25 Disember 2014

TERKINI : GAMBAR BANTUAN TENTERA DENGAN HELIKOPTER MULA TIBA DI MANEK URAI




Kuala Krai adalah antara jajahan yang teruk terjejas akibat bencana banjir yang melanda Kelantan pada saat ini.

Bencana itu bukan sekadar menenggelamkan kawasan perkampungan, tetapi turut mencetuskan panik apabila air mula memasuki pusat pemindahan khususnya di Sekolah Menengah Manek Urai.

Rintihan salah seorang mangsa juga turut menjadi viral menerusi laman sosial semalam.

(BACA: Sedih… Dengarkan Rintihan Pilu Mangsa Banjir Di Manek Urai)

Tiada siapa menyangka air akan naik sehingga ke tingkat tiga bangunan tersebut dan jumlah mangsa seramai 500 orang itu juga menyukarkan pihak penyelamat untuk memindahkan mereka ke lokasi lebih selamat.

Bagaimanapun, malam semalam empat anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya tiba di pusat tersebut selepas menempuh perjalanan dengan bot beroda selama lapan jam.

Kehadiran mereka bertujuan untuk memberi bantuan khususnya dari segi kaunseling dan sokongan moral kepada mangsa yang terperangkap dan kini terputus hubungan dengan kawasan luar.

Ramai yang sudah kehabisan bateri telefon bimbit kerana bekalan elektrik sudah terputus selain terpaksa berlapar kerana kehabisan bekalan makanan.

(BACA: Mangsa Banjir Di Manek Urai Masak Air Lumpur Untuk Minum)

Sebentar tadi, menerusi laman Facebook, beberapa gambar ketibaan pihak tentera dengan helikopter bagi menghantar bantuan kepada mangsa mula tersebar.

Perkembangan terbaru ini diharap dapat melegakan kerisauan mangsa yang terperangkap bukan sahaja di pusat pemindahan, tetapi juga mereka yang masih berlindung di kawasan tinggi.



GAMBAR DIBAWAH KEADAAN DI  KUALA KRAI HARI INI


Pautan kekal imej terbenam
  Di bandar Kuala Krai : Whatsapp








Banjir: Penduduk Kg. Laloh kelaparan, pecah pintu kedai runcit


Tindakan memecah masuk kedai runcit itu dibuat setelah mendapat kebenaran pemiliknya. - Gambar Fail


KUALA KRAI: Penduduk Kampung Laloh di Jajahan Kuala Krai, Kelantan terpaksa memecah pintu kedai runcit di kampung mereka setelah tiga hari tidak menerima bekalan makanan.

Mangsa banjir, Faizal Ab Rahim berkata, sehingga jam 4.00 petang tadi (Khamis) tiada satu pun bantuan bekalan makanan diterima untuknya dan lebih 2500 lagi mangsa dari 500 keluarga yang berpindah ke SK Laloh.

"Setakat ini tiada pihak menghulurkan bantuan. Helikopter dah berlegar di udara, tetapi tidak tahu apa tujuan helikopter berkenaan."

Begitupun, tindakan memecah masuk kedai runcit itu dibuat setelah mendapat kebenaran pemiliknya.

"Pusat perpindahan pertama kami di SMK Laloh turut dinaiki air sehingga ke aras dua. Mangsa kemudian berpindah ke penempatan kedua iaitu di SK Laloh."

Kampung Laloh terputus hubungan setelah semua jalan darat ditenggelami air tiga hari lalu.

Selain itu, bekalan air bersih dan elektrik turut terputus.

Sementara itu makluman mengenai nasib penduduk Kampung Laloh hanya disampaikan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) berikutan gangguan talian telefon dan data mudah alih.

Faizal juga bimbang, pihak penyelamat menghantar (airdrop) bantuan makanan di lokasi yang salah, memandangkan hanya satu sahaja lokasi yang sesuai untuk tujuan "airdrop".

"Sekarang lokasi yg paling sesuai utk menghantar bantuan ialah kawasan perkuburan yang bebas air," jelas Faizal lagi.


Read more at:SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan