Kereta Guan Eng didapati diletakkan di tempat salah di Jalan Gudwara, Jumaat lalu.
GEORGETOWN - Pemandu Ketua Menteri Lim Guan Eng akan menerima saman trafik dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya sudah menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengeluarkan saman itu kerana memakir kereta di tempat salah.
“Saya sudah tulis surat kepada MPPP untuk keluarkan saman, mungkin sehari dua akan siap.
“Saya juga arahkan MPPP dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk keluarkan saman terhadap kesalahan memakir melibatkan kereta ketua menteri, wakil rakyat, Exco dan kereta kerajaan,” katanya semalam.
Terdahulu, Guan Eng mahu MPPP mengeluarkan saman termasuk yang terdahulu jika pemandunya meletak kenderaan rasmi di tempat yang salah.
Beliau berkata demikian ketika mengulas teguran wakil cawangan, Chai Leng Park di Konvensyen Tahunan DAP kelmarin yang mengatakan MPPP menunda kereta-kereta yang meletak kenderaan secara salah tetapi mengabaikan tindakan itu jika ia melibatkan kereta Ketua Menteri.
Kesalahan itu dilaporkan dalam laman Facebook, MPPP Watch di mana kenderaan rasmi Guan Eng dikesan diparkir pada laluan basikal di hadapan Depoh Hin Bus, Jalan Gudwara pada Jumaat lalu. ~SH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan