29 November 2014

HARGA BARU RON95 TURUN 4 SEN SELITER TAPI DIESEL NAIK 3 SEN


Harga Baru RON95 Turun 4 Sen Berkuatkuasa 1 Disember



Kecoh di laman sosial dan blog apabila tersebar harga baru runcit bagi petrol semua gred dari RON97, RON95 dan Diesel yang akan berkuatkuasa pada 1 Disember depan.

Bagaimanapun, kenyataan Kementerian Kewangan itu dilihat tersebar lebih awal biarpun ada makluman dalam kenyataan itu bahawa ia perlu disiarkan hanya pada pukul 8 malam esok.

Ketika berita ini ditulis, kenyataan embargo itu telah pun terbit di banyak blog dan portal sehingga menimbulkan tanda tanya mengapa kenyataan itu terlepas kepada semua pihak dan media sosial terlalu awal jika ia hanya sepatutnya diumumkan mulai 8 malam esok.

Menurut kenyataan itu, harga baru runcit bagi RON95 ditetapkan pada RM2.26 seliter bulan depan, yakni dikurangkan sebanyak 4 sen daripada harga semasa RM2.30 sen.

“Harga bagi petrol RON97 bagi bulan Disember ditetapkan pada RM2.46 seliter diturunkan 9 sen daripada harga asal RM2.55 seliter.

“Bagi Diesel, harga yang ditetapkan ialah RM2.23 seliter naik 3 sen daripada RM2.20 sen sebelum ini,” menurut kenyataan itu.


Daripada kenyataan itu, ia dilihat dihantar kepada Pengarah Eksekutif syarikat IPTB Sdn Bhd yang memiliki sepenuhnya syarikat petrol jenama Buraq Oil.

Harga baru itu dikeluarkan selepas baru-baru ini kerajaan membuat keputusan menetapkan harga RON95 mngikut sistem apungan terkawal sepertimana mekanisme yang digunakan untuk menetapkan harga RON97.

Ia dilakukan berikutan harga minyak mentah ketika ini berada pada paras bawah AS$80 setong.

Menurut kerajaan, sistem apungan terkawal itu akan terus digunakan selagi harga minyak mentah dunia di bawah AS$80 setong. – MYNEWSHUB.CC



BERITA BERKAITAN.....

Petrol turun harga, tunggu pengumuman rasmi


Hasan Malek

SHAH ALAM - "Tunggu pengumuman rasmi dalam sehari dua lagi," demikian menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek ketika diminta mengulas mengenai desas-desus mengenai penurunan harga petrol membabitkan RON97, RON95 dan diesel.

Beliau berkata, pada masa ini, pihaknya tidak boleh memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

“Saya tidak tahu daripada mana berita itu diperolehi, tetapi apa yang boleh saya katakan.. tunggu sahaja,” katanya ringkas.

Viral penurunan harga itu mula tersebar sejak hari ini apabila surat embargo yang bertarikh 28 November itu menyatakan RON95 akan turun 4 sen, RON97 sebanyak 9 sen dan diesel 3 sen.

Penurunan harga baru itu dikatakan bermula pada 1 Disember ini.

700 Lembu Hilang, Rugi RM1.75 juta Apa Nak Jadi Dengan Malaysia !!!

700 lembu hilang, rugi RM1.75 juta



Kenderaan pacuan empat roda digunakan untuk curi lembu.

GUA MUSANG - Seramai 400 penternak kerugian RM1.75 juta apabila 700 lembu ternakan mereka hilang dipercayai dicuri dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini dengan purata kehilangan antara dua hingga empat ekor semalam.

Dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini sahaja, 150 lembu hilang dicuri mengakibatkan kerugian RM375,000 membabitkan kawasan ternakan dalam ladang sawit Tanah Rancangan Felda, Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar dan Ladang Sungai Terah.

Pengerusi Persatuan Penternak Ruminan Kelantan, Zulkifli Md Zain berkata, kebanyakan lembu yang dicuri itu dijual di luar negeri ini, termasuk sekitar Kuala Lumpur bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dan juga penternak itu sendiri.

Beliau bimbang 11,000 lembu dalam kawasan ladang berkenaan berdepan kejadian serupa berikutan penternak sukar mengawal lembu mereka yang dilepaskan dalam kawasan ladang terbabit.

“Kita tidak boleh pagar kawasan ternakan itu kerana jika kita berbuat demikian memudahkan lagi kegiatan mencuri lembu berikutan ternakan terbabit berkumpul dalam satu tempat,” katanya ketika ditemui semasa membuat lawatan meninjau kawasan ternakan lembu di Kampung Aring, dekat sini, pagi semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan kematian suspek dipercayai menjalankan kegiatan mencuri lembu di Ladang Sungai Terah, baru-baru ini, akibat penternak hilang sabar, sebaliknya hanya tertembak ketika suspek cuba menetak pemilik lembu yang juga anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) menggunakan parang.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.05 pagi 11 November lalu, seorang daripada dua lelaki berasal dari RKT Kesedar Paloh berusia 33 tahun yang disyaki pencuri lembu maut dipercayai tertembak penternak itu sendiri ketika mempertahankan diri.

Zulkifli berkata, kebanyakan penternak lembu semakin hilang sabar dengan keadaan yang berlaku itu, tetapi tidaklah sampai mengambil tindakan di luar undang-undang kerana banyak lagi cara yang boleh mengawasi perkara itu.

Sebagai ketua dalam persatuan penternak lembu, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan jangan menganggap kejadian itu sengaja mencari musuh yang boleh mengeruhkan lagi hubungan antara penternak dan orang ramai.

“Ahli persatuan yang menjalankan ternakan itu juga adalah permintaan kerajaan untuk jadikan Kelantan sebagai pengeluar makanan utama berasaskan daging lembu di negara ini, walaupun berdepan risiko kejadian curi itu,” katanya.

PENGUATKUASAAN DI LAUT LEMAH, PUNCA WARGA ASING MENCURI KHAZANAH NEGARA?

Pautan kekal imej terbenam


HANYA ADUAN DARI NELAYAN BARU PENGUATKUASA DAPAT BERTINDAK?

Pencuri khazanah

Kuantan: Bukan sahaja mencuri hasil laut, nelayan asing kini semakin berani apabila mencuri khazanah peninggalan dua kapal perang British yang karam di perairan negeri ini ketika Perang Dunia Kedua.

Ia susulan penahanan 17 nelayan warga Vietnam oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Markas Wilayah Laut Satu di satu lokasi, kira-kira 60 batu nautika dari Tanjung Gelang, dekat sini, jam 6.45 pagi kelmarin.




TLDM dalam satu kenyataan di sini semalam berkata, kejayaan itu hasil maklumat daripada Persatuan Nelayan Pahang menerusi satu program khas bersama pihaknya pada minggu lalu.

Katanya, dua kapal perang berkenaan adalah HMS Repulse dan HMS Prince Of Wales yang tenggelam selepas dibom tentera Jepun pada 10 Disember 1941.

“Aktiviti penyelaman haram oleh nelayan asing di perairan sekitar 60 batu nautika dari Tanjung Gelang itu dipatahkan oleh KD Perkasa yang dalam pelayaran pulang selepas tamat latihan Malindo Jaya, kira-kira jam 6.45 pagi.

“KD Perkasa menahan sebuah bot nelayan yang sudah diubah suai menjadi bot penyelaman dengan 17 kru rakyat Vietnam. Ketika itu, sebahagian daripada mereka sedang menyelam di dasar laut dipercayai untuk mengambil peninggalan dalam kapal perang berkenaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan mendapati semua kru kapal itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan mereka dibawa ke Pangkalan TLDM Tanjung Gelang untuk diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi tindakan lanjut.

Katanya, kejayaan itu membuktikan bahawa program mendekati masyarakat khususnya komuniti maritim memberi kesan dan membantu pelaksanaan operasi Markas Wilayah Laut Satu TLDM.

“Komuniti maritim seperti nelayan, pengusaha pusat peranginan dan penduduk di pulau boleh menjadi mata dan telinga kepada pasukan keselamatan khasnya TLDM,” katanya.


KAPAL perang British Prince Of Wales yang digunakan ketika perang Dunia Kedua.

~Mymetro

TERKINI! BERITA MENGERIKAN UNTUK KERAJAAN BN, RAKYAT MALAYSIA....HANGPA BACALAH SENDIRI!!!!

KEKURANGAN HASIL NEGARA SEBANYAK RM25 BILION SEKIRANYA HARGA MINYAK TERUS AS$75 SETONG....

Petronas potong royalti kepada kerajaan jika harga minyak AS$75 setong




Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas menjawab soalan wartawan pada sidang media pengumuman prestasi kewangan Petronas bagi suku ke 3 tahun .

Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) terpaksa memotong pembayaran dividen, cukai dan royalti kerajaan sebanyak 37 peratus kepada RM43 bilion pada tahun depan berbanding RM68 bilion tahun ini sekiranya harga minyak mentah dunia jatuh ke paras AS$75 setong.


Ini kerana penurunan harga sebanyak AS$1 setong memberi kesan kepada keuntungan sebelum cukai syarikat tersebut sebanyak RM1 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas menjangkakan hanya mampu membayar dividen sebanyak RM17 bilion, cukai (RM17 bilion) dan royalti (RM9 bilion) pada tahun hadapan sekiranya harga minyak mentah kekal berlegar sekitar AS$75.

Tegasnya, kerajaan perlu menerima hakikat Petronas perlu berdisplin di dalam menguruskan kewangannya bagi memastikan pendapatan yang diperolehi disalurkan kepada perbelanjaan modal dan digunakan untuk memanjangkan hayat syarikat tersebut.


Malah didorong oleh penurunan harga minyak mentah dunia, Petronas terpaksa mengurangkan perbelanjaan modal sekitar 20-25 peratus pada tahun hadapan.

Syarikat tersebut memerlukan perbelanjaan modal sekurang-kurangnya RM60 bilion ke RM80 bilion setahun dan mungkin juga lebih daripada jumlah tersebut bergantung kepada pelan perniagaan syarikat pada tahun berkenaan.

“Jika kami tidak berhati-hati di dalam perbelanjaan, kami tidak akan mampu bertahan kerana dalam tempoh lima tahun, sekiranya tidak mencari sumber baharu, pengeluaran Petronas di semua peringkat akan merosot kepada separuh.

"Kami perlu mengekalkan tunai yang mencukupi, jika tidak kami tidak akan mampu bergerak dan kita kena fikir dari sekarang apa yang perlu dilakukan untuk memastikan pengeluaran dapat diteruskan.

"Jika kerajaan masih berharap kami membayar dengan jumlah yang sama, ini pastinya akan memberi impak yang sangat besar kepada Petronas,” jelasnya semasa sidang media mengumumkan prestasi kewangan suku ketiga 2014 di sini hari ini.


Bagaimanapun menurut Shamsul Azhar, jumlah pembayaran royalti sebanyak RM29 bilion pada tahun ini akan dikekalkan di sebalik penurunan harga minyak mentah dan keuntungan syarikat kerana jumlah tersebut telah dipersetujui oleh Petronas dan kerajaan sejak awal lagi.

Petronas mencatatkan penurunan pendapatan sebanyak satu peratus kepada RM80.4 bilion pada suku ketiga 2014 berbanding RM81.4 pada tempoh yang sama tahun lalu disebabkan oleh kemerosotan purata harga hampir kesemua produk utama di samping kesan daripada kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika.

Syarikat petroliam negara itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM22.78 bilion pada suku ketiga 2014 berbanding RM25.88 bilion tempoh sama tahun lalu.

Setakat 30 September 2014, Petronas memiliki asset keseluruhan sebanyak RM541.1 billion manakala tunai sebanyak RM140.6 bilion ~MG

28 November 2014

PERLI MENTERI...PERWAKILAN UMNO NIE PECAH TEMBELANG ADA RAKYAT BERPENDAPATAN RM25.00 SEMINGGU... MANA ADA SAMPAI RM5,900 SEBULAN !!!

Apa boleh beli dengan RM25 seminggu?




Perwakilan Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar ketika membahaskan usul pada Perhimpunan Agung Umno Ke-68 yang memasuki hari kedua hari ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR - Isu mengenai kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat menjadi usul perbahasan yang dibawa oleh Perwakilan Terengganu Mohd Iskandar Jaafar.

Mohd Iskandar berkata, beliau sedih dengan nasib rakyat, kerana statistik yang digembar-gemburkan di media massa dan cetak mengenai kehidupan rakyat kini tidak mengambarkan kehidupan mereka yang sebenar.

"Kos sara hidup menjadi topik perbincangan rakyat saban hari.

"Mengikut fakta 78 peratus orang Melayu berpendapatan gaji kurang daripada RM3,000 sebulan.

"Tempat saya harga getah teruk semalam RM1.70 sekilogram, seminggu menoreh dapat RM50 ada pula yang kena bahagi dua dapatlah RM25.

"Dapat RM25 seminggu apa yang mereka hendak makan, tiba-tiba keluar didada akhbar purata pendapatan rakyat RM5,900 sebulan, amboi...betulah dari segi statistik tetapi rakyat tanya itu pendapatan siapa?. Gaji saya pun tidak sampai begitu.

"Jadi saya mohon kepada menteri untuk buat sesuatu pengumuman itu tengoklah keadaan dahulu," katanya.

Mengulas lanjut Mohd Iskandar berkata beliau berharap hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 serta penjimatan subsidi hasil daripada pengenalan kaedah pengawalan harga minyak secara terapung dapat 'dikembalikan' kepada rakyat.

"Kita minta sungguh-sungguh hasil kutipan GST dan penjimatan subsidi hampir 30 bilion itu dapat dikembalikan kepada rakyat.

"Jangan kita buat projek besar-besar yang akhirnya rakyat tanya transformasi ekonomi yang kerajaan buat ini, apa faedahnya kepada kita, jangan sampai begitu," katanya.

GAGAL BUMIPUTERA BERMAKNA UMNO JUGA GAGAL

Gagal Bumiputera bermakna Umno juga gagal, kata penganalisis


Perhimpunan Agung Umno 2014 melihat Umno membincangkan perkara yang sama dengan permintaan bantuan dari perwakilan berbahas, namun ekonomi Melayu-Bumiputera yang sering diperjuangkan masih belum berjaya. 

Hampir setiap kali perhimpunan besar parti pemerintah Umno, isu tidak selesai dibincangkan Umno adalah ekonomi Bumiputera dan pada masa sama pelbagai permintaan bantuan diajukan perwakilan yang berbahas.

Selepas pelbagai dasar, polisi dan bantuan diberikan, sasaran untuk mencapai ekuiti 30% Bumiputera menjadi tajuk perbualan dan perwakilan akan membangkitkannya.

Antara intipati ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak juga menyentuh mengenai Bumiputera, beliau memberi komitmen memperjuangkan orang Melayu dan Bumiputera dengan bersidang bersama, sekurang-kurangnya sekali setiap bulan, demi menjamin hala tuju dan agenda pemerkasaan ekonomi Melayu Bumiputera.


Komitmen Najib memperjuangkan ekonomi Bumiputera bukan kali pertama disuarakan, tahun lalu di UiTM Najib menggariskan lima langkah bagi memperkasa ekonomi Bumiputera.

Sejumlah peruntukan besar diumumkan, antaranya Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mendapat peruntukan sebanyak RM300 juta untuk lima tahun dan peruntukan tambahan kepada Tekun sebanyak RM700 juta.

"Dah banyak dana awam dibelanjakan, tetapi peningkatan masih tidak memberangsangkan," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider.

Ibrahim merujuk kepada kegagalan kerajaan membantu Bumiputera walaupun dengan pelbagai usaha dirancang dan dikemukakan.

Sebaliknya, Ibrahim menggariskan tiga perkara, antaranya:

"Apa-apa pun polisi yang bertujuan membantu mana-mana segmen, ia mesti ada 'termination date' (tamat tempoh) di mana bantuan itu akhirnya akan tamat, maknanya ia diberikan beransur-ansur dan dihentikan apabila mereka sudah maju.

"Kedua, mesti ada proses penilaian berterusan, ia mesti ada pemeriksaan dasar ini berkesan atau tidak, penerima itu meningkat atau tidak sebagainya, mengapa perkara ini masih bermasalah hingga kini.

"Ketiga, mesti ada ketelusan daripada segi proses."

Bagi penganalisis politik Dr Wong Chin Huat, masalah yang dihadapi Umno selaku parti pemerintah adalah mereka sering menjadikan bukan Melayu sebagai kambing hitam, khususnya dalam isu Bumiputera.

"Jika DEB (Dasar Ekonomi Baru) berjaya membantu Melayu, Umno pastinya sudah kuat sekarang. Dan mengapa perlu Umno rasa terancam walaupun jika bukan Melayu tidak gembira?

"Tidak kisah cara apa pun Umno cuba menyalahkan bukan Melayu, mereka perlu jawab mengapa DEB gagal mengangkat Melayu selepas hampir empat dekad," kata Wong.

Wong juga mencadangkan supaya tiba masanya polisi alternatif diperkenalkan bagi membantu Bumiputera dan bukannya kumpulan bangsawan Umno.

"Adakah perlu bantuan kepada Bumiputera untuk bantu Melayu? Atau kita perlu polisi alternatif untuk pastikan orang Melayu biasa mendapat bantuan dan bukan bangsawan Umno?" katanya.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata persoalan yang perlu dilihat Umno bukan lagi sekadar membuat permintaan tetapi mengkaji perkara pokok mengapa masih Melayu mundur.

"Apabila kita lihat data, yang masih mundurnya orang Melayu.

"Apakah masalah sebenarnya sehingga kita tidak dapat capai sasaran? Apakah masalah polisi? Saya tidak tahu, cuma saya tahu setiap permintaan tertunai. Itu persoalannya," kata Agus kepada The Malaysian Insider.

Agus juga mempersoalkan mengapa setengah kelompok dalam Bumiputera sahaja yang semakin kaya tetapi tidak rakyat bawahan yang bergelut.

"Tujuan ekonomi Bumiputera ini bukan untuk memanfaatkan mereka (elit), tapi kenapa mereka juga yang naik," katanya ~TMI

AWAS! KOPI RADIX TIRUAN DIRAMPAS



KPDNKK rampas kopi Radix tiruan



KANGAR: Unit Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis merampas 176 papan kopi jenama Radix tiruan dalam satu operasi di negeri ini semalam.

Ketua Seksyen Penguatkuasa KPDNKK Negeri, Jamal Nor Ahmad Harun berkata pemeriksaan terhadap empat premis perniagaan antara 11 pagi hingga 1.30 tengah hari itu menghasilkan rampasan bernilai RM3,520.

Katanya operasi itu dibuat setelah KPDNKK Perlis menerima aduan syarikat HPA Industries Sdn Bhd (HPA), pengeluar kopi Radix, yang mengesyaki terdapat kopi Radix tiruan dalam pasaran di negeri ini.

Sebanyak 15 anggota penguat kuasa menyertai operasi itu di sekitar bandar Kangar dan pekan Simpang Empat, dekat sini diiringi beberapa pegawai syarikat itu yang diketuai Pengurus Kilang A. Zakaria Abu Bakar untuk membantu mengenal pasti kopi Radix tiruan.

Kopi Radix yang dirampas itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian kandungan, kata Jamal Nor kepada pemberita di sini hari ini. -Bernama

27 November 2014

AKTA HASUTAN : PUNCA UTAMA NAJIB BUAT U-TURN




Akta Hasutan kekal sudah dijangka - Rafizi



Rafizi Ramli

Pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang Akta Hasutan akan terus kekal malah diperketatkan lagi adalah suatu yang sememangnya dijangka.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, pengumuman Perdana Menteri itu sebaliknya membawa mesej jelas yang Najib kini berada dalam keadaan tertekan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Dakwanya lagi, keputusan Najib pada ucapan Perhimpunan Agung UMNO hari ini itu menunjukkan Ahli Parlimen Pekan itu semakin lemah dan terpaksa tunduk kepada tekanan daripada pihak-pihak lain dalam UMNO.


"Saya rasa orang memang agak dan tahu Akta Hasutan akan dikekalkan tetapi faktanya dia (Najib) terpaksa tunduk menunjukkan pengaruh dan kedudukannya dalam UMNO goyah. Saya tidak merasakan pengumuman Najib mahu hapuskan akta berkenaan awal lagi adalah wayang semata-mata, dia memang berniat mahu hapuskan (Akta Hasutan).

"Walaupun dicadang ada Akta Keharmonian, saya tidak yakin ia boleh menjamin kebebasan dan keadilan rakyat bersuara tetapi paling kurang mungkin beberapa aspek Akta Hasutan itu akan dikurangkan. Saya rasa beberapa elemen dari Akta Hasutan akan dimasukkan dalam Akta Keharmonian dan saya rasa itu idea Najib awal lagi. Hari ini kamu boleh beri 'good bye kiss' kepada Akta Keharmonian itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu juga berpendapat Akta Hasutan itu mungkin dipinda dan dikuatkan lagi sepertimana disebut Najib semasa menyampaikan ucapan dasar Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 2014 di sini hari ini.

Malah Rafizi mendakwa pengumuman Najib tentang mahu menghapuskan Akta Hasutan tidak disenangi ahli-ahli UMNO seperti mana juga beberapa tindakan yang dipuji rakyat seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Justeru katanya, apabila seorang PM dan presiden UMNO itu popular dengan rakyat ara pengaruhnya kuat dengan rakyat, dia mempunyai kedudukan yang baik dan tidak melayan tekanan UMNO.

"Sebab itulah dia berani mansuh ISA. Sekarang keadaan telah berubah kerana Najib adalah liabiliti UMNO kerana ketidakpopularan itu datang daripada beliau (Najib) sendiri iaitu soal 1MDB, pengurusan ekonomi teruk, penghapusan subsidi dan sebagainya. Itu yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan dalam UMNO untuk menekan Najib kerana dalam UMNO sudah nampak apabila presiden tak popular dan tak kuat dia akan diganti seperti yang berlaku pada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi).

"Dalam keadaan sekarang sebab itu dia (Najib) tidak berani, dan merasakan dirinya tidak popular dan sedang dikritik bukan sahaja pasal soal Akta Hasutan tetapi kritikan peribadi soal 1MDB, soal isteri, jadi untuk elak diri dari terus ditekan, dia terpaksa tunduk dalam UMNO dalam soal Akta Hasutan," katanya.---MalaysiaGazette

SABAH TIDAK SELAMAT, DUA MENTERI TERUS BERTELAGAH....APA PUNCANYA


Zahid, jika Sabah benar selamat, hentikan perintah berkurung Esszone

Sekiranya negeri di bawah bayu itu benar-benar selamat seperti dakwaannya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi perlu menamatkan perintah berkurung di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone) dengan segera.

Kewujudan perintah berkurung menunjukkan bukti rasional masih terdapat kebimbangan di sebalik apa yang disuarakan oleh Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mengenai bahaya bakal menimpa pelancong di zon perairan keselamatan.

Ironinya semasa ia membantu untuk memupuk keselamatan atau persepsi keselamatan, perintah berkurung dan banyak rondaan bersenjata boleh dikatakan sebagai langkah langsung untuk menangani kebimbangan yang berterusan dan tidak benar-benar meredakan kebimbangan kerana ia bercakap tentang ancaman yang sedia ada.

Zahid telah membuat dakwaan bahawa Sabah kini adalah lebih selamat berbanding kira-kira enam bulan atau tahun sebelumnya, dan mencabar Nazri untuk bersama-sama dengannya ke Esszone di Sabah tanpa pengiring keselamatan.

Hanya mereka berdua sahaja, tanpa pengawal peribadi. Kemudian beliau akan berkata Nazri yang kurang percaya sebelum ini akan merasai pengalaman sendiri, lebih tenang dan gembira menyatakan Sabah selamat.

Dalam mana-mana kes, laporan berita yang dipetik Zahid membuat tuntutan dan cabaran sebagai tindak balas kepada Nazri sebagai berkata bahawa beliau tidak boleh mengesyorkan pelancong untuk melawat kawasan Sabah di Esszone ketika ini susulan kebimbangan keselamatan terancam.

Nazri dilaporkan berkata; "saya bayangkan agak wryly, dengan kesan perintah berkurung ke atas pelancong tidak akan dapat menikmati kehidupan malam membara ataupun bersiar-siar dengan tenang ke pusat peranginan yang indah.

Bagaimanapun, ia adalah penting untuk ambil perhatian penjelasan menteri pelancongan bahawa apa yang dimaksudkan beliau hanya zon dan bukan bahagian lain di Sabah.

Seperti biasa kenyataan trademark Nazri kepada pengkritiknya tidak menyembunyikan situasi terkini di Sabah dan "pergi bermain layang-layang terbang" jika mereka tidak boleh menerima kejujuran dan ketelusan kerana beliau sama sekali tidak akan berbohong hanya untuk mempromosi Sabah dengan mengorbankan keselamatan pelancong.

Ia adalah tidak diketahui jika ia adalah selamat untuk terbangkan layang-layang di Esszone atau di perkarangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya.


Tetapi apa yang Zahid katakan juga mungkin betul bahawa semua kelihatan tenang di hadapan Esszone, walaupun bukan dengan cara yang profesional.

Kerajaan perlu bertindak pantas setiap kali berlaku sesuatu, walaupun sekali lagi gagal menangani isu-isu teras berhubung perkara itu, bukannya cuba mengalihkan pandangan dan pemerhatian awam mengambil masa dari sebulan ke bulan berikutnya.

Ini telah dibangkitkan bukan sahaja pemimpin pembangkang persekutuan tetapi termasuk ahli-ahli parlimen BN dan ADUN dari Sabah dan jiran Sarawak.

Untuk rekod, isu pendatang tanpa izin dan kawalan sempadan longgar tidak pernah diambil tindakan yang wajar, atas sebab-sebab beberapa katakan adalah politik dikaitkan dengan kuasa yang berpusat di Semenanjung sebagai tindakan afirmatif untuk memeriksa nombor dan pengaruh penduduk tempatan.

Walaupun jutaan wang ringgit telah dilaburkan ke dalam zon khas seperti Esszone dan mengiringi Timur Sabah Security Command, dan juga sebagai agensi khusus yang bertanggungjawab untuk keselamatan pesisir Malaysia Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, sehingga kini masih belum menemui jawapan konkrit sebenar.
 


Walaupun unit penguatkuasaan undang-undang dan polis tempatan terus berada di kekurangan kelengkapan peralatan, kekurangan dana dan undermanned.

Pada hakikatnya mewujudkan pelbagai agensi dengan pertindihan bidang kuasa dan tugas tetapi gagal untuk menyampaikan apa yang mereka janji, walaupun ramai chef memasak periuk sup yang sama.

Yah, mungkin ada sesuatu yang boleh dikatakan tentang pepatah lama lebih sudu dari kuah.

Tetapi jika Zahid berterusan mengulangi dakwaannya bahawa Sabah selamat, beliau perlu berfikir lebih lanjut mengenai bahan-bahan hujah sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sebab, jika negeri Malaysia Timur benar-benar selamat untuk pelancong, tidak akan ada keperluan untuk perintah berkurung lagi. Melainkan ... mereka belum benar-benar selamat. Sudah tentu beliau sentiasa boleh mendakwa, tenaga alam atau bencana alam yang merupakan punca bukan ancaman yang jelas dan masa kini.

Kes bakar al Quran: Polis tahan 8 suspek



Polis menahan lapan lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kes bakar Al-Quran di Alor Setar pada Khamis lepas.

Mereka yang ditahan dalam tiga tangkapan berasingan di sekitar Alor Setar itu berusia dalam lingkungan 19 dan 30 tahun.

Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata dalam kejadian Khamis lepas, seorang suspek ditahan selepas dipercayai membakar beberapa cebisan helaian Al-Quran dalam sebuah tong aluminium di sebuah medan selera berdekatan Pasar Besar Alor Setar di sini.

"Suspek yang ditahan pada hari yang sama itu kini masih berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi menjalani rawatan berikutan dipercayai mempunyai masalah mental dan siasatan masih diteruskan terhadap suspek," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Zakaria berkata pada hari yang sama kira-kira pukul 4 petang, lima suspek ditahan berkaitan kes memukul seorang lelaki di kawasan yang sama berikutan rasa tidak puas hati dengan kejadian membakar cebisan Al-Quran itu.

"Seorang lelaki berumur 50-an telah dipukul oleh seorang suspek menggunakan kayu pemukul besbol dan kami percaya akibat rasa tidak puas hati dengan kejadian membakar Al-Quran yang berlaku pada sebelah pagi. Mangsa yang dipukul hanya mengalami kecederaan ringan.

"Kami turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai hilang di Klang pada tahun 2008, kayu pemukul besbol dan sebuah telefon bimbit. Semua suspek ditahan reman," katanya.

Sementara itu, beliau berkata dua suspek yang dipercayai membakar enam gerai makan di sebuah medan selera di kawasan sama kira-kira pukul 2 pagi Sabtu lalu, juga berjaya ditahan bagi membantu siasatan.

"Kami telah tahan dua suspek selain merampas bahan bukti iaitu botol minyak petrol. Mereka ditahan reman sehingga esok tapi kami akan minta sambung," katanya.

Zakaria berkata pihaknya yakin ketiga-tiga kejadian saling berkaitan kerana semua berlaku di tempat sama dalam tempoh masa yang dekat.
-- BERNAMA

26 November 2014

KETUM ATAU KETUA UMUM DISINGKIR UNTUK SELAMATKAN PARTI!!!

 Singkir Ketua Umum


Aburizal Bakrie

JAKARTA: Dewan Pimpinan Pusat Parti Golkar pada Selasa membekukan jentera parti di bawah pimpinan Aburizal Bakrie atas alasan untuk menyelamatkan pertubuhan politik berkenaan.

Ketua Mahkamah Parti Golkar, Muladi berkata, untuk sementara kepemipinan pertubuhan itu diambil alih Majlis Penyelamatan Parti, diketuai Timbalan Ketua Umum, Agung Laksono.

Anggota lain ialah tujuh tokoh kanan Golkar, iaitu Priyo Budi Santoso, Hajriyanto Tohari, Zainudin Amali, Agus Gumiwang, Yorris Raweay, Agun Gunandjar Sudarsa dan Ibnu Munzir.

Menurut Agung, tugas pertama majlis itu ialah memulihkan keanggotaan tiga kader Golkar yang dipecat Aburizal iaitu Agus Gumiwang, Nusron Wahid dan Poempida Hidayatullah.


"Kemudian kami akan membuat persediaan bagi mengadakan perhimpunan agung yang akan dijalankan selewat-lewatnya 15 Januari tahun depan,” katanya.

Sebelum ini Golkar bergolak apabila kebanyakan pemimpin kanan parti itu tidak berpuas hati terhadap stail kepemimpinan Aburizal.

Sejumlah calon yang menyatakan hasrat mencabar Aburizal mencabar keputusan hartawan itu untuk mengadakan perhimpunan agung pada 30 November ini di Bali.

Menjelang perhimpunan itu, Aburizal didakwa menggunakan cara tidak wajar serta provokatif bagi memastikan dia terselamat daripada cabaran calon lain.

Sidang pleno Majlis Penyelamatan Golkar pada Selasa itu dihadiri lebih 30 pemimpin kanan parti itu.

MONOPOLI, FI MAHAL , KJ & PUTRI MENIBAI ASTRO.... TAHU TAK PA.....

Bebankan Rakyat Nak Tengok Bola, KJ Minta ASTRO Henti Naikkan Fi


KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin hari mengemukakan usul spontan mahu syarikat penyedia siaran televisyen berbayar Astro tidak lagi menaikkan kadar bayaran perkhidmatan yang dilihat membebankan rakyat.

Menurut beliau, jika ada persaingan dengan syarikat lain kenaikan kadar bayaran boleh diterima, tetapi Astro merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan secara monopoli.

Khairy berkata untuk melihat pasukan-pasukan bola sepak kegemaran beraksi dalam saingan Liga Perdana Barclays, orang ramai di negara ini memerlukan Astro tetapi bayarannya dilihat terlalu tinggi dan membebankan.

BACA - Jangan Bandingkan Saya Dengan Azalina – Mas Ermieyati

“Nak tengok pasukan yang terbaik di dunia, Manchester United.. (dewan kecoh) kena pakai Astro, nak tengok pasukan yang paling koman (tidak bagus), Chelsea (dewan semakin kecoh) kena tengok Astro.

“Jadi, saya mintalah kita bawa usul daripada anak muda.. sudahlah nama dia monopoli, jangan.. janganlah.. janganlah menyusahkan rakyat dengan fi (bayaran) yang tinggi.. jangan naikkan fi lagi,” katanya.

Usul spontan itu dikemukakan Khairy ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung sayap itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Selain Astro, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan turut menyelar sikap ejen pengutip hutang yang dilantik syarikat pemberi hutang yang dilihat menggunakan cara kasar dalam tugas mereka mengutip bayaran.

Beliau berkata ada laporan mereka bertindak mengugut dengan kekerasan seperti Ah Long padahal meminta hutang yang tidak seberapa.

“Ada yang datang ke rumah peghutang, datang dengan samseng ugut nak sita rumah, ugut nak rantai pintu rumah dan ugut nak guna kekerasan.

“Pemuda nak bagi amaran kepada tukang kutip hutang dan pelanggan mereka, nak kutip hutang tu kutiplah tapi jangan biadap,” katanya disambut sokongan gamat dewan perhimpunan.

Hari ini, berlangsung Perhimpunan Agung ketiga-tiga sayap parti UMNO iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri selepas ia dirasmikan oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.

Menurut jadual atur cara yang dikeluarkan Bahagian Media Umno, Perhimpunan Agung Wanita berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pemuda (Dewan Tun Hussein Onn) dan Puteri Umno diadakan di Dewan Merdeka.


