banjir di Kelantan meningkat kpd 45,467 orang drpd 8,884 keluarga sehingga 2 petang ini berbanding 38,030 orang malam tadi










Tuanku Sultan Kelantan. Baginda turun padang bantu mangsa banjir.

Tindakan sultan Kelantan yang turun padang untuk membantu mangsa banjir adalah tindakan yang betul dan sudah tentu ini membuatkan rakyat Kelantan merasa sultan itu dekat di hati mereka.

Hanya Di Kelate

Menteri Besar Kelantan, Barisan EXCO, SEMUA YB PAS, UMNO & LAIN...ADMIN MENYERU SUPAYA MENDESAK KERAJAAN PUSAT ISTYIHARKAN DARURAT DENGAN SEGERA..!!! KEADAAN SEKARANG SUDAH TIDAK TERKAWAL LAGI..BANYAK MANGSA YANG TERPERANGKAP & TIDAK MENDAPAT BANTUAN...

RAKYAT KELANTAN MEMOHON DARURAT..!!! SUPAYA BANTUAN YANG LEBIH BANYAK DIPEROLEHI..KESIANI KAMI RAKYAT KELANTAN...JANGAN BIARKAN NYAWA KORBAN TERUS MENINGKAT...SEGERA BERTINDAK DEMI RAKYAT..!!!!!

SEBARKAN SEBANYAKNYA. ...


BANJIR DI KOTA BHARU : JABATAN YAHYA PETRA TERGELINCIR DARI TIANGNYA DAN DITUTUP KEPADA SEMUA LALULINTAS




Situasi bencana banjir khususnya di negeri pantai timur terus dilaporkan dalam keadaan yang amat membimbangkan.

Terbaru, kondisi cuaca dan keadaan banjir buruk di negeri Kelantan telah menyebabkan jabatan Sultan Yahya Petra ditutup kepada semua lalu lintas.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Jabatan Kerja Raya Kelantan di laman sosial, Twitter.




Penutupan jabatan ini dipercayai berpunca daripada jabatan tersebut yang dipercayai telah tergelincir daripada tiangnya.

Gambar jabatan tersebut terus menjadi viral di media-media sosial dan hangat diperkatakan.


Insiden ini terus menimbulkan kerisauan kepada masyarakat Malaysia khususnya rakyat di negeri Kelantan.

Kegelinciran ini sedikit sebanyak sebenarnya boleh membahayakan dan boleh mendatangkan perkara yang tidak diingini kemudian kelak.

Ramai yang berpendapat kegelinciran ini terjadi akibat air banjir yang terlalu deras di kawasan berkenaan.

Diharap rakyat Kelantan dapat mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung insiden ini.

Kita doakan semoga keadaan di beberapa negeri yang dilanda banjir segera reda dan pulih seperti biasa.- SUMBER





VIDEO BANJIR DI KELANTAN











BERITA KEMASKINI 6.00 PTG.....

Dakwaan Jambatan Sultan Yahya Petra Retak Tak Benar




KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan hari ini menafikan dakwaan disebarkan dalam laman sosial kononnya berlaku keretakan pada struktur Jambatan Sultan Yahya Petra di sini yang menghubungkan Kota Baharu ke Pasir Pekan di Tumpat.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sebaliknya penutupan jambatan sepanjang dua kilometer itu kepada lalu lintas adalah demi keselamatan kerana dibimbangi peningkatan paras air Sungai Kelantan ketika ini boleh membahayakan pengguna.

“Saya nafikan berlaku keretakan seperti yang didakwa sebaliknya apa yang disiarkan dalam Facebook itu merupakan struktur penyambungan binaan yang sememangnya dibina sebegitu rupa.

“Penyambungan jambatan itu direka khas oleh jurutera yang boleh digerakkan penyambungan ketika panas atau sejuk bagi pengukuhan struktur binaannya,” katanya kepada pemberita di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 di sini, hari ini.

Jambatan berkenaan ditutup kepada lalu lintas pada pukul 5.30 petang semalam berikutan kenaikan paras air Sungai Kelantan yang melepasi paras bahaya.

Mohd Amar berkata penutupan jambatan adalah perkara biasa ketika banjir dan tidak perlu dijadikan isu di dalam laman sosial.

Beliau turut meminta semua pihak tidak menyebarkan fitnah dalam laman sosial dan menimbulkan suasana panik dalam kalangan rakyat sehingga ada yang bersesak di stesen minyak bagi mengisi petrol kenderaan dan membuat pembelian panik.

“Saya suka menasihatkan mereka ini janganlah membuat cerita yang bukan-bukan terutama dalam keadaan banjir ketika ini,” katanya.

Beliau juga berkata sehingga kini, tidak ada keperluan untuk Kelantan diisytiharkan darurat kerana musibah yang berlaku itu masih boleh ditangani dengan baik.

“Banjir kali ini tidak seteruk pada 1967 dan ketika itu pun darurat tidak diiystihar pun,” katanya.

Menurutnya banjir yang melanda Kelantan ketika ini disebabkan hujan lebat yang melanda selama dua hari, terutamanya di Gua Musang dan Kuala Krai yang menyamai jumlah taburan hujan bagi tempoh sebulan.

Katanya banjir luar biasa itu telah menyebabkan ada sesetengah tempat mengalami masalah, bagaimanapun ia dapat ditangani dengan baik oleh pasukan penyelamat. – BERNAMA

25 Disember 2014

RINTIHAN DARI KUALA KRAI......kemaskini 26/12/14

10862528_838854759491851_7994467099116513647_o

Anggota-anggota pasukan keselamatan membantu menyelamatkan mangsa-mangsa dari hospital untuk dipindahkan ke tempat yang lebih selamat dengan bantuan helikopter. - Foto Facebook -kemaskini 26/12/14   Read more: SINI


Adibah Jasmi telah menambah 2 foto baru.

[Update Hosp Kuala Krai]

Alhamdulillah bantuan dari pasukan penyelamat tiba lebih sejam lepas, mereka evacuate babies ke heli pad yg terdekat. Hopefully diesel utk generator sampai dalam masa terdekat. Mohon doakan.

Dari Adibah Abdullah jam 9.29pm tadi:

Evacuating baby to nearest heli pad.
(Saya: alhamdulillah. Diesel dah sampai?)
Dop lagi
Hopefully bot ni akan balik ke sini dgn diesel
We still have 13 lagi pesakit kritikal...insyaAllah akan bergerak esok ~ 26/12/14



Lagi rintihan dari hospital kuala krai...




Muharikah telah menambah 2 foto baru.

Lagi kisah banjir dr wassap kawan sy dr adibah di hospital kuala krai.
Bismillah.

Sekarang generator sudah kehabisan minyak. Seluruh hospital bergelap, lampu kecemasan menyala di sesetengah bilik. Tadi kami intubate baby dalam gelap...SpO2 drop sampai 18, bradycardia, Anaest specialist sendiri datang menyelamatkn keadaan. Pesakit icu dan ccu bernafas dengan mesin yang dijana kuasa bateri. Kalau bekalan tak pulih, kami akan bergilir2 manual bagging ...sampai..?


Minyak diesel utk generator dijanjikan sampai pkul 8.30 malam. Akan dihantar dengan helikopter. Masalah yg sedang dibincangkan; kami gelap gelita, flare gun tak ada, we need lights to show them where we are.

Kuala Krai has become a huge river, and our hospital is one of the few islands, which unfortunately doesnt glow in the dark.

Petang tadi kami semua excited. Helikopter datang with all the pomp, flair and machismo of Hollywood action movies. Everyone - who could make it, were out in the parking lot, waving, taking photos, wiping tears of joy, finally we were going to be saved. But were we? NO.

They weren't able to land. No space wide enough. No heli pad (duh of course). The rotor whirled so hard water splashed from the flooded area, debris flew up, and they said the roofs would detach if the heli came closer. The only way to rescue patients is by hoisting them up, airlift them - like in the movies. From the boats, or from a clearing very near the water edge.

We're talking about ill patients here. Yang bernafas dengan mesin, bayi2 baru lahir, orang tua patah tulang.

Mereka pergi. They departed and left us wondering. Kami terpinga2.

Kemudian kami diarahkan utk bersedia semula utk evacuation. Able bodied patients, those few who are well enough to do a Schwarzenegger up a helicopter, were rounded up. Kami keluar ramai2 dan menunggu - tak tahu tunggu apa.

Helikopter berlegar2...dan tidak menghantar apa2. Kenderaan amfibia milik bomba datang. Kemudian ia pergi semula. Matron mengumumkan "tak jadi pindah, sila pulang ke wad masing2." Dan kerana lif tidak berfungsi (menggunakan lif dalam keadaan elektrik on-off begini pun adalah tindakan amat bahaya), pesakit2 ini beramai2 mengheret badan menaiki tangga.

Kami kecewa. Kecewa, dan takut.

Seorang kanak2 bertanya bapanya, as he saw the amphibian vehicle left us..deserted us.

"Abah, bakpo diorg datang?"

Entah. Kenapa kalian datang? Pusing2, tengok2 keadaan, kemudian bye bye good luck?

Kami dengar khabar ada pasukan bantuan di Pejabat Tanah, di Wisma. Kami dengar khabar kanak2 yg berlindung di SMKSYP tak ada makanan. Kami dengar khabar kampung2 masih terpisah drpd bantuan kerana 'arus deras, tak cukup bot, bahaya'.

Khabarnya minyak diesel utk generator akan sampai sekejap lagi. Kami menunggu. Khabarnya persediaan sedang dibuat utk memindahkan pesakit, for real this time. Kami menunggu.
Seorang doktor tentera (SATU-SATUNYA PIHAK LUAR YANG BARU SAMPAI SETAKAT INI) baru tiba, dan kami harap ketibaannya will mean a difference.

Kami menunggu.

Mak ayah dan adik2 saya masih terperangkap entah atas bukit mana di Kuala Nal. Orang2 kampung Kuala Nal bertarung nyawa dengan arus deras, rumah2 telah hanyut. Bagaimana dengan orang Kampung Bahagia, orang2 di kampung2 seberang Sg Kelantan? Saya tak tahu apa nak dibuat.

Khabarnya pagi tadi tv menyiarkan isu perkahwinan semasa banjir.

SHAME ON YOU, MALAYSIA. SHAME ON YOU.

Kami menunggu.


SUMBER




- dikongsi

Mintak tolonglah pihak berwajib.. tlg antar bekalan makanan kt dewan ktm kuala krai, smsyp2 kubang lebur, tmn berkat kubang lebur, semua mangsa masih blm dpt bekalan makanan. Ada penduduk kg di kawasan estet tako pun masih blm dpt bantuan.. 

Tolonglah.. Tolong berbuat sesuatu.. Dah xde ayat lg nak dikatakan, n nk digambarkan keadaan mangsa banjir skg... Pd yg berkenaan, anda sedap berada di rumah, makanan cukup, tmpt tinggal sempurna.. Knp tdk berbuat sesuatu?????? Rakyat kuala krai skg memerlukan belas ehsan anda.. Tolonglah jgn terlalu mengikut protokol.. ketepikan soal fahaman masing2.. Rakyat amat memerlukan bantuan skg.. 

Kami yg di luar ni, hanya mampu berdoa, menangis mengenangkan nasib kaum keluarga di sana. Sedih apabila kaum keluarga, kawan2 yg menghubungi meminta bekalan makanan.. Apalah kudrat kami utk membantu kaum keluarga, sahabat, penduduk yg terlibat..

TERKINI : GAMBAR BANTUAN TENTERA DENGAN HELIKOPTER MULA TIBA DI MANEK URAI




Kuala Krai adalah antara jajahan yang teruk terjejas akibat bencana banjir yang melanda Kelantan pada saat ini.

Bencana itu bukan sekadar menenggelamkan kawasan perkampungan, tetapi turut mencetuskan panik apabila air mula memasuki pusat pemindahan khususnya di Sekolah Menengah Manek Urai.

Rintihan salah seorang mangsa juga turut menjadi viral menerusi laman sosial semalam.

(BACA: Sedih… Dengarkan Rintihan Pilu Mangsa Banjir Di Manek Urai)

Tiada siapa menyangka air akan naik sehingga ke tingkat tiga bangunan tersebut dan jumlah mangsa seramai 500 orang itu juga menyukarkan pihak penyelamat untuk memindahkan mereka ke lokasi lebih selamat.

Bagaimanapun, malam semalam empat anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya tiba di pusat tersebut selepas menempuh perjalanan dengan bot beroda selama lapan jam.

Kehadiran mereka bertujuan untuk memberi bantuan khususnya dari segi kaunseling dan sokongan moral kepada mangsa yang terperangkap dan kini terputus hubungan dengan kawasan luar.

Ramai yang sudah kehabisan bateri telefon bimbit kerana bekalan elektrik sudah terputus selain terpaksa berlapar kerana kehabisan bekalan makanan.

(BACA: Mangsa Banjir Di Manek Urai Masak Air Lumpur Untuk Minum)

Sebentar tadi, menerusi laman Facebook, beberapa gambar ketibaan pihak tentera dengan helikopter bagi menghantar bantuan kepada mangsa mula tersebar.

Perkembangan terbaru ini diharap dapat melegakan kerisauan mangsa yang terperangkap bukan sahaja di pusat pemindahan, tetapi juga mereka yang masih berlindung di kawasan tinggi.



GAMBAR DIBAWAH KEADAAN DI  KUALA KRAI HARI INI


Pautan kekal imej terbenam
  Di bandar Kuala Krai : Whatsapp








Banjir: Penduduk Kg. Laloh kelaparan, pecah pintu kedai runcit


Tindakan memecah masuk kedai runcit itu dibuat setelah mendapat kebenaran pemiliknya. - Gambar Fail


KUALA KRAI: Penduduk Kampung Laloh di Jajahan Kuala Krai, Kelantan terpaksa memecah pintu kedai runcit di kampung mereka setelah tiga hari tidak menerima bekalan makanan.

Mangsa banjir, Faizal Ab Rahim berkata, sehingga jam 4.00 petang tadi (Khamis) tiada satu pun bantuan bekalan makanan diterima untuknya dan lebih 2500 lagi mangsa dari 500 keluarga yang berpindah ke SK Laloh.

"Setakat ini tiada pihak menghulurkan bantuan. Helikopter dah berlegar di udara, tetapi tidak tahu apa tujuan helikopter berkenaan."

Begitupun, tindakan memecah masuk kedai runcit itu dibuat setelah mendapat kebenaran pemiliknya.

"Pusat perpindahan pertama kami di SMK Laloh turut dinaiki air sehingga ke aras dua. Mangsa kemudian berpindah ke penempatan kedua iaitu di SK Laloh."

Kampung Laloh terputus hubungan setelah semua jalan darat ditenggelami air tiga hari lalu.

Selain itu, bekalan air bersih dan elektrik turut terputus.

Sementara itu makluman mengenai nasib penduduk Kampung Laloh hanya disampaikan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) berikutan gangguan talian telefon dan data mudah alih.

Faizal juga bimbang, pihak penyelamat menghantar (airdrop) bantuan makanan di lokasi yang salah, memandangkan hanya satu sahaja lokasi yang sesuai untuk tujuan "airdrop".

"Sekarang lokasi yg paling sesuai utk menghantar bantuan ialah kawasan perkuburan yang bebas air," jelas Faizal lagi.


Read more at:SINI