TRADISI… Lautan warna merah ahli sayap Wanita UMNO duduk bersila seperti kebiasaan setiap tahun mengikuti Perhimpunan Agung Wanita UMNO di ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Sejumlah 993 perwakilan akan menghadiri perhimpunan agung wanita yang akan berbahas mengenai isu keselamatan, keamanan dan perpaduan negara manakala 992 perwakilan Pemuda akan membahaskan isu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes lelaki berpakaian wanita, isu perumahan di kalangan belia, serta transformasi parti.

Perhimpunan tahunan Puteri Umno dengan 991 perwakilan akan memfokuskan isu pengangguran di kalangan generasi muda sebagai usul utama. - MYNEWSHUB.CC

TERKINI! YURAN UNIVERSITI DIJANGKA NAIK HINGGA 20%



Dalam sesi perbahasan Kementerian Pendidikan semalam, saya telah membangkitkan potongan bajet yang dahsyat terhadap 60,000 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Jumlah keseluruhan potongan bajet 2015 adalah sebanyak RM 1,046,630,000 atau bersamaan dengan 12.36 peratus berbanding bajet 2014.

Daripada 20 IPTA, 18 IPTA mengalami potongan bajet, antaranya Universiti Putra Malaysia (UPM) mengalami potongan setinggi 35.35 peratus.

Saya amat terkejut dan berasa kesal atas pemotongan yang mendadak ini.
Pada masa yang sama jumlah pelajar dalam IPTA berkembang kepada 39,999 pelajar atau bersamaan dengan 8.03 peratus.

Daripada 20 IPTA semua universiti mengalami peningkatan jumlah mahasiswa, kecuali UTM.
Ini bermaksud, IPTA mengalami dua masalah, potongan bajet dan peningkatan mahasiswa.

Dalam keadaan yang begini, kewangan universiti akan terjejas teruk.

Kalau kita ambil contoh UPM pelajar naik 11.15 peratus tetapi potong bajet 35.35 peratus, ini bermaksud defisit UPM mungkin mencapai 46.5 peratus.

Di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yuran pelajar naik 15.61 peratus, bajet dipotong 35.08 peratus akan mencapai defisit 50.7 peratus.
Dalam keadaan demikian, pihak universiti hanya mempunyai 2 pilihan: Naikkan yuran pelajar atau potong bajet penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan perkhidmatan pembelajaran.

Atau kedua-duanya sekali. Kami menjangkakan pihak universiti akan melaksanakan kedua-duanya sekali.

Maka, kami menjangkakan yuran universiti akan dinaikan pada tahun depan. Ini akan melibatkan 538,077 mahasiswa dalam IPTA.

Peratusan kenaikan yuran dijangkakan dalam lingkungan 18 hingga 20 peratus untuk menampung defisit yang dialami oleh IPTA.

Pihak universiti juga mungkin menaikkan yuran bukan akademik seperti yuran asrama, yuran pendaftaran dan fi perkhidmatan.

Dalam keadaan pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dipotong, kenaikan yuran universiti akan menjadi sangat tidak popular di kalangan mahasiswa.
Dalam keadaan potongan bajet yang begitu besar, pihak universiti juga dijangka akan memotong bajet perkhidmatan pembelajaran dan R&D.

Perkhidmatan pembelajaran seperti peralatan makmal sains, jurnal sains dalam perpustakaan, lesen perisian komputer juga dijangka akan dikurangkan.

Geran R&D juga dijangka akan dipotong. Ini akan mengakibatkan banyak projek R&D yang kritikal terjejas. Ini tidak bantu pembangunan Negara.

Dalam keadaan sedemikian, kedudukan universiti tempatan dalam ranking pendidikan tinggi sedunia juga akan jatuh lagi.
Pemotongan bajet ini sejajar dengan kajian Higher Education Complaint and Advisory Panel (HEAP) oleh PKR.

Kami mendapati penurunan pengambilan pelajar sebanyak 9.87 peratus pada bulan Ogos oleh Kementerian Pendidikan (MOE).

Mungkin pihak MOE telah merancang untuk mengurangkan pengambilan pelajar kerana menjangka pemotongan bajet IPTA 2015.

Akibat tekanan pihak pelajar dan Pakatan Rakyat, ketua pengarah pendidikan tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Prof Datuk Dr Asma Ismail mengumumkan penambahan pengambilan pelajar seramai 5,328 ke IPTA pada bulan September.
Kami mendesak pihak MOE kembalikan bajet sebenar kepada IPTA.

Bajet sebenar bermaksud sejajar dengan peningkatan 8.03 peratus mahasiswa, bajet 2014 harus ditambah 8.03 peratus atau lebih.

Maka bajet IPTA untuk tahun 2015 seharusnya lebih daripada RM 9,146,244,142.

Pendidikan universiti adalah sektor yang kritikal untuk memacukan Negara untuk mencapai Negara maju. Kerajaan BN tidak haruslah memotong bajet IPTA semata-mata kerana gagal menangani masalah rasuah dan pembaziran dalam pengurusan bajet. Kalau boleh melabur dalam 1MDB, mengapa tidak boleh melabur dalam pendidikan rakyat Malaysia?

Dalam manifesto Pakatan, kami mengetahui betapa pentingnya mahasiswa dalam pembangunan Negara.

Kami telah menjanjikan pendidikan percuma kepada semua mahasiswa Pengajian Tinggi.

Pakatan tahu betapa pentingnya melabur dalam pendidikan tinggi rakyat Malaysia.

Dalam sesi perbahasan semalam, Menteri Pendidikan II YB Datuk Idris Jusoh tidak menjawab soalan saya.

Maka saya memohon menteri respons dan beri jawapan kepada para mahasiswa.

SIM TZE TZIN ahli Parlimen Bayan Baru.

Pautan kekal imej terbenam

PANAS! MPPP KELUAR SAMAN KERETA LGE SELEPAS DIKRITIK PERWAKILAN

Pemandu Guan Eng terima saman trafik




Kereta Guan Eng didapati diletakkan di tempat salah di Jalan Gudwara, Jumaat lalu.

GEORGETOWN - Pemandu Ketua Menteri Lim Guan Eng akan menerima saman trafik dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya sudah menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengeluarkan saman itu kerana memakir kereta di tempat salah.

“Saya sudah tulis surat kepada MPPP untuk keluarkan saman, mungkin sehari dua akan siap.

“Saya juga arahkan MPPP dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk keluarkan saman terhadap kesalahan memakir melibatkan kereta ketua menteri, wakil rakyat, Exco dan kereta kerajaan,” katanya semalam.

Terdahulu, Guan Eng mahu MPPP mengeluarkan saman termasuk yang terdahulu jika pemandunya meletak kenderaan rasmi di tempat yang salah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas teguran wakil cawangan, Chai Leng Park di Konvensyen Tahunan DAP kelmarin yang mengatakan MPPP menunda kereta-kereta yang meletak kenderaan secara salah tetapi mengabaikan tindakan itu jika ia melibatkan kereta Ketua Menteri.


Kesalahan itu dilaporkan dalam laman Facebook, MPPP Watch di mana kenderaan rasmi Guan Eng dikesan diparkir pada laluan basikal di hadapan Depoh Hin Bus, Jalan Gudwara pada Jumaat lalu. ~SH

25 November 2014

BAJET UNIVERSITI ( IPTA ) 2015 DIPOTONG HANGIT!!!

Bajet Universiti 2015 dipotong teruk! Duit hilang ke mana?

2014 - RM8,466,340,300

2015 -RM7,419,710,300  KURANG SEBANYAK  RM1.046 BILION

Pautan kekal imej terbenam

Kerajaan potong teruk bajet IPTA tahun 2015! Kata mahasiswa harapan negara, kenapa potong peruntukan? Semaklah sendiri dengan kos semakin meningkat mampukah IPTA untuk terus berdaya saing......

AKTIVIS MASUKAN AZMIN DALAM KETOGERI MB SOMBONG....APAKAH PUNCANYA

PR JANGAN UTAMAKAN RUMAH MAMPU TENGOK........


Aktivis ingatkan MB: Yang sombong dah tumbang




Penduduk sekitar Keramat, Kuala Lumpur hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Selangor Azmin Ali bagi meminta menuntut kerajaan negeri membatalkan projek pembangunan kontroversi itu.

Bukan itu sahaja, mereka mahu projek perumahan mewah di tengah-tengah kawasan majoriti Melayu itu digantikan dengan pembangunan rumah mampu milik.

Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek Salleh Samad turut meminta supaya Azmin berjumpa dengan penduduk untuk mendengar masalah mereka.




Katanya, pada Ahad lalu, beliau telah menghantar surat jemputan dialog bersama penduduk kepada Azmin, namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu tidak kelihatan.

"Terlampau banyak persoalan yang perlu kita rungkaikan sebab itu kita perlu menteri besar yang baru yang juga bekas pengerusi (syarikat negeri) PKNS untuk berjumpa dengan penduduk.

"Kita tak mahu adanya pilih kasih. Dia (Azmin) pun wakil rakyat untuk kawasan Taman Keramat. Saya tak faham kenapa bila penduduk panggil untuk turun, dia tak turun juga. Banyak persoalan disitu.


"Sedegil-degil (Tan Sri) Khalid dulu dan sombongnya Othman (bekas pengurus besar PKNS), dengan kuasa tuhan dia tumbang. Dia sendiri jatuh disebabkan kawan dia. Sekarang kawan (Azmin) naik, kita tak mahu projek ini diteruskan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiee di perkarangan bangunan Sultan Salahuddin Idris Shah, Shah Alam.

Sebelum itu, Salleh bersama kira-kira 10 orang penduduk membawa kain rentang bertulis "Kami mahu pembangunan mampu milik" sambil melaungkan "kami tak mahu projek Datuk Jelatek".

Projek Datum Jelatek menjadi kontroversi susulan dakwaan Badan Bertindak Datum Jelatek Januari tahun lalu bahawa projek itu disokong kerajaan Selangor pimpinan Khalid ketika itu.

Projek Datum Jelatek di atas tapak 2.4 hektar di sebelah Stesen LRT Jelatek itu kini menumpukan kepada projek pembangunan empat blok bangunan kondominium mewah dengan harga seunit hampir sejuta ringgit, hotel, pejabat dan pusat membeli-belah.

Bagaimanapun ia mendapat bantahan daripada penduduk setempat yang merasakan pembinaan di kawasan itu tidak bersesuaian. ~MK


MINYAK DIRAMAL MEREDUM AS$60 SETONG , APAKAH PUNCANYA.....


Harga minyak diramal susut AS$60 jika OPEC kekal pendirian


Pengurus-pengurus dana komoditi percaya harga minyak global boleh jatuh sehingga AS$60 setong jika OPEC memutuskan enggan mengurangkan pengeluaran pada mesyuarat di Vienna.

Masa hadapan minyak mentah Brent LCOc1 menyaksikan penyusutan kali ketiga sejak Jun, berada pada harga di bawah AS$76.76 setong pada 14 November lalu.

"Pasaran akan mempersoalkan kredibiliti OPEC dan pengaruhnya dalam pasaran minyak global jika pengurangan tidak dilaksanakan.

"Ini kerana harga minyak boleh jatuh sehingga A$60 setong," kata Daniel Bathe, penganalisis Lupus Alpha Commodity Invest Fund.

Bathe berkata, pengurus dan penganalisis broker masih berbahagi sama ada OPEC akan mencapai perjanjian untuk mengurangkan pengeluaran.

Harga minyak mula menyusut disebabkan permintaan yang rendah terutama dari Eropah dan Asia.

Berikutan itu, beberapa pelabur percaya pengurangan kecil sekitar 500,000 setong juga tidak mencukupi untuk meredakan pasaran.

Ketua Pegawai Pelaburan RCMA Capital, Doug King meramalkan Brent jatuh kepada AS$70 setong jika pengeluaran dikurangkan kepada satu juta tong sehari ini.

Harga minyak itu diunjur mencapai kedudukan itu pada separuh pertama 2015.

"Sekiranya OPEC bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran, harga akan jatuh selanjutnya dan lebih cepat, dengan minyak mentah Amerika, CLc1 kemungkinan jatuh kepada AS$60," tambahnya.

Minyak mentah Amerika ditutup pada harga AS$76.51 Jumaat lalu.

Harga minyak di bawah harga AS$80 akan menjejaskan kedudukan negara kartel seperti Venezuela, kata Pengurus Dana Komoditi Threadneedle, Nicolas Robin.

Katanya, pengurangan lebih besar sama ada satu juta tong sehari atau lebih akan menyebabkan harga minyak melonjak melebihi AS$85 setong.

Doug Hepworth, penganalisis Gresham Investment Management berkata, harga pengurangan pengeluaran yang ketara sahaja mampu melonjakkan semula harga minyak.

"Untuk menaikkan harga minyak kepada AS$80 setong, pengeluaran perlu dikurangkan sehingga dua juta tong sehari.

Pasaran telah dibanjiri dengan teori-teori konspirasi mengapa Arab Saudi masih belum lagi campur tangan.


Kolumnis New York Times,Thomas Friedman membayangkan "perang minyak global yang sedang berlangsung memberi petunjuk bahawa Amerika Syarikat dan Arab Saudi berada di satu pihak menentang Rusia dan Iran pula di pihak lain".

Tom Nelson dari Investec Global Energy Fund percaya Arab Saudi membenarkan kejatuhan harga minyak untuk memberi insentif kepada pengeluar-pengeluar kecil yang pada kebiasaannya bergantung kepada campur tangan pengeluar besar, untuk menyertai Riyadh mengurangkan pengeluaran.

"Arab Saudi mahu mengurangkan pengeluaran tetapi enggan buat sendirian," tambah Nelson yang berpendapat pengurangan antara satu hingga 1.5 juta tong sehari adalah angka selesa untuk mengimbangi pasaran," katanya. - MalayisaGazette

SUBSIDI MINYAK : KHAIRY VS RAFIZI.....

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

INI JAWAPAN DARI RAKYAT UNTUK MENTERI MEE SEGERA.......

PR hanya pandai putarbelit dan kelirukan rakyat tentang harga minyak..harga yg didakwa murah..adalah harga minyak mentah dan blm ditapis..kata budak tingkat 4..Menteri Sukan Merosot Msia...

Pada Kj..jgn nak samakan rakyat dgn penyokong Umno yg banggang..!! ketika petrol bersubsidi yang telah diproses dan DITAPIS ditetapkan pada RM2.30 dgn subsidi 25 sen ditanggung kjaan..Harga minyak dunia mentah Brent adalah USD118 - USD120 per barrel.. jadi kos RON 95 adalah RM2.55 ....kini minyak mentah turun USD78.00 perbarrel ..penurunan sebanyak USD42.00 per barrel..!! Dimana logiknya jika harga RON 95 dicadangkan pada RM2.27 perliter turun RM.003 sen sedangkan minyak mentah turun USD42.00 perbarrel...ke duit Msia lebih besar nilainya dari US Dollar..?? Kepentingan sapa yg diutamakan. Rakyat atau Syarikat Minyak dan Tokay Stesen Minyak yg dapat untung berganda ganda...rakyat 3 sen saja !!!
~RMS


Pautan kekal imej terbenam


Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam



Subsidi: Jawapan Khairy dedah BN memangsakan rakyat





KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli mengalu-alukan jawapan Khairy Jamaluddin berhubung penghapusan subsidi minyak kerana ia mendedahkan bagaimana Barisan Nasional terus memangsakan rakyat.

Beliau dimaklumkan akan reaksi Ketua Pemuda Umno itu terhadap tindakan menghapuskan subsidi oleh Barisan Nasional dengan menempelak kritikan di media sosial.

"Beliau menjawab dengan menunjukkan bagaimana harga akan ditentukan di bawah sistem apungan harga terkawal (managed float system) di laman Twitter," ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, jawapan itu mendedahkan bagaimana Barisan Nasional terus memangsakan rakyat tetapi membela syarikat-syarikat besar.

katanya, kenetapan harga petrol dan diesel telah lama dibuat melalui sistem Penetapan Harga Automatik (Automatic Pricing Mechanism) yang mengikut formula berikut (iaitu yang ditunjukkan oleh Khairy Jamaluddin):

1. Kos petrol dan diesel ditetapkan melalui harga rujukan menggunakan harga yang dikumpul oleh Platts melalui satu indeks yang dipanggil Means of Platts Singapore (MOPS). Harga ini adalah harga purata petrol dan diesel yang diperdagangkan melalui Singapura (dan bukannya harga minyak mentah). Kos ini telah termasuk kos dan keuntungan syarikat minyak yang mengendalikan loji penapisan kerana MOPS menentukan harga petrol dan diesel yang telah siap diproses.

2. Ditambah: “alpha” atau bayaran pampanan kepada syarikat minyak sebanyak 5 sen (petrol) dan 4 sen (diesel) untuk melindungi mereka dari turun naik kos petrol dan diesel di pasaran

3. Ditambah: “kos operasi” yang dibayar untuk menampung kos pengangkutan, agihan dan pemasaran yang ditanggung oleh syarikat minyak

4. Ditambah: “keuntungan syarikat minyak” sebanyak 5 sen (petrol) dan 2.25 sen (diesel)

5. Ditambah: “keuntungan stesen minyak” sebanyak 12.19 (petrol) dan 7 sen (diesel)

Rafizi berkata, ini bermakna sementara rakyat terpaksa berdepan dengan risiko turun naik harga petrol dan diesel di pasaran dunia ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia, Barisan Nasional meneruskan kaedah menjamin keuntungan syarikat-syarikat minyak melalui formula yang di atas.

Tambahnya, segala kos syarikat minyak – dari kos memproses minyak mentah menjadi petrol dan diesel (dengan merujuk kepada harga rujukan MOPS) sehinggalah ke kos pengangkutan, edaran dan pemasaran – dijamin dan dibayar balik kepada syarikat minyak.

Lebih dari itu, ujarnya Barisan Nasional juga menjamin keuntungan kepada syarikat minyak dan pemilik stesen minyak.

Sebelum ini, katanya rakyat mendapat subsidi yang mengimbangkan jaminan keuntungan yang diberikan kepada syarikat-syarikat minyak.

Menurutnya, dengan penghapusan subsidi, rakyat terpaksa menanggung bukan sahaja kenaikan kos petrol dan diesel, malah keuntungan syarikat-syarikat minyak yang dijamin oleh Barisan Nasional.

Sebab itu beliau terus menegaskan bahawa subsidi itu adalah satu tanggungjawab sosial dan moral yang perlu Kerajaan Persekutuan tanggung kerana sistem yang sedia ada memunggahkan kekayaan kepada syarikat besar dan memangsakan rakyat.

"Saya berminat untuk mendapat jawapan lanjut dari Ketua Pemuda Umno sama ada tindakan beliau mempertahankan formula apungan harga yang menjamin keuntungan syarikat minyak ini bermakna beliau lebih mementingkan syarikat-syarikat besar berbanding kepayahan rakyat kebiasaan?" ujarnya lagi. - HD

ASET PELABURAN KWSP MENINGKAT KEPADA RM622.78 BILION

Setakat 30 September 2014, jumlah aset pelaburan KWSP terus berkembang pada kadar positif, mencatatkan peningkatan sebanyak RM54.74 bilion kepada RM622.78 bilion berbanding RM568.04 bilion pada suku ketiga tahun lepas

KWSP catat pendapatan pelaburan RM10.32 bilion




Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merekodkan pelaburan sebanyak RM10.32 bilion bagi suku ketiga 2014 yang berakhir 30 September lalu, meningkat lebih RM200 juta berbanding tempoh sama tahun lepas.

Momentum positif itu didorong terutamanya oleh pelaburan ekuiti yang mana kelas aset telah menyumbang sebanyak 61 peratus kepada jumlah keseluruhan pendapatan pelaburan suku ketiga.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, portfolio ekuiti terus mempamerkan prestasi kukuh untuk dua suku berturut-turut.

Bagaimanapun, pasaran ekuiti domestik dan global mula menunjukkan tanda-tanda pergerakan tidak menentu terutamanya FBMKLCI yang mencapai tahap rendah tahun ini iaitu di bawah paras 1,800 mata pada Oktober.

"Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) juga telah menurunkan jangkaan pertumbuhan ekonomi global bagi tahun 2015 sekaligus menunjukkan keadaan yang sukar pada suku tahun keempat 2014,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Shahril Ridza, KWSP menjangka cabaran lebih hebat perlu dihadapi pada tahun-tahun kewangan akan datang.

Namun begitu, entiti berkenaan akan tetap berpegang kepada strategi pelaburan jangka panjang bagi memastikan pulangan sebenar yang mampan dan stabil untuk pencarumnya.

Dalam suku ketiga, pelaburan berisiko rendah dan tetap akan terus menjadi sumber pendapatan stabil kepada pelaburan KWSP.

Setakat 30 September 2014, jumlah aset pelaburan KWSP terus berkembang pada kadar positif, mencatatkan peningkatan sebanyak RM54.74 bilion kepada RM622.78 bilion berbanding RM568.04 bilion pada suku ketiga tahun lepas.

Setakat ini, jumlah pendedahan luar negara entiti berkenaan adalah 23 peratus daripada jumlah aset pelaburannya dan ia memiliki pelaburan di lebih 30 buah negara merangkumi pasaran negara maju dan baru muncul.

Menurut Shahril Ridza, sebagai pemegang amanah simpanan persaraan bagi 14 juta ahli, KWSP menyasarkan sekurang-kurangnya dua peratus pulangan melebihi kadar inflasi untuk purata tiga tahun berturut-turut selaras dengan objektif KWSP untuk melindungi dan menambah nilai simpanan ahli.--MalaysiaGazette

24 November 2014

CAMERON HIGHLAND : MENTERI KENAL DALANG TANAH HARAM...TAPI TAKUT UNTUK BERTINDAK?

Palanivel Kenal Dalang Teroka Tanah Haram, Tapi Perlu 'Tutup Mulut'



CAMERON HIGHLANDS: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel mengakui kewujudan dan mengenali dalang yang terlibat dalam penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands tetapi tidak boleh 'bercakap banyak'.

Aktiviti haram itu terdedah luas baru-baru ini bila berlaku bencana banjir kilat berlumpur dan tanah runtuh di kawasan tanah tinggi itu.

Palanivel, anggota Parlimen Cameron Highlands, berkata walaupun mempunyai bukti bergambar beliau tidak boleh 'bercakap banyak' atau mendedahkan lebih banyak mengenai perkara itu.

"Dulu, kira-kira 20 tahun lalu, Cameron Highlands kawasan terpelihara. Tidak ada penerokaan tanah haram. Pertanian cukup baik. Petani mengusahakan pertanian menguntungkan. Mereka eksport hasil ke Singapura dan negara-negara lain pada nilai hingga RM2 bilion.

"Tetapi sekarang sesuatu berlaku. Saya masih tidak dapat mengawalnya," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Isnin.

Beliau sebelum itu menghadiri Mesyuarat Khas Bencana Banjir Kilat dan Tanah Runtuh Cameron Highlands yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.

Palanivel berkata Persatuan Pekebun Sayur dari masyarakat Cina di sini juga membuat aduan kepadanya mengenai ada pihak tertentu yang bertindak menarah bukit.

"Mereka selalu mengadu kepada saya bahawa bukit dirosakkan. Ada 'sesuatu di sebalik sesuatu'. Saya tidak boleh dedahkan terlalu banyak.

"Saya ada beberapa gambar, tetapi saya tidak boleh cakap banyak mengenainya. Mereka lakukan kerja haram. Ini berlaku 10...5 tahun lepas," katanya.

Palanivel berkata beliau akan mengutus surat kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah untuk mengadap memberi penjelasan berhubung situasi di Cameron Highlands.

"Baginda tidak marahkan saya. Saya berada di sini Selasa lepas...," katanya.

Pada 20 Nov, Sultan Ahmad Shah bertitah baginda akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan tentang bantuan kerajaan persekutan kepada kerajaan negeri dalam membanteras masalah pendatang tanpa izin di Cameron Highlands.

Baginda turut menzahirkan rasa dukacita terhadap laporan akhbar kononnya Cameron Highlands ditawan 30,000 pendatang tanpa izin warga Bangladesh.

Menurut baginda hal itu tidak benar sama sekali.

Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada 5 Nov lepas, mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan. ~Mstar

TERKINI! KEDAH, PERLIS MULA DILANDA BANJIR


Sebahagian pekan Changlun dinaiki air sehingga menjejaskan aktiviti perniagaan.


TERKINI: KEMASKINI 4.50 PTG.



KELUARAN AMARAN SEKSYEN B- AMRN R/PETIR UNTUK KEDAH,P.PINANG & PERAK; 4:00ptg 24-11-14.
SEKSYEN A - Dikeluarkan pada : 03:00pm pada 24 November 2014
Ribut petir dan hujan lebat di negeri Selangor (Daerah Kuala Selangor, Gombak, Petaling, Klang, Kuala Langat dan Sepang), WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya dijangka berterusan sehingga lewat petang, Isnin 24 November 2014.
Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang.
SEKSYEN B-Dikeluarkan pada : 04:00pm pada 24 November 2014
Ribut petir dan hujan lebat di negeri Kedah (Daerah Kulim dan Bandar Baharu), P. Pinang (Daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak (Daerah Kerian dan Larut,Matang&Selama) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Isnin 24 November 2014.
Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang.

4.30 petang   :  1,030 mangsa banjir di daerah Kubang Pasu, Alor Setar dan Pendang dipindahkan ke lapan pusat pemindahan di Kedah berikutan musim hujan



ALOR SETAR - Beberapa kawasan di utara tanah air dilanda banjir selepas hujan tanpa henti dilaporkan berlaku sejak petang kelmarin.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, kawasan terjejas adalah daerah Kubang Pasu dan Padang Besar, Perlis. Sebanyak 178 keluarga di Kubang Pasu ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara sejak malam kelmarin.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Ahmad Rashid berkata, banjir itu menjejaskan kira-kira 25 kampung di sekitar Changlun.

“Pusat pemindahan dibuka ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Changloon, Dewan Changkat Setoi, Dewan Kampung Belukar, Masjid Titi Kerbau, Masjid Kubang Betong dan Masjid Sungai Laka,” katanya.

Menurutnya, JKM mula menyalurkan bantuan seperti makanan, minuman, selimut dan ubat-ubatan.

Susulan banjir itu, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengadakan operasi pemantauan 24 jam sejak kelmarin.

Pegawai JPAM Daerah Kubang Pasu, Kamarulzaman Kasa berkata, operasi melibatkan bantuan membawa mangsa ke pusat pemindahan yang disediakan JKM

"Sehingga semalam tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihaknya meneruskan pemantauan di lokasi banjir.

“Operasi kita setakat ini tidak melibatkan penggunaan bot dan kita hanya meredah air banjir untuk ke rumah penduduk bagi operasi menyelamat,” katanya.


Di PADANG BESAR (Perlis), kira-kira 731 penduduk di beberapa kawasan di negeri ini terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka ditenggelami air.
Sehingga jam 4 petang semalam, seramai 166 mangsa melibatkan 42 keluarga masih berada di tujuh pusat pemindahan.

Menurut Jurucakap dari Bilik Gerakan Banjir JKM, pusat pemindahan di SK Batu Bertangkup, Chuping dan Masjid Banggol Sena masing-masing menepatkan 17 mangsa daripada tiga keluarga.

"Seramai 57 mangsa dari 15 keluarga ditempatkan di inap desa Felda Chuping dan di Dewan Orang Ramai Padang Melaka menempatkan seramai 22 mangsa dari tujuh keluarga.

"Di Pusat Khidmat Mata Ayer menempatkan 29 mangsa dari tujuh keluarga dan lima mangsa dari keluarga ditempatkan di SK Guar Nangka,” katanya.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang melawat ke pusat pemindahan berkata, penduduk diminta mengikut arahan pihak berkuasa jika berlakunya banjir.

"Ada penduduk enggan berpindah kerana bimbang rumah dimasuki pencuri namun mereka sepatutnya mementingkan keselamatan keluarga kerana banjir boleh menjadi lebih buruk tanpa diduga.

Sementara itu, mangsa banjir di pusat pemindahan diingatkan supaya mengutamakan kesihatan dengan memastikan air yang digunakan untuk makan serta minum adalah bersih.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Helmi Yahya berkata, wabak penyakit yang sering berlaku akibat banjir mampu dielakkan jika semua mangsa menjaga kebersihan.

“Pegawai dan anggota Jabatan Kesihatan sentiasa memastikan mangsa banjir tidak mengalami masalah cirit-birit atau keracunan makanan di pusat pemindahan,” katanya selepas merasmikan program khatan kira-kira 1,000 kanak-kanak di kawasan Parlimen Baling, di sini semalam.

Beliau berkata, selain itu pegawai perubatan juga akan memastikan setiap mangsa yang akan kembali ke kediaman masing-masing bebas daripada sebarang penyakit atau wabak.


Pusat pemindahan baru di buka, SMK Paya Kamunting, Jitra utk penduduk Kg. Sungai Bata





Banjir di Kg Paya Nongmi, Kg Titi Kerbau, Pkn Changlun, Kg Kubang Betong & sekitar Bkt Kayu Hitam pada petang semalam.



Canglun,Kedah banjir...hujan tanpa berhenti sejak jam 3 petang tadi telah menyebabkan banjir di canglun..diminta orang ramai berhati-hati ketika memandu di dalam hujan dan dinasihatkan supaya jauhi kawasan yang telah dinaiki banjir...

Terkini Banjir Daerah Kubang Pasu : 22hb.November

Banjir kilat disebabkan oleh hujan lebat pada sebelah petang.
Kawasan terlibat:

- KM13.3 Hiway PLUS bedekatan Kg. Batas Jenalik

- KM 16 Hiway Plus berdekatan Simpang SMK Hosba

- Perumahan Kakitangan UUM

- Kg. Lembah Keriang, Changlun.

-beberapa kawasan lagi dijangka akan dinaiki air disebabkan ianya merupakan laluan aliran air.



Jalan Kilang Gula ke Padang Besar air dah mula naik.


Sekitar Chuping ,Perlis

APA CERITA..... PENGUSAHA TEKSI LANGKAWI BANTAH BAS HENTI-HENTI

Displaying capture_10.jpg

Displaying capture_08.jpg

Bantah bas henti-henti di Langkawi. Bantahan kepada LADA


Alwi menyerahkan memorandum kepada wakil Ketua Pegawai Eksekutif Lada, semalam

KUAH - Kira-kira 200 daripada 1,200 pengusaha teksi membuat demonstrasi di parkir Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) kerana menolak perkhidmatan bas henti-henti di Pulau Langkawi.

Pengerusi Persatuan Tuan Empunya dan Pemandu Kereta Sewa Langkawi (PTEDPKS Langkawi), Alwi Baharudin berkata, tujuan perhimpunan ini adalah untuk menyatakan kekesalan dan penyerahan memorandum bantahan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Lada, Tan Sri Khalid Ramli.

"Kami semakin tersepit, dulu kami dipanggil untuk berbincang tentang hal ini tetapi yang terjadi adalah sebaliknya, kami pernah menawarkan diri melalui persatuan untuk menguruskan perkhidmatan bas henti-henti tetapi ditolak.

“Banyak lagi isu yang masih tertangguh seperti masalah ulat dan kereta sewa haram yang masih berleluasa. Kini, timbul pula masalah baharu yang secara halus cuba menutup periuk nasi kami sebagai pengusaha teksi,” katanya.

Sementara itu, Exco Pelancongan Datuk Mohd Rawi Abd Hamid, bersedia untuk menyelesaikan masalah terbabit.

"Kita akan jumpa dengan wakil pengusaha teksi untuk selesaikan masalah ini secara adil.

“Kita memang nak tambah pengangkutan awam kerana industri pelancongan semakin rancak sini," katanya.

BENARKAH SUBSIDI BERAS ST15 ( BERAS NASIONAL) DITARIK BALIK?




Masalah beras ST15 nie sudah berkurun dah pun, kerajaan tak buat kerja sebenarnya





Hsiau Leung (kanan) menunjukkan borang aduan rakyat disediakan pada Program Khidmat Kaunter Aduan Bergerak di Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR – Kekurangan bekalan beras Standard Tempatan dengan 15 peratus beras hancur (ST15) di pasaran didakwa berpunca daripada kegagalan pemantauan kerajaan.

Naib Pengerusi PKR Kedah, Gooi Hsiau Leung berkata, ia adalah masalah lama sejak 2011 lagi.

“Setiap tahun kerajaan berbelanja RM500 juta untuk subsidi beras ST15. Kalau nak dibandingkan dengan subsidi lain, ia adalah jumlah paling besar dibelanja kerajaan untuk pelbagai subsidi beras.

“Pada 2012, sebanyak RM488 juta duit rakyat digunakan untuk bayar Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bagi mengeluarkan bekalan beras ST15,” katanya selepas Program Khidmat Kaunter Aduan Bergerak Parlimen Alor Setar, di Pasar Kampung Berjaya, di sini, semalam.

Menurutnya, pada 2013 pula, kerajaan berbelanja RM528 juta kepada Bernas untuk tujuan sama.

“Baru-baru ini, ada aduan mengenai ketirisan dan aktiviti tukar bungkusan ST15 kepada ST10.

“Ketirisan disebabkan kecuaian kerajaan dalam memastikan edaran beras sampai kepada pihak betul dan tidak diseleweng,” katanya.


Mengulas mengenai cadangan menyemak semula senarai pemborong beras, beliau berkata, tindakan itu seperti pengakuan kerajaan bahawa tiada pemantauan terhadap ST15 sebelum ini.

“Kita tidak boleh menyalahkan pendatang asing, peniaga mahupun pemborong.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan lebih 600 pemegang kuota (pemborong) beras ST15 sedia ada, sedang disemak semula bagi proses pemutihan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tidak timbul soal pembekuan atau bekalan tidak cukup, tetapi berlaku masalah penyelewengan menyebabkan kementerian terpaksa membuat semakan semula